Wednesday, December 23, 2009

Selamat hari lahir

Selamat hari lahir untuk insan teristimewa Norsiah bt hj Marsudi.
Moga mak panjang umur, sihat selalu & dapat pergi haji tahun depan.
Insyallah, amin.

Friday, December 18, 2009

Rock The World 9 vs Radio Rosak


2 Festival muzik terbesar tahun ini bertembung dalam tarikh yang sama; Rock The World 9 vs Radio Rosak. Rock The World kembali dengan edisi ke-9 menampilkan lebih 40 band bebas Malaysia dengan dibahagikan kepada 3 stage. Radio Rosak pula merupakan edisi sulung turut menampilkan band2 bebas Malaysia disamping headliner oleh lagenda rock Malaysia Search & Wings (Double Trouble). Klik flyers untuk details.

Salam Maal Hijrah 1431

Salam maal hijrah 1431 kepada semua.
Semoga hari mendatang akan lebih bermakna & mendapat keberkatan dari Yang Esa.
Dan kita akan menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.
Insyallah amin.

Friday, December 4, 2009

Dia sudah ku temui

Tengahari tadi aku telah berjumpa dia. Wah ternyata dia sudah berubah. Tak kusangka pertemuan kali ini membuat diriku tak keruan. Jantung ku berdegup laju. Tak pernah aku merasa begini (walaupun sebelum ini aku sering bertemu dengannya). Dari jauh sudah ku intai dia. Baju merah yang membalut tubuhnya yang sering aku perhatikan dari tadi ternyata aku tidak silap. Memang betul dia yang dari tadi duduk dipenjuru sana. Sungguh memberahikan.

Aku menghampirinya lalu aku menghulurkan tangan memberi salam. Mataku tidak berkelip memerhati setiap inci susuk tubuhnya. Wow..aku teruja, jiwa bergelojak namun dia tetap "maintain" hanya tersenyum tersipu malu. Namun pertemuan kali ini hanya sebentar tapi amat bermakna bagi ku. Dan aku pasti aku akan bertemu lagi dengannya.

Thursday, December 3, 2009

Dia sudah kembali

Aku dapat satu panggilan telefon petang tadi, setelah lama menyepi tanpanya akhirnya aku mendapat khabar gembira. Dia sudah kembali. Ye..dia sudah kembali namun aku tak pasti bagaimana keadaannya sekarang. Tak sabar rasanya, namun esok baru aku dapat menemuinya. Dalam gundah ada keterujaan begitu juga sebaliknya.

Menanti hari esok.

Nasik lemak daun pisang


gambar cilok google

Dah sarapan pagi? jom layan nasik lemak daun pisang. Lama tak cekik nasik lemak. Lagi2 kena ngan kopi -O- home made (yelah home made la sangat huhuhu). Silakan.

Friday, November 20, 2009

K a m i k


credit : myspace sape ntah

short film :the making..? muka gua ada menyibuk dalam filem pendek ni,
tp tak tau muka gua keluar ke tak hahaha

Friday, November 13, 2009

Hey Ho

Hey ho..lama tak update blog. Dah naik bersawang blog aku ni hahaha. Bukan apa takde citer best nak share. Lagi pon kompeni aku dapat projek baru, sekarang tengah sibuk setup trucking SIN-KL-Bangkok. Pening kepala aku. Tahun depan nak jalan projek ni. Nampaknya hidup aku tonggang terbalik ler urghhhh harap2 bos intake lagi staff nak assist benda ni. Nak harap aku sorang memang tak terdaya. " auwww tak kuasa mak".

Thursday, October 29, 2009

"Benda Alah"

Aku tengah biol nak cari bahan2 buat "benda alah" ni.. ni la namanya tak de kerja carik kerja. ngada2 lak aku ni. Hehe tak pe just passion jer..aku nak jadi muzik journalis. Boleh?? tak terlambat lagikan. Takpe aku carry on jer. Slow2 sikit2 lama2 siap la. Sebab takde dateline.

Aku tengah nak drafkan "benda alah" aku ni..erkk kena banyak dengar tu baca ni, tanya sana email sini, pergi sana pergi sini. Gila kan?? kata sorang kawan buang masa jer aku buat "benda alah" ni hahaha tak pe aku suka. nanti sambung lagi.

Wednesday, October 28, 2009

Bertemu Rafidah

Aku bukan tak mau update blog. Cuma kadang2 aku tak de masa nak tulis..eh macam angkuh jer bunyi (masa 1 hari 24 jam)..ermm tukar la aku takde memperuntukkan masa untuk menulis. Aku "posser" ker. heh geli la. 2,3 hari ni aku cepat ngantuk, bandan letih & lesu jer ermm stress kot atau memang normal bila umur menginjak akhir 20-an. isshhh aku tak rasa lak cenggitu. Kak Nita tu pon steady jer walaupon dah anak dua.

Hehe isshh pebenda aku merepek ni.
Sebenarnya aku nak kasi tau yang semalam aku jumpa Rafidah, kawan sekolah aku dulu, kat pejabat Pos masa aku tengah beli sampul Pos Ekspress. Tu aje. Hahaha

Monday, October 26, 2009

Beware



ni baru berbaloi2.. gua mau pergi ini gig..haha boleh la gua buat research skit..argghh tak mo la gua mau enjoy jer hahaha

Thursday, October 15, 2009

Ara Music Fest vol. 2



sapa ada duit lebih berkepuk2 boleh la join program ni. 2 hari ala2 woodstock (katanya la..gua pon bukan faham woodstock2 ni). Klik flyers jer la gua malas citer banyak.

No Use For A Name Live in KL



Legendary punk rock band from US, No Use For A Name will be performed at KL-Live, Jalan Sultan Ismail, KL. Click flyers for more info.

amacam, ada berani?? gua rasa teruja nak tengok.

Wednesday, October 14, 2009

Cinta Sejati?

Gua nak jiwang sikit..layan vc ni lu orang tgk betul2 tau
gua tau lu orang tak paham apa dia nyanyi..sama mcm gua



Thursday, October 1, 2009

Wings up close & personal



Jom layan abang2 sayap beraksi memecahkan lemak dengan bersauna di Hard Rock Cafe, KL
**flyers dicilok dari blog speedrider



ada jual tshirt eksklusif limited edition RM45
[link]

Analisis raya

Ada orang kompelin kat gua, bunyi dia cam ni (antara yang gua ingat) :

"apsal raya tahun ni banyak hantu berlakon?? apa dah takde orang nak berlakon ker" - Masdud Poyeng

"apsal raya semua kueh sama, balang jer lain. Tak true la takde kueh satru" - Karim Jipang

"apsal tahun ni tak de pelita banyak2, pintu gerbang pon tak de" - Gembong

lu pikirlah sendiri.

Wednesday, September 30, 2009

cabul ii

lepas gua ter tulis blog pagi tadi
gua sudah tanamkan azam tak mau tulis blog lagi hari ini
tapi gua sudah ter tulis blog lagi petang ini
gua ni dah kira pencabul ker

**abah tepon gas abis.
abah, gua dah tepon wak jaki suruh hantar gas "URGENT"
hehe

cabul

hari ni gua ingat tak mau menulis
tapi gua dah ter tulis pulak
gua ni pencabul ker??

**weh rim beskal antik mat top kena klepet..kesian dia

Tuesday, September 29, 2009

hijau pon salah ker

Tuari ada orang datang beraya umah gua. Sedara belah mak gua ker bapak gua, tak perasan pulak, tapi ikut naluri gua belah mak gua. Dorang datang dengan seperti segerombolan lawatan sambil belajar. Macamlah rumah gua ni muzium nak datang ramai2 macam satu rombongan budak sekolah bagai. "Takpe hari raya" bisik gua dengan nada kesopanan. Gua senyum aje lagi pon ada sepupu2 gua yang cun hehe. Tak sangka gua ada sepupu gua yang cun tapi tak lawan "kawan" gua yang comel & sewel sorang tu.

Lepas salam2 tu gua suruh dorang duduk. Perabiskanlah kueh2 yang ada atas meja tu. Selepas air gua hulurkan dengan kadar kontrol macho yang minimum, kemudian gua berlalu kebelakang sebentar nak siapkan meja hidangan. Almaklumlah kakak2 gua dah berambus pergi raya dulu, langsung tak tunggu gua sekali. Ceh.

Dalam banyak2 tu (kira2 seramai 12-15 orang) ada yang kontrol ayu, buat muka "kerek", mata mengilau2 tengok langsir mak gua yang tahun lepas punya, tengok2 sofa mak gua, tengok dvd konsert gua (aisey..gua risau takut dorang cilok). Ada 2 orang tu dengan tanpa segan silunya masuk ke dapur. Awek cun. "Bang toilet kat ne?". "Toilet belah belakang hujung tu, jalan straight jer" gua jawab ngan senyum kambing. Tunjuk arah yang diberikan amat jelas, gua tak tau kalau2 awek tu pekak. Tak semena2nya dia bukak pintu bilik gua.

"Opss ni bilik tido" buat2 nada terkejut. Gua jeling jer sebab bilik gua agak sesak dengan isi yang agak bertaburan macam setor bengkel wak Kordi. "Ishh dinding kaler ijau? tak class langsung" ."Pundek" secara sepontan gua terlafaz perkataan itu didalam hati. Sungguh kurang sopan la anak gadis zaman sekarang. Sungguh tidak menghormati tuan rumah. Gua jadi panas. Muka gua merah telinga gua berasap.

Lantas gua terus tutup pintu & lock terus pintu bilik gua. "Alamak, cam ner nak masuk kunci kat dalam". Gua cuak dan risau sebab takde kunci spare. Oh tiba2 gua tersenyum kerana gua teringat tingkap bilik gua ada bukak sikit tadi untuk tujuan pengudaraan dalam bilik gua. Setelah dorang kenyang mencekik dan selesai bermaafan, dorang blah tapi gua tetap bengang ngan awek yang kutuk kaler dinding bilik gua tadi.

Masa awek tu pakai kasut, gua nampak agak pelik baju merah kasut oren. heheh dengan nada bergurau (tapi pedas) gua sound balik. "Lor baju merah tapi kasut oren florosen hehehe apa class takde taste langsung". Dengan mengalahkan kelajuan cahaya muka awek tadi terus merah padam..terus berlalu tanpa menoleh kebelakang. Gua dengan senang hati melambai mesra pada awek tu..keh keh keh baru lu kenal penangan gua. Ceh datang nak beraya kutuk2 orang pulak. Blah la wei.

panjangnya

hehe lepas cuti raya semua muncung jer hehe kerja byk menimbun2..dak2 opis gua semua cam tu..erkkkk tak kuasa mak nak layan..udah2 ler muncung tu weii..buruk bebenor.

Thursday, September 24, 2009

Under Construction

Gua ada bikin lagi satu blog
tapi blum update lagi
blog kain buruk gua hehe
[link]

Nak beli

Gua pon nak beli la "Datuk" atau " Datuk Seri" hehehe
Datuk Seri Matakucing muahaha
alahai Malaysiaku

Wednesday, September 23, 2009

Sunyi

wah nari tak de orang..kargo sunyi sepi..kedai makan tutup lagi..argghh perut lapor..ermm bedal kueh tart nenas ngan air anggur jer la.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran



Salam Eid'fitri untuk semua blogger. Ku susun sepuluh jari memohon ampun & maaf keatas segala dosa & kesalahan. Semoga bergembira di hari lebaran disamping keluarga & insan tersayang. Berhati2 dijalan raya.
-mk-


Tuesday, September 15, 2009

Malam 7 likur



Anak buah gua dah siap pasang kat halaman umah,
gua pulak tak cacak lagi pelita kat laman umah gua.
to anak2 buah gua :
"Nantilah lu orang Paksu cacak baik punya pelita2 tu,
jangan jeles ok hahaha"

Monday, September 14, 2009

Baru ke Baharu

Aku tengok sekarang kat iklan TV ker sokkabar ker billboard ker perkataan "BARU" dah tukar eh jadi "BAHARU" eh? tapi orang still sebut "baru". Korang perasan??

Thursday, September 10, 2009

teringat dulu



Bila bulan pose ni gua tiba2 mau layan Metallica Death Magnetic nya album. Mungkin sebab bulan pose tahun lepas la gua terkejar2 ke Rock Corner nak beli album ni (gua buka pose kat kiosk 1901 hot dog). Dapat tshirt punya pasal, tapi tshirt sempoi sgt ermm. Argghh My Apocalypse satu.

Wednesday, September 9, 2009

Crossroads 1986

Ermm lama gak aku carik cerita ni..Crossroads 1986 bukan Crossroads yang Britney Spears tu. Kisah sorang budak yang bercita2 menjadi gitaris blues. Korang layan la video ni. Kalau korang jumpa DVD citer ni tolong inform eh. Full version ada kat youtube (12 part) .


Geng 81 - returns

Nari gua dapat email dari sorang Geng 81 ajak buka pose ahad ni. Wahhh kira re-union la. Haha kali ni versi lain pulak..kalau dulu semua bujang & slim melim tapi kali ni banyak yang dah kahwin & boroi2 (semestinya). Kali ni pon tambah korum lagi dak pompuan; Lily Suria, Tetty Hajar ermm lagi sapa ntah. Tuari aku baru jer post gambar Geng 81 kan [link], sok kalau aku gi kena ambik gambar lagi tengok sapa paling boroi.


Monday, September 7, 2009

0306 panggilan misteri

Tadi kol 3pm gua dapat panggilan misteri. Seram sejuk jer bila dapat call dari no pelik "0306"..sape yer ISA?, KDNHEP?, FOMCA?, SUHAKAM?, FBI?, CIA?, Pak Ali tukang kebun, Milah janda jahit tepi? ishhhh cam citer seram kat tv jer.. suspen. Tapi gua tetapkan iman angkat call tu. "Err hello sapa... " Borak punya borak (adegan borak tak perlulah diletakkan disini kerana akan menjadi sebual novel ala2 senandung raja naga pulak kang) hehe rupa2 nya makcik ni [link]. Aiseyyy lu bikin suspen la makcik hehehe. Nasib baik gua tak batal pose nari sebab hampir pitam bila tahu makcik yang buat panggilan misteri tu. Ceh. ;)

Friday, September 4, 2009

Munjongan & 1kewajipan

Minggu ni gua dapat bungkusan free..lama gua tak dapat bungkusan misteri cam ni..since ermm bila ntah..gua beli cd kat mudah.my kot.







hehe lawa tak tshirt gua..munjongan dari makcik ni [link]. Haha makcik, baju aje?..alang2 kasut adidas tu skali la..baru pengsi. Sedondon untuk gua melaram hari raya muahaha. Tima kasih ye & sila ambil perhatian saranan gua tu.



Tadi settle 1kewajipan, zakat fitrah. Tahun ni Rm7.00 & resit tahun ni pon cun. Tapi gua tersasul masa lafaz akad zakat tadi muahaha.

Wednesday, September 2, 2009

Jamal raja pop?

Sapa kata Jamal Abdillah raja pop?
ishh bukan Jamal la tp..Herman Tino
hehe



Tuesday, September 1, 2009

Geng 81


belakang : pejol,fyruz,anas,mk,bijan
depan : erol,apis,farid,iwan


Gua kena tag kat fb..gambar atas ni diambil masa buka puasa tahun..? entah la tak ingat pulak..kotak memori gua sudah crash..yang gua ingat makan kat Port Klang..restoran seafood kat jeti kat ulu Tanjung Gila. Wahh gua nampak kurus cengkung la.. ni jam GENG 81 semua masih bujang lagi.

oh..

tiba2 jer dia tukar pulak..naik lagi
suka?

Thursday, August 27, 2009

Review : Nirvana - Bleach

Nirvana telah mencetus fenomena muzik dunia dengan kelahiran album Nevermind pada tahun 1991. Album yang mengandungi hits seperti "Smells Like Teen Spirits" menjadi anthem seluruh dunia pada ketika itu. Dengan penganugerahan mutli-multi-multi platinum melalui album tersebut, Nirvana membuka lembaran baru muzik dunia dengan memperkenalkan subgenre muzik alternatif rock iaitu Grunge.

Dengan populariti Nevermind, ramai menyangka album tersebut adalah album pertama Nirvana tetapi sebenarnya tidak, album pertama mereka adalah Bleach yang telah diterbitkan dibawah label independent, Sub Pop pada tahun 1989.



Album yang hanya menelan belanja sebanyak $606.17 telah ditampung oleh Jason Everman, 2nd gitaris Nirvana. Album ini telah diterbitkan oleh Jack Endino, seorang pernerbit yang sinonim dengan Seattle scene. Kebanyakan lagu2 didalam album ini dirakam pada lewat December 1988 hingga Jan 1989 yang memakan masa selama 30 jam credit sahaja.

Album ini mengandungi 13 tracks ; 1)Blew, 2)Flyod The Barber, 3)About A Girl, 4)School, 5)Love Buzz, 6)Paper Cuts, 7)Negative Creep, 8)Scoff, 9)Swap Meet, 10)Mr. Moustahe, 11)Sifting, 12)Big Cheese & 13)Drowner* (*lagu ini hanya terkandung didalam versi cd sahaja).



Pada awalnya semasa sesi rakaman bermula Nirvana tidak mempunyai drummer tetap lalu Kurdt Kobain (ejaan ketika itu) telah menjemput rakan beliau, Dale Crover (The Melvins) untuk merakam 3 lagu iaitu Flyod The Barber, Paper Cuts & Drowner dan selepas itu barulah mereka bertemu dengan Chad Channing. Jason Everman walaupun beliau tidak terlibat langsung dengan rakaman album ini namun nama beliau tetap dikreditkan didalam album sebagai 2nd gitaris & terlibat untuk tour Bleach.

Jika dibandingkan dengan album2 Nirvana yang lain album ini lebih berat, gelap & kotor serta jujur. Dengan kos rakaman sebanyak $606.17 tiada apa yang diharapkan tentang kualiti album ini. Namun dengan kekurangan itulah menjadikan album ini sebagai rujukan bagi mengkaji pengaruh sebenar muzik Nirvana.



Kita dapat dengar pengaruh muzik Nirvana merangkumi dari 70's metal ke heavy dirge-rock hinggalah ker 80's punk/hardcore. Pengaruh Black Sabbath dapat didengari melalui lagu Paper Cuts, Swap Meet, Scoff & Sifting. Riff2 berat yang kasar amat jelas kedengaran pabila mendengarkan lagu2 tersebut. Lagu ballads yang agak popish About a Girl amat kuat pengaruh The Beattles. Intro yang sludgy boleh didengari melalui lagu Blew. Jangan lupa lagu Negative Creep, Mr Moustache, Drowner agak terselah pengaruh hardcore didalam susunan muziknya.

Kebanyakan lirik2 dalam album ini penuh dengan kemarahan, anti establish & pengalaman Kurtd Kobain terhadap scene Seattle & kehidupan seharian beliau. Cuba dengarkan School, Floyd The Barber & Big Cheese lirik2nya menjurus kearah isu2 tadi.



Keseluruhanya walaupun album ini agak kurang kualiti bunyinya & tidak banyak lagu "sing-along" namun inilah muzik sebenar Nirvana. Muzik yang kotor, bising penuh dengan ketidaksempurnaan menjadikan album ini benar2 "raw" yang menjadi trademark muzik Grunge. Bagi sesiapa yang ingin mengenali Nirvana patut dimulakan dengan mendengarkan album ini kerana grunge bukanlah sekadar muzik "sampah" tapi ia berada diantara genre Punk & Metal.

**ayat gua cam skema je buat review huhuhu

kacang jer

Setelah beberapa hari berpuasa, gua dapati ada kesan sampingan. Gua tidak perlu lagi menarik nafas yang dalam menahan perut untuk mengancingkan butang seluar Levi's 501 saiz 28 gua. Hehehe perut sudah kempis...

Wednesday, August 26, 2009

Review : Screaming Trees - Change Has Come EP

Screaming Trees merupakan sebuah band berasal dari Washington, US. Ia ditubuhkan pada 1985 oleh dua adik beradik Gary Lee Conner ( gitaris) & Van Conner (bassis) bersama2 dengan rakan baik mereka Mark Lanegan (vokalis/gitaris) & Mark Pickerel (drummer).

Pada mereka yang sebati dengan Seattle scene / grunge movement pasti mengenali lagenda ini & untuk mereka yang tidak tahu Screaming Trees merupakan pelopor awal Seattle scene sebaris dengan Green River, The Melvins, Soundgarden & Skin Yard.



Change Has Come merupakan EP pertama mereka bersama independent label, Sub Pop & merupakan album terakhir sebelum mereka berhijrah ke mainstream label, Epics Record. Sebelum ini mereka bernaung dibawah satu lagi independent label, SST Records bersama2 Soundgarden. Bersama SST mereka sempat merakamkan 3 buah album yang mana rilisan terakhir adalah pada 1989.



EP yang mengandungi 5 buah lagu ini telah diriliskan pada 1990. 2 buah lagu "Change Has Come" & "Days" telah diterbitkan bersama Jack Endino, seorang penerbit lagenda yang banyak menerbitkan album/EP untuk band2 grunge Seattle. Manakala 3 buah lagu lagi "Flashes", "Time Speak Her Golden Tounge" & "I've Seen You Before" telah diterbitkan oleh Steve Fisk ketika bersama SST Records.

Lagu2 didalam EP lebih menekankan kepada punk, new wave & garage rock. Kesemua genre itu dicampurkan menjadi trademark untuk sound Sreaming Trees. Cuba layan kan tracks "Change Has Come","Days" & "Flashes" anda pasti kan bergoyang menghanyunkan kepala mahupun ber"moshing" mengikut rentak yang menggegarkan.



"Time Speak Her Golden Tounge" & "I've Seen You Before" ada tarikan tersendiri. Ada sedikit unsur psychedelic rock dalam permainan gitar. Walaupon agak lagu ini agak mid-tempo tetapi tetap layan. Keseluruhanya EP yang menarik dengan sound tipikal grunge yang "kotor" dengan high level distortion & vokal yang kuat pengaruh Jim Morisson. Walaupon Screaming Trees tidaklah popular seperti band grunge yang lain namun mereka adalah pelopor grunge movement yang dihormati di Seattle. Mereka diibaratkan penulis sebagai lagenda senyap Seattle.

Ok layan lagu pulak. Flashes & Time Speak Her Golden Tounge




gigi ku bebas kelumumur

Pagi tadi gua bagun nak sahur..gua masuk bilik air gosok gigi..dalam gelap gua raba2 "ubat gigi"..letak kat berus terus gua gosok..tp gua rasa lain macam..argghh sindrom pose cam tu kot rasa ubat gigi..tp makin lama makin pahit..gua termuntah..gua cium...aik apsal bau wangi ubat gigi gua..tak bau pudina..gua bukak lampu..alamak..ubat gigi Head & Shoulder anti kelumumur..buweeekkkkk.

Tuesday, August 25, 2009

Flipper



Sapa2 leh tolong aku dapatkan album ni? hehe aku takde kad kredit nak beli online.

Love’ is the fourth studio album by San Francisco-based punk rock band, Flipper. The album was released over 16 years after their last studio album, “American Grafishy“, which was released in 1993. This is also the only Flipper album to feature former member, Krist Novoselic (also former bassist of Nirvana), and recording sessions took place at Murky Slough Studios, Novoselic’s property in Washington.

The album is also an “evil twin” to the live album, “Fight“, Fight was recorded in 2007 at Dante’s in Portland and The Funhouse in Seattle. Both were recorded and mixed by Seattle’s legendary Jack Endino. This album includes classic Flipper songs as well as songs from Flipper’s new studio album, entitled Love. Fight, along with Love, are bookends that encapsulate time spent recording in the studio and playing live shows with former Nirvana bassist, Krist Novoselic. Fight is the live companion to Love and serves as a perfect balance to the studio album experience. Love and Fight should exist side by side in your album collection.

Encominum : a tribute to led zeppelin

Encomium : a tribute to led zeppelin merupakan sebuah album kompilasi yang membariskan lagu2 cover dari band/artist pelbagai genre sebagai tribute kepada lagenda rock n roll; Led Zeppelin. Album yang telah diriliskan pada 1995 di bawah label Atlantic record diterbitkan oleh Jolene Cherry, Bill Curbishley & Kevin Williamson.



Sebanyak 12 track dimuatkan dalam album ini. Lagu2 tersebut adalah :

Misty Mountain Hop - 4 Non Blonde
Hey Hey What Can I do - Hootie & The Blowfish
D'yer Mak'er - Sheryl Crow
Dancing Days - Stone Temple Pilots
Tangerine - Big Head Todd And The Monsters
Thank You - Duran Duran
Out On The Tiles - Blind Melon
Good Times Bad Times - Cracker
Custard Pie - Helmet and David Yow
Four Sticks - Rollins Band
Going To California - Never The Bridge
Down By The Seaside - Robert Plant and Tori Amos



Jika dilihat pada tracklist kebanyakan lagu2 tersebut amat jarang sekali dilihat pada album2 kompilasi tribute lain mahupon album kompilasi Led Zeppelin sendiri. Jadi tracklist yang agak "rare" ini merupakan tarikan album ini. Kesemua lagu diterbitkan oleh penerbit yang berlainan dan dirakam ditempat yang berasingan.



Album ini sekali pandang mungkin seperti album2 tribute yang lain tetapi pada pandangan penulis album ini mempunyai kekuatan, keunikan & tarikan yang tersendiri. Jika dilihat dari senarai artist yang terlibat dapat album ini terserlah kepelbagaian genre/subgenre mzik seperti rock, blues, folk, country hinggalah ke pop semua terkandung dalam album ini. Jika diukur reputasi Led Zeppelin sebagai lagenda rock & roll pastinya agak pelik jika lagu masterpiece yang kuat pengaruh rock n roll digubah menjadi sebuah lagu pop.



Cuba dengarkan lagu "Thank You -Duran Duran". Bila mendengarkan track tersebut seolah2 ianya adalah lagu Duran Duran sendiri. Amat pekat mood syth pop pada lagu yang digubah olah mereka. Selain itu track "Hey Hey What Can i Do - Hootie & The Blowfish" amat kuat folk pop acuan mereka. Amat segar bila mendengar lagu alaunan dengan gaya vokal yang tebal & jantan berbanding lagu asal yang agak nipis gaya vokalnya.

"Custard Pie- Helmet and David Yow" antara lagu terbaik didalam album ini. Dengan mengekalkan melodi asal mereka telah membawakan lagu ini dengan baik sekali mengikut arragement muzik yang menarik sekali. Untuk kelainan lagu2 Led Zeppelin dinyanyikan oleh vokalis wanita. Cuba dengarkan "Misty Mountain Hop- 4 Non Blondes", "D'yer Mak'er- Sheryl Crow" pasti anda akan terpesona dengan alunan vokal yang seksi & husky. Cukup rasa tone bluesnya. Selain itu cuba dengarkan "Going To California- Never The Bridge" walaupon hanya menggunakan grand piano namun dapat diterjemahkan bahawa lagu2 Led Zeppelin boleh digubah kedalam genre2 lain & ianya releven.



Secara keseluruhannya, Encomium : a tribute to led zeppelin merupakan album yang menepati istilah "tribute" itu sendiri dimana setiap lagu yang dibawa seolah2 menjadi milik artist/band yang membawakan lagu tersebut. Tidak kedengaran klon Led Zeppelin dalam album ini. Dengan track list yang "rare" album ini wajar berada kedalam rak cd anda.

Ok kita layan 1 lagu dari album ini; Thank You dari Duran Duran (khas buat berteromber & semua blogger). Enjoy & happy watching. Review oleh Zan klik [link]


Monday, August 24, 2009

Black

Tengah kemaruk grunge balik huhuhu.
Layan dulu la lagu ni; Pearl Jam-Black
Lepas ni akan menyusul grungee yang lain


Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua blogger.
Semoga Ramadhan kali ini memberi penuh makna & keinsafan.
Selamat berpuasa.

Thursday, August 20, 2009

Asam Pedas Ikan Parang

Hari ni gua rasa cam mengidam nak makan masak asam pedas ikan parang untuk makan tengahari. Lama rasanya gua tak makan masak asam pedas ikan parang yang mengiurkan tu. Last sekali gua merasa masak asam pedas ikan parang setau ingatan gua ialah kat Bandar Melaka. Tu pon dah 2 tahun lepas rasanya. Jalan apa ntah gua dah lupa. Yang gua ingat kedai tu dekat dengan ngan pasaraya Ocean, dekat ngan parking RM2 sekali masuk, belah kiri ada kedai bundle yang tokeynya ramah yang teramat ala2 dj Isma Halil Hamzah. Belah belakang pasaraya Ocean tu pulak ermmm oh ye tempat river cruise tu. Jalan ape tu yer korang tau tak.

Gua tak ingat sebab time tu gua baru first time gi Melaka. Main redah aje nak cari kasut Aliph (kononnya). Nama tokey kedai tu Pakcik Mat. Nama penuh gua tak tanya pulak. Malas. Asam pedas ikan parang kat kedai pakcik Mat tu memang best walaupon gua makan sambil ditemani dengan sebungkus tisu murah untuk dijadikan lap supaya peluh gua tidak jatuh kedalam nasi bagi mengelakkan rasa masin yang berlebihan. Memang power la asam pedas pakcik Mat tu.

Muka gua merah. Bibir rasa tebal cam bibir Ning Baizura menahan pedas. Tapi dek kerana anak pakcik Mat yang cun tu selalu lalu lalang mengambil order para pelanggan, sambil2 dia jeling2 sebab gua ensem atau pelik tengok muka gua. Tapi gua gagah kan diri mengontrol macho walaupon lidah gua dah hampir2 terjelir menahan pedas yang membakar. Ini baru lah "real" asam pedas ikan parang.

Kat KLIA ni mana mau carik??? Asam pedas mamak ada ler kat LCCT tu. Tak best langsung.

Tuesday, August 18, 2009

Bleach 20th Anniversary Deluxe Edition



Elemerk..Pearl Jam "Ten re-issue" pon tak dapat lagi, ni pulak dah muncul berita Bleach 20th Anniversary Deluxe Edition. Ermmm [link]

Monday, August 17, 2009

Sakit perut

Hari ni aku sakit perut, memulas2 uiihhhhh sakit nya nak buat koje pon tak selera. Kejap2 gi toilet..sampai entry ni di tulis dah masuk tujuh kali kau tau Jebat..ni ada rasa nak terkucil ku tahan Jebat hehehe tp dah ok skit dah.

Oh yer Alfi anak best friend aku, Fairuz pon masuk wad mlm tadi demam panas. Alhamdulillah dah ok dah. Petang tadi dah check out.

Saturday, August 15, 2009

Radiohead Ok Computer

Radiohead merupakan band English Alternatif Rock dari United Kingdom. Album ke -3 mereka; Ok Computer merupakan album yang mengangkat Radiohead sebagai sebuah band terpenting dalam sejarah muzik dunia amnya & UK khususnya.



Rentetan dari kejayaan luar biasa album ke-2 mereka, The Bends mereka nekad melakukan pembaharuan supaya muzik mereka tidak statik. Melalui album ini mereka banyak bereksperimen dengan bunyi2 baru berbanding 2 album terawal mereka. Mereka banyak menerapkan elemen seperti jazz, electronic effect, ambient, string, sampler dan apa saja yang terjangkau mengikut kehendak mereka sendiri.



Album ini sungguh beremosi (pada pandangan penulis). Anda boleh rasa & dengar melalui lirik-lirik, mood lagu & lontaran vokal Thom Yorke yang bersahaja tapi menusuk kalbu. Lirik2 didalam album ini berkisar tentang politik, sosial yang rapuh dan kehidupan masyarakat moden.

Mengandungi 12 track yang mampu memberikan anda pengalaman muzik yang unik seperti menyusuri sebuah pengembaraan ke bulan.
  1. Airbag
  2. Paranoid Andriod
  3. Subterranean Homesick Alien
  4. Exit Music (For a Film)
  5. Let Down
  6. Karma Police
  7. Fitter Happier
  8. Electioneering
  9. Climbing Up the Walls
  10. No Surprises
  11. Lucky
  12. The Tourist


Kekuatan album ini adalah susunan muzik yang menarik dengan bunyian2 pelik (electronic effect, ambient vibe) yang disulam cantik bersama2 melodi line yang agak melankolik serta vokal yang bersahaja tapi penuh emosi.

Anda boleh cuba dengarkan track seperti Airbag, Paranoid Andriod, Exit Music (For a Film), Karma Police & No Surprises pasti anda akan dapat merasai persona muzik Radiohead yang unik.


Align Center
Rumusannya album ini merupakan antara album terbaik pernah dihasilkan & menjadi rujukan kepada pemuzik generasi baru. Dan album ini merupakan album yang sering diputar oleh penulis tanpa rasa jemu. Kepada sesiapa yang mahu mencuba kelainan, OK Computer amatlah berbaloi untuk didengar & dirasai.

Ok kita layan video klip 2 track kegemaran penulis; Exit Music (For a Film) & No Surprises.









Thursday, August 13, 2009

Sentuhan Listrikmu

...sentuhanmu bukan datang dari dunia materi,
terasa ini pernah mengusikku bagai de javu...
-m.nasir-
~sentuhan listrikmu~
canggung mendonan 1993

Wednesday, August 12, 2009

aiyaaaa

*speechless*
..........................
tak tau nak komen ape
huhuhu korang memang dahsyat ler
especially GENG 69 ;)

haih

fuhhh...nampak gayanya kena bertahan ni
serangan makin hebat..ermmm tak pe tunggu jer
aku menyerang dalam senyap

weh..gi wat kerja laa weii

amboi amboi amboi

bro n sis blogger aku dah melancarkan "serangan" nampak
huh...nantikan pembalasannya..hiaarrrggggghhhhh
hehehe (gaya seperti selepas action kamen melakukan action bimmm)

Tuesday, August 11, 2009

uuhhhh ahhhhh



ini aiskrim, lama siot tak sedut aiskrim cone cam tu
"alif nazmi jom pekena aiskrim ngan paksu"
ko ada?

*gambar cilok kat google

apada..

"eh mamak bagi balik duit balance aku da..."
apada buat2 lupa pulak ermmm citt porahhh

jalan aje la

ala kecoh betullah..yang eksiden tu kat lane sebelah tapi yang jammed giler babos kat lane aku pulak..isshh sungguh prihatin rakyat negara ku ini..ape cerita?? cuma cium bontot jer bukan apa sangat pon..alahai.

Monday, August 10, 2009

panggilan misteri

"nak tanya ni kilang kerepek tu kat mana yer, makcik dah sampai balai polis Banting ni." "Oh makcik jalan depan lagi sampai jumpa Hospital Banting belah kanan lepas tu jalan depan sikit ada traffic light belok kiri, pastu nanti nampak signboard kilang kerepek tu."."Ok , terima kasih."

tahniah makcik kerana berjaya menjumpai kilang kerepek itu.

Thursday, August 6, 2009

action kamen boy



Happy 6th birthday to action kamen boy; Muhammad Alif Nazmi
Semoga menjadi anak yang soleh & pelajar yang cemerlang
~jangan minum air milo dalam botol susu lagi tau, tak rock la~

Tuesday, August 4, 2009

Tabah

Setiap manusia akan diuji oleh Khaliqnya. Aku ada 2 berita yang membuatkan aku turut merasai apa yang mereka itu alami :

1) Brader blogger aku muor76; baru sahaja kehilangan anaknya yang tersayang minggu lepas & aku hanya mengetahui nya melalui blong beliau (klik sini) hari ini. Walaupon aku tak pernah bercakap dengan beliau jauh lagi bersua muka namun aku turut tersentak dengan berita sedih itu. Al-fatihah untuk arwah anak kecilnya itu, semoga rahmat mencucuri roh insan kecil itu. Amin.

2) Rakan baik aku sejak dari kecil lagi, Fairuz; ibunya telah dimasukkan kehospital akibat serangan stroke (minor). Walaupon keadaan ibunya stabil namun kegusaran hati seorang anak tunggal itu turut menyentuh jiwa aku kerana aku sudah menganggap ibunya seperti ibuku sendiri yang telah aku kenali sejak kecil lagi.

Aku harap brader gua muor76 & Fairuz tabahkan hati, kuatkan semangat lu orang. Sesungguhnya ada hikmat disebalik perkara yang berlaku.

Matakucing

Tak de idea nak update..huhu sibuk skit. Tak pe layan lagu ni dulu. Pencetus kewujudan nick "matakucing". Lama dah aku pakai nick ni. Sejak album ni keluar.

Friday, July 31, 2009

31.07.2009

happy besday to my friend o mine; Norrul Anuar b. Hanapiah
-keep on rockin beb-

Thursday, July 30, 2009

Siaran Tergendala

Bengong betul la server kat opis ni
dah seminggu dok cam tu gak
tak dapat nak update blog
"weh dak IT dah brape kali nak komplen da?!!"

Thursday, July 23, 2009

No Quarter

Tengah mabuk Led Zepp. Antara cover song paling best.



No Quarter

Lock the door, kill the light.
No one's coming home tonight.
The sun beats down and don't you know?
All our lives are growing cold, oh...
They bring news that must get through.
To build a dream for me and you, oh.

I'm locked in a place where no one goes.

They ask no quarter
They have no quarter.

Lock the door, kill the light
No one's coming home tonight

It's getting colder (7x)
I'm locked in a place where no one goes.

Lock the door, kill the light
No one's coming home tonight

They bring news that must get through.
Dying peace in me and you

I'm locked in a place where no one goes.

We have no quarter
We have no quarter
We ask no quarter

**mknote : lirik diubah dari lirik asal

Tuesday, July 21, 2009

1 Wajah bukan 1Malaysia (tunda ke 07 nov 09)



Jom turun berdansa bersama M.nasir? Ini konsert balas dendam. Dan ini juga bukan konsert Dream Theater; Metropolis pt 2 : Scene From A Memory yer.

(map link)

**last update : 22-07-09 1445 hrs

Monday, July 20, 2009

Backpacking

Bulan 10 nak backpacking..selepas membaca entry jZun(--->baca zan) pasal Mr.Big reunion, beliau berkobar2 nak ajak aku travel gi ngk konsert tu. Anyway sebenarnya aku dah plan dari awal tahun haritu pon, lepas raya/ujung tahun nak travel starting dalam Malaysia jer dulu. Then jZun ajak plak, insyallah aku akan start backpack ke Bangkok huhuhu.

Ada sapa2 boleh bagi panduan travel with backpack ni? ermm aku pon sedang google web2 yang sediakan panduan untuk backpacking ni. So sapa2 yang dah berpengalaman leh ler kongsi2 tips ngan aku yer.

**target sebelum kahwin aku nak travel dulu.

update-21/07/09 0941hrs

slumber

kalau anda gembira korek idung,
kalau anda gembira korek idung,
kalau anda gembira beginilah caranya,
kalau anda gembira korek idung.

idea enrty ini tercetus apabila aku melihat sorang brader yang asyik leka mengorek idungnya & menjentik2 kan taik idungnya tanpa rasa segan silu & bersalah dihadapan org ramai. huhu slumber la lu brader!!

Thursday, July 16, 2009

Lagu-lagu malam

Untuk brader berteromber; tuari lu dah review cd Cinderella-Night Song kan. Ni just nak tunjuk versi LP pulak. LP ni aku buat perhiasan jer huhuhu sebab tak de player la :( . Sekarang ramai pulak dah beli player: Abg Ben, Takilala, Speedrider dah beli dah.


cover depan 6.49 sen aje



inner sleeve dia




LP dia


back print dia

Ermm tu jer la huhuhu nak riak skit muahaha. Aku beli kat Amcorp Mall 10 ketul. Nak baca review brader berteromber, klik sini.

Tuesday, July 14, 2009

Penantian..

"Beb ko nak baca buku grunge tu? Aku dah reserve. Kalo ko nak aku nanti bwk balik kl, pinjamkan ko. Lepas 2 minggu gitu ko kasi aku balik."

"Aku cek online, buku tu ada dan boleh pinjam. Aku dah rezeb. Mungkin berapa hari ni baru sampai kat library rumah aku. Dah ready, aku ambik n bwk balik kl. Nanti dah dapat aku bilang ko next wk."

huhu tak sabar aku nak baca buku tu. Thanks bro (u know who u r)



Saturday, July 11, 2009

Istilah Bercinta

Istilah Bercinta

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah dimana
Tiada lagi kemesraan

*Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang kemana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka
Semakin mendalam

Biar ku hadapi
Walaupun tergugat
Akan ku benamkan
Biar jadi debu

(ulang *)

**Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta

Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan

Semua pencinta
Haruslah berkorban
Tiada batasan

(ulang ** )

Artis : Ramli Sarip
Album : Istilah
Tahun : 1988




**mknote : sapa2 yang baru furst menonggeng tu cuba amati lirik lagu ni

~ko akan dapat yang lebih baik beb~

Balada untuk insan kecewa

Hidup ini penuh dugaan. Perjalanan hidup manusia tidak akan lengkap tanpa kita diuji oleh Yang Maha Kuasa. Walau sebesar mana pun ujian itu, kita mesti terus berjuang menghadapi/menerima dugaan-Nya & Allah takkan menguji hambaNya melebihi dari apa termampu oleh hambaNya. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.
Hidup ini penuh keindahan & cabaran. Hidup ini perlu dinikmati.

"Brader, kita mesti terus hidup"- Osman Tikus

Friday, July 10, 2009

Sewel dah besor

Happy birthday to my friend "Sewel"
-semoga bertambah matang & cool aje beb-
p/s : ermm ko dah besor beb, dah boleh kahwin tu
hahaha citt porrrraaaahhhhh




Thursday, July 9, 2009

Suka-suka dia aje

Situasi : Pesakit lelaki berjumpa doktor wanita
Tempat : Pusat rawatan perubatan
Masa : 1200pm
Tarikh : 08-09-09

Pesakit : Assalamualaikum doktor.
Doktor : Waalaikum salam, sila duduk (sambil tersenyum manis).
Doktor : Ada masalah ape yer??
Peasakit : Sakit kepala giler la doktor, Migrain.
Doktor : Oooh sejak bila sakit?
Pesakit : Semalam.
Doktor : Sebelum ni pernah kena Migrain ker?
Pesakit : Pernah dulu tapi dah lama gak tak kena tup2 sakit balik.

(perbualan terhenti seketika doktor meneliti kad pesakit)

Doktor : Dulu masa kena Migrain teruk?
Pesakit : Ermm tak teruk sangat la tapi bila kena tu tak tertahan gak ler.
Doktor : Awak merokok?
Pesakit : Dulu merokok tapi sekarang dah berhenti.
Doktor : Ermm bagusnya, dah berapa lama berhenti merokok?
Pesakit : Hampir 2 tahun.
Doktor : Ada ambik minuman kafein?
Pesakit : Ada.. Nescafe.
Doktor : Awak aktif bersenam atau lakukan aktiviti lasak?
Pesakit : Dah jarang dah bersenam.. takde masa, kerja jer manjang. Pergi pagi balik malam.
Pesakit : Ahad just hangout ngan kawan2, kalau takde benda nak buat tido / tengok tv ler.

(doktor terhanguk2 sambil menulis statement pesakit)

Doktor : Ok awak baring kat katil tu saya nak buat checkup.
Pesakit : (angguk)

(proses pemeriksaan pon dijalankan)

Doktor : Ermm ok berdasarkan pemeriksaan tekanan darah, jantung awak normal, cuma awak ni stress. Mungkin disebabkan kerja awak.
Doktor : Kerja awak habis hanya dipejabat atau bersambung ke rumah?
Pesakit : Kalau nak ikutkan masa kerja saya 24 jam sebab saya kena monitor kerja saya sehingga cargo sampai ke destinasi.
Doktor : Awak kerja sebagai apa?
Pesakit : Saya kerja bidang logistik kargo. Kena monitor pergerakan trak penghantaran dari airport ke tempat customer. Selagi trak on the road saya kena monitor even kalau terjadi breakdown tengah malam/pagi2 buta saya kena selesaikan.
Doktor : Ermm..Awak dah kahwin??
pesakit : (aik soklan ni pon tanya) Belum. Nape?
Doktor : Ooo patut la..ni nak kena kahwin ni baru tak migrain..stress hilang
Pesakit :(citt..pandai pulak doktor ni buat lawak) ye ker?? (sambil tersengih)
Doktor : yer betul..kalau dah ada tu cepat2 la kahwin.
Pesakit : Calon takde la doktor. Doktor dah kahwin ke kalau belum kahwin ngan saya jer la.
Doktor : Isshh takde la saya bergurau jer.

(doktor tergelak, pesakit pon tersenyum)

Doktor : Ok lah.. nanti awak tunggu kat depan ambil ubat yer.
Pesakit : Errkkk saya jenis tak makan ubat la doktor.
Doktor : Alah ker?
Pesakit : Tak, cuma memang jenis tak makan ubat.
Doktor : Kalau macam tu saya bagi injection.
Pesakit : OK

(injection pon dilepaskan)

Doktor : Ok selesai. Kalau ada masalah lagi datang lagi yer.
Pesakit : Baik.


(pesakit keluar dengan gaya punggung yang kebas).

Tamat.

Tuesday, July 7, 2009

Senandung Migrain

Dah lama aku tak kena migrain. Tiba2 datang lak migrain aku yang dah lama menyepi. Ermm memang tak tertahan. Bisanya rasa nak hantuk2 jer kepala kat dinding. Dushh dushh debushh tapi lagi teruk lak kang. Aku dah ler jenis tak makan ubat ermm rileks sabar je banyak2 huh cobaaannn. Kawan aku si Semut Sewel tu pon demam gak.."ko rileks je beb".

**nyut nyut nyut kepala rasanya mau pecah - Doyok

Nirvana Rare's

Rentetan dari kisah semalam jumpa pulak kaset kuno ni (sori Deaf aku tak jumpa lagi kaset singles One tu). Antara kaset Nirvana aku yang paling rare sekali. Aisey teringat kenangan masa sekolah menengah dulu time tengah giler Nirvana & Kurt wanabe huhu. Sememangnya Nirvana memberi impak yang besar walaupon hanya mampu bertahan dalam masa 5 tahun sahaja & ianya lenyap selepas kematian Kurt Cobain.



Album ini bukanlah official released dari Nirvana. Ianya merupakan himpunan lagu2 Nirvana yang tidak pernah di releasedkan dimana2 album rasmi Nirvana. Kebanyakan lagu2 tersebut adalah dari demo2 terawal, studio outtakes, rehersals, unreleased tracks Sub pop & juga bootleg persembahan live di sebuah kelab (Rajis Pub & Club mungkin).



Album ini merupakan terbitan oleh label Kiss The Stone (KTS) sebuah label yang aktif menerbitkan rakaman audio bootleg (tanya Deaf mesti tau) dan telah diedarkan pada tahun 1995 oleh syarikat Swindle Records. Mengandungi 19 tracks yang sememangnya rare & raw :
  1. If You Must
  2. Spank Thru
  3. Pen Cap Chew
  4. Do You Love Me - ini lagu cover KISS
  5. Junkyard
  6. D.7
  7. Immodium - lagu & tajuk asal Breed (album Nevermind)
  8. Sappy
  9. Talk To Me
  10. Even In His Youth - jadi B-side untuk singles "Smells Like Teen Spirit"
  11. Everything & Nothing
  12. Immodium (Take 2) - lagu & tajuk asal "Breed" (album Nevermind)
  13. Pay To Play (Take 2) - lagu & tajuk asal "Stay Away" (album Nevermind)
  14. Junkyard (Live)
  15. Help Me (Live)
  16. In His Hand (Live)
  17. Bull Shit Jam (Live)
  18. Talk To Me (Live)
  19. Mariagold - jadi B-side singles "Heart Shape Box"


Mungkin tidak ramai yang tahu tentang lagu2 dalam album ini bahkan mungkin ada peminat Nirvana sendiri tidak pernah mendengarnya. Jika mendengarkan album ini jangan mengharapkan sound yang bersih & terbaik tetapi sound yang kedengaran dari rakaman ini amatlah kotor, raw & bising. Walaupon begitu ia masih mampu didengari & dihayati.

Mendengarkan lagu2 dalam album ini juga seolah2 anda berada bersama2 Nirvana didalam studio jamming & gig kecil. Dengan sound yang betul2 raw & bising anda boleh bandingkan dengan rakaman yang telah sempurna sifatnya. Totally memang berbeza.



Pada penggemar bootleg & bunyian yang kasar & kotor album ini untuk anda. Bagi sesiapa yang cerewet tentang sound yang perfect & bersih jangan membuang masa mendengar album ini kerana album ini diterbitkan hanya untuk pendengar yang sukakan kelainan. Namun album ini sudah tiada lagi dipasaran dan aku lagi masih mencari versi CD album ini & sebuah lagi album kesinambungan dari album ini; Nirvana Rare + Hits yang mana lagu yang hampir sama dengan rakaman yang telah sempurna.

**mk note : kesemua lagu kecuali tracks 14,15,16,17,18 telah diterbitkan semula kedalam box set "With The Light Out" yang dikeluarkan pada 2004. Nanti senang aku review box set tu