Tuesday, February 22, 2011

Ujang 1st issue

Malas nak citer panjang2. Korang mesti tau kan Majalah Ujang ni kan. Ha5 ni dia first issue, pada sapa yang tak pernah nampak/baca/jumpa. Aku jumpa majalah ni masa gi kedai buku second2 kat sek.25, Shah Alam. Mint condition.





Ok aku gogel2 tuari jumpa link majalah ni. So sapa nak baca boleh lah klik link :
http://www.scribd.com/doc/20487149/Majalah-Ujang-No-1

Sunday, February 13, 2011

Eddie Vedder : into the wild OST

Ok ni just simple review pasal OST Into the Wild yang sekaligus jadi album solo tunggal Eddie Vedder (setakat ni). Sebab apa jadi album solo Eddie Vedder? sebab dia menulis semua lagu dalam album OST ni. Agak lama jugak nak carik cd ni kat sini. Dari tahun 2007 sampai Julai tahun lepas baru dapat beli ni kat local store.



Pada mulanya lagu-lagu kat album ni seperti yang aku jangkakan akan ada bunyi2 Pearl Jam yang kuat. Yelah diakan song writer dalam album2 Pearl Jam, tapi ianya lebih kepada pure folk, akustik & lebih relaks dari lagu2 Pearl Jam. Album ni album growing. Sapa2 yang suka lirik2 poetry gaya Eddie Vedder mesti suka lagu2 album ni. Cerita filem ni pon best.




Kalau tengok cerita ni & lepas tu dengar cd ni lagi bertambah best. Sebab lagu2 kat dalam ni di tulis berdasarkan jalan cerita filem ni. Filem ni berdasarkan cerita benar tentang seorang yang sanggup meninggalkan kemewahan, wang, pangkat etc untuk mencari kebebasan diri dengan hidup sendirian bersama2 masyarakat "mother nature".



Lagu2 dalam abum ni pon pendek2 tapi seronok dilayan & mudah dimainkan dengan gitar tong sambil menikmati kopi sambil memerhati rintik hujan turun ditepi tingkap. Sapa2 yang nak dengar boleh klik sini.

Tuesday, February 8, 2011

Race track





gambar dari bmxmuseum forum

Sekarang tengah buat proposal kat YB nak mintak race track untuk budak2 BMX. Nak hidupkan balik sukan BMX cam dulu2. Happening eh tengok scene BMX dulu2.