Friday, September 26, 2008

Salam Eid'fitri


Hehe buat suma kawan2 blogger & yang bukan blogger aku nak mintak maaf lah yer diatas kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan semasa proses memblog. Samada secara langsung atau tak langsung muahaha. Sesungguhnya nya trial n error tu lumrah menjalani kehidupan.

So semoga bergembira di Syawal yang mulia. Jumpa lagi lepas raya eh.

Friday, September 19, 2008

Zakat Fitrah

Tadi sembahyang jumaat kat mesjid KLIA ada bukak bazar skit & kaunter fitrah. Ermm tanpa membuang masa aku pon terus la bayor fitrah. Lafaz niat... Alhamdulillah settle lagi satu tanggungjawab. Ringan kepala.. hati jadi lapang jer. Tahun ni kat Selangor RM5.20 sekepala.

So dah bayor awal tak yah la rushing cam tahun lepas keh keh keh.. jangan lupa bayor zakat eh.

Death Magnetic CD & T-shirt

Ok semalam time lunch hour tak de keje..aku gi la kedai CD Rock Corner kat Subang Parade (tempat fav aku ni heheh) nak amik cd panas masakini...apelagi Metallica-Death Magnetic yang aku order last week ngan grab skali cd Search Bentara punya.

Terkejut aku bila amoi Rock Corner tu bagi aku t-shirt DM..eh dapat t-shirt ker amoi?? dalam keadaan aku yang kempas kempis keriangan..yeaarrgghh. Memula tanya poster dia cakap.."tak ade la abang...tapi saya bagi lain la"...aku ingat dia nak bagi poster BackStreet Boys / N'SYNC muahahaha.


bahagian depan..sempoi aje kaler silver

ada cop Universal Music kat belah dalam

ni bahagian belakang dia pulak

Amoi tu cakap sape yang order pre-sale jer dapat t-shirt DM tuh. Kalau yang beli gitu2 aje tak dapat apa2. Heheh ok la tak dapat poster..t-shirt pon OK sangat muahaha.

Pastu malam tadi lepas buka ngan opis mate singgah jap Uptown Shah Alam..saje2 nengok suasana dekat2 nak raya. Pusing2 aku tertawan t-shirt kat bawah ni :

T-shirt Scorpions-Blackout tapi cop copyright tak de pulak.. simple aje kalau dapat kaler hitam mesti menawan. Takpe janji ade..memang susah pon nak dapat Blackout ni.

Pastu dah nak sampai pintu pagar keluar ternampak si Eddie melambai2 aku pulak.. ishhh ape lagi aku pon terus la menghampirinya..huhuhu yang ni print 2003.Alang2 sebat sekali hehe harga pon OK ikut budget.

Ok lain kali cerita lagi.

Wednesday, September 17, 2008

Nak Raya Dengan Papa Rock?

Tadi aku terselak 1 myspace mana ntah aku pon dah lupa..jumpa pulak flyers ni. So sape2 nak berhari raya ngan paparock Ramli Sarip..cekidot ini flyers eh.


gambar klik kasi besar eh..dtls suma ada dalam tuh.

EMI berkubur??

Tadi selak2 akhbar Utusan Malaysia Online tadi terjumpa pulak artikel kat bawah ni.. cekidot ah yer ;)

Di sebalik kisah 1 September EMI

TANGGAL 1 September lalu merupakan suatu tarikh yang mungkin sukar untuk dilupakan oleh EMI Music Malaysia (EMI) selepas hampir 42 tahun syarikat rakaman bertaraf antarabangsa itu beroperasi dan bertapak di negara ini.

Ini kerana, selepas tarikh tersebut, anak syarikat rakaman yang beribu pejabat di London, United Kingdom (UK), itu tidak lagi beroperasi dalam memasar dan mengedarkan lagu-lagu serta album-album terbitannya.

Sebaliknya, difahamkan operasi pemasaran dan pengedaran untuk tiga tahun berikutnya mulai 1 September lalu itu telah diambil alih oleh syarikat rakaman Kumpulan Warner Music (WMG), di mana ia turut melibatkan cawangan-cawangan EMI di Thailand, Korea, Singapura, Hong Kong dan Indonesia.

Pengambilalihan

Kontrak pengambilalihan dua operasi penting dalam perniagaan EMI itu antara lain membabitkan artis-artis, lagu-lagu serta album-album tempatan yang masih berada dalam simpanan serta hak milik syarikat rakaman tersebut sejak era tahun 1960-an sehinggalah kini.

Kita berharap agar khazanah lagu-lagu dan album-album Melayu artis-artis tempatan yang masih berada dalam simpanan EMI tidak hilang begitu sahaja kerana ia merupakan aset- aset penting yang boleh diguna pakai untuk rujukan generasi akan datang.

Perkembangan terbaru dalam industri rakaman album itu tidak mengejutkan ramai penggiat muzik tanah air kerana ia ekoran daripada senario yang sedang melanda persada muzik walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini.

Ia antaranya disebabkan sambutan dan jualan album-album yang dikatakan semakin kurang memberangsangkan kerana persaingan sengit daripada trend muat turun lagu-lagu di Internet, menerusi telefon bimbit, selain masalah cetak rompak yang tidak pernah berkesudahan sejak puluhan tahun lalu.

Pengecilan operasi dalam syarikat-syarikat rakaman, termasuklah EMI sebagai antara yang tertua di dunia iaitu berusia hampir 106 tahun, secara tidak langsung menggambarkan banyak perubahan yang sedang berlaku dalam industri rakaman album ketika ini dan pada masa depan.

Antaranya, soal peralihan trend dan teknologi dalam industri rakaman album yang kini berdepan dengan cabaran serta cakupan pasaran yang lebih luas skopnya sesuai dengan 'dasar langit terbuka' yang sudah lama melanda di seluruh dunia.
Dalam erti kata lain, syarikat rakaman kini tidak boleh lagi bergantung kepada produk seperti piring hitam, kaset serta cakera padat (CD) semata-mata, sebaliknya mereka haruslah berjalan seiring dengan perkembangan teknologi dan permintaan dalam industri muzik semasa.

Syarikat rakaman bukan setakat harus mengubah trend format penerbitan produk-produk mereka, tetapi karyawan seperti komposer, penyanyi dan pemuzik juga haruslah sentiasa peka dengan perkembangan muzik semasa yang sering berubah-ubah.

Kalaulah syarikat rakaman antarabangsa seperti EMI pun terpaksa tunduk dengan tekanan dan cabaran seperti itu, maka syarikat-syarikat rakaman tempatan yang umpama 'ikan bilis' juga sudah semestinya tidak terkecuali terkena bahangnya.
Hakikat itu dapat dilihat apabila sejak lima tahun kebelakangan ini, banyak syarikat rakaman tempatan yang terpaksa gulung tikar kerana masalah-masalah tersebut.

Daya saing

Senario itu diburukkan lagi dengan sikap stesen-stesen radio swasta yang lebih mengutamakan penyiaran lagu-lagu artis luar negara, selain kurangnya daya saing dan mutu lagu-lagu yang dihasilkan oleh para karyawan muzik kita.

Dasar, sokongan dan penguatkuasaan daripada pihak-pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Penerangan misalnya, amat diperlukan bagi membantu memulihkan semula industri rakaman album yang semakin tenat di negara ini.

Penguatkuasaan akta hakcipta karyawan muzik, agihan royalti dan Dasar Muzik Negara yang pernah heboh dicanangkan sebelum ini juga sepatutnya dikemuka serta diperhalusi semula peranannya.

Malah, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) yang dipertanggungjawabkan menjaga bidang kesenian termasuklah seni muzik haruslah memikirkan secara serius tentang perkembangan yang sedang berlaku itu.

Seperti yang pernah diusulkan menerusi KPKKW sebelum ini, penubuhan Perbadanan Kemajuan Muzik Nasional Malaysia juga seakan-akan dipandang sepi berbanding industri perfileman yang sudah lebih 25 tahun mendapat pembelaan daripada kementerian terbabit.

Sokongan pihak-pihak terbabit sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada perkembangan dalam industri hiburan secara keseluruhannya kerana bidang muzik antara seni yang popular di negara ini selain dunia lakonan.

Jika syarikat rakaman gergasi seperti EMI pun sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan survivalnya dalam penerbitan album, maka apa pula nasib yang akan menimpa para komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik kita selepas ini?
Bayangkan, apakah juga yang akan berlaku dalam industri hiburan tempatan jika tiada lagi syarikat rakaman atau penyanyi yang sanggup menerbitkan album untuk sajian halwa telinga generasi akan datang?

Maka, ketika itu kita mungkin terpaksa berdepan dengan masalah yang lebih besar termasuklah penjajahan era baru bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga budaya dan pemikiran.

laman asal klik sini

Lagi satu artikel :

Menanti nasib artis EMI

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

NAMPAKNYA nasib artis-artis tempatan yang bernaung di bawah payung syarikat rakaman EMI Music Malaysia akan berhadapan dengan cabaran baru dalam meneruskan karier mereka khususnya selepas tarikh 1 September lalu.

Ini kerana, mulai tarikh berkenaan, segala urusan pemasaran dan pengedaran album hampir 11 artis tempatan EMI telah diberikan hak pelesenannya kepada syarikat rakaman kumpulan Warner Music (WMG).

Dalam erti kata lain, mengikut perjanjian yang telah dipersetujui itu, WMG kini bebas untuk memilih mana-mana artis EMI yang mereka rasakan berpotensi untuk terus diketengahkan ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun, menurut Ketua Bahagian Domestik EMI Music Malaysia, Mohd. Arzmy, artis-artis terbabit masih merupakan artis-artis syarikat rakaman itu BERDASARKAN KEPADA KONTRAK YANG SEDIA ADA TETAPI HAK RAKAMAN, PEMASARAN DAN pengedarannya telah 'DILESENKAN' kepada WMG.

"Setakat ini EMI Malaysia mengikat kontrak dengan 11 artis tempatan, antaranya Bandi Amuk, Ella, Ziana Zain, Fiq, Republic Of Brickfields, Sheila Abdull, Camelia, Awie, VE, Ruffedge dan Mael XPDC.

"Kami akan berbincang terlebih dahulu dengan artis-artis terbabit sama ada akan mengekalkan, menyambung ataupun menamatkan kontrak mereka dalam waktu terdekat ini.

"Bagaimanapun, EMI berkemungkinan besar akan menamatkan kontrak atau 'membebaskan' mana-mana artis yang tidak diperlukan oleh pihak WMG," katanya kepada Hits pada satu pertemuan di pejabatnya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Jelas Mohd. Arzmy, perjanjian hak pelesenan pemasaran dan pengedaran selama beberapa tahun itu turut meliputi produk-produk terbitan EMI cawangan Hong Kong, Indonesia, Filipina, Korea, Singapura dan Thailand berkuatkuasa 1 September lalu.

Ketika ini, perjanjian yang sama telah pun dilaksanakan tetapi EMI yang memegang hak pelesenannya pemasaran dan pengedaran produk-produk WMG di Afrika Utara, Timur Tengah dan India.

Katanya, ekoran perubahan dalam pengurusan anak-anak syarikat EMI yang beribu pejabat di London, United Kingdom itu, ia juga melibatkan para kakitangan EMI Malaysia, di mana ada di kalangan mereka yang mungkin akan diserapkan menerusi WMG.

"Saya difahamkan kakitangan EMI Malaysia yang tidak terpilih akan diberi pelepasan dengan mendapat pampasan mengikut tempoh perkhidmatan mereka. Malah, pejabat EMI ini akan dikosongkan pada hujung bulan ini.

"Hanya jabatan akaun yang mungkin akan dikekalkan tetapi ia juga akan dipindahkan di suatu tempat yang telah ditetapkan kelak," ujarnya yang memulakan kariernya sebagai Pengurus Artis di EMI Malaysia pada tahun 1977.

Perubahan struktur perniagaan terutamanya pengedaran dan pemasaran hak cipta produk-produk EMI Malaysia ini merupakan yang paling drastik pernah berlaku selepas hampir 42 tahun ia beroperasi di negara ini.

Difahamkan, EMI yang merupakan antara syarikat rakaman tertua di dunia dengan usia 106 tahun melakukan penstrukturan semula itu selepas ia dibeli oleh syarikat Terra Firma sebuah syarikat gergasi di Eropah di Bursa Saham London dengan nilai lebih 3.2 bilion pound sterling (RM19.8 billion).

Ditanya mengenai nasib lagu-lagu dan album-album artis tempatan yang masih berada dalam simpanan EMI Music Malaysia, Mohd. Arzmy berkata, ia tetap akan menjadi hak milik syarikat rakaman tersebut.

"Hak pengedaran dan pemasaran ke atas produk-produk terbitan EMI Music Malaysia termasuklah artis-artis luar kepada WMG hanya diberi tempoh beberapa tahun sahaja.

"Selepas itu, terpulanglah kepada mereka untuk memperbaharui atau tidak hak-hak tersebut. Ini kerana, EMI mempunyai ratusan ribu lagu-lagu dan album-album yang masih berada di bawah syarikat rakaman ini," kata Arzmy yang bakal memulakan kariernya di sebuah syarikat lain sebelum hujung tahun ini.

link asal klik sini .

ermm EMI pun rebah gak eh.

Saturday, September 13, 2008

Review CD : Nirvana-All Apologies/Rape Me

Ok last kopek eh..hehe penat ar nak review cd hahah pasni nak citer lain pulak. Ok Single ke-2 dari album In Utero-All Apologies/Rape Me.


Cam biasa ada 3 trek :

01) All Apologies - Start dari lagu ni Kurt improvised lagu2 dia dengan elemen string. Kat lagu ni guna Cello. Lagu ni jadi kontroversi la lepas dia mati kira macam wasiat terakhir la cenggitu. Orang kaitkan lagu ni ngan kematian dia..ermm tak sure pulak, kebetulan kot.

02) Rape Me - Lagu anti media terutama MTV hahaha masa MTV Video Award 1991 Nirvana nak main lagu ni tapi dorang tak bagi so dorang main latest single (masa tu) Lithium). Original versi ada solo tapi Kurt buang sebab nak jadikan lagu tu sependek mungkin.

03) Moist Vagina (prevoius unreleased) - Lagu ni dirakam secara bersahaja (first take) masa praktice nak rakam In Utero. Spontan la senang cakap..kadang bahasa aku skema giler eh. ahaha blasah aje..angan2 nak jadi penulis konon..cit podahh hahaha.

Tapi aku tak paham la konsep artwork2 kat cd singles ni. Kalau diperhatikan cam pelik jer imej2 yang digunakan Kurt Cobain kan. Ok lah jumpa lagi dengan entry2 yang lain pulak. Nak termuntah la review Cd ni hahaha.

Review CD : Nirvana-Heart Shape Box

Kita sambung lagi siri Nirvana boxset singles, kali ni nak cite pulak pasal single pertama dari album studio terakhir mereka "In Utero" yang released pada 1993-Heart Shape Box.

Ada 3 trek kesemuanya :

01) Heart Shape Box- Lagu semi ballads ar kira tapi best. Kalau live paling best bila part solo dia mengancam. Menduduki no.1 carta Billboard's Modern Rock Track. Lirik diinspirasikan dari buku "Camille's vaginal flower theory"-citer pasal alat kelamin wanita. Tapi sebenarnya lagu ni citer pasal dia kecewa dengan bini dia Courtney Love yang drug addict melampau2 hehehe.

02) Milk It - Agak noise sound lagu ni. Memula aku tak suka lagu ni tapi lama2 best pulak sejak dengar liver version. Heavy lagu ni (dalam konteks alternatif rock).

03) Marigold - lagu ni dicipta oleh Dave Ghrol drummer Nirvana & dinyanyikan oleh beliau sendiri. Ermm Dave juga berbakat mencipta & menyanyi eh kira lagu terawal beliau cipta selain lagu2 dalam 2st album Foo Fighters ( lagu2 dalam 1st album Foo Fighters sebenarnya telah beliau cipta semasa mengaanggotai Nirvana lagi).

Collage dalam inlay single ni dibuat sendiri oleh Kurt Cobain.

Thursday, September 11, 2008

Review CD : Nirvana-Lithium

Lihium merupakan single ke-3 dari album Nevermind. Released pada July 1992. Ianya merupakan lagu yang paling lama & paling susah untuk di rakam.

Ada 3 trek kesemuanya :
.
01) Lithium (LP version) -Dicipta pada seawal 1990 semasa Chad Channing ( drummer era Bleach) masih mengganggotai Nirvana. Tapi Kurt tak puas hati sebab dia tak dapat apa yang dia nak...ermm cerewet Kurt ni eh. So masa rekoding memang frustrated sebab banyak kali rekod sampai la jadi mcm yang kat dalam album.
.
02) Been A Son (live) - B-side gak selalu gak bawak masa live. Catchy lagu nie sedap di bawak berjamming.
.
03) Curmudgeon-Lagu yang tak pernah ditebitkan dimana2 album Nirvana pon. Hanya kat single ni jer ade & yang terbaru kat boxset "With the light out". Kira spesis rare la lagu nie. Tak seperti lagu2 biasa Nirvana. Lain sikit. Kat inlay cd ni ada disertakan semua lirik lagu album Nevermind.

Review CD : Nirvana-In Bloom

Sambung lagi review aku pasal siri boxset singles Nirvana. Ni pulak single ke-4 dari album Nevermind; In Bloom released pada 1992. Menduduki no .5 carta Billboard Mainstream Rock Track.

Ada 3 trek dalam cd ni :

01) In Bloom-Lagu paling favourite Kurt Cobain. Aku ada baca kat 1 artikel pasal Kurt rasa inilah lagu paling seronok dia cipta & pasal lagu ni jugalah Kris Novoselic setuju joined Kurt tubuhkan Nirvana. Tapi jarang pulak dia main masa live pulak.

02) Sliver (live)-B-side ni original version ada kat album "Incesticide". Intro bass Kris Novoselic menjadi backbone lagu ni. Simple jer tp layan.

03) Polly (live)-Lagu wajib masa live. tapi aku tak suka la pulak lagi ni hahaha ngantuk siot zzzz aku lagi suke versi 1989 & new wave. Rancak sikit sebab ada drums. Versi original pon dari album Nevermind.

Video clip In Bloom ada 2 versi. 1 versi Sub Pop (rekod label dorang sebelum sign ngan Geffen) tahun 1990 untuk Sub Pop Video Network Program video compilation (1991). & versi official Geffen. Tapi yang best versi Geffen ar konsep macam The Ed Sullivan Show.

Saturday, September 6, 2008

Review CD : Nirvana-Come As You Are

Ok sambungan siri boxset cd singles Nirvana. Ini merupakan single ke-2 Nirvana dari album Nevermind (1991), Come As You Are. Video clips lagu ni dihasilkan oleh sekumpulan pelajar praktikal kolej di Seattle.

Cd single ni ada 4 trek semuanya :
.
01) Come As You Are (LP version)-Versi LP ni tak de beza ngan versi cd. Merupakan salah satu lagu berhantu Nirvana. Kontroversi sikit sebab liriknya menceritakan tentang Kurt Cobain mahu membunuh diri dengan membeli sepucuk pistol tapi Kurt Cobain menafikan berdasarkan lirik ni ".. And I swear that I don't have a gun".
.
02) Endless Nameless-Lagu ni diletakkan sebagai secret song/hidden track album Nevermind. Lagu ni memang heavy, chaos klu dengar live. Korang gi la check kat DVD Nirvana "Live, To nite, Sold Out". Parak peranda stage dibuatnye..ganas.
.
03) School (live) - Live track semasa konsert dorang. Asalnye dari album pertama "Bleach". Sapa kata Nirvana tak de solo maut. Cekidot ini lagu kod yang simple giler & lirik yang hanya 2 baris aje hahaha.
.
04) Drain You (live) - Live track juga tapi tak sebut kat mana pulak. Lagu wajib dalam setlist persembahan Nirvana. Lagu favourite Kurt Cobain.Versi Original juga terdapat dalam album Nevermind.

Yang ni UK pressing dalam bentuk digipak. Yang beza cuma inlay jer lain skit dari cd siri boxset. Art director adalah Robert Fisher & gambar2 adalah dari Kurt Cobain sendiri.

Ramadhan Bulan Pembaziran

Eh jangan orang terkejut ngan tajuk entry kali. Tak sebenarnya aku nak ngomel sikit pasal bulan Ramadhan ni. Yelah selain Ramadhan bulan mulia, bulan rahmat bulan keampunan & macam2 lagilah yang kita selalu dengar kat tv,radio kat banner2 tepi masjid korang lupa pasal "Ramadhan bulan pembaziran".

Aku lihat dari sudut pemerhatian disekeliling aku. Yang aku nak tekankan kat sini pembaziran makanan & minuman (& RM sekali). Bila tiba buka pose jer memang lah nafsu nak makan macam2. Nak makan ayam percik, murtabak, nasi beryani, kebab; nak minum air soya, tebu, teh bunga, cincau etc.

Bila nengok kat meja makan perghh penuh cam ada besday party pulak. Berwarna-warni pelbagai rupa & bentuk. Ermm apa yang dihajatkan akan termakbul ketika buka puasa nanti. Nak makan sume hahah. Bila start buka pose jer teguk air segelas, makan karipap sebiji, jamah murtabak sepotong erkkk dah kenyang pulak?

Abistu takkan nak biar nasi beryani, ayam percik, kebab tu takkan tak sentuh? isshh tak larat lah nak bedal, kenyang dah nie..ermm tak pe simpan dulu nanti lepas terawih cekik la lagi. Balik terawih malas pulak nak makan takpe buat sahur la nanti.

Sahur time muka sememeh, mata mamai lagi nak makan nasi beryani, ayam percik isshh tak lalu la, tak selera la nak makan pagi2 buta ni. Last2 benda2 yang kita beli untuk berbuka tadi tak disentuh langsung. So jawabnye tong sampah aje la yang makan. Tong sampah le yang setia memakan apa saja yang disuapkan padanya.

Ermm korang pernah alami kan keadaan di atas. Ermm samalah ngan aku. Memang membazir betul. Sedih aku tengok makanan2 tu dibuang begitu sahaja. So dah lari dari tuntutan agama supaya jangan membazir. Nafsu masih tak dapat dibendung lagi. Adakah puasa kita sempurna?

Friday, September 5, 2008

Review CD : Nirvana-Smells Like Teen Spirit "single"

Sementara menunggu masuk waktu berbuka ni, aku ambik masa sikit review siri cd single Nirvana eh. Ok kita start ngan single pertama "Smells Like Teen Spirit".

aku suka artwork kat cd ni

Dalam single ni ada 3 trek semuanya :
.
01) Smells Like Teen Spirit (edit) - Lagu ni sape tak kenal eh suma orang tau baik yang tua mau pon yang muda. Versi ni pendek sikit daripada versi album. Pendek kat intro & solo dia. Ermm memang best lagu ni. Diilhamkan dari tulisan garfiti oleh awek lama Kurt dulu "Kurt smells like teen spirit". Teen Spirit tu haruman sejenis pewangi ketiak.
.
02) Even In His Youth - b-side dari single ni macam lagu sambungan Smells Like Teen Spirit pulak aku rasa. Tak la lagu ni lagi awal dari Smells Like Teen Spirit. Kira lagu2 terawal Kurt cipta.
.
03) Anuerysm - Lagu ni telah dimuatkan ke dalam album kompilasi "Incesticide" iaitu koleksi b-side & BBC session pada tahun 1992. Lagu wajib yang sering dipersembahkan si setiap persembahan Nirvana. Heavy & dark lagu nie.

Yang ni pressing US punya. Artwork dia lain sikit dari versi boxset yang kat atas tu. Aku lagi suka yang US pressing ni. Ok nanti sambung lagi. Selamat berbuka.

Monday, September 1, 2008

Genap Setahun

Ramadhan datang lagi. Bulan penuh rahmat & keampunan memang best kalau tiba bulan pose ni..Hehe kalu dulu masa kecik bulan pose paling tak best hahah sebab tak dapat beli ais kepal huhuhu tapi sekarang tak lagi.

Ok Ramadhan 1429 datang lagi so genaplah setahun aku berhenti merokok. Ye la cam tak caya jer aku boleh berenti merokok. Ermm tak de apa2 obat aku telan cuma keyakinan & semangat yang kuat jer boleh aku berenti isap rokok.

Walaupon ada gak dalam lebih kurang 10 batang rokok aku isap sepanjang tempoh pemulihan aku (pemulihan??..haha cam serious jer ayat aku ni) untuk berenti merokok start dari Ramadhan 1428 lepas. Hehe sikit2 ada kantoi gak tapi ok kan dari sehari 14 batang ke 10 batang setahun.

Anyway selamat menyambut & menjalani ibadat pose, harap2 memberi lebih manfaat kan. Ok nanti sambung lagi.