Saturday, June 19, 2010

perhatian

Pemberitahuan :
untuk membaca entry, sila ikut arahan berikut :


select all / ctrl+a

Tuesday, July 14, 2009

Penantian..

"Beb ko nak baca buku grunge tu? Aku dah reserve. Kalo ko nak aku nanti bwk balik kl, pinjamkan ko. Lepas 2 minggu gitu ko kasi aku balik."

"Aku cek online, buku tu ada dan boleh pinjam. Aku dah rezeb. Mungkin berapa hari ni baru sampai kat library rumah aku. Dah ready, aku ambik n bwk balik kl. Nanti dah dapat aku bilang ko next wk."

huhu tak sabar aku nak baca buku tu. Thanks bro (u know who u r)



Saturday, July 11, 2009

Istilah Bercinta

Istilah Bercinta

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah dimana
Tiada lagi kemesraan

*Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang kemana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka
Semakin mendalam

Biar ku hadapi
Walaupun tergugat
Akan ku benamkan
Biar jadi debu

(ulang *)

**Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta

Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan

Semua pencinta
Haruslah berkorban
Tiada batasan

(ulang ** )

Artis : Ramli Sarip
Album : Istilah
Tahun : 1988




**mknote : sapa2 yang baru furst menonggeng tu cuba amati lirik lagu ni

~ko akan dapat yang lebih baik beb~

Balada untuk insan kecewa

Hidup ini penuh dugaan. Perjalanan hidup manusia tidak akan lengkap tanpa kita diuji oleh Yang Maha Kuasa. Walau sebesar mana pun ujian itu, kita mesti terus berjuang menghadapi/menerima dugaan-Nya & Allah takkan menguji hambaNya melebihi dari apa termampu oleh hambaNya. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.
Hidup ini penuh keindahan & cabaran. Hidup ini perlu dinikmati.

"Brader, kita mesti terus hidup"- Osman Tikus

Friday, July 10, 2009

Sewel dah besor

Happy birthday to my friend "Sewel"
-semoga bertambah matang & cool aje beb-
p/s : ermm ko dah besor beb, dah boleh kahwin tu
hahaha citt porrrraaaahhhhh




Thursday, July 9, 2009

Suka-suka dia aje

Situasi : Pesakit lelaki berjumpa doktor wanita
Tempat : Pusat rawatan perubatan
Masa : 1200pm
Tarikh : 08-09-09

Pesakit : Assalamualaikum doktor.
Doktor : Waalaikum salam, sila duduk (sambil tersenyum manis).
Doktor : Ada masalah ape yer??
Peasakit : Sakit kepala giler la doktor, Migrain.
Doktor : Oooh sejak bila sakit?
Pesakit : Semalam.
Doktor : Sebelum ni pernah kena Migrain ker?
Pesakit : Pernah dulu tapi dah lama gak tak kena tup2 sakit balik.

(perbualan terhenti seketika doktor meneliti kad pesakit)

Doktor : Dulu masa kena Migrain teruk?
Pesakit : Ermm tak teruk sangat la tapi bila kena tu tak tertahan gak ler.
Doktor : Awak merokok?
Pesakit : Dulu merokok tapi sekarang dah berhenti.
Doktor : Ermm bagusnya, dah berapa lama berhenti merokok?
Pesakit : Hampir 2 tahun.
Doktor : Ada ambik minuman kafein?
Pesakit : Ada.. Nescafe.
Doktor : Awak aktif bersenam atau lakukan aktiviti lasak?
Pesakit : Dah jarang dah bersenam.. takde masa, kerja jer manjang. Pergi pagi balik malam.
Pesakit : Ahad just hangout ngan kawan2, kalau takde benda nak buat tido / tengok tv ler.

(doktor terhanguk2 sambil menulis statement pesakit)

Doktor : Ok awak baring kat katil tu saya nak buat checkup.
Pesakit : (angguk)

(proses pemeriksaan pon dijalankan)

Doktor : Ermm ok berdasarkan pemeriksaan tekanan darah, jantung awak normal, cuma awak ni stress. Mungkin disebabkan kerja awak.
Doktor : Kerja awak habis hanya dipejabat atau bersambung ke rumah?
Pesakit : Kalau nak ikutkan masa kerja saya 24 jam sebab saya kena monitor kerja saya sehingga cargo sampai ke destinasi.
Doktor : Awak kerja sebagai apa?
Pesakit : Saya kerja bidang logistik kargo. Kena monitor pergerakan trak penghantaran dari airport ke tempat customer. Selagi trak on the road saya kena monitor even kalau terjadi breakdown tengah malam/pagi2 buta saya kena selesaikan.
Doktor : Ermm..Awak dah kahwin??
pesakit : (aik soklan ni pon tanya) Belum. Nape?
Doktor : Ooo patut la..ni nak kena kahwin ni baru tak migrain..stress hilang
Pesakit :(citt..pandai pulak doktor ni buat lawak) ye ker?? (sambil tersengih)
Doktor : yer betul..kalau dah ada tu cepat2 la kahwin.
Pesakit : Calon takde la doktor. Doktor dah kahwin ke kalau belum kahwin ngan saya jer la.
Doktor : Isshh takde la saya bergurau jer.

(doktor tergelak, pesakit pon tersenyum)

Doktor : Ok lah.. nanti awak tunggu kat depan ambil ubat yer.
Pesakit : Errkkk saya jenis tak makan ubat la doktor.
Doktor : Alah ker?
Pesakit : Tak, cuma memang jenis tak makan ubat.
Doktor : Kalau macam tu saya bagi injection.
Pesakit : OK

(injection pon dilepaskan)

Doktor : Ok selesai. Kalau ada masalah lagi datang lagi yer.
Pesakit : Baik.


(pesakit keluar dengan gaya punggung yang kebas).

Tamat.

Tuesday, July 7, 2009

Senandung Migrain

Dah lama aku tak kena migrain. Tiba2 datang lak migrain aku yang dah lama menyepi. Ermm memang tak tertahan. Bisanya rasa nak hantuk2 jer kepala kat dinding. Dushh dushh debushh tapi lagi teruk lak kang. Aku dah ler jenis tak makan ubat ermm rileks sabar je banyak2 huh cobaaannn. Kawan aku si Semut Sewel tu pon demam gak.."ko rileks je beb".

**nyut nyut nyut kepala rasanya mau pecah - Doyok