Saturday, August 24, 2013

i see, i hear, i feel it


image: metallica.com

Intro : Ecstacy of Gold
1)Hit
2)Master
3)Fuel
4)Harvester

Kirk solo

5)Fade
6)Ride
7)Cyanide

Rob solo

8)Welcome
9)Sad
10)Orion
11)One
12)Bell
13)Blackened
14)Nothing
15)Enter

Encore :
16)Creeping
17)Batery
18)Seek

End.

Rasanya tak de ape sangat nak rebiu..ramai dah rebiu kan..so ni cuma highlight je la eh :

-Masa intro lagu Ecstacy of Gold tu ade tunjuk sedutan filem The Good The Bad & The Ugly dari screen layar yang begitu HD scene Tuco lari kat kubur cari tempat simpan gold tu.

-Yang remark merah tu antara lagu yang nak sangat aku dorang main..nampaknya termakbul bila tengok setlist Koreanye konsert..ade tukar la sikit-sikit..tapi "Whiplash" pulak tak kesampaian nak tengok live depan mata...Orion tu maybe tukar kat Spore main "..Ktulu" kot ...aku rasalah.

-Screen layar yang begitu HD agak membantu utk pemegang tiket greenzone..tapi mata aku banyak tertumpu kat stage walaupon nampak semuttttt je dorang.

-Sound? dari tempat greenzone tu kira masih baik jugaklah tapi vibe koir beramai-ramai dah hilangkan sikit rasa frust disebabkan bunyi yang agak "bright" dan kadang0kadang agak "boost" skit especially time solo.

-Fade To Black main original version, siap akustik gitar part intro tu kan..so rasa jakun jugak la kan...tak sangka dorang main siap akustik gitar plucking tu...senyuman menguntum.

-Parking?? dorang memang buat duit giler-giler..RM60 tinggal kunci or RM100 kunci pegang. Nasib dapat parking depan balai polis H.S Lee..RM5 je...sib baik abg polis tu bagi masuk hahaha janji tak melebur duit kat parking cekik darah tu haha.

-Official Tshirt...tak menarik sangat..lagipun memang tak niat pon nak carik selai..RM100..so skip la..yang bootleg nye Tshirt so many design..tapi nasib tak tergoda kih kih kih.

-Aku tak "tape" konsert ni...so sad..dan rasa rugi sangat...gara-gara konfident recorder dah masuk dalam beg..langsung tertinggal..so rekod dalam memori kepala hotak je lah .

-Yang tiket mahal tu untung lah dapat belon gedabak besar Metallica, plectrum, dan drum stick...aku jeles hahaha.

so pada sesiapa yang tengok kat singapore malam ni..enjoy the show..aku budget "Call of Ktulu" ade..tggu review dari abang-abang dari sana. 

Tuesday, August 6, 2013

The Clash : London Calling

   
 



Sebut je The Clash mesti ramai yang tahu dorang ni lagenda punk..kira yang terawal saing-saing SEX PISTOL dan THE RAMONES. Mereka antara produk punk yang berjaya merevolusikan muzik punk dan attitude punk itu sendiri. Berani mencampur adukkan muzik lain kedalam acuan punk yang tipikal. Mungkin mereka digelar murtad dalam pegangan punk hahaha .Walau apapun The Clash is among my favourite band ni pon tengah kumpul dorang punya diskografi dan buku-buku pasal dorang.

Album ini memang solid dan berstyle dengan variasi pelbagai jenis muzik. Dari asas pop ke attitude punk dicampur pula dengan sound Dylan, rockability, rock n roll, ditambah pula reggae, ska, rocksteady digaul rata dengan Bowie, 70's pop revival dan sedikit jazz serta funk nah inilah album yang diangkat sebagai revolusi muzik punk. Semuanya dalam satu album klasik mereka ini.

Dengarkan saja "London Calling" yang kuat jati diri punk mereka, kemudian dibawa pula layan rockability oleh "Brand new Cadillac" kemudian rasai alunan jazzy dan bluesy dengan "Jimmy Jazz". Tak cukup dengan itu layan pula "The Guns of Brixton", "Revolution Rock", Wrong Em' Boyo" yang agak kuat ska dan reggae nya dan tak lupa "Train in Vain" yang sangat funky. Ni album killer tak de lagu filler...boleh pasang tanpa skip-skip..memang enjoy layan album ni..baik jalan kaki, bawak moto, bawak keta, time jamm.

Pada sesiapa yang baru nak kenal The Clash album ni sangat aku rekomen la..gerenti tak menyesal..cuba try. Mag tu gezek jer..special issue pasal The Clash..all about The Clash..nanti ade masa review la mag tu.

Monday, August 5, 2013

Touch OST




Ni lagi nak citer pasal projek solo Dave Grohl (DG), mungkin ramai yang hanya tau DG ni adalah ex Nirvana, drummer hebat, frontman Foo Fighters saje kan tapi selain membikin muzik bersama Foo Fighters dan beberapa nama lain dia juga pernah buat music score for film or OST. Touch adalah hasil kerja DG. Filemnya memang aku tak pernah tengok best ke tak..tapi soundtracks dia memang best..aku suka..haha mungkin biaskan sebab aku minat DG pasal dia musician pujaan aku hahaha tapi tunggu dulu..Touch adalah sisi lain dari tipikal DG yang aku kenal. First mula dengar dulu macam tak percaya yang ni adalah muzik dari DG..lain sangat...dari segi permainan beliau (oh yea DG memainkan semua alat muzik dalam album ini-pendek kata semua dia tapawww) agak variasi skit..ada jazzy skit, blues skit, ambience skit.

Semua lagu instrumental kecuali 3 lagu "How Do You Do", "Saints in Love", dan "Touch" duet DG dengan Louise Post. Macam-macam korang boleh dengar dari romantik, aksi, suspend, keajaiban, gembira, sedih, lucu semua boleh rasa bila dengar album ni. Kira boleh bayangkan la scene dalam filem tu cane bila dengar lagu-lagu dalam ni hahaha. Aku rasa lagu 'Walking After You" dari album Foo Fighters "The Color and The Shape" tu kesinambungan dari lagu "Touch" kot...sebab OST ni kuar sebelum DG rekod 2nd album FF tu.. mungkin kot sebab mood dia lebih kurang sama..romantik gitu.

Ni nak try cari mubinya pulak..sebab ade Bridget Fonda hihi kalau nak dengar sisi lain DG try la album ni.



Sunday, August 4, 2013

bye bye july



birthdaynye hadiah..sangat-sangat suke


31 julai lepas adalah hari besar aku..alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bernafas dan memperbaiki diri kearah yang lebih baik..a zillion thanks to all friends new and old, adik beradik, anak-anak buah yang comel dan mak dan abah yang sentiasa support anaknya yang nakal ni hahaha... mak cakap.."kau lahir masa tu nak raya..2 hari nak raya tak silap..kelam kabut bapak kau carik mak bidan..kayuh beskal arwah atuk".. haha tersentuh dengar la mak nye cerita. Pada yang wish dan bagi present tu...hohohoho aku suka sangat-sangat hadiah tu..sayang korang semua... rasanya besday ni la paling banyak hadiah.. ;p

So selain happy dapat present tu.. banyak jugak yang best during July dan Ogos ni antaranya :

1- Universal music dah confirm akan released Nirvana-In Utero nye 20th anniversary isssue. Ohhhhhhh aku suka giler la bila dapat tau berita ni..memula dulu cuma rumours je.. >>link sini<< memang ohsemmm byk rare contenst dvd semua..tak tahan super deluxe nyer edition... 3cd +1 dvd . Hopefully ade versi Albini nyer original mix..i wish la kan..sebab versi tu la Geffen reject dan suruh Nirvana rakam balik album tu...dan ade tshirt macam Nevermind tuari..aku pun dah berkira-kira budget hahaha.. ikat perut.. raya tetap macam biasa cuma cut budget skit untuk aku..apedehal..bujang kan.

2- Banyak giler konsert bulan depan, The Good Vibes Festival -17th..line up? The Smashing Pumpkins (ohhh yeahhh walaupon tinggal Billy sorang jer), Ash (wohoooooo this band memang down memorylane la..the most band yang aku suka dan membesar dengan lagu-lagu dorang masa memula belajar gitar) dan Modest Mouse (ni lagi tak jangka organiser bawak dorang masuk...phewww) memang berbaloi... ni aku pegi. Pastu Linkin Park-19th..sempena world tour dorang..main kat Bukit jalil..yang ni maybe aku skip kot huhuhu sorry LP..sad but true. Then Metallica-21st..yang ni memang dah kecoh kan.. rata-rata blogger semua citer pasal ni kan kan kan..suka baca blog yang citer pasal ni..excited giler gitu..ade yang frust pon ade..yelahkan short notice..tau tau kedebukkkk dorang turun sini..dengan raya lagi kn..so budget ketat kot.. yang ni pon aku gi..

3-dah dengar album-album yang tertangguh, antaranya Soundgarden King Animal-ni kira macam kat tengah-tengah..antara sound SG yang lama dengan new sound mungkin dekat dengan Down The Upside nye sound. Alice In Chains-The Devil Put Dinasour Here ni still AIC nyer sound..cuma lebih stonner...susah nak dengar mood macam "Man in The Box'' dan "Dam The River" mahupon '"Would" dan last The Smashing Pumpkins Ocenia-kira ok pe? aku suka sangat album baru SP ni..sound dia advance dari 3 album awal..mungkin agak loose skit..but very nice..line up baru ni pon boleh tahan..aku rasa lagi teknikal kot cara permainan dorang.

4-Ok ni pun dah ujung-ujung puasa kan..mesti time ni tengah sibuk-sibuk buat persiapan raye kan..so yang berbelanja tu..beringat ingat skit.. kawal budget korang..yang mungkin balik kg..bawak kenderaan sendiri tu..hati-hati memandu..yang naik public transport..jangan lupa baca doa naik kenderaan...tiket pastikan jangan tertinggal pulak..dan tak lupa zakat fitrah..sempat lagi ni.

k dah tu aje..hahaha dah membebel pulak aku ni.

Monday, July 29, 2013

Butterfinger : Selamat Tinggal Dunia


"Selamat Tinggal Dunia" merupakan satu tajuk yang mungkin satu kontroversi suatu ketika dahulu. Adakah ini adalah album penutup sekaligus menguburkan kugiran Butterfingers?. Mungkin ianya simbolik kepada pembebasan mereka dari bersama EMI atau ianyanya sekadar mengambil salah satu tajuk lagu dari album ini. Ini merupakan album yang rebel, marah dan kritis dan lebih melayu jatidirinya. Kenapa lebih melayu? sebab seolah-olah mereka memanipulasi semangat Hang Jebat kedalam album ini.

Album yang kembali kepada bunyi asas rock, lebih spontan,mentah dan sedikit eksperimentasi dengan efek bunyi  dan keyboard dan lantang pada lirik-liriknya. Dengarkan saja "Selamat Tinggal Dunia","Merpati Sejoli", "Cuai" dan Tentang-tentang" pastinya anda dapat tahu mereka sedang 'memerangi' media (akhbar, majalah, radio dan tv)  di Malaysia yang mana ketika itu industri muzik dibanjiri dengan artis-artis dari Indonesia sehingga karya artis tempatan dipinggirkan. Dengan tonasi  suara Emmet yang pelat menjadikan album pertama berbahasa melayu ini unik walaupun ianya mendapat kritikan hebat. 

'Hanyut" agak eksperimental dan agak funky. Dengan efek bunyi sape dan solo gitar yang berselirat lagu ini harus diberi perhatian juga selain "Urusan Seri Paduka Baginda" yang mengetengahkan dan memanipulasikan bunyian gamelan dengan kesan bunyi. Lirik dalam lagu ini banyak mengangkat prosa-prosa melayu klasik. ianya amat jelas pada lagu "Daulat Tuanku" yang ianya amat sesuai dan bertepatan dengan cerita lagu tersebut. Ini antara album revolusi dalam rock melayu.


Saturday, July 27, 2013

Efek Rumah Kaca : Kamar Gelap




Kamar Gelap merupakan debut kedua band indie pop/rock dari Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK). Album yang dirilis pada 2008 ini melonjakkan nama mereka di persada muzik Indonesia. ERK bukan seperti band indie pop/rock biasa, mereka merupakan suara-suara marhain yang mengangkat isu-isu sosial, politik, kenegaraan, cinta, alam sekitar, protes dengan menggunakan muzik yang enak didengar dan lirik yang bijak. Adakalanya ianya terus terang dan adakala secara sinis tersirat disebalik melodi pop yang mencangkuk.

Dengan pengaruh Brit pop, folk, dan distorsi yang cukup rasa dan berlemak membuatkan ERK menjadi band yang perlu diambil perhatiaan. Ianya sangat menarik minat aku untuk mengenali mereka (jiwa dan muzik ERK) secara dalam. Dengarkan lagu rancak seperti "Kau dan Aku Menuju Ruang Hampa", "Mosi Tidak Percaya", "Banyak Asap Disana" dan "Menjadi Indonesia" hinggalah ke "Lagu Kesepian" yang begitu melankolik dengan lirik yang segar tapi tidak leleh pastinya iannya album yang menghiburkan dari Choli, Andrian dan Akbar.

Album yang diulas ini adalah versi re-issue dimana diselitkan 3 buah videoclips dan foto-foto dari fotografer, Angki Purbandono. Sekiranya anda ingin mengenali dan mengkaji keadaan sosiologi tentang masyarakat Indonesia umumnya dan golongan marhain khasnya,album ini dapat memberi gambaran kepada anda melalui lirik-lirik mereka. Keren!! silakan.


Sunday, July 14, 2013

Seattle #2 : Welcome back Seattle


Rasanya tahun ni memang Seattle scene meriah balik kira macam kebangkitan (mungkin lebih kepada kelangsungan survival kot) yang mana nama-nama besar macam Soundgarden pon dah keluar album baru "King Animal" (Nov 2012), walaupon album ni aku dah beli lama namun masih taksempat nak dengar album tu betul-betul hahaha dengar setakat sekali lalu jer..anyway kira ok la tapi belum dapat feel dia lagi. Reaksi aku agak bercampur baur tentang King Animal ni. Then Alice in Chains pun dah selamat melahirkan album baru; "The Devil Put Dinasour Here", tak sempat lagi nak grab. banyak review cakap album ni macam filler tapi ade jugak review yang meyakinkan tentang album baru AIC ni. Dari ape yang aku dengar beberapa tracks kat youtube takdelah teruk sangat still sounding AIC, mungkin lebih berat lagi (aku rasa). 

Pearl Jam pulak baru je announce material baru ; "Lightning Bold" akan keluar Oktober ni. Singles terbaru "Mind Your Manner" dah boleh dengar. So aku surprise jugak dengan singles baru ni, rasanya dorang macam nak kembalikan sound macam era 3 album terawal dorang "TEN", "Vs" dan "Vitalogy", Pearl jam jadi rebel macam masa muda balik?? hahaha dan Nirvana -In Utero sambut 20th anniversary September ni. So benda ni masih khabar angin tapi secret memo pasal reissue dah bocor kat internet. Hopefully benda tu betul hahaha dah kena save up la, pasal pe bila keluar je reissue ni confirm segala version dari remastered edition, deluxe edition, super deluxe edition sampailah boxset boleh gugat iman wooo hahaha. Hopefully buat macam Nervermind nye packaging, banyak cd dan DVD haha versi album, singles, demo/rehearsal, albini original mix, live semua kasi sumbat dalam situ.

Anyway tahun yang mengembirakan buat aku hahaha > Seattle Sound Rules dan harap-harap adalah date tour ke SIN or KUL...cheh berangan lebih kih5 tapi tak mustahilkan??

Sunday, June 30, 2013

Sunday, June 2, 2013

Stone Temple Pilots : Core



Stone Temple Pilots (STP) merupakan antara band yang popular sekitar 90-an. Menjadi pujaan pada setiap remaja yang membesar pada zaman alternative. Core merupakan debut pertama mereka dan pada aku ia adalah album terbaik mereka berbanding Purple dan No.4. Sering dikecam sebagai band poser kerana mereka muncul ketika era "seattle sound" sedang hebat menjalar menakluk dunia pada ketika itu. Namun pada aku STP antara band yang mampu menarik minat untuk terus melekat dengan muzik bawaan mereka.

Melalui Core mereka sering dibandingkan dengan Pearl Jam dari segi gaya muzik terutama vokalnya yang seolah-olah mahu manjadi seperti Eddie Vedder. Namun pada aku Scott Weiland vokalnya lebih tinggi range nya berbanding EV yang lebih pada low baritone. Dari segi muzikalnya pula Core lebih kepada hard rock, arena rock, crunchy crispy guitar riff, booming bass dan lebih mesra radio berbanding Pearl jam yang lebih underground/collage sound dan lebih arty.

Dengarkan  3 tracks terawal "Dead & Bloated", "Sex Type Thing" & "Wicked Garden" ianya mampu menjadi cinta dengar pertama pada STP. "Creep" dan "Plush" tak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya lagu hits mereka yang mesra MTV. Jangan dilupakan tracks lain yang pada aku amat menarik dan mudah untuk dicerna serta dilayan. Hanya masukkan cd , tekan play dan maximum volume pasti adrenalin anda merangsang saraf otak anda untuk bergoyang kepala dan menghentak kaki melayan Core.


**oh ye James Helfied menjadikan album ini sebagai rujukan ketika menulis Load/Reload (.....ok aku tipu je hihi)

Saturday, June 1, 2013

The Afghan Whigs : Gentlemen




The Afghan Whigs (The Whigs) mungkin agak asing pada penggemar muzik ketika di era "grungemania" atau alternative music ketika 90-an tapi The Whigs merupakan antara band yang bagus ketika itu. Gentlemen adalah salah satu album terbaik dan menjadi kegermaran aku. Berbanding album-album mereka Gentlemen merupakan album yang gelap, kelam & berat dari segi lirikal yang lebih menjurus pada patah hati, penderaan mental, penggunaan dadah, kekecewaan dan ketidakpuasan seksual serta kemurungan. Ini kerana album ini merupakan album konsep dimana setiap lagu dan lirik ada berhubung kait antara satu sama lain.

Walaupun album ini berkonsepkan sedemikian tidak bermakna album ini tidak sedap untuk dilayan. The Whings bijak mencangkukkan antara melodi yang beremosi dengan susunan muzik yang pada aku agak berbeza dengan band-band yang ada pada ketika itu. Ia kedengaran tidak statik dan monotenus kerana setiap lagu berbeza moodnya. Jika diteliti pengaruh blues, sedikit Pink floyd, secubit shoegaze digaulkan secara rawak kedalam rock bawaan mereka dengan elemen melodi yang tragis dan melankolik serta sadis menyentap dan merobek jiwa mampu mengheret pendengar karam ke"dalam" album ini. Gentlemen, Debonair, What jail is Like dan When We Two Part mungkin boleh menjadi track pengenalan.

Pada yang memegang pada phrase " rock n roll must be fun" album ini bukan untuk anda . Ini untuk mereka yang bergelut dengan perasaan atau sekadar melayan emosi. Sex Drung and Distortion.

**aku suka sangat cover album dia.

Sunday, May 19, 2013

Nirvana : With The Lights Out boxset



"with the lights out, it's less dangerous, here we are now, entertain us"

ok dah bertahun dah nk review boxset ni..dah berkurun deaf tunggu sampai naik lempoh agaknya hahaha. Oklah ini kali kasi review la, khas buat kawan-kawan blogger. Boxset ni beri nama With The Lights Out salah satu baris lirik dari lagu Smells like Teen Spirit. Didatangkan dengan 3 cd  merangkumi studio outtakes, boombox rehearsal tapes, B-sides dan accoustics demo+ 1 dvd . Packanging dia sangat ohsem, dengan plat besi cover dorang bertiga bertuxedo dan bertali leher haha yang mana ia adalah cover dari majalah Rolling Stone. Agak kontra kan dengan attitude mereka? haha oklah short review :

Cd 1 : cd  merangkumi persembahan live, radio performance, reheasal dan lagu-lagu demo awal Nirvana dari tahun 1987-1989 zaman Bleach. Sebanyak 23 track dimuatkan dalam cd 1 ni antaranya "Heartbreaker", "Moby Dick"-live, "Pen Chap Chew", Even in His Youth", 'Dive" demo dan banyak lagi.

cd 2 : cd merangkumi solo accoustic demo "Opinion" & "Lithium", studio outtakes seperti "Verse Chorus Verse", b-sides seperti "Oh the Guilt" & "Curmudgeon", demo rough mix lagu-lagu era Nevermind "Play to play", "Drain You" & "Smells Like Teen Spirit" dan beberapa radio performance circa 1989-1992

cd 3 : cd menampilkan lagu-lagu era In Utero circa 1992-1994 yang mana ia merupakan antara sesi rakaman terakhir sebelum Kurt Cobain mati. Antara lagu-lagunya versi demo untuk "Rape Me", "Scentless Apprentice" dan "Heart Shape Box", B-side "Gallon of Rubbing Alcohol Flow Through The Strip", unreleased tracks 'Sappy a.k.a Verse Chorus verse" dan "I Hate Myself and Want to Die" serta solo accoustics demo "Do Re Mi", "Very Ape", "All Apologies" dan " You Know You're Right"

dvd : kompilasi footage-footage persembahan live ketika malam tahun baru di 
rumah ibu Kris Novoselic. time ni dorang banyak jamming lagu-lagu Led Zeppelin dan lagu era Bleach. Ada jugak footage persembahan promo album Bleach mereka di satu kedai muzik, persembahan pertama Dave Grohl sebagai drummer tetap Nirvana, Persembahan pertama kali Smells Like teen Spirit di khalayak ramai dan sesi santai jamming "Seasons in The Sun". 
Dia punya bookletnya banyak tunjuk macam Nirvana punya timeline la.. ade selit-selit gambar rare jugak. So boxset ni cuma banyak lagu-lagu demo je, versi kasar abis lagi-lagi kalau remark situ solo accoustics. Apapun ianya boleh dikatakan definitely pasal Nirvana or ianya hanya untuk mengkayakan lagi janda kurt, Courtney Love :p




untuk gambar sila klik sini


Saturday, May 18, 2013

The Stone Roses



versi cd-kaset ntah hilang kemana

Ok ini adalah debut the Stone Roses yang dirilis pada 1989 dibawah label Silverstone. Ini adalah album landmark pada pembentukan terma "Britpop". Aku bukanlah peminat tegar band berasal dari Manchester ini malah aku mengenali mereka ini melalui Oasis. Ternyata dengan memiliki album ini aku (membelinya secara random) aku terus jatuh cinta dengan muzik gaya mereka ini. Dengarkan saja track pembukaan "I wanna be Adored" sudah cukup untuk menarik pendengaran aku terus tekun mendengar dengan rasa keterujaan. Dengan sedikit perisa pyschedelicnya  dicampur pesona rocklick dan melodi pop yang rangup amat memukau pendengar baru seperti aku (pada waktu itu-circa 1996).

Kemudian diteruskan dengan tracks seperti " She Bangs the Drums", "Waterfall", "(Song For My) Sugar Spun Sister" & "Made of Stone" mampu membuat anda khayal dengan alunan dan arragement muzik yang sedap, melodi yang mencangkuk kedalam hati dan kepala. "Bye Bye badman" pula lebih punk attitudenya. kisah mengenai revolusi France 1968. Walaupun isu dan liriknya agak berat tapi iannya ditutup rapi dengan ryhm melodi vokal I.brown yang begitu poppish sekali. Tapi pada aku walaupun lagu-lagu mereka agak santai, senang, mudah dihadam namun mereka bukan lah semata-mata rock/pop yang biasa. Jika dikaji muzik mereka merangkumi, acid house, rave digabungkan sedikit perisa funk, punk pada attitudenya rock pada asasnya disamping pop yang bermelodi (dan sedikit melankoli) dan disudahkan dengan sedikit suntikan psychedelic menjadikan mereka idola untuk generasi selepas mereka seperti Oasis, Blur, The verve , Radiohead dan tak ketinggalan R.E.M.

Pengaruh-pengaruh atau gabungan muzik yang aku katakan diatas dapat didengar pada 2 track terakhir "I am the Resurrection" dan "Fools Gold". Dengarkan gitar lick yang rosak dan kreatif dari J.Squire, bassline yang simple tapi melekat dan drumming yang outstandding dicampurkan pula dengan bunyin bonggos, tamborin, perkusi memang jahat. Try this. 

Tuesday, April 30, 2013

Tool's Undertow



Ntah kenapa aku boleh sangkut ngan Tool ni. Banyak orang tanye "Tool? ko minat Tool? band lembik yang bosan tu? dengarlah Sodom ke Arc Enemy ke, Kreator ke? Slayer ke Maiden ke barulah truuuu". heh aku biasanya tersenyum sinis saje. Ye Tool tak laju macam band yang disebutkan tadi tapi cuma ape yang aku boleh kata ianya band yang "berat" sebab agak sukar untuk hadam dengan muzik bawaan  mereka.  Kalau nak senang muzik Tool boleh dikategori kan sebagai progressive metal. Muzik Tool ni agak kompleks sebenarnya, dengan flow nye yang agak dramatik dengan turun naik mood lagunya. Tool berbeza ngan Dream Theater (kalau ambil contoh genre progressive metal la) yang mana DT banyak solo drums, gitar, bass n keyboard dan lagunya turun naik ikut lirik lagu mereka tapi muzik Tool hanya cukup-cukup untuk lagu tu saja. Tak lebih tak kurang.

Undertow merupakan debut pertama selepas EP "Oppiate". Album yang melonjakkan nama mereka ke persada muzik metal dunia dan kini telah berusia 20 tahun selepas dirilis pada April 1993. Lagu-lagu seperti Prison Sex dan Sober merupakan lagu market mereka tapi banyak lagi lagu yang bagus dalam album ni antaranya, Intolerance, Crawl Away, Swamp Song, Flood dan Undertow. Suara vocalist, Kenan memang sedap dan terbaik. Aku admire sangat ngan suara dia coz dia pandai mainkan teknik vokal dengan mood melodi dan jadikan lagu Tool begitu dramatik dan beremosi. Cuba dengar Sober korang tau maksud aku. Sound album ni memang berat, padu, melekat dan tepat. Kombinasi yang baik dari Adam Jones, Paul d'Amour dan Danny Carey.

Pada aku album ni antara yang seronok dan mencabar untuk dilayan dan pada sape-sape yang nak try kelainan aku rekomen la album ni. Masa memula dulu aku beli memang menyumpah la haha susah betul nak hadam tapi lepas lama-lama jadi minat dan jadi favourite band pulak. Dan ada jugak orang kata bukan calang-calang orang dengar Tool cuma yang betul-betul passionate ngan art+muzik je boleh layan hahaha ade-ade saje. Oklah Sape -sape yang minat band progressive 70;s cam Rush ke, King Crimson ke, ELP ke mesti takde masalah kot cuma bezanya sound dia jadi lebih tebal, berat dan jahat serta kejam.

Sunday, April 28, 2013

Sound City movie


Ok ini kali movienye pulak...senang cerita ni dokumentari pasal studio Sound City, sebuah studio yang banyak merakamkan album-album terbaik dari pemuzik-pemuzik terkenal. Bila dah dokumentari so mesti la cerita pasal sejarah dia dari mula operasi. part memula banyak interview ngan owner dia, pastu bekas pekerja dia cam manager, engineer dia. Banyak jugak dan agak menarik jugak cerita awal dia. Ada selit-selit gambar-gambar lama, masa upgrade, masa kena banjir semua. Pastu cerita pulak pasal equipment dia. Yang jadi trademark pada studio ni ialah console rekording dia, "neve console" diambil sempena nama pereka console tu , R.neve. Ni banyak diakui oleh producer dan sound engineer yang mana neve console ni adalah console analog terbaik yang ada didunia. Part ni banyak keluar interview Rick Rubin ngan Butch Vig.

Selain console dia yang menjadikan Sound City studio ni unik adalah sebab disini merupakan salah satu studio yang boleh menghasilkan sound drum yang terbaik. Bila part ni banyak la interview drummer hebat mcm Lars Ulrich(Metallica), Venice Apice (Dio), Dave Grohl (Nirvana) sendiri, Butch Vig (Garbage), Bill Ward (RATM) dan beberapa lagi. Next baru sart citer pasal artist n album yang dirakam ikut tahun. Bermula ngan era 70-an, temurama banyak mengimbau kembali pengalaman Neil Young, Fleetwood Mac, Tom Petty
and The Heartbraker, Chip Tricks, Buckinghum Nick dan beberapa lagi tentang merakam album di studio ni.

Pastu masuk pulak era 80-an interview dengan Ratt, Fear, Rick Springfield, Kyuss, Master of Reality dan beberapa lagi dan begitu juga ngan era 90-an dan seterusnya interview ngan Nirvana, RATM, dan Slipknot. Studio ini dah ditutup secara rasminya pada May 2011 dan original Neve console rekording ini telah dibeli oleh Dave Grohl dan dipasang di studio peribadi miliknya, studio 606. Movie ini juga menyelitkan bonus video rakaman OST nya.Amat menarik apabila melihat sesi rakaman lagu-lagu untuk filem ni. paling syok tengok cane mereka build up, polish dan arrange lagu tu. memang santai abis. Secara keseluruhanya dokumentari ini tidak mengecewakan yang mana editing dia best, ada selit footage-footage lama, interview dia pon best. Kira cun la. Enjoy.

Saturday, April 27, 2013

Sound City : Real To Reel OST







Album yang menjadi playlist sepanjang minggu ini. OST bagi filem Sound City yang diarahkan oleh Dave Grohl (DG). Ni album kira macam tribute untuk studio lagenda Sound City la bila DG buat filem pasal studio ni dia panggil balik antara musician yang pernah rakam album kat sini. antaranya members of Fleetwood Mac's Stevie Nicks, Rick Springfield, Cheap Trick's Rick Nielsen, Paul McCartney hinggalah ke Lee Ving (Fear), Chriss Cross (Master of Reality), Scott Reeder (Kyuss), Brad Wilk & Tom Commford (RATM) dan Trent Reaznor (NIN), Robert Levon Been (Black Rebel motocycle Club), Corey Taylor(Slipknot) dan tak lupa Ex- Nirvana. 11 lagu baru kolaborasi DG & FFbersama-sama pemuzik-pemuzik lagenda dan handalan dengan pelbagai variasi muzik rock sebagai santapan telinga.

Lagu-lagu dalam album ni pon sedap2 jugak. Masa memula dengar sekali harung tu macam tak de kick sangat.Kira macam tak sampai gitu. Lepas 2/3 minggu dengar direct pagi ptg siang malam dan tengok dokumentarinya...dalam dokumentari tu ada tunjuk the making of OST nya....baru lah rasa kick dia, gitarwork dia best, drummimg dia, bassline dia dan paling penting melodi dia makin melekat. Hahah buny macam biaskan kih5 but aku enjoy ngan album ni. "Heaven and All" lebih pada bunyi indie rock, "Your Wife Is Calling" lebih kepada punk, "You Can Fix This","Time is Slowing Down" ada pengaruh 70's, "Mantra" pulak ada pengaruh industrial rock dan "Cut Me Some Slack" pulak gabungan Helter Skelter's The Beatles dengan Scentless Apprentice' s Nirvana.

ohye... album ni dirakam secara analog di studio DG, studio 606 yang mana menggunakan console (neve console) asal studio Sound City yang telah dibeli oleh DG dari owner Sound City. So tu jelah...next review Sound City Movie pulak.

Monday, April 22, 2013

Monday Madness : tool


Happy 20th anniversary "Undertow". I really like this album and the band, Tool \m/.

Tuesday, March 19, 2013

lorr ade kat sini rupanyeee




ada yang dah baca, ada yang belum baca, ada yang di selak-selak aje, ada yang di belek-belek aje, ada yang khatam dua kali, ada yang khatam sekali, ada yang khatam separuh, ade yang balut plastik lagi, ade yang dah lunyai, ade yang tebal, ada yang nipis ada-ada aje kih5.

**kemas-kemas tuari lupa pernah beli buku-buku tu ;)..ada lagi nih tengah selongkar lagi sebab nak buat rak special untuk buku-buku. tulah letak sepah-sepah.