Tuesday, July 7, 2009

Nirvana Rare's

Rentetan dari kisah semalam jumpa pulak kaset kuno ni (sori Deaf aku tak jumpa lagi kaset singles One tu). Antara kaset Nirvana aku yang paling rare sekali. Aisey teringat kenangan masa sekolah menengah dulu time tengah giler Nirvana & Kurt wanabe huhu. Sememangnya Nirvana memberi impak yang besar walaupon hanya mampu bertahan dalam masa 5 tahun sahaja & ianya lenyap selepas kematian Kurt Cobain.



Album ini bukanlah official released dari Nirvana. Ianya merupakan himpunan lagu2 Nirvana yang tidak pernah di releasedkan dimana2 album rasmi Nirvana. Kebanyakan lagu2 tersebut adalah dari demo2 terawal, studio outtakes, rehersals, unreleased tracks Sub pop & juga bootleg persembahan live di sebuah kelab (Rajis Pub & Club mungkin).



Album ini merupakan terbitan oleh label Kiss The Stone (KTS) sebuah label yang aktif menerbitkan rakaman audio bootleg (tanya Deaf mesti tau) dan telah diedarkan pada tahun 1995 oleh syarikat Swindle Records. Mengandungi 19 tracks yang sememangnya rare & raw :
  1. If You Must
  2. Spank Thru
  3. Pen Cap Chew
  4. Do You Love Me - ini lagu cover KISS
  5. Junkyard
  6. D.7
  7. Immodium - lagu & tajuk asal Breed (album Nevermind)
  8. Sappy
  9. Talk To Me
  10. Even In His Youth - jadi B-side untuk singles "Smells Like Teen Spirit"
  11. Everything & Nothing
  12. Immodium (Take 2) - lagu & tajuk asal "Breed" (album Nevermind)
  13. Pay To Play (Take 2) - lagu & tajuk asal "Stay Away" (album Nevermind)
  14. Junkyard (Live)
  15. Help Me (Live)
  16. In His Hand (Live)
  17. Bull Shit Jam (Live)
  18. Talk To Me (Live)
  19. Mariagold - jadi B-side singles "Heart Shape Box"


Mungkin tidak ramai yang tahu tentang lagu2 dalam album ini bahkan mungkin ada peminat Nirvana sendiri tidak pernah mendengarnya. Jika mendengarkan album ini jangan mengharapkan sound yang bersih & terbaik tetapi sound yang kedengaran dari rakaman ini amatlah kotor, raw & bising. Walaupon begitu ia masih mampu didengari & dihayati.

Mendengarkan lagu2 dalam album ini juga seolah2 anda berada bersama2 Nirvana didalam studio jamming & gig kecil. Dengan sound yang betul2 raw & bising anda boleh bandingkan dengan rakaman yang telah sempurna sifatnya. Totally memang berbeza.



Pada penggemar bootleg & bunyian yang kasar & kotor album ini untuk anda. Bagi sesiapa yang cerewet tentang sound yang perfect & bersih jangan membuang masa mendengar album ini kerana album ini diterbitkan hanya untuk pendengar yang sukakan kelainan. Namun album ini sudah tiada lagi dipasaran dan aku lagi masih mencari versi CD album ini & sebuah lagi album kesinambungan dari album ini; Nirvana Rare + Hits yang mana lagu yang hampir sama dengan rakaman yang telah sempurna.

**mk note : kesemua lagu kecuali tracks 14,15,16,17,18 telah diterbitkan semula kedalam box set "With The Light Out" yang dikeluarkan pada 2004. Nanti senang aku review box set tu

6 comments:

Portdy said...

"with the light out , it less dangerous"

thanks for the review,
.....tunggu review boxset "with the light out " pulak...gua tau tapi tak penah tengok itu boxset.

eddie dewanaga said...

untuk mendengar 'pure' nirvana, mestilah lagu yg belum bertapis... kanji masih pekat, warna lumpur belum pudar...

sound yg garang dan kasar tapi jujur.


nak sound bersih tanpa cacat cela, sila dengar lagu 'titian hasrat' dari samudera.

"..kita bagai merpati,
yang sering beriringan,
menuju ke syurgawi... pelangi

kita mengumpul hasrat,
tiada henti-hentinya,
mencari persinggahan... bina istana"


hahaha...

berteromber said...

tak pernah dengar lagu2 dari kaset ni..tapi dulu aku ada Sliver : The Best Of The Box (org kasi)...tapi ntah mana letaknya..tak jumpa pulak cari..tinggal Nevermind je la satu2nya cd Nirvana yg aku ada...kaset ada la 2,3 keping

eddie nak dengar lagi clean..layan orkes Nirwana la..huhuhu

Portdy said...

Nirvana - TAk mengapa parpa parap

deaf-angel said...

First time aku nampak bentuk kaset huhu.
Kiss The Stone is one of the famous bootleging companies ler, dorang kat Italy.

Selalu dorang nye bootlegs memang quality memuaskan jadi nak beli bootlegs kalo KTS je terus beli huhu.
Ni zaman sebelum ada CDR burner ni semua di mana cd tu semua is factory-pressed.

Aku nye favourite KTS bootleg is Roxette yang live in London tak salah aku, ( Soundboard recording ).

Beb, aku pun nak nengok boxset Nirvana tu nye dalam

matakucing said...

eddie,
yup setuju ngan lu.. erkk samudera?? salam sejahtera satuuuuu.

portdy, berteromber
orkes nirwana pon kotor sound dia hahaha

deaf,
yup KTS nya sound antara yang terbaik utk kategori bootleg haha nnt insyallah nnt aku tampal boxset tu..erkk ko nya One tu skip dulu eh..tak jumpa lg