Nirvana telah mencetus fenomena muzik dunia dengan kelahiran album Nevermind pada tahun 1991. Album yang mengandungi hits seperti "Smells Like Teen Spirits" menjadi anthem seluruh dunia pada ketika itu. Dengan penganugerahan mutli-multi-multi platinum melalui album tersebut, Nirvana membuka lembaran baru muzik dunia dengan memperkenalkan subgenre muzik alternatif rock iaitu Grunge.
Dengan populariti Nevermind, ramai menyangka album tersebut adalah album pertama Nirvana tetapi sebenarnya tidak, album pertama mereka adalah Bleach yang telah diterbitkan dibawah label independent, Sub Pop pada tahun 1989.
Album yang hanya menelan belanja sebanyak $606.17 telah ditampung oleh Jason Everman, 2nd gitaris Nirvana. Album ini telah diterbitkan oleh Jack Endino, seorang pernerbit yang sinonim dengan Seattle scene. Kebanyakan lagu2 didalam album ini dirakam pada lewat December 1988 hingga Jan 1989 yang memakan masa selama 30 jam credit sahaja.
Album ini mengandungi 13 tracks ; 1)Blew, 2)Flyod The Barber, 3)About A Girl, 4)School, 5)Love Buzz, 6)Paper Cuts, 7)Negative Creep, 8)Scoff, 9)Swap Meet, 10)Mr. Moustahe, 11)Sifting, 12)Big Cheese & 13)Drowner* (*lagu ini hanya terkandung didalam versi cd sahaja).
Pada awalnya semasa sesi rakaman bermula Nirvana tidak mempunyai drummer tetap lalu Kurdt Kobain (ejaan ketika itu) telah menjemput rakan beliau, Dale Crover (The Melvins) untuk merakam 3 lagu iaitu Flyod The Barber, Paper Cuts & Drowner dan selepas itu barulah mereka bertemu dengan Chad Channing. Jason Everman walaupun beliau tidak terlibat langsung dengan rakaman album ini namun nama beliau tetap dikreditkan didalam album sebagai 2nd gitaris & terlibat untuk tour Bleach.
Jika dibandingkan dengan album2 Nirvana yang lain album ini lebih berat, gelap & kotor serta jujur. Dengan kos rakaman sebanyak $606.17 tiada apa yang diharapkan tentang kualiti album ini. Namun dengan kekurangan itulah menjadikan album ini sebagai rujukan bagi mengkaji pengaruh sebenar muzik Nirvana.
Kita dapat dengar pengaruh muzik Nirvana merangkumi dari 70's metal ke heavy dirge-rock hinggalah ker 80's punk/hardcore. Pengaruh Black Sabbath dapat didengari melalui lagu Paper Cuts, Swap Meet, Scoff & Sifting. Riff2 berat yang kasar amat jelas kedengaran pabila mendengarkan lagu2 tersebut. Lagu ballads yang agak popish About a Girl amat kuat pengaruh The Beattles. Intro yang sludgy boleh didengari melalui lagu Blew. Jangan lupa lagu Negative Creep, Mr Moustache, Drowner agak terselah pengaruh hardcore didalam susunan muziknya.
Kebanyakan lirik2 dalam album ini penuh dengan kemarahan, anti establish & pengalaman Kurtd Kobain terhadap scene Seattle & kehidupan seharian beliau. Cuba dengarkan School, Floyd The Barber & Big Cheese lirik2nya menjurus kearah isu2 tadi.
Keseluruhanya walaupun album ini agak kurang kualiti bunyinya & tidak banyak lagu "sing-along" namun inilah muzik sebenar Nirvana. Muzik yang kotor, bising penuh dengan ketidaksempurnaan menjadikan album ini benar2 "raw" yang menjadi trademark muzik Grunge. Bagi sesiapa yang ingin mengenali Nirvana patut dimulakan dengan mendengarkan album ini kerana grunge bukanlah sekadar muzik "sampah" tapi ia berada diantara genre Punk & Metal.
**ayat gua cam skema je buat review huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Aku suka lagu Love Buzz untuk album ni. Best.
Lebih suka istilah "Seattle Sound" untuk melabel jenisan muzik seperti ini.
"Grunge" adalah singkatan kepada "Grungiest" iaitu panggilan kepada pemuzik dan peminat muzik dari Seattle.
kesian Nirvana. Hanya berkarya jujur untuk album pertama sahaja. lain2 album? hahaha
aku ada kaset ni...tapi lama giler tak dengar..so aku dah lupa arr lagu2nya..
ni betul2 demam grunge ni..satu2 keluar..hehe
takilala,
love buzz versi nirvana lg lentuk..versi asal shocking blue klasik sgt.
zan,
grunge = dirty, sesuai dengan terma sound yang kotor .
tak jujur dari segi apa? sebab sell out masuk mtv. kalau nak ikutkan Alice in Chains lagi byk video klip dari Nirvana.
berteromber,
haha mmg demam grunge ni..flannel clothes huhu.
hehhe..
Sinikal bro. Dah ko yang cakap album ni album dorang paling jujur. Habis yang lain2 tu tak jujur ke? hehehe
Pada aku album ni jadi raw n dark pasal modal nak buat album ni pun ciput. VC Guns N Roses November Rain lagi mahal dari kos producing album ni. Tapi Nevermind dan lain2 album dah ada bajet, so kualiti & mutu album sudah semestinya lebih bagus.
Band metal dari Seattle memang perlukan pendedahan yang lebih. Pasal tu AIC ada banyak VC termasuk documentary "Nonatapes"...hahaha
hehe
ada statement aku ckp album dorang paling jujur? As a new band yang dapat peluang rakam album full bawah label bebas dah tentu dorang keluarkan apa yang ada dlm diri mereka tanpa tekanan dari label.
cuma bila dah kat label besar mesti ada tekanan/kekangan. Even Pearl Jam pon cam tu jugak sampai gaduh2 ngan label, tiket master tu semua. Masa In Utero nak keluar dulupon DGC nak bekukan album tu sebab tak komersil macam nevermind, seolah2 album protes.. tp Cobain tetap mahu album tu keluar tanpa diubah apa2 pon isinya.
tp biasa la bila dah famous/joined label besar, album dah mendaki carta2 billboard org akan berkata mereka sudah tidak jujur dalam bermuzik/sell out . hahaha normal beb.
ooo gambo tu ada dalam cd bleach eh..
haha...first time aku tengok packaging bleach pun
Post a Comment