Friday, December 26, 2008

Artikel pertama aku di Guitar & Bass vol.6


majalah Guitar & Bass vol.6 Oct 2002

Bila selak2 balik majalah Guitar & Bass (GB) yang lama2 tu teringat aku ngan satu artikel yang pernah aku hantar & disiarkan oleh Abang Rom, editor GB & ROTTW. Ntah cam ner artikel aku ni boleh tersiar kat GB. Kalau tak silap aku dulu aku selalu email kat Abang Rom pasal ROTTW. Komen, kritikan, idea, cadangan2 selalu gak keluar kat kolum Input-Output ROTTW.



Then bila dah selalu berkomunikasi ngan email, Abang Rom offer aku jadi wakil ROTTW di kawasan aku. Wakil ni berfungsi untuk melaporkan segala aktiviti muzik/seni yang berlaku disekitar kawasan Klang-Banting. Tapi sebelum dia offer aku dia ada bagi satu assignment. Beliau minta pandangan aku persoalan tentang "Kenapa konsert gagal dari kacamata penonton".


artikel aku start dari 2 perenggan terakhir page ni

Ermm bila dapat email tu jer aku cam excited giler hahaha mulalah aku perah otak, pikir2 buat reference. Tapi kebanyakannya aku tulis dari pembacaan, pengamatan serta pengalaman aku tengok gig/konsert jer. Taip2 on the spot siap. Ermmm ok kot..aku terus hantar.





Tau2 artikel tu tersiar pulak kat GB. Memula baca intro biasa jer tapi bila dah nak kat hujung tu aku terasa pelik sikit sebab macam ayat tu aku pernah baca dah..memang sebijik dengan apa yang aku tulis. Hehehe tersenyum bangga aku hahaha. Iyalah mana taknya inilah artikel pertama yang aku hantar ke pihak media/penerbitan.

Yang paling best tak de edit2..kesilapan ejaan pon tak diedit. Sama sebijik ngan apa yang aku hantar. Selepas artikel ni Abang Rom ada bagi lagi 3,4 assignment lagi & semuanya tersiar di majalah GB & ROTTW. Cuma aku tak ingat kat isu ke berapa. Yang paling aku ingat cuma artikel ni ajelah.

Dah lama lepas tu aku dah senyap jer. Abang Rom pon dah sibuk sangat time tu dia baru nak setup Rottwailer & aku antara Rottwailer terawal. Dan Offer Abang Rom nak lantik aku jadi wakil ROTTW terpaksa aku tolak sebab banyak komitmen (pada masa tu) tak mampu nak buat dari segi masa.

Butterfingers at Istana Budaya?

Quote:

BUTTERFINGERS TRILOGY POLL

by emmett on Thu Dec 25, 2008 12:06 am

Butterfingers will be holding three shows back to back at Istana Budaya on January 16, 17 and 18 2009.
Yes – all shows will feature the full band line up: Emmett, Loque, Kadax and Loko.
We want to know what you want to hear:

a. 1.2 mg acoustic
b. 1.2 mg electric
c. Pushful acoustic
d. Pushful electric
e. Transcendence acoustic
f. Transcendence electric
g. Malayneum acoustic
h. Malayneum electric
i. STD acoustic
j. STD electric
k. Kembali acoustic
l. Kembali electric

Please vote for your TOP 3.

Time is of the essence so get your opinions in quick!

Cheers,
Emmett.

Oh well sungguh tak dijangkakan, Butterfingers akan perform live at Istana Budaya, KL for 3 nights? It's amazing!!!

Source : http://www.royalbutterfingers.net/forums/viewtopic.php?f=44&t=6590

Wednesday, December 24, 2008

As Sahar live @ MCPA Hall


Gig metal penutup tahun 2008

As Sahar lagenda Eastren Black Metal dari Singapura akan membuat persembahan secara eksklusif di MCPA Hall, KL pada 27-12-08 ni. Bersempena kemunculan album terbaru mereka "TIR".

**lama tak layan gig metal ni..cam boleh pergi jer ni.

Selamat Hari Lahir Abah...



Selamat hari jadi abah!! yer besok orang sibuk2 cuti Krismas tapi besok hari paling bahagia bagi abahkan? Glamour abah eh...hehehe Abah dah 61 tahun tuuu tapi masih segak bergaya cam Hail Amir walaupon gigi abah semakin berkurangan..hehehehe apapon semoga diberi kesihatan yang baik & berbahagia selalu. Itulah harapan anak abah ni. Selamat Hari Lahir Abah \m/.

**Abah..mlm ni kita layan vcd Hail Amir nak

Tuesday, December 23, 2008

Harta Karun Cash Converter

Balik keje semalam terus gi singgah Cash Converter (kedai barang2 terpakai) kat Klang. Sebab ingat nak survey CD player sebab yang lama tu dah rosak tuari kene sambar petir. Aku suka shopping kat sini sebab harga dia ok la. Barang2 pon tengok nasib gak ler kalau dapat yang mint condition lagi sebat jer. Save sikit duit hehehe. Kat sini kalau korang nak jual barang2 pon boleh gak, tapi dia beli murah ler. Tengok jugak condition barang tu cam ner.



Pusing2 tengok ada discman tapi tengok cam tak berkenan pulak. Ada 2 discman. 1 tu nampak ok skit. Tengok la besok cam ner. Dah lama pusing2 kat tempat barang electrik pergi bahagian CD/VCD/DVD. Kat sini la bahagian paling sakit mata sebab nak cari satu2 mata pon naik rabun tapi last2 jumpa barang2 ni :

DVD Dream Theater : Live at Budokan





Jumpa pulak DVD ni kat sini sebab Sabtu lepas baru jer aku belek2 kat Rock Corner. Tapi kat Rock Corner mahal lagi RM49.90. Yang ni cuma RM 10 aje hehehe apalagi terus grab ar cepat2 sebelum terlambat. Bila aku jumpa ni jer mamat sebelah aku (cari DVD gak) terlopong jer nengok aku. "Hey mate.. ini DVD DT dah jadi milik gua eh"

DVD Loudness : Thanks 25th Anniversary Live at International Forum 20061125





Yehaaa jumpa pulak DVD Loudness keh keh keh..dibalik rak2 DVD citer cina. Tapi hardcover dia dah teruk. Aku tukar masuk kat plastik. Ermm mesti best ini concert tapi aku tak sempat nak tengok lagi TV umah rosak tengah repair tak siap lagi. Adoiiiii. Ni RM 10 gak.

Dah tak larat cari DVD gi CD section pulak. Jumpa CD singles ni:

Jamiroquai : Alright singles





Ada 1 lagu jer Alright tapi ada 4 versi. Ermm layan gak singles ni. Dulu meletup tahun 1997. Album apa aku lupa ("Its Alright Now" kot) . Sekali2 layan diskang pon best gak eh. RM 3

Sheryl Crow : All I Wanna Do singles





Layan folk blues pon ok gak eh.. singles ni ada 3 track All I Wanna Do, I Shall Believe (live) & What I Can Do For You (live). Aku suka tone sore kakak ni. Husky2 blues ada sikit tone soul blend ngan rock skit. Lagi best layan live track kat cd ni. Pon RM 3.

Belian yang berbaloi keh keh keh

Selamat hari Lahir Mak..



Selamat hari lahir untuk mak yang paaaaaaaaaaling aku sayang. Ermm yang ker berapa tahun eh??. 1,2,3... oh ya yang ke-59. Anak mak harap mak sihat sejahtera & ceria2 selalu. Hahaha nanti anak mak bawak mak gi jejalan Sabtu ni eh sambil makan kek kat atas tu. Apapon mak memang best! Salute!! Sayang mak ;)

Monday, December 22, 2008

Jumpa Kawan Lama

Semalam lepak2 Armcorp Mall saja jer cuci2 mata sebab dah lama tak turun hehehe. Ermm banyak barang rare semalam. Ermm tapi just tengok2 aje la sakit hati pon ada semalam. Iyalah mana taknya bila tak de sen, tu jam la banyak jumpa barang2 rare ngan harga yang masuk akal. Ikutkan hati nak beli gak..tapi tak pe la kang terpeleot aku plak nak tunggu gaji hehehe.


tengak sound check & warming up..solo2 tuing tuing

Tengak dok ushar2 LP tetiba uncle jual LP sound " Eh nanti pukul 2 pm Julian Mokhtar perform tau, kat bawah" Uishhh kawan lama la. Lama tak jumpa Julian Mokhtar. Last jumpa pon agak2 6/5 tahun lepas kot. Sejuk skit hati aku dapat tengok lagenda blues ni.





Julian Mokhtar semalam "jam" untuk promote album singer pompuan tu (apa kenama dia aku lupa). Power gak voc pompuan tu. Ada campuran souls & blues punya tone. Best gak layan. Lain dari yang lain. Banyak gak lagu dia performed 8 lagu kot. 45 minit first session ( 2.30 pm-3.15 pm).



2nd session (5.00 pm-5.45 pm) aku tak tengok dah petang sangat malas nak tunggu hehe anyway aku tertawan ngan permainan Julian Mokhtar. Melentik2 bunyi gitar dia. Perggh akustik lagi bersih dia main. Paling best part dia layan "Slide" pergghhh mengigit2 siot.



Kira warming up la sebelum tengok Julian Mokhtar & Blues Gang perform kat The Duke, Vista Duta KL 31 Dec besok. Yang pastinya nak turun la tengok Blues Gang performed. Aku excited sangat nak tengok dorang perform sebab aku tak pernak tengok the most successful Blues Gang line up ( ItoMohd, Julian Mokhtar, Tok Ghani, Karim & Jim Madasamy).

Saturday, December 20, 2008

Rolling Stone Tribute Kurt Cobain


Kurt Cobain-RS 683 (June 2, 1994)

Aku mencari majalah ni; Rolling Stone tribute to Kurt Cobain. Anyone?

Kenangan Mengusik Jiwa : Cinta Untuk Nabila

Kali ni ngomel lagi hahaha sedari membaca blog geng metal pasal Ustaz Radzi yang dulunya vokalis hebat kumpulan rock Melissa terpanggil aku nak buat entri pasal lagu top dorang "Cinta Untuk Nabila". Tima kasih geng metal.

Lagu Cinta Untuk Nabila memang berhantu. Antara lagu favourite aku ler ni hahaha. Dulu masa lagu ni tengah top kat rancangan "Pujaan 10 Nescafe" aku baru darjah 3. Time tu duduk kelas 3 Biru. Ada ler satu hari tu pihak sekolah adakan pertandingan baca sajak & puisi antara kelas darjah 3.

Tempatnya sempoi kat kantin sekolah. Stage dia memang simple giler, meja makan kantin tu kitorang susun rapat2 jadi stage pastu just bentang kain hitam jadi backdrop & tampal tulisan gabus. Masa pertandingan tu aku tak join sebab aku ada audition tapi tak dapat hehehe reject.

Aku suka sangat kalau cikgu2 buat pertandingan cam ni sebab tak yah blajar hehehehe boleh lepak2. Seronok jer nengok kawan2 perform atas stage. Ada yang taruk misai, janggut, pakai tengkolok, kain selempang. Kalau pompuan siap make-up2 lagi pakai ginju2 bagai hehe.

Bila semua peserta dah selesai perform, turn cikgu kira markah pulak. Sementara nak tunggu result, acara selingan nyanyian. Tu jam aku terkena la sebab aku ni jenis suka nyanyi dalam kelas. Bila kawan2 dah kecoh2 nak tak nak kene naik stage gak.

First time atas stage ketar gak lutut aku tapi selamber aje la & lagu Cinta Untuk Nabila tu lah yang aku nyanyikan sebagai kemunculan pertama aku menyanyi atas stage. Tu jam sore aku tak pecah lagi, high pitch tu memang selamber aje tapi sekarang tak leh dah hehehe. Tapi paling best lepas nyanyi, cikgu2 termasuk cikgu besar, makcik kantin, wak "dead" tukang kebun & kawan2 suma tepuk tangan. Bestttttt.

Tulah kenangan paling best masa kat darjah 3. Bila dengar jer lagu tu tersenyum jer aku teringat peristiwa lalu. Sampai sekarang pon bila lepak ngan kawan bila dengar lagu ni keluar kat radio jer mesti dorang cakap "Eh lagu ko nie, ko yang nyanyi kan?" sambil gelak ramai2.

Friday, December 19, 2008

Update RTW 8



ni latest update for RTW 8 band line up :

Estranged
One Buck Short
The Times
Pure Vibracions
Bunkface
Republic of Brickfields
Butterfingers
Koffin Kanser
Zip Zieller
The Otherside Orchestra
Estrella
Bittersweet (gantikan Laila's Lounge)
Revenge
They Will Kill Us All
Komplot
OAG
Upon Arrival

Plus : College Band

Harvesting Space Sound
Static Emily
SharpShooter
Incarnation
Up To Bed
Dance To The Radio

Monday, December 15, 2008

Koleksi : Butterfingers - Buttersingles

Tuari masa ngah kumpul2 habuk jumpa balik kaset2 lama aku (Berpaling dah citer kat sini ), Pastu jumpa pulak kaset singles ni. Kaset singles?? Yer kawan2 kaset singles. Aku tak sure dulu singles pon dorang released dalam bentuk kaset gak. Sapa tau kasi cite eh, singles in cassette format.





Kaset singles "Buttersingles" ni aku terbeli masa pra-released album penuh ke-2 Butterfingers-Butterworth Pushful. Tu jam ada promo kat radio Hitz fm ( tak silap DJ masa tu Serena C) & kat Time Highway Radio (rancangan "Alternative Rockshow"- DJ tu aku dah lupa sapa nama).



Sebenarnya aku pon tak jangka ada kaset singles ni sebab nak dijadikan cerita aku suruh member aku belikan album penuh Butterworth Pushful, tapi tu jam album penuh tu tak kuar lagi & member aku tersalah beli dia beli kaset Buttersingles ni pulak.



Semuanya ada 3 tracks :

Side A & B
  1. Fire is a curse
  2. e
  3. Vio-pipe (instrumental)
Sampai sekarang pon aku tak ada album penuh Butterworth Pushful ni hahaha kaset/cd pon aku tak ada. Ni baru terhegeh2 nak collect balik album nie. Dah tak de kat jual kat kedai dah album ni. Sapa2 yang budiman nak tolak cd/kaset korang bagitau aku yer.

**ni tengah nak cari lagi satu kaset singles Metallica "Nothing Else Matter". Ermmm mana la aku letak nieee..arrrghhhhh!!

Farewell my friend o mine



Semalam hujan lebat giler tu tak campur dengan angin ribut lagi, kilat berdentum sana-sini. Aku dah berdegup2 jer jantung aku. Tengah sedap2 layan discman tengah hujan album Manowar-God of War tetiba jer kilat berdentum kuat giler.

Pulppp!! tiba2 senyap sunyi. Blackout ker?? tengok lampu Ok. Discman aku pulak sunyi sepi. Check adapter tak bau hangit..terbakar ker?? Tukar pakai bateri senyap jer tak mau bunyi. Check adapter lagi sah memang out.

Arggghhh sedih siot. Lama dah discman n, dekat2 4 tahun ++ menemani aku sejak aku beli guna duit gaji pertama aku (31/08/2004). Banyak berjasa ngan aku ni. Kira closed friend gitu. Ermm sayang la dah tamat riwayat dia. Nak wat cam ner dah ajal dia. So kene save up lagi la nampaknya nak beli yang baru. Issh issshh isshhhh .Kene survey Cash Converter** la jawabnya ni.

Oh ye aku ada review pasal friend of mine aku ni dulu. Klik sini.

**kedai barang2 terpakai

Saturday, December 13, 2008

Cengkerik oh cengkerik...


pix : pavel krasensky

Cengkerik korang tau kan. Kalau memalam mesti dia bunyi. Kadang sedap jer dengar bunyi cengkerik ni tapi kadang2 sakitkan hati jer hahahaha. Aku nak citer sikit pasal cengkerik ni sikit. Malam tadi memang betul2 ngeri siot. Telinga aku masuk cengkerik nyeeettt.

Aku cuak takut2 cengkerik tu korek2 aku nye telinga, pastu dia buat sarang situ. Pastu korek2 sampai gegendang telinga. Perghhh sakit siot. Terasa kaki dia gesel2 kat dalam telinga.Memula aku korek2 gak telinga kasi dia keluar tapi lelama cengkerik tu masuk makin dalam. Aku makin cuak.


pix : animals.howstuffworks.com

Pastu aku gi bilik air. Taruk air masuk kat telinga tapi sama gak. Cengkerik tu makin mengganas. Oitt sakit weiii. Aku terus start keta memecut gi klinik. Perghhh cengkerik tu makin ligat meneroka ruang2 kosong telinga aku. Sampai klinik terus masuk. Doktor pon korek punya korek cengkerik tu pon lompat keluar. Mendarat baik punya kat dahi aku. Nurse tu menjerit2 hehehe takut ngan cengkerik.

Pastu doktor tangkap cengkerik tu bagi kat aku soh buang kat luar. Sekali aku tengok mak aiii besor siot cengkerik tu. Lebih kurang 2 cm gak panjang badan (tak termasuk kepala & kaki) dia. Korang bayangkan eh cengkerik besar tu masuk telinga pergghhh ngan kaki dia yang berduri2 tu..Ngeri siott. Telinga aku masih sakit lagi ni hahaha ingat nak ambik gambar cengkerik tu tapi aku dah bengang aku buang ler cengkerik tu.

Kalau ikut rajah tu jenis "tree cricket" yang curi masuk telinga aku.

Wednesday, December 10, 2008

Cuti

Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti Yeayeah Besok Cuti

Thursday, December 4, 2008

Yo...reKRUed T-shirt

Yo yo..kami rappers yo. Muahaha ingat lagi tak istilah tu. Tu jam rap tengah top hehehe. KRU la kalau nak kira paling top. Selain tu 4U2C, Nico, Res-2, Feminin hehehe best siot tu jam. Tapi paling gua minat KRU hehehe.



Semalam masa cari kaset Berpaling gua jumpa pulak t-shirt ni. Official t-shirt sempena album ke-2 reKRUed (1992-EMI). Ni tshirt dapat masa beli kaset & ianya limited. Tu jam memang paling cool la hehehe lagu "Mengerti" la mengungguli carta2 lagu radio kat sini. Kakak gua minat giler ngan Yusri hahaha tp abang gua minat pulak ngan As Feminin pheeeewiiit.



Jam ni gak dorang buat konsert tour seluruh Malaysia siot. Coca-Cola taja. Ermm siap ada VHS keluar. Tapi sayang la album2 dorang gua tak simpan, sekarang baru nak kumpul balik ;p erkkkk ada sesiapa boleh tolong??

Aku cari album2 ni :
  1. Canggih (1991-EMI CD/Kaset)
  2. reKRUed (1992-EMI CD/Kaset)
  3. Awas EP (1993-EMI CD/Kaset)
  4. Awas da' Sountrack (1993-EMI CD/Kaset)
  5. VHS Awas da'concert (betul kot nama VHS tu..)

Koleksi : Search-Berpaling

Lama tak update blog ni. Haha cam biasa la kesibukan melanda. Tapi tak pe jangan risau kali ni aku nak citer pulak pasal kaset/album Search yang aku ada. Aku ni kira peminat tegar Search jugak la..ehehehe. Boleh katakan hampir semua album Search aku kumpul walaupon masih ada lagi yang tak ada.



Ok aku start citer pasal Search ngan album "Berpaling". Ermm mungkin ramai yang tak ada album nie, mungkin juga ada yang tak tahu tentang kewujudan album ni. Tapi takpe takde masalah kalau tak tau pon tapi kalau korang ngaku dorang diehard fans Search tapi tak tau pasal album ni gua luku kepala lu haw haw haw. Lu tak cukup Search lagi ;p




Berpaling released tahun 1988 tak lama selepas releasednya album kontroversi "Di Pintu Sepi" yang mana Dipintu Sepi telah ditarik balik pengedaran dan penjualannya setelah seminggu berada dipasaran atas perintah mahkamah. Time Berpaling keluar tu jam Search dah signed ngan PMC (BMG) nak released album "Fenomena".



Ada 10 buah lagu semuanya termasuk 3 unreleased track/B-side dari album Mentari Merah Di Ufuk Timur (Polygram Records) :

Side A
  1. Berpaling (Def Leppard/Bakri Johari)
  2. Mungkinkah Tertawa (M.Nasir/Bakri Johari)
  3. Fantasia Bulan Madu (M.nasir)
  4. Bisa (M.Nasir/Amir Hamzah)
  5. Gadisku (M.Nasir)
Side B
  1. Kau Akan Tahu (Bakri Johari)
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search)
  3. Sebatang Tongkat Untuk Berdiri (Bakri Johari)
  4. Balada Pemuzik Jalanan (Zainal Ali/S.Amin Shahab)
  5. Musnah (M.Nasir)



3 unreleased tracks ialah Berpaling -Lagu asal Def Leppard "Foolin" dari album Pyromania, Mungkinkah Tertawa- sebenarnya lagu "Gadis Ayu" salah print kat sleeve sebab Mungkinkah Tertawa dah ada kat album Di Pintu Sepi & Kau Akan Tahu.



Yang kaset ni re-issue punya aku beli tahun 2000 jual longgok2 kat Klang. Tu jam aku ingat kompilasi biasa jer tapi rupa2nya album kontroversi gak eh..dah tahap rare album nie.

Setakat ni aku masih mencari lagi album2 Search yang kat bawah ni :
  1. Di Pintu Sepi (1988-kaset)** kalau ada la eh
  2. Live (1989-Kaset)** kalau ada la eh
  3. Sepuluh Tahun (1991-CD)
  4. Remix (1994-CD)
  5. Rockestra (1998-CD)
Sapa2 ada jumpa atau nak jual bagitau eh.

Thursday, November 27, 2008

Rezeki Malam Hari

Semalam balik keje hujan renyai2 balik umah tak tau nak buat ape. Ermmm terpikir pulak nak tengok wayang kat Jusco, Bukit Tinggi Klang citer Mat bond (James Bond daaaa). Eh semalam hari rabu dapat tiket murah RM6 ok gak tuh.


Sampai je TGV cimena tengok2 alamak full pulak..ada pon pukul 11.30 malam pey tayangan. Arggghhh tengok jam pukul 9.00 malam isshhhh takkan nak tunggu kot, silap2 mat Bond tu yang tengok aku pulak haw haw haw.


Tak pe lah gi Uptown pon best gak ni dah alang2 keluar malam kan huhuhuhu lagipon dah lama tak gi sana manalah tau ada barang2 menarik ker. Sampai2 jer aku terus la gi survey2. Pusing punya pusing jumpa pulak barang "rare" ni :





Aiyaaahhhh kaset Bersama Selamanya (BS) & Blues Untuk Aku (BUA) weii. Dari jauh aku dah nampak tapi cam samar2 jer tapi bila dekat tengok, yeargghhh memang betul kaset BS & BUA. Alhamdulillah kalau dah rezeki Allah nak bagi memang dapat eh. Aritu jumpa komik BS vol.2. Semalam dapat gak kaset BS tu sekali ngan BUA pulak tu.




Plastik tak bukak lagi tu..RM3 sebijik tapi pasal ambik dua2 dapat diskaun jadi RM4 hehehe. Aku tak bukak lagi plastik tu tak tengok lagi inlay dalam dia cam ner. Lagu2 dia pon tak dengar lagi. Kaset player tak de hehehe. Kene cari kaset player pulak la gamaknya ni. Walkman aku dah lama barai haw haw haw.




So siri BS ni tinggal nak cari vol.1 punya pulak (vol.3 ada ker??) Insyallah kalau ada rezeki Allah nak bagi mesti ada kan. Ermm kene rajin2 la survey2 kedai buku lama2 nie. Oh ye komik BS tu aku ada cerita aritu. Klik sini eh. Nanti senang aku review kaset2 tu nanti eh.

Saturday, November 22, 2008

Giler malas keh..keh..keh..!!

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang MALAS. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki tu mengaku.

Katanya : "Saya adalah yang paling malas tuanku"
Raja pun bertanya : "Apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi :"Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Raja pun bertanya kepadanya :"Sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya:"Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:"Saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
Dengan muka selambernya budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

ape daaaa haw haw haw

Thursday, November 20, 2008

Rumah kata pergi, "Kubur" kata mari..



klik kasi besar eh

Boring2 tadi selak jap
myspace Grave yang rumours kata dotang datang sini tapi tak kompom lagi. Tup2 tadi tengok aiihhh jadi pulak kat Ruums Club, KL. Heh ye ke ni?? nanti silap2 kansel tapi yang kat Singapore kompom, flyers & pre-sale tiket pon dah keluar. Ermm kalau betul boleh gak layan.

Hehe last aku nengok band antarabangsa Napalm Death, September tahun lepas. Soilwork dulu pon melepas aku sebab lupa tarikh dia haw haw haw. Nilah yang orang kata "Rumah kata pergi, Kubur kata mari!!"

Monday, November 17, 2008

RTW 8 Confirm!



Ermm teka-teki gig terbesar Malaysia Rock The World 8 (RTW 8) akhirnya terjawab setelah tersebarnya flyers ni. Tahun lepas takde atas sebab sponsor & tahun ni pulak sponsor terdiri daripada Hitz.Tv (official TV station), Hitz.fm (official radio), Junk & ROTTW (official magazine) & Fat Boys Records (semestinya) selaku penganjur.

Line-up RTW 8 :

Estranged
One Buck Short
The Times
Pure Vibracions
Bunkface
Republic of Brickfields
Butterfingers
Koffin Kanser
Zip Zieller
The Otherside Orchestra
Laila's Lounge
Revenge
They Will Kill Us All
Komplot
OAG
Upon Arrival

**yang highlight tu perlu diambil perhatian muahaha

Ermm bila tengok line up band terlibat tak bape rare sangat la sebab dah biasa tengok nama2 tu kat flyers gig tempatan. Anyway layan je la sapa2 yang rasa boring2 tu boleh datang.

Friday, November 14, 2008

Warning!!


Warning 1 (Along ) :

"Paksu besok dah start cuti sekolah tau so cam biasalah ajak kitorang jalan2 hehehe"

Warning 2 (Angah) :
"Ala paksu kalau jalan2 aje tak best la kita gi makan2 nak? pizza ker, Kenny Rogers ker mmm"

Warning 3 (Alang) :
"Ceh setakat jalan2 pastu makan2 boring arrr paksu, kita gi ler main bowling ker, pegi theme park main rollercoster ker baru gempak kannnnn"

Warning 4 (Adik + Usu) :
"Kitorang tak kisah pegi mana pon tapi kita mesti nak makan isklim (aiskrim) banyak2 tau"

Warning 5 (Along, Angah & Alang) :
"SETUJUUUUUUU!!!!!!!"

Adoi pening kepala aku la layan budak2 nie. Pedih2.... budget2 weiii..gurrlp.

Thursday, November 13, 2008

Koleksi : T-shirt Band Oct-Nov

"Baju..baju..baju asyik beli baaaaaaaaju aje tapi tak dipakai disimpan aje buat ape?, buat semak almari aje" Hehe tu la bebelan mak aku. "Tune" sore mak aku sama je tiap kali aku beli tshirt2 ni. Ahaha tak pe dah lali dah. Ok tak mau banyak songeh layan gambar je eh. Ni koleksi terbaru sepanjang Oct-Nov. Hehehe bukan riak just nak kongsi2 aje Ok.





Ni tshirt sempena tour Blind Guardian-Nightfall in Middle Earth. Band power metal Jerman sejak 1980-an. Nightfall In Middle Earth ni album terakhir dorang ngan penerbit Flemming Rasmussen (penerbit album era awal Metallica).



Bad Religion band lagenda punk Amerika. Orang panggil tshirt ni Bad Religion "green". Simple aje eh tapi bila aku sarung baju ni orang pandang semacam jer kat aku..apsal??



The Beatles-Yesterday and Forever ni memang rare gak le sebab design dia lain dari yang lain. Gambar2 dorang dari muda2 remaja sampai ler dorang tua. Masa beli ni berebut ngan sorang buyer otai tu tapi sebab aku dah booking dulu hahaha so dapat ler kat aku.





Ted Nugent ni kira gitaris lagenda namun dia tak sepopular gitaris2 tersohor dunia yang lain. Tshirt ni sempena tour 1995-96 album ke-11 "Spirit of The Wild". Susah aku nak nampak orang pakai baju Ted Nugent ni.



Van Halen sape tak kenal angkat tangan! Hey2 tak kenal ker..ishhh hahaha Ok Tshirt ni simple jer logo Van Halen era Sammy Hagar (1985-1996). Lepas Sammy Hagar keluar Van Halen tukar logo lain.



Gambar ni kalau tak silap dekat album "The Real Live One" kot. Karikatur Eddie tiru possing Steve Harris. Ni pon berebut gak ngan sorang buyer tapi dengan ketangkasan, aku berjaya memilikinya.





Ni kalau sapa tengok mesti tak tau ni tshirt band Queen. Ni era album "Made in Heaven" album terakhir Queen selepas matinya Freddie Mercury pada 1991. Kalau tengok date tu macam promo untuk album ni aje sebab album ni released November 1995 kalau tak silap aku.



Tshirt ni pulak dari album ke-4 Ramones-Road To Ruin 1978. Ni just cover album aje tapi tak pasti pulak bila printed tshirt nie. Takkan 1979 kot??.



Takde info la tshirt ni. Time ni era mana eh "God Hate Us All" ker?? Font dia pon dah lain tak guna font klasik tu. Korang ada info??





Baju ni rare sebab dia dicetak sempena released single "One" yang dipetik dari album "Achtung Baby" 1992. Ianya merupakan single ke-3 dari album tu & single ni banyak telah di"cover version" kan oleh ramai artis termasuk Mary J Blige.



Sebab utama aku grab tshirt ni...tu ada signature Kurt Cobain. Tak pernah aku jumpa lagi sebelum nie. Ni beli masa ronda2 malam raya aritu.





Dalam banyak2 tshirt ni boleh dikira vintage sebab ni copyright 1987. Tour album A Momentary Lapse Of Reason 1987 era David Gilmour. Ala yang cover dia gambar katil banyak2 tu. Baju ni agak lusuh tapi sebab nilai "umur" dia tu yang buat aku tak tahan untuk memilikinya.





Red Hot Chili Peppers (RHCP) band yang kuat ciri2 funk nya. Tshirt sempena album "Blood Sugar Sex Magik" yang released pada 1991. Dan tshirt ni merupakan antara tshirt 1st print yang aku ada.



Last sekali Stray Cats, rockability band dari Amerika. Ramai yang tak kenal Stray Cats ni ermm padahal dorang legenda. Saing2 The Clash, Sex Pistol & Ramones gak dorang nie. Walaupon dorang main rockability tapi imej dorang punk. Cuba try dengar lagu dia.

Ok tu ajelah koleksi2 terbaru setakat ni. Bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi info pasal tshirt2 ni sebab sapa2 yang layan tshirt2 band ni mesti kena tau cerita disebalik design tshirt tu. Kalau nak cerita satu persatu pasal tshirt ni memang tak abis.