Thursday, December 4, 2008

Yo...reKRUed T-shirt

Yo yo..kami rappers yo. Muahaha ingat lagi tak istilah tu. Tu jam rap tengah top hehehe. KRU la kalau nak kira paling top. Selain tu 4U2C, Nico, Res-2, Feminin hehehe best siot tu jam. Tapi paling gua minat KRU hehehe.



Semalam masa cari kaset Berpaling gua jumpa pulak t-shirt ni. Official t-shirt sempena album ke-2 reKRUed (1992-EMI). Ni tshirt dapat masa beli kaset & ianya limited. Tu jam memang paling cool la hehehe lagu "Mengerti" la mengungguli carta2 lagu radio kat sini. Kakak gua minat giler ngan Yusri hahaha tp abang gua minat pulak ngan As Feminin pheeeewiiit.



Jam ni gak dorang buat konsert tour seluruh Malaysia siot. Coca-Cola taja. Ermm siap ada VHS keluar. Tapi sayang la album2 dorang gua tak simpan, sekarang baru nak kumpul balik ;p erkkkk ada sesiapa boleh tolong??

Aku cari album2 ni :
  1. Canggih (1991-EMI CD/Kaset)
  2. reKRUed (1992-EMI CD/Kaset)
  3. Awas EP (1993-EMI CD/Kaset)
  4. Awas da' Sountrack (1993-EMI CD/Kaset)
  5. VHS Awas da'concert (betul kot nama VHS tu..)

9 comments:

khys said...

diorang muncul pada masa yg tepat. rock dah jatuh. band leleh mula muncul masa tu (Slam dll)..

canggih, rekrued, awas soundtrack - ni semua EMI dah re-issue dlm 2 tahun lepas. aku sempat sambar canggih sebab mmg dah tahap rare jugak. cuba cari kat kru online store (kalau tak salah kalcha.com ?). awas ep - limited edition, rasanya dah out of stock, tapi kau rajin cari mungkin jumpa.

dlm canggih dan rekrued ada sikit influence rock dlm satu dua lagu. man kidal pun ada terlibat.

vhs tu aku ada, kalau rajin nanti aku upload kat youtube beberapa lagu. bagi budak2 rap masa tu (skrg dah tua) tengok mcm mana depa dok yo yo yo depan stage hahaha...

deaf_angel said...

oh la la nye lagu2 best2

matakucing said...

Khys,
thanx for the info..solo AWAS tu pon menggigit woo hehehe elermerkk VHS to kasi upload khys..hehe convert vdc skali lagi cantik ;p

deaf,
time oh la la dah advance..imej pon dah lain skit..kalu tak silap dorang mastering/mixing kat US. Balik terus ada kumis hehe cam Wings-Bazooka Penaka

Pyanhabib said...

:) tumpang lalu...

matakucing said...

silakan brader pyan ;p

deaf_angel said...

yo cat's eye
Selamat menyambut hari raya haji.

Abdul Rahman said...

t-shirt kru ni mmg gempak. lu mmg pengumpul brg rare dan unik yg sejati. fenomena diorg ni satu ketika dulu. ulalala..

last skali, salam aidiladha bro.

ps: the legendary pyan habib pon singgah ko pnya blog.

matakucing said...

SELAMAT ARI RAYA HAJI SEMUA..WALAUPON KORANG BELUM PEGI HAJI MUAHAHA

hf said...

KRU ni memang real...

pada gua patutnya KRU naiok dulu before 4U2C..

alih2...4U2C naik siot...

gua penah turun show dorang pat PWTC..

Norman buat gimmick mati siak !!!!!
15 min macam tue...

siyol jer..