Friday, November 7, 2008

Bersama Selamanya Vol.2

Yearggghh bertemu kembali diblog yang sejuk sejak akhir2 ni hahaha. Meh aku nak citer pulak pasal siri komik yang paling best & paling rock sekali kat muka bumi ni. Komik mana lagi geng komik Bersama Selamanya karya kartunis legend, brader Gayour haw haw haw.



Bersama Selamanya (BS) ni dulu start masa kat majalah Ujang antara siri paling panjang sekali kat majalah Ujang. Memang best citer ni tak boring nak baca. Tiap2 bulan dulu mesti nak cekau gak majalah Ujang tu hanya sebab nak baca sambungan cerita BS.

Tuari jalan2 kat pasar malam ada jual majalah longgok2 . Ermm aku tgk komik2 isu lama ada selongkar punya selongkar jumpa pulak komik BS. Perghh aku pae lagi sebat sebelum melepas haw haw haw.



Yang aku jumpa ni volume 2. Cuba gak selongkar2 lagi manalah tau jumpa volume 1 punya lagi syok. Apapon memang puashati jumpa BS ni mint condition pastu murah lak tu. Nostalgia betul BS ni dah lama tak tengok gelagat Mat Tepet karektor paling selamber & paling kecoh kat BS.



Budak2 sekarang mungkin tak kenal cerita BS ni eh. Takpe so sape2 yang tak kenal tu cuba la tanye abang2, pakcik2, makcik2 yang membesar dengan cerita BS ni. BS ni bercerita tentang erti persahabatan, kekeluargaan & perjuangan meneruskan hidup. Walaupon nampak macam berat jer isunya tapi brader Gayour telah mengolah BS ni dengan gaya paling sempoi & menghiburkan & kadang2 kala meragut perasaan gak haw haw haw.



Karektor2 BS ni kalau korang ingat ialah Amar (hero la kira dia ni), Dollah (gaya ala2 hippies), Din Senget (metaller pakai "cap"), Mat Tepet (selamber- happy go lucky), Pet (body builder) & Lin ( awek Amar). Dalam banyak2 karektor tu aku paling suka Mat Tepet ar, kecih siot dekni paling suka bergaduh & mulut paling laser sekali haw haw haw.





Yang best nye pasal BS ni dia ada citer pasal muzik especially muzik hardrock/metal. Sebab watak2 kat dalam BS ni sume minat muzik & ada band sendiri. Bila time scene mat metal mesti brader Gayour letak bait2 lirik lagu2 & pastu ada remark kat bawah scene tu lagu & artisnya sekali. Lagi best kalu scene dorang jamming & konsert lagi best. Kat sinilah aku belajar mengenal band2 & lagu2 metal.







Kalau scene gaduh2 pulak dah macam baca komik2 Marvel cam Hellboy, Spiderman etc. sebab gaya lukisan2 brader Gayour ada pengaruh2 komik2 tu. Cuba tengok gambar2 kat atas tu best kan. Bila baca balik macam aku ada sekali la kat dalam cerita BS tu. Haw haw haw gila betul la baca BS ni. Karya brader Gayour ni memberi kesan dalam hidup aku.



Kat page hujung ni brader Gayour ada tunjuk kan lakaran karektor2 dalam cerita BS ni. Yang ni suma lakaran original dari buku lakaran beliau. Gambar atas tu lakaran karektor utama; Amar.



Ni pulak lakaran karektor keluarga Amar (mak, bapak & 2 adik kembar), Pet & Lin (Awek Amar).



Dollah, Mat Tepet & Joe (haha ni lah musuh si Amar memang brutal dek ni)



Dan last sekali ada gambar koleksi peribadi brader Gayour. Memang trully Metaller ar Gayour ni hahah korang tengok jer la gambar2 kat atas tu dah macam Slash GNR. Kalau tak silap ada BS ni ada kaset dia gak. Ermm mau carik la itu kaset. So sape2 yang ada info tentang kaset BS & BS vol.1 tolong bagitau eh aku nak beli bikin pusaka.

6 comments:

deaf_angel said...

sebagai bekas pengumpul Ujang tiap2 isu suatu masa dahulu, aku tiap kali look forward strip ni pasal memang 'up to date'.
Ada satu si awek hero tu malam2 dengar cd..
sekali tu tengah dengar lagu Aerosmith Angel.
Seriously, ni salah satu contoh komik strip ni memang very the real life untuk aku haha.

eddie dewanaga said...

Gayour adalah satu legenda utk gua personally, dari zaman Gelihati, time gua skolah.. ada satu cerita yg top masa tu, Siap Yg Harus Dipersalahkan... memang tragik...

Bersama Selamanya punya kaset memang berdentum, yg nyanyi kartunis Taugeh, gitaris dia Hillary... 1st song memang death metal bertajuk 'Mati' dulu gua ada kaset tu... ilang kawan2 pinjam...

BS yg komik pulak, gua suka bila grup Amar mula Bertempur dgn geng2 Joe... Pet panggil budak2 gym dia, mat tepet panggil 'black metal army' dia... huh, bro Gayour, kalau lu baca ni, lu memang naga... a real live one!!!


**link blog Gayour ada kat tempat gua...

Geng Metal said...

tapi gua lagi suka kartun awal2 Gayour ... terkejut wa tgk kartun2 mcm tu boleh publish, masa tu tahun 89, kat majalah gelihati ... huhuhu, apa lagi, mejadi pujaan kami le masa sekolah ...

matakucing said...

deaf,
mmg best ada tp versi mag Ujang dah tak de simpan la...rugi betul.

eddie,
yes part gaduh tu paling brutal. Black Metal army ganas tp nangis bila limau kene makan ngan mat tepet.

geng metal,
masa gelihati ada jugak aku terperasan lukisan gayour tp masa tu kecik lagi. Time Ujang jer baru betul2 admire.

Anonymous said...

Salam saudara, boleh tolong skan tak bahagian muka paling belakang tu?? (Gambar2 GAYOUR masa muda).. saya ada vol.2 ni serta kasetnya masih ada lagi, tapi buku muka surat belakang tu dah terkoyak!! lama dah nak simpan gambar2 muka belakang tu dalam pixel yg klier.. kalau rajin minta tolong skan lah yekk..

mp3 dari kaset tu saya boleh konvert kalau berminat.. saya boleh dihubungi di alamat emel : antichristwar666@yahoo.com

terima kaseh..

p/s: kawan saya ada vol.1 .. yg saya musykil, vol.3 sampai skarang tak keluar2 lagi.. ahahahaha.. keluaran vol.2 tu tak silap saya tahun 2000, katanya akan keluar vol.3 tak lama lagi, skarang dah tahun 2011, tak jugak keluar2 lagi, ahaha.. dah 11 tahun!!!!

Rockarena said...

gua ada 2 utk vol 1....berminat blh email gua Rockarena@yahoo.com