Thursday, December 4, 2008

Koleksi : Search-Berpaling

Lama tak update blog ni. Haha cam biasa la kesibukan melanda. Tapi tak pe jangan risau kali ni aku nak citer pulak pasal kaset/album Search yang aku ada. Aku ni kira peminat tegar Search jugak la..ehehehe. Boleh katakan hampir semua album Search aku kumpul walaupon masih ada lagi yang tak ada.



Ok aku start citer pasal Search ngan album "Berpaling". Ermm mungkin ramai yang tak ada album nie, mungkin juga ada yang tak tahu tentang kewujudan album ni. Tapi takpe takde masalah kalau tak tau pon tapi kalau korang ngaku dorang diehard fans Search tapi tak tau pasal album ni gua luku kepala lu haw haw haw. Lu tak cukup Search lagi ;p




Berpaling released tahun 1988 tak lama selepas releasednya album kontroversi "Di Pintu Sepi" yang mana Dipintu Sepi telah ditarik balik pengedaran dan penjualannya setelah seminggu berada dipasaran atas perintah mahkamah. Time Berpaling keluar tu jam Search dah signed ngan PMC (BMG) nak released album "Fenomena".



Ada 10 buah lagu semuanya termasuk 3 unreleased track/B-side dari album Mentari Merah Di Ufuk Timur (Polygram Records) :

Side A
  1. Berpaling (Def Leppard/Bakri Johari)
  2. Mungkinkah Tertawa (M.Nasir/Bakri Johari)
  3. Fantasia Bulan Madu (M.nasir)
  4. Bisa (M.Nasir/Amir Hamzah)
  5. Gadisku (M.Nasir)
Side B
  1. Kau Akan Tahu (Bakri Johari)
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search)
  3. Sebatang Tongkat Untuk Berdiri (Bakri Johari)
  4. Balada Pemuzik Jalanan (Zainal Ali/S.Amin Shahab)
  5. Musnah (M.Nasir)



3 unreleased tracks ialah Berpaling -Lagu asal Def Leppard "Foolin" dari album Pyromania, Mungkinkah Tertawa- sebenarnya lagu "Gadis Ayu" salah print kat sleeve sebab Mungkinkah Tertawa dah ada kat album Di Pintu Sepi & Kau Akan Tahu.



Yang kaset ni re-issue punya aku beli tahun 2000 jual longgok2 kat Klang. Tu jam aku ingat kompilasi biasa jer tapi rupa2nya album kontroversi gak eh..dah tahap rare album nie.

Setakat ni aku masih mencari lagi album2 Search yang kat bawah ni :
  1. Di Pintu Sepi (1988-kaset)** kalau ada la eh
  2. Live (1989-Kaset)** kalau ada la eh
  3. Sepuluh Tahun (1991-CD)
  4. Remix (1994-CD)
  5. Rockestra (1998-CD)
Sapa2 ada jumpa atau nak jual bagitau eh.

11 comments:

eddie dewanaga said...

huh.. ini zaman2 search tgh menghantui budak2 kita ni bro...

muzik versi asal best, kalau dah rakaman semula gua tak berapa berkenan, contoh lagu album2 first, second dan langit & bumi...

matakucing said...

to jam tengah kokak pey rambut gondrong2 eh hahaha.

deaf-angel said...

beb, ni Berpaling pun kena tarik balik macam Di Pintu Sepi kan?

Berpaling aku tak pernah ada tapi Di Pintu Sepi aku beli dua kali. First beli hilang, seken beli lagi last few years aku jumpa ngah kumpul habuk.

Cuma kaset dia tu, memang transparent ke bukan?
Pasal aku punye kali kedua beli ni transparent, sama macam Berpaling engkau. Yang pertama kali beli dah lupa.

Sepuluh Tahun cd tu kalo aku jumpa lagi satu, aku bilang ko ler. Tu Hellfire dah ada LP dia tu hahaha.

matakucing said...

deaf,
yup Berpaling pon kene tarik balik kalau tak salah aku la sebab publish lagu2 unreleased tanpa kebenaran Search/M.Nasir.

Kaset ori early pressing warna putih. Even Fenomena memula released dulu pon kaset kaler putih. Yang transparent ni re-issue.

Tu la dia HF siak ar jumpa LP tu hahaha rezeki dia. Cantik tu dep kalu jumpa lagi time kumpol2 habuk tu bgtau eh. \m/

matakucing said...

deaf,
kasi up ko pey Di Pintu Sepi

deaf-angel said...

alrite..
tapi kalo original nye kaler putih tu kan, abis tu re-issue transparent.

Macammana boleh keluar transparent nye sebagai reissue kalo kaset ni dua dah memang kena tarik balik?

tu ah aku dah keliru..

matakucing said...

pembetulan deaf..Berpaling tak kena tarik balik cuma Di Pintu sepi jer kene. Tp tak sure la cam ner ada Di PIntu Sepi ko versi transperant. Kene tanye HF tu.

Anonymous said...

aku ingat bila kes saman tu dah selesai polygram print balik yg baru kot. tu ada kaset stail baru (transparent)...

matakucing said...

ermmm mungkin gak tu.

Anonymous said...

pasala transparent kaset ni...

memang dikeluarkan semula oleh Polygram selepas kes saman tu...

antara grup lain yang Ploygram keluarkan balik

DESIRE - Sumpitan Sneja & +,-,x,/
JUNCTION - Arah

kalau dapat yang transparent ni pun cukup baik dah..

kalau jumpa lagi..
betau aku eh...

hehe...

* deaf & kawan2...
kalau jumpa CD 10 Tahun tu..
betau jugak ah...

nak full pakej...
haha

Anonymous said...

Tolak tape Live 89 tuh jek yang gua tarak lagi... Berpaling and Di pintu Sepi gua first pressed... kaset guna sticker lagi...