Thursday, November 13, 2008

Koleksi : T-shirt Band Oct-Nov

"Baju..baju..baju asyik beli baaaaaaaaju aje tapi tak dipakai disimpan aje buat ape?, buat semak almari aje" Hehe tu la bebelan mak aku. "Tune" sore mak aku sama je tiap kali aku beli tshirt2 ni. Ahaha tak pe dah lali dah. Ok tak mau banyak songeh layan gambar je eh. Ni koleksi terbaru sepanjang Oct-Nov. Hehehe bukan riak just nak kongsi2 aje Ok.





Ni tshirt sempena tour Blind Guardian-Nightfall in Middle Earth. Band power metal Jerman sejak 1980-an. Nightfall In Middle Earth ni album terakhir dorang ngan penerbit Flemming Rasmussen (penerbit album era awal Metallica).



Bad Religion band lagenda punk Amerika. Orang panggil tshirt ni Bad Religion "green". Simple aje eh tapi bila aku sarung baju ni orang pandang semacam jer kat aku..apsal??



The Beatles-Yesterday and Forever ni memang rare gak le sebab design dia lain dari yang lain. Gambar2 dorang dari muda2 remaja sampai ler dorang tua. Masa beli ni berebut ngan sorang buyer otai tu tapi sebab aku dah booking dulu hahaha so dapat ler kat aku.





Ted Nugent ni kira gitaris lagenda namun dia tak sepopular gitaris2 tersohor dunia yang lain. Tshirt ni sempena tour 1995-96 album ke-11 "Spirit of The Wild". Susah aku nak nampak orang pakai baju Ted Nugent ni.



Van Halen sape tak kenal angkat tangan! Hey2 tak kenal ker..ishhh hahaha Ok Tshirt ni simple jer logo Van Halen era Sammy Hagar (1985-1996). Lepas Sammy Hagar keluar Van Halen tukar logo lain.



Gambar ni kalau tak silap dekat album "The Real Live One" kot. Karikatur Eddie tiru possing Steve Harris. Ni pon berebut gak ngan sorang buyer tapi dengan ketangkasan, aku berjaya memilikinya.





Ni kalau sapa tengok mesti tak tau ni tshirt band Queen. Ni era album "Made in Heaven" album terakhir Queen selepas matinya Freddie Mercury pada 1991. Kalau tengok date tu macam promo untuk album ni aje sebab album ni released November 1995 kalau tak silap aku.



Tshirt ni pulak dari album ke-4 Ramones-Road To Ruin 1978. Ni just cover album aje tapi tak pasti pulak bila printed tshirt nie. Takkan 1979 kot??.



Takde info la tshirt ni. Time ni era mana eh "God Hate Us All" ker?? Font dia pon dah lain tak guna font klasik tu. Korang ada info??





Baju ni rare sebab dia dicetak sempena released single "One" yang dipetik dari album "Achtung Baby" 1992. Ianya merupakan single ke-3 dari album tu & single ni banyak telah di"cover version" kan oleh ramai artis termasuk Mary J Blige.



Sebab utama aku grab tshirt ni...tu ada signature Kurt Cobain. Tak pernah aku jumpa lagi sebelum nie. Ni beli masa ronda2 malam raya aritu.





Dalam banyak2 tshirt ni boleh dikira vintage sebab ni copyright 1987. Tour album A Momentary Lapse Of Reason 1987 era David Gilmour. Ala yang cover dia gambar katil banyak2 tu. Baju ni agak lusuh tapi sebab nilai "umur" dia tu yang buat aku tak tahan untuk memilikinya.





Red Hot Chili Peppers (RHCP) band yang kuat ciri2 funk nya. Tshirt sempena album "Blood Sugar Sex Magik" yang released pada 1991. Dan tshirt ni merupakan antara tshirt 1st print yang aku ada.



Last sekali Stray Cats, rockability band dari Amerika. Ramai yang tak kenal Stray Cats ni ermm padahal dorang legenda. Saing2 The Clash, Sex Pistol & Ramones gak dorang nie. Walaupon dorang main rockability tapi imej dorang punk. Cuba try dengar lagu dia.

Ok tu ajelah koleksi2 terbaru setakat ni. Bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi info pasal tshirt2 ni sebab sapa2 yang layan tshirt2 band ni mesti kena tau cerita disebalik design tshirt tu. Kalau nak cerita satu persatu pasal tshirt ni memang tak abis.

9 comments:

Abang Ben said...

Pink FLoyd punya baju lawa,,,

deaf_angel said...

Queen nye belakang aku suka

muor76 said...

hallamak... cun cun baju... heheheh
aku bulan lepas dpt 3 lai jerk... ade yg tokeh bundle simpan tak nak jual.. wat display kat kedai bagi org nyirap sirap...

Geng Metal said...

mak ai banyaknya koleksi lu bro ... wa ada simpan lagi, ada 1 lagi yg tak hancur ... tapi saiz 's' so 's' ni kira sempitlah ... wa dah XL - xtra lebar ...hahahaha ... simpan wat kenangan je le r...

Abdul Rahman said...

Bro mata-kcg ni memang tak pernah 'kering' dgn tshirt bandnya. hehe

matakucing said...

semua,
hobi gua dah jadi satu ketagihan heheheh.

3SUKU said...

WOOOO...RARE TU...

Anonymous said...

Maiden tu tak silap aku dari Fear of The Dark ... poster ke pa tak pasti...

Stray Cats mmg band yg best. Layan gak lagu dia...Stray Cats Strut!

gary said...

wa jeles!