Thursday, July 2, 2009

oksigen



Bumi kita makin tua, makin panas, ozon makin nipis, banyak bencana alam berlaku macam tanah runtuh, hujan asid, banjir, ribut, panas yang melampau dan macam2 lagi. Salah satu sebabnya ialah pokok dah banyak kena tebang. Buat rumah, kawasan pertanian baru, pusat perniagaan baru, pusat pelancongan dan banyak lagi. Jadi marilah kita memanam pokok & menghijaukan bumi kita ni. Banyak kebaikan menanam pokok tau kawan2 antaranya :
  • Pokok membekalkan oksigen : Semua hidupan perlukan oksigen untuk bernafas. So itulah point paling penting.
  • Pokok serap karbon dioksida : Kita menghasilkan karbon dioksida, pokok menghasilkan oksigen, manusia menyerap oksigen untuk hidup begitu juga pokok menyerap karbon dioksida untuk hidup. Jadi sudah ada hukum Allah hubungan manusia dengan alam yang mana kedua2nya saling bergantungan.
  • Pokok meneutralkan tanah : Tanah kita telah dicemari dengan bahan2 toksid. Jadi pokok berperanan meneutralkan kembali tanah supaya dapat digunakan dengan selamat untuk tanaman & haiwan.
  • Pokok mengelak hakisan : Biasanya pokok bakau merupakan ejen yang paling baik untuk menghalang hakisan tanah terutama di sekitar pantai/sungai supaya terlindung dari ribut & banjir besar selain menjadi sumber rezeki nelayan.
  • Pokok jadi tempat berteduh : Kalau panas tengahari korang mesti nak berteduh bawah pokok kan. Sejuk & berangin jer lepak bawah pokok kan.
  • Pokok mengurankan pencemaran bunyi : Pokok dapat mengurangkan decibel bunyi yang keterlaluan daripada kenderaan, kilang dan lain-lain.Kira macam sound proof gitu.
  • Pokok jadi tempat perlindungan haiwan : Haiwan seperti burung biasanya bersarang di atas pokok bagi elakkan dari menjadi mangsa binatang lain yang rakus diatas tanah.
  • Pokok menjana kewangan : Industri perumahan memerlukan lansdskap untuk mencantikkan lagi halaman rumah. Pokok2 bunga akan digunakan sebagai landskap. Dengan menanam pokok boleh menjadikan ianya sumber pendapatan.
  • Menanam pokok merapatkan hubungan kekeluargaan : Setelah penat bekerja aktiviti menanam pokok dilandskap halaman rumah dapat mengeratkan lagi hubungan bersama yang tersayang ;p. Selain ianya merupakan senaman yang menyihatkan badan.
Tu jer..ermmm marilah kita menghijaukan bumi kita eh untuk generasi akan datang. :)

**gambar dicilok dari google

8 comments:

sis_nita said...

tgh berusaha menanam pokok..
kat tepi umah tu..
agak2 kalo ko ada masa..
meh ler tulun..
bukan jauh pon..
sekampung jerr..
huhu..!

zan said...

Nyanyi lagu pengakap..

Atas bukit ada pokok, pokok cantik tak pernah lihat..
hey..pokok yang hijau..

eiza in the house.. said...

amin...
meh kita tanam pokok bakau..
eh..silap pulak...
mari kita tanam pokok eh..he3

eddie dewanaga said...

sebab tu la gua sokong earth hour... itu sedikit sumbangan gua terhadap bumi ini, kita perlu jimat tenaga, sayangkan tumbuhan. jangan lah asik pandang negatif sahaja bila ada kempen2 sebegini...

pokok rambutan rumah mak gua dah berbuah... tapi gua takut batuk(ceh... isap okok takla pulak takut batuk eh...)

muor76 said...

sekirenye ko menanam pokok... setiap kali ade makhluk yg berteduh/releks dibawahnyer.. dan ade mahluk bersarang di ranting/dahannyer dan ade makhluk yg memakan hasil dr pokok itu.. ko akan dapat pahale.. dan pahale itu akan berterusan walaupon ko telah mati... tanam pokok pon leh dpt pahale.. jom tanam pokok..

kisah Semut said...

wei aku oksigen ko

Takilala said...

Pokok untuk semua

matakucing said...

sis nita,
buleh aje bila nak taman pokok tu hahaha yang penting ada makan byk2 hehehe.

Zan,
nyanyi lagu "sepohon kayu dahunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya..."

eiza,
pokok bakau tanam tepi paya.. tanam pokok ulam la boleh buat makan.

eddie,
kena sayangi bumi tempat kita tinggal beb..kalu tak mana mau duduk..dragon prefer pallman than rambutan hehehe.

muor,
jom2 tanam kasi sejuk bumi ni.

semut,
aku karbon dioksida ko muahaha citt porraaahhhh.

takilala,
yup hijaukan bumi kita.