Album ini telah diterbitkan pada 1994 di bawah label independent, Another Planet Records (Profile). Menghimpunkan lagenda (pada aku boleh dikatakan lagenda) hardcore dunia seperti Cro-mag, Agnostic Front, Reagan Youth, Murphy's Law, Sick of It All,Warzone, Youth of Today, Bold,Bad Brains, The Mob, Lee Way, Underdog, American Standard,Sheer Terror,Raw Deal, Urban Waste & Judge.
Di dalam album ada diselitkan sejarah ringkas tentang sejarah scene NYHC. Info yang padat dan tepat mampu memberi gambaran tentang muzik harcore yang dulu dikenali sebagai Hardcore Punk menjadi fenomena luar biasa dalam scene underground di New York seterusnya merebak keseluruh dunia.
Hardcore merupakan subgenre dari muzik Punk dikesan pada penghujung 70-an yang mana ianya mengetengahkan muzik yang lebih laju, keras, bising & berat dari muzik asli Punk. Lirik muzik hardcore ini merangkumi pelbagai perkara seperti politik, kebebasan hak, vegetarian, keganasan, peperangan, agama, dadah, "straight edge" dan budaya hardcore itu sendiri. Sebanyak 18 track disajikan untuk santapan halwa telinga anda dalam album ini:
- Cro-mag - We Gotta Know
- Agnostic Front - Anthem
- Reagan Youth - Anytown
- Murphy's Law - Quest For Herbs
- Sick Of It All - Injustic System
- Warzone - As One
- Youth Of Today - Expectations
- Bold - Clear
- Bad Brains - Salling' On
- The Mob - Step Foward
- Lee Way - Enforcer
- Underdog - Over The Edge
- American Standard - Away
- Sheer Terror - Injustic System
- War Zone - Here To Stay
- Raw Deal - Brightside
- Urban Waste - Public Opinion
- Judge - Where it Went
Kesemua tracks di atas mampu memberi anda gambaran bahawa keindahan seni muzik hardcore itu sendiri. Album ini sesuai untuk mereka yang baru hendak berjinak2 & mengenali muzik hardcore yang penuh emosi & luapan perasaan. Aku jamin korang pasti akan menyukai album ini. Dan untuk peminat hardcore anda disyorkan memiliki album kompilasi ini kerana inilah antara album (kompilasi) terbaik yang pernah dikeluarkan & ianya menjadi rujukan khususnya bagi mereka yang mengkaji sejarah perkembangan muzik Hardcore.
Ok masa untuk layan video klip untuk anda semua.
Cro-mag "We Gotta Know"
(ditujukan juga buat ms.semut "sewel"-seorang peminat hardcore)
7 comments:
hardcore ni early 90s gitu top kan?
aku ada cd lion city hardcore majalah big o tu yang ada stomping ground etc
entah pasaipa punk aku boleh layan sikit2, punk rock boleh layan banyak2 tapi hardcore totally out dari list aku. Aku pun taktau kenapa...
laaa,
gua ingat "hardcore" apa tadi hehehe....salah faham.
hardcore ni aku layan gitu2 ajer...tak berapa nak minat..tapi boleh la..
Hardcore..hmm gua layan gak. Gitu2 je, tak la hardcore sgt. huhuhu. Tapi 'hardcore' yg Portdy sebut tu best huhuhu
thanks beb hhahha ni email opis aku giler betul
deaf,
yup early 90's hardcore naik. Stomping ground legend oo bukan kat singapore jer malah asia tenggara. Kalau m'sia Chronic mass la.
speed,portdy,berteromber,takilala
hardcore untuk yg betul2 hati kering huhuhu tp aku tak hati kering boleh layan hehe sikit2 la aku pon tak into sgt.
sewel,
suka la ko yer..hardcore 4 ever
Post a Comment