majalah Guitar & Bass vol.6 Oct 2002
Bila selak2 balik majalah Guitar & Bass (GB) yang lama2 tu teringat aku ngan satu artikel yang pernah aku hantar & disiarkan oleh Abang Rom, editor GB & ROTTW. Ntah cam ner artikel aku ni boleh tersiar kat GB. Kalau tak silap aku dulu aku selalu email kat Abang Rom pasal ROTTW. Komen, kritikan, idea, cadangan2 selalu gak keluar kat kolum Input-Output ROTTW.
Then bila dah selalu berkomunikasi ngan email, Abang Rom offer aku jadi wakil ROTTW di kawasan aku. Wakil ni berfungsi untuk melaporkan segala aktiviti muzik/seni yang berlaku disekitar kawasan Klang-Banting. Tapi sebelum dia offer aku dia ada bagi satu assignment. Beliau minta pandangan aku persoalan tentang "Kenapa konsert gagal dari kacamata penonton".
artikel aku start dari 2 perenggan terakhir page ni
Ermm bila dapat email tu jer aku cam excited giler hahaha mulalah aku perah otak, pikir2 buat reference. Tapi kebanyakannya aku tulis dari pembacaan, pengamatan serta pengalaman aku tengok gig/konsert jer. Taip2 on the spot siap. Ermmm ok kot..aku terus hantar.
Tau2 artikel tu tersiar pulak kat GB. Memula baca intro biasa jer tapi bila dah nak kat hujung tu aku terasa pelik sikit sebab macam ayat tu aku pernah baca dah..memang sebijik dengan apa yang aku tulis. Hehehe tersenyum bangga aku hahaha. Iyalah mana taknya inilah artikel pertama yang aku hantar ke pihak media/penerbitan.
Yang paling best tak de edit2..kesilapan ejaan pon tak diedit. Sama sebijik ngan apa yang aku hantar. Selepas artikel ni Abang Rom ada bagi lagi 3,4 assignment lagi & semuanya tersiar di majalah GB & ROTTW. Cuma aku tak ingat kat isu ke berapa. Yang paling aku ingat cuma artikel ni ajelah.
Dah lama lepas tu aku dah senyap jer. Abang Rom pon dah sibuk sangat time tu dia baru nak setup Rottwailer & aku antara Rottwailer terawal. Dan Offer Abang Rom nak lantik aku jadi wakil ROTTW terpaksa aku tolak sebab banyak komitmen (pada masa tu) tak mampu nak buat dari segi masa.