Thursday, August 28, 2008

Cuci Minda

Semalam aku terbaca majalah Lanun tahun tok kaduk lama2 punya, tiba2 aku terbaca serpihan artikel ni..ermm menarik gak. Cuba2 lah renungkan eh.

Perkara2 Ringan yg menyekat rezeki; terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara dibawah. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah dinyatakan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang itu :

01. Tidak sembahyang atau solat.
02. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
04. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
05. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
06. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
07. Suka bersandar pada pintu rumah.
08. Suka duduk di atas tangga.
09. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Tidak membersihkan rumah.
11. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
12. Suka tidur di atas muka.
13. Membakar kulit bawang.
14. Menjahit baju yang sedang dipakai.
15. Mengelap muka dengan baju.
16. Berdiri sambil bercekak pinggang.
17. Tidur tidak memakai baju.
18. Makan sebelum mandi hadas.
19. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
20. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
21. Lambat pulang dari masjid.
22. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
23. Suka memadam pelita dengan nafas.
24. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
25. Memakai seluar sambil berdiri.
26. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
27. Berjalan di antara kambing.
28. Suka mempermainkan janggut.
29. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
30. Suka menggigit kuku dengan mulut.
31. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
32. Menguap ketika solat.


Tulah dia bila difikir2kan kadang2 benda ringan ni sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan kita seharian yang sentiasa lalai & sibuk dengan hal duniakan.. ermm terkena batang hidung aku sendiri la.

Nanti senang aku nak cari gak buku terjemahan kitab tu nak tau lebih terperinci lagi tentang sebab2 di atas persoalan kenapa & mengapa dikatakan begitu.

5 comments:

Dr. Bentara said...

just a comment mengenai senarai ni kena check balik dari mana si penulis dapat. Sebabnya, susah senang ni kerja Allah s.w.t. Kalau dicedok dari hadith2, kena pastikan betul ke hadith. Sebabnya, macam ada perkara pelik2 kat situ antara lain:

07. Suka bersandar pada pintu rumah.
08. Suka duduk di atas tangga.

Apa kena mengena dengan susah senang kehidupan seseorang? Unless kalau ada dinyatakan secara sahih dari Nabi s.a.w. atau Allah s.w.t.

Aku mungkin salah tapi tak mengapa kalau kita bertanya tentang sumber. Agama ni datang dengan sumber (Allah dan RasulNya). Bukan dari akal-akalan dan imaginasi.

matakucing said...

bentara,
sebab tu aku nak cari buku terjemahan kitab tu..sebab mcm ko bgtau ada beberapa perkara yang agak menimbulkan tanda tanya..aku pon konpius gak..maybe kat buku tu nanti penjelasannya lebih jelas disamping nas2 yang kuat.

Gespenst Jäger said...

sori sbb tgglkn komen xde kene mengene. saja nak bagi bro web nih http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=233&ShowID=249&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=16280&EpID=18757#anchorVid pasal butter di melodi ahad lepas. so klu x keberatan jom kita spam komen2 kt situ. aku adala tgglkan beberapa. hehe

Gespenst Jäger said...

alamak, silap bagi address kt atas. bro trus je pg kt blog saya and then klik je kt post trbaru saya.

salam merdeka

deaf-angel said...

lanun....aku gi buang smua lanun aku....termasuk 1st kot.