Tuesday, August 26, 2008

Boxset Nirvana CD Singles

Pagi Ahad lepas aku tak keluar mana2 ermm ye lah sebab malam kang nak keluar tengok show Buterfingers so belah siang aku ambil keputusan lepak2 kat umah jer. Kemas2 bilik aku yang bersepah sambil2 kemas cd2 aku yang bertaburan disana sini.

Kemas punya kemas jumpa balik boxset yang aku sendiri lupa yang aku ada memiliki boxset Nirvana Singles (cd version). Heheh aku pon pelik seketika cam bingung pun ada sebab memang aku tak ingat langsung pasal boxset ni. Ironikan sampai aku lupa pasal barang rare ni huhuhu.

Ini adalah koleksi lengkap official singles Nirvana yang masih menjadi rebutan peminat2 Nirvana sehingga ke hari ini. Dalam boxset ni ada 6 keping cd; 3 cd single dari album "Nevermind" yang released pada tahun 1991 & 3 cd single dari album "In Utero" yang released pada tahun 1993.

Boxset ni aku beli kat pasar karat. Memang tak sangka jumpa boxset ni disebalik timbunan & longgokan used cd yang dijual. Dah rezeki aku kot sebab dulu memang ada jual kat kedai tapi tak mampu nak beli. Just tengok jer la kat rak kaca kedai cd tu huhu meleleh jer nengok. Time tu memang very the very the limited la.


Yang ni made in Germany tapi tak sure pulak aku kalau US punya cam ner. Maybe ada lain sikit dari segi artwork. Ermm tak kisah la janji aku dah dapat salah satu collector items ni.

Ok senang nanti aku review seketul2 cd single ni.

5 comments:

Abdul Rahman said...

ade ye ko box set nirvana neh. aku cd2 nirvana xde. yg ade cuma kaset2 je. dulu kaset je mampu beb. skg neh bukan main boleh donlod bagai. tapi tuk boxset neh aku ada dpt cd mp3(bajakan,LOL)dia dari member aku. haha. ape2pun, nirvana akan selamanya dihati. cewah!

eddie dewanaga said...

masa mula2 cobain mati, majalah rolling stone ada kluarkan issue special pasal dia, gua ada beli issue tu kat s'pore, dia punya cover tu muka cobain dgn tahun lahir-mati,
ada satu fans nak beli dari gua beb, harga riban2, gua terkejut siol..
tapi, sori la... gua bikin pusaka lagi baik!

matakucing said...

abdul rahman,
hehe aku memang suka collect cd2 ori ni sebab aku suka artwork2 dia tu. kaset ke cd ke janji nirvana.

dewanaga,
aisey..aku memang still cari la itu mag..gambar kaler itam putihkan..perghh best kalu ade hehehe

deaf_angel said...

aku nirvana dengar2 gitu lagu2 famous2 dorangg..
tapi Lithium single tu, waktu zaman dulu tu, sebelum pakai internet, ada dapat official lyrics seluruh album Nevermind kalo tak salah aku , kalo aku ingat betul..

matakucing said...

ermm memang betul deaf..full lyrics album nevermind ada kat inlay single lithium tu.