Saturday, August 15, 2009

Radiohead Ok Computer

Radiohead merupakan band English Alternatif Rock dari United Kingdom. Album ke -3 mereka; Ok Computer merupakan album yang mengangkat Radiohead sebagai sebuah band terpenting dalam sejarah muzik dunia amnya & UK khususnya.



Rentetan dari kejayaan luar biasa album ke-2 mereka, The Bends mereka nekad melakukan pembaharuan supaya muzik mereka tidak statik. Melalui album ini mereka banyak bereksperimen dengan bunyi2 baru berbanding 2 album terawal mereka. Mereka banyak menerapkan elemen seperti jazz, electronic effect, ambient, string, sampler dan apa saja yang terjangkau mengikut kehendak mereka sendiri.



Album ini sungguh beremosi (pada pandangan penulis). Anda boleh rasa & dengar melalui lirik-lirik, mood lagu & lontaran vokal Thom Yorke yang bersahaja tapi menusuk kalbu. Lirik2 didalam album ini berkisar tentang politik, sosial yang rapuh dan kehidupan masyarakat moden.

Mengandungi 12 track yang mampu memberikan anda pengalaman muzik yang unik seperti menyusuri sebuah pengembaraan ke bulan.
  1. Airbag
  2. Paranoid Andriod
  3. Subterranean Homesick Alien
  4. Exit Music (For a Film)
  5. Let Down
  6. Karma Police
  7. Fitter Happier
  8. Electioneering
  9. Climbing Up the Walls
  10. No Surprises
  11. Lucky
  12. The Tourist


Kekuatan album ini adalah susunan muzik yang menarik dengan bunyian2 pelik (electronic effect, ambient vibe) yang disulam cantik bersama2 melodi line yang agak melankolik serta vokal yang bersahaja tapi penuh emosi.

Anda boleh cuba dengarkan track seperti Airbag, Paranoid Andriod, Exit Music (For a Film), Karma Police & No Surprises pasti anda akan dapat merasai persona muzik Radiohead yang unik.


Align Center
Rumusannya album ini merupakan antara album terbaik pernah dihasilkan & menjadi rujukan kepada pemuzik generasi baru. Dan album ini merupakan album yang sering diputar oleh penulis tanpa rasa jemu. Kepada sesiapa yang mahu mencuba kelainan, OK Computer amatlah berbaloi untuk didengar & dirasai.

Ok kita layan video klip 2 track kegemaran penulis; Exit Music (For a Film) & No Surprises.









16 comments:

nita said...

pesal link entry baru ko naik lambat laa.. hmmm.. selalunya dah kuar dah entry terbaru ko ni..

sblm ni okehh jer.. laa ni jerr baru berlaku..

Dr. Bentara said...

ada mamat jual CD RAdiohead murah2 kat aku... aku sambar 4 CD, My Ironlung, Kid A, Bend dan OK Computer. Tak habis dengar betul2 lagi.

zan said...

No suprises track paling feveret dalam album ni..

Takilala said...

mcm ada la versi kaset aku tgk kat rumah mak aku. kalau tak silap abang aku beli tapi aku tak pernah layan.

eddie dewanaga said...

tertarik dengan band oasis bikin gua explore untuk more alternative rock british... gua dgr radiohead bermula album the bends yg ada fav. track gua.. high n dry!

Joe said...

Karma Police? menarik pula tajuk track ni.

deaf-angel said...

radiohead ni ramai peminat..
tapi aku tak pernah dengar haha

SkiD said...

aku cuma tau Creep. Dari album Pablo Honey kalau tak silap aku. Yg lain aku tak layan...tak masuk laaa...

berteromber said...

aku pun tak dengar radiohead...tak tau la..Creep je aku tau..hehe

Unknown said...

UI BEST2-semut-

matakucing said...

kak nita,
mmg kdg2 cam tu jugak..bengong

abg ben,
kalau nak dgr elok dari my iron lung, pastu the bends sebab ni material awal radiohead sebelum dorang bereksperimentasi start dari OK Computer pastu terus melayang ke kid A.

zan,
yup stuju. ko pon suke?

takilala,
try layan..melayang nnt huhuhu

eddie,
high & dry memang mencengkam aku start kenal radiohead dari lagu tu.

matakucing said...

brader jo,
karma police takde kena mengana ngan kamasutra huhuhu

deaf,
cuba la..ada brani? ko mesti ngantuk hehehe.

skid & berteromber,
kalau suka bunyian pelik2 syorkan album2 dorang.

semut,
ko bukan ke suka paramore ker.

Unknown said...

aku layan semua lgu r-fad-

Portdy said...

radiohead ni exprerimental...
aku suka lagu Just dari album The Bends..

aku prefer oasis dan blur...dan sikit2 stoneroses dan seahorses...

cateye layan Blur tak?

Gengmetal said...

Radiohead? alamak, gua dengar pun sebab sepupu gua yang pasang, ada la gak 1,2 lagu yang gua boleh layan, tu pun ambik masa sikitlah ... hehehe old skool le katakan ...

matakucing said...

port,
hehe brit rock layan gak oasis, blur, supergrass, ash, stone roses, seahorse tu pon best huhuhu argghh citer zaman alternatif dulu2.

geng metal,
haha tak pe..tak paksa..evolusi generasi muzik.