Tuesday, August 25, 2009

Encominum : a tribute to led zeppelin

Encomium : a tribute to led zeppelin merupakan sebuah album kompilasi yang membariskan lagu2 cover dari band/artist pelbagai genre sebagai tribute kepada lagenda rock n roll; Led Zeppelin. Album yang telah diriliskan pada 1995 di bawah label Atlantic record diterbitkan oleh Jolene Cherry, Bill Curbishley & Kevin Williamson.



Sebanyak 12 track dimuatkan dalam album ini. Lagu2 tersebut adalah :

Misty Mountain Hop - 4 Non Blonde
Hey Hey What Can I do - Hootie & The Blowfish
D'yer Mak'er - Sheryl Crow
Dancing Days - Stone Temple Pilots
Tangerine - Big Head Todd And The Monsters
Thank You - Duran Duran
Out On The Tiles - Blind Melon
Good Times Bad Times - Cracker
Custard Pie - Helmet and David Yow
Four Sticks - Rollins Band
Going To California - Never The Bridge
Down By The Seaside - Robert Plant and Tori Amos



Jika dilihat pada tracklist kebanyakan lagu2 tersebut amat jarang sekali dilihat pada album2 kompilasi tribute lain mahupon album kompilasi Led Zeppelin sendiri. Jadi tracklist yang agak "rare" ini merupakan tarikan album ini. Kesemua lagu diterbitkan oleh penerbit yang berlainan dan dirakam ditempat yang berasingan.



Album ini sekali pandang mungkin seperti album2 tribute yang lain tetapi pada pandangan penulis album ini mempunyai kekuatan, keunikan & tarikan yang tersendiri. Jika dilihat dari senarai artist yang terlibat dapat album ini terserlah kepelbagaian genre/subgenre mzik seperti rock, blues, folk, country hinggalah ke pop semua terkandung dalam album ini. Jika diukur reputasi Led Zeppelin sebagai lagenda rock & roll pastinya agak pelik jika lagu masterpiece yang kuat pengaruh rock n roll digubah menjadi sebuah lagu pop.



Cuba dengarkan lagu "Thank You -Duran Duran". Bila mendengarkan track tersebut seolah2 ianya adalah lagu Duran Duran sendiri. Amat pekat mood syth pop pada lagu yang digubah olah mereka. Selain itu track "Hey Hey What Can i Do - Hootie & The Blowfish" amat kuat folk pop acuan mereka. Amat segar bila mendengar lagu alaunan dengan gaya vokal yang tebal & jantan berbanding lagu asal yang agak nipis gaya vokalnya.

"Custard Pie- Helmet and David Yow" antara lagu terbaik didalam album ini. Dengan mengekalkan melodi asal mereka telah membawakan lagu ini dengan baik sekali mengikut arragement muzik yang menarik sekali. Untuk kelainan lagu2 Led Zeppelin dinyanyikan oleh vokalis wanita. Cuba dengarkan "Misty Mountain Hop- 4 Non Blondes", "D'yer Mak'er- Sheryl Crow" pasti anda akan terpesona dengan alunan vokal yang seksi & husky. Cukup rasa tone bluesnya. Selain itu cuba dengarkan "Going To California- Never The Bridge" walaupon hanya menggunakan grand piano namun dapat diterjemahkan bahawa lagu2 Led Zeppelin boleh digubah kedalam genre2 lain & ianya releven.



Secara keseluruhannya, Encomium : a tribute to led zeppelin merupakan album yang menepati istilah "tribute" itu sendiri dimana setiap lagu yang dibawa seolah2 menjadi milik artist/band yang membawakan lagu tersebut. Tidak kedengaran klon Led Zeppelin dalam album ini. Dengan track list yang "rare" album ini wajar berada kedalam rak cd anda.

Ok kita layan 1 lagu dari album ini; Thank You dari Duran Duran (khas buat berteromber & semua blogger). Enjoy & happy watching. Review oleh Zan klik [link]


6 comments:

zan said...

Ulasan anda pula cukup kuat bauan ROTTW nyer..hahaha

Macam stok nak antar majalah jer review ni..

SkiD said...

Album ni dah lama kan? tu sebab ada Duran2...aku masih ingat D'yer Mak'er- Sheryl Crow. Antara lagu yg biasa dengar kat radio dari album ni...

berteromber said...

yes..Duran Duran rules!!!

eddie dewanaga said...

Led Zeppelin dan ratusan lagu yg dimainkan balik sebagai tribute...
bagaikan benih yang baik, dicampakkan ke daratan bercambah menjadi pokok yg subur dan berbuah lebat, tercampak ke laut menjadi sebuah pulau impian.

deaf-angel said...

kalo ler O2 reunion tu sambung jadi world wide tour kan ke best.

matakucing said...

zan,
tak ler..hehe ayat skema gua..pengaruh tu ttp ada.

skid,
thn 1995 dah 14 thn

berteromber,
ahah gua tau lu mesti suka.

eddie,
yup betul tu..legacy tu akan kekal sampai bila2

deaf,
haha kalau dapt pergi lagi best