Thursday, January 29, 2009

LP OST Rozana...Cinta' 87

Korang ingat lagi tak citer Rozana...Cinta'87? Yer sapa yang lahir & membesar di era kegemilangan rock 80-an mesti tau citer ni kan. Last week before cuti CNY aku singgah kedai rekod2 buruk. Cari2 jumpa pulak LP ost Rozana...Cinta'87.



Cover dia kecik jer, pakai cover kaset jer. Kalau dapat full print lagi rare.



Bahagian dalam LP pon sama pakai kaset punya label. Lagu2 kat dalam OST ni :

Side A :
  1. Cinta...Berbagai Keanehan.
  2. Dendang Semasa.
  3. Gadisku.
  4. Pelangi Senja.
  5. Ku Sedari.
Side B :
  1. Cinta...Indahya Perasaan.
  2. Diari.
  3. Cinta Remaja.
  4. Carilah Pedoman Hidup.
  5. Semalam Satu Cerita.


OST ni diterbitkan oleh M.Nasir & lagu2nya pon dicipta oleh M.Nasir juga. Berkonsep Pop 80-an. Kakak aku nampak LP ni terus diambilnya dia kata dulu ada simpan kaset tu tapi dah hilang mana ntah. Kira fenomena gak la lagu2 dalam album ni kata kakak aku. Siap bawak walkman kat sekolah dengar ramai2.



Tapi cam ner nak dengar turntable tak de har har har. Ada tak sesiapa yang boleh tolong rip kan ke cd?? Sebab lagu Gadisku tu bukan versi Search tapi versi M.Nasir. Oh ye aku ada review VCD citer ni dulu. Pergi sini ; http://mata-kucing.blogspot.com/2008/03/review-filem-rozana-cinta87.html

10 comments:

Anonymous said...

dekat cover kaset tu mmg tak tulis nama penyanyi setiap lagu ke? gambar tak sharp.

kat cover depan ada M.Naim? hmm.. sape tu, penyanyi dia ke?

matakucing said...

kat cover memang tak de tulis nama penyanyi.. M.Naim aku tak pasti sapa..mungkin penyanyi lagu2 kat OST ni kot. Nanti aku check balik kat VCD dia mungkin ada kot nama M.Naim ni.

berteromber said...

tak tau sangat pasal OST ni..zaman tu aku dah main rock omputeh...hehe...tapi tak silap aku M. Naim tu memang penyanyi..ada satu lagu tu..berduet dgn Bibiana...Cinta...Indahnya perasaan kot..

kalau aku tak silap ahh...dah tak ingat ahh..:p

deaf-angel said...

yo
apa aku tahu penyanyi lagu ni ada jambang gitu huhu. Dia pernah komplen kat sokkabar pasal Search gi nyanyi lagu yang originally dia nyanyi.
Tapi pada aku versi ni macam $*%&. Search nye 1000 kali bagus

Anonymous said...

ni bukan m.naim - ex vox ACES kan kan ?
haha...

ntah la..
nama penah dengar..lupa !!!!!

nanti aku tanyakan budak2 kaki ripper LP ........

Aku said...

hoyeeeee bro, hehehe lu ni dapat je koleksi lama2 ni ... geram tol gua le ... masa merayap kat pasar kabut kat shah alam haram tak jumpa barang2 lama macam ni ... hehhehe

matakucing said...

deaf&berteromber,

ohh penyanyi dia eh..tpi apsal dia bingit2..gadisku tu dulu mmg dia yang nyanyi dulu ker

Ozzy,
Kasi rip ler..next week aku bwk gi amcorp

geng metal,
kat pasar kabut tu tak byk la LP tp brg2 lama lain bleh thn gak

Si Jambi Darat said...

bro..LP ni copy promo utk DJ sebab dia pakai cover kaset.tp best lagu2 dlm tu kan..
btw..kwn aku nak tolak turn table dia.RM70 je tp motor dia dah rosak. kena betolkan sendiri la..hehe

Unknown said...

tak silap aku m naim ni vokalis kumpulan aces..x silap aku la

Khi AppleGreen said...

M Naim vokalis Aces penyanyi terawal lagu Gadisku untuk OST filem ni sebelum M Nasir bagi kat Search pula.