Monday, January 5, 2009

Malam Tahun Baru Yang Unggu

Align Center
pix : ozzy

Haha lama seret cuti blog ni eh. Sibuk sikit la awal2 tahun ni. Dah lemau kot post ni. Ermm tapi takpe lah update gak. Boleh lagi ni cite. Ok malam tahun baru tuari aku layan Purple Haze kat The Duke-Little Havana, KL. Nilah first time aku sambut malam tahun baru kat luar. Serious beb, selama ni aku lepak jer kat umah ngan member2.

Memula 50/50 gak nak gi sebab Ozzy (member aku) pon cam tak kompom jer nak gi tapi last2 gi gak. Cayalah Ozzy! tak dapat tengok Blues Gang dapat layan Purple Haze pon cantik gak. Daripada lepak2 kat Dataran Merdeka, KLCC sesak nafas tu baik layan blues.


pix : ozzy

Purple Haze (PH)? Korang tak kenal? takpe tak jadi masalah. Purple Haze ni band project Ito. Sementara Blues Gang tak de apa2 aktiviti dia formed la Purple Haze. Tapi Kalau tengok Line up PH pon Blues Gang punya line up gak. Cuma tak de Tok Ghani & Julian Mokhtar jer. Apapon line up malam tu Ito Mohd (voice/harp blues), Jim Madasamy (Bass/backup voc), Matt (2nd guitar/backup voc), Azizi (lead guitar/voice) & Karim (drums/voice)


inilah Abang Mat gitaris asal Blues Gang

Setlist malam tu memang best la. Himpunan lagu2 blues terbaik dari Muddy Waters, Chuck Berry, Bob Dylan, Gary Mayer, BB King hinggalah ke lagu2 Blues gang. Walaupon banyak main lagu2 cover tapi persembahan mengikut acuan blues PH. Berbeza sikit dengan lagu asal. Best beb. Tengok jer la abang Mat tu tengah solo..fuhh feeling abis.



Karim pon sore steady lagi. Padu lagi sore dia ni. Banyak gak lagu dia bedal malam tuari. Cuma Karim dah nampak uzur skit tapi skill drumming dia tetap maintain. Masih melekat dengan bassline Jim. Ada groove.


pix : ozzy

Ni jam tengah performed lagu klasik "Apo nak dikato". Drummer tu aku lupa pulak nama dia. Ito sedang menyolo dengan harp kesayangan dia tu. Ni lagi stim dengar dia solo. Bukan senang nak main harp. Kene pulak sore Ito memang terbaik. Lama tak dengar solo harp blues dari lagenda blues sorang ni.


pix : ozzy

Boleh tahan gak sore Jim ni. Groove bass dia melekat dengan drummer. Apapon tone bass Fender Precission Jim tetap bulat walaupon ada sikit masalah kat amp dia. Terbeliak aku nengok skill picking & note yang dimainkan beliau. Terlopong gak ler hehehe.







Apapon ada gak khazanah ( LP & Poster) yang telah di autografkan oleh Ito, Jim & abang Karim. Terkejut dorang tengok LP "Apo Nak Dikato" tu. "Album ni pon ada lagi?" kata Ito. Abang Karim cakap "Mana ko dapat album ni, aku pon tak simpan" "Eh ko gemuk la time ni" celah Jim pada Abg Karim.

Show abis dekat pukul 01.30 pagi gak..lepas abis jer lepak Pelita kejap, makan pastu blah. Ermm tak sia2 lepak kat The Duke. Antara show paling best aku pernah gi. Oh ye Purple Haze performed kat The Duke setiap Khamis & Sabtu 10.30pm-12 midnite. Sapa2 nak layan blues di cadangkan untuk ke sini.

11 comments:

berteromber said...

teringat2 zaman bebudak (sekitar awal 80an)tengok Blues Gang live kat expo Desaru...
paling lawak tengok band opening mlm tu Babyface (band Joey BPR kalau tak silap)..tanya penonton..anda mau rock?..penonton jawap taknak...taknak...kami nak blues...hehe...

Blues Gang memang lagenda ah..

hf said...

Blues Gang sinonim dengan blues..

Purple Haze kalau sapa belum layan...

ni antara line up terawal2 Blues Gang..

kalau tengok Matt solo..
sure akan tinggal kejap Julian...

serious beb !!!!!!

matakucing said...

berteromber,
yup tak disangkal sekali, 1 & only malaysia's very own blues icon.

ozzy,
tolak azizi lead gitar tu mmg tulah lineup asal blues gang. Abg matt memang power walaupon amp dia ada problem. Nak cari LP Anytime Anyday. gitar work abg matt dalam album tu.

hf said...

...semalam berebut aku nak dapatkan LP "Ada Lagi" tapi tak kesamapaian..

nasib jumpa lagi sebijik SUDIRMAN...

hilang rasa kecewa..haha

deaf_angel said...

aku enjoy baca report ko catseye

matakucing said...

ozzy
ko kat kedai mana tu boss.. bape dia tolak.

deaf,
tima kasih..enjoy2

hf said...

apa lagik..
kedai "boss" lah...

tak banyak dia bawak...

ade sekeping jer..

dia tolak RM 25..
ok la kan ...

sudirman tu woiii.........

matakucing said...

hoho...boss memang best, kasi kawtim je..dia mesti ada byk tu rok2 lama

Mullahkane said...

check 'azizi phbb' in youtube for purple haze blues band videos,

see also '1amierrul'

Mullahkane said...

check 'azizi phbb' in youtube for purple haze blues band videos,

see also '1amierrul'

Mullahkane said...

Monday, Tuesday, Friday Nite, Purple Haze Blues Band @ Kklub, Taman Melawati, 9 pm

Thursday, Saturday Nite, Purple Haze @ The Duke, Little Havana, Bukit Bintang 9pm

Sunday Nite, Purple Haze @ The Beach Club, Jalan P.Ramlee 9 pm