Petikan kata-kata M.Nasir
“…Persembahan adalah sebuah puisi panjang dan ia dimulakan dengan hanya vokal tanpa muzik iringan dan setelah beberapa minit, ia diikuti dengan satu alat muzik akan berkumandang, kemungkinan sebuah seruling atau gitar akustik. Penghujung persembahan adalah satu pesta simfoni yang gemilang...” M. Nasir.
Alam Muzik M.Nasir mengisahkan tentang perjalanan seni M.Nasir menjangkau tiga puluh tahun bergelar anak seni.
Konsert eksklusif Ikon muzik Malaysia ini akan memperlihatkan M. Nasir mengalunkan lebih kurang 30 buah lagu untuk pertunjukan secara tiga malam berturut-turut secara solo. Konsert yang berdurasi selama dua jam tanpa henti ini akan menyaksikan kepelbagaian genre muzik dipersembahkan dari pop, keroncong, tradisional, balada, irama Malaysia dan lain-lainnya.
Himpunan 15 orang pemuzik profesional yang terkenal dan diakui sebagai terbaik di Malaysia seperti Mohar, Zulkifli Mahat, Ramli Rebana, Jay-Jay, Ujang (sekadar menyebut beberapa nama) akan mengiringi persembahan. Aznan Alias @ Nan yang telah lama bersekutu dengan M. Nasir, bertindak sebagai pemimpin muzik konsert.
Aspek penting dalam persembahan seperti arahan, skrip pentas, bunyi, penatacahayaan, layar perak, prop, kostum dan lain-lain lagi akan ditangani oleh tim produksi profesional dan berpengalaman. Sebuah pentas telah di reka khas oleh Usop Kopratasa untuk kegunaan konsert ini.
Konsert Alam Muzik M.Nasir ini akan diterbitkan olah saudara Ali Bakar yang berpengalaman selama 30 tahun dalam penerbitan konsert–konsert mega artis antarabangsa dan tempatan. Beliau juga banyak terlibat dalam penerbitan konsert M. Nasir sebelum ini, seperti Konsert Gong Impian, 1992 di Dewan MCA, Jln. Ampang, KL., Konsert Canggung, 1994 di Stadium Negara, Konsert Andalusia pada tahun 2000 di Stadium Merdeka dan beberapa konsert dan acara-acara lain lagi.
Untuk makluman juga, setiap RM1 dari pembelian tiket Konsert Alam Muzik M.Nasir ini akan disalurkan terus ke tabung NSTP Charity Fund yang banyak membantu golongan kanak-kanak dan kurang berkemampuan di Negara ini bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Selain dari itu pihak NSTP Group yang bertindak selaku Akhbar Rasmi Konsert Alam Muzik M.Nsir ini juga akan mengadakan jualan cenderahati konsert berupa mouse pad dan mug yang ditandatangani oleh M.Nasir. Hasil jualan cenderahati ini akan disalurkan ke tabung NSTP Charity Fund.
Sesungguhnya konsert ini akan menjanjikan satu pengalaman yang unik dan menghiburkan buat anda semua.
Jangan ketinggalan. Datanglah beramai-ramai Dapatkan tiket Anda Sekarang
Pasti, satu lagi temasya gemilang akan terlakar.
Aturcara Konsert
08:15 mlm Pintu dibuka.
08:30 mlm Konsert Alam Muzik M. Nasir bermula.
10:30 mlm Konsert di jangka tamat.
11:00 mlm Sesi bertemu peminat, fotografi & autograf di lobi Istana Budaya.
more info :
4 comments:
gua adalah antara manusia2 yg memenuhi konsert sekitar M Nasir round Malaya dengan Canggung Mendonan nya, ketika itu gua cuma ber t-shirt Sepultura lalu ditegur seorang staff Luncai Emas...
"bang, abang salah beli tiket ni, malam ni M.Nasir, Sepultura minggu depan...!!"
gua tocang balik rambut beb, masa tu bawak awek, budak kilang coklat Apollo, nak cover bengang gua sound...
"wak luu...!!"
Bro. Aku pinjam idea letak link map Istana Budaya ya brader.
eddie
"wak luu.." hahaha bagus2.. Time canggung dulu mmg berkanji ooo
saudagar mimpi,
sila2
nampaknye aku tak pegi.
keja ler, sayang lak nak ambik leave balik kl just for the show.
nanti ko review eh...
Post a Comment