Monday, January 5, 2009

From "Sarang Tikus" to "Sarang Burung"


Semalam bangun tido awal, pukul 5 pagi dah bangun. Apa halnya aku bangun awal pagi ni. Ermm lepak2 jap mandi tunggu azan Subuh. Settle urusan pada-Nya tengok bilik aku ni rasa semacam rimas jer. Cam ada tak kena hehehe bersepah2, tonggang langgang cam tongkang pecah.


Lalu dengan rasa semangatnya aku gi pinjam vacum kat umah kak Long. Dan bermulalah operasi gerak gempur membersih & mengemas bilik yang sememangnya menyesakkan nafas & menyakitkan pandangan mata aku. Yuckkksss.

Misi berjaya nampaknya. Inilah hasilnya



Tempat aku berlatih kuak lentang, gaya bebas, kuak dada etc heheh.Tilam jer katil tak dak. Aku lagi suka tak pakai katil sebab aku tdo ganas siot. Guling sana, guling sini tau2 pagi kat penjuru tilam. Kalau ada katil kompom jatuh beb.



Ni PC telah berada di tempat yang betul. Sebelum ni aku letak atas lantai jer pc ni. Meja tu aku buat tempat letak kaset & cd2 aku haw haw haw. Lelama penat pulak guna pc atas lantai so transfer la kat tempat yang sepatutnya.



Rak ni aku ubah gak sikit kedudukannya. So nampak kemas sikit la letak majalah2, komik2 & LP2. Kalau dulu Lp2 tu aku letak sepah2 je tepi tingkap, tepi pintu, atas gobok, atas tingkap suma ada. Cam semak je nengok kumpul kat satu tempak aje la.



Cd & kaset section. Semua kumpul 1 tempat sebab senang nak cari. Kalau dulu letak sepah2 cam LP. Bila nak dengar kena cari kat ceruk2 sudut. Kadang tak jumpa.. ingat ilang, pastu beli lagi. Dah kemas2 cam ni jumpa balik huhuhu haru beb.



Ni tempat letak baju. Aiseyy kemas2 tau dah tak muat hehehe letak gobok pon dah penuh, so lipat jer la cam bundle. Memimbun2 sampai 2x ganda bekas asal. Ermm nak kene beli gobok baru le khas untuk tshirt blackie jer ler nampaknya.

Misi selesai pukul 1 tengahari. Sakit pinggang ler kemas2 ni. Penat!!! ni tak tau boleh tersusun sampai bila kang bulan depan dah bersepah balik uhuks. :p

9 comments:

hf said...

tengok CD kau pening aku..
kau susun macam mane ?
ikut genre atau abjad ?

deaf_angel said...

steady la, AMOLAD sebelah pc

eddie dewanaga said...

gua cukup cemburu koleksi2 itu...

bro, kaset2 lu yg lama2 tak kena kulat ke..?? yg putih2 tu kat pita dia.. camana lu bikin kasik bersih???

gua punya method, rewind 2-3 kali dan lap dgn tisu, buat kotor head aje!!

matakucing said...

ozzy,
cd tu susun ikut suka jer hahah jenuh nak mencari.

deaf,
sebelah pc tu cd2 yang aku pasang along minggu ni. Dah abis kang tukar lain pulak.

eddie,
sama la ngan method ko tu. Tp sofar suma kaset2 tu cun lagi bunyi dia.

hf said...

agak2 kat mane LP Samarkand lu letak eh ? <<< gaya geram..

haha

matakucing said...

hehehe ada situ terselit2

eiza in the house.. said...

wah2..jejaka mithali ker nie?..hehe

matakucing said...

uhuks..mithali?? keh keh keh

anakliar said...

bro mata-kucing, aku ada beberapa keping vinyl LP rok2 nak tolak, kalu minat boleh check kat sini http://anak-liar.blogspot.com