Tuesday, January 6, 2009
Kampung Boy : Yesterday & Today pt.1
Ok post kali ni kita cita pulak pasal komik Lat. Ermm karya Lat memang best & sempoi. Amat dekat dengan persekitaran. Kalau aku baca komik2 beliau seolah2 membawa aku melayang ke zaman lampau ( masa kecik2) sebab memang realistik.
Ini adalah siri Kampun Boy yang popular giler tu. Yang ini first print punya tahun 1993. Kampung Boy Yesterday & Today. Kalau nak tau komik tu first print atau ber print2 tengok kat copyright tu. Kalau seketul jer memang sah tu lah first print. Komik ni dah di re print sampai sembilan kali sejak 1993.
Kampung Boy Yesterday & Today Lat cerita tentang zaman kanak2 beliau & perbandingan dengan zaman kanak2 sekarang. Ermm best jom kita tengok gambor2 dia eh.
Lawo kan lukisan Lat ni. Rumah ni memang rumah asal beliau. Masa tayangan kat Majalah 3 tuari ada cite pasal Lat ni. Then dia ada tunjuk umah ni. Memang sebijik.
"Dahhhh....belummmm.." permainan paling best masa kecik2 main "sorok-sorok". Sekarang ada lagi tak eh budak2 main ni. Anak sedara aku pon dah tak main hehehe sibuk ngan PSP. Tapi dulu masa kecik2 kecoh siot. Ada sorok kat dalam kolam, dalam reban, atas loteng hehehe tak de law main ni..sorok jer mana2. Tapi yang malang le sapa yang kene carik.
Ni pon rare aku sempat rasa main lumba upih pinang nie. Dulu masa umah lama ada 3 batang pokok pinang. Tiap2 kali ada upih kering jatuh jer mula kakak ngan abang aku berebut nak main. Tapi paling aku tak boleh lupa masa aku terkena tunggul kat belah punggung. tarik punya tarik tau2 terlanggar tunggul. Isshh sakit siot.
Zaman ni aku tak rasa tapi bila abah aku tengok komik ni mula la abah bercerita. Memang best tu jam. Satu kampung kumpul tengok wayang. Biasa tayang kat umah tok ketua. Ramai orang abah aku kata. Sebulan 2 kali.
Macam2 permainan ada dulu kan. Kira kreatif eh orang dulu2 . Eksploitasi alam ketahap maksimum eh. Semua permainan buat sendiri.
Zaman dulu dorang pakai apa yang ada aje. Bekal makanan pon pakai daun upih. Dulu masa mak & abah aku kecik2 setiap sorang bawak 1 hidangan then masa rehat semua kumpul ramai kongsi bekal makanan. Zaman aku merasa gak bawak bekal gi sekolah isshh nostalgia betul.
Abah aku tergelak jer bila tengok gambar ni. Tu jam memang susah nak dengar radio. Dulu masa belajar sambil dengar radio tu memang best. Hehe nampak tak gambar budak yang tukar channel radio tu?.. pernah terjadi kat abah aku gak ada sorang budak tukar channel radio Bintang Radio. Apalagi kecoh la satu kelas.
Ais kepal dulu 5 sen kata abah. Masa tu cuma kat depan sekolah jer ada jual ais kepal ni. Bila abis sekolah jer semua serbu stall ais kepal. Paling best main baling2 hahaha seronok betul kata abah. Cam dalam gambar tuh. Tergelak jer abah sambil menampakkan rongga2 pintu gua (gigi rongak daa).
ok sampai sini jer..kang sambung lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
gua dulu sekolah rendah bawak bekal beb, anak askar, dok dlm kem, kebetulan mak gua tu ada buat parti tupperware, so.. slalunya nasik goreng masuk tupperware laa...
masa gua darjah 3 kat seberang takir, terengganu, ada lagi ais kepal ni, just like a snowball with a syrup on it, bila dah besar, campur dgn budak2 bartender, kitaorang panggil snowcone, tapi tak letak sirap merah lagi, tapi taruk liquor!
*dulu laa, sekarang dah baik.. hehehe...
ini memang RARE !!!!
kalau jumpa lagi yang lain..
beli & simpan...
budak2 sekarang ni semua dah berteknologi..kdg2 aku terpikir,teknologi ni memusnahkan keseronokan.kan best men sorok2,kejar2,men askar2..tp skang dah xde.aku terkenang gak masa aku kecik2..men perang2.bom guna belon isi air.sape basah dia kalah la..
skang aku tgk kazen2 aku yg kecik2 semua sibuk dgn PSP, Xbox, internet..hmm..xmeriah langsung kat kampung!
seronok zaman dulu2 paling seronok godak parit dgn kengkwn sekolah n abg sepupu aku yang entah aper2 tu ..huhu..salam ziarah:)
eddie
haha mak gua pon ada buat gak party tupperware dulu..dulu geng jahat eh hahaha.
ozzy,
yup mesti kumpol boss
sib baik ko bgtau hahaha
Si Jambi Darat,
memang budak sekarang tak meriah cam dulu.. suma alam maya jer.
eiza,
haha "ciblon" la best kat parit.. welcome to blog merapu
aku teringat tangkap anak ikan kat parit depan umah atok aku dulu2..hehe
barangan terpakai untuk dijual, sila klik http://the-good-old-things.blogspot.com
bro..visit http://anak-liar.blogspot.com
dia jual lp rock2 lama murah2..tp lp loudness tu aku dah booked.hehehe
Post a Comment