Thursday, August 28, 2008

Cuci Minda

Semalam aku terbaca majalah Lanun tahun tok kaduk lama2 punya, tiba2 aku terbaca serpihan artikel ni..ermm menarik gak. Cuba2 lah renungkan eh.

Perkara2 Ringan yg menyekat rezeki; terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara dibawah. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah dinyatakan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang itu :

01. Tidak sembahyang atau solat.
02. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
04. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
05. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
06. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
07. Suka bersandar pada pintu rumah.
08. Suka duduk di atas tangga.
09. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Tidak membersihkan rumah.
11. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
12. Suka tidur di atas muka.
13. Membakar kulit bawang.
14. Menjahit baju yang sedang dipakai.
15. Mengelap muka dengan baju.
16. Berdiri sambil bercekak pinggang.
17. Tidur tidak memakai baju.
18. Makan sebelum mandi hadas.
19. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
20. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
21. Lambat pulang dari masjid.
22. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
23. Suka memadam pelita dengan nafas.
24. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
25. Memakai seluar sambil berdiri.
26. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
27. Berjalan di antara kambing.
28. Suka mempermainkan janggut.
29. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
30. Suka menggigit kuku dengan mulut.
31. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
32. Menguap ketika solat.


Tulah dia bila difikir2kan kadang2 benda ringan ni sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan kita seharian yang sentiasa lalai & sibuk dengan hal duniakan.. ermm terkena batang hidung aku sendiri la.

Nanti senang aku nak cari gak buku terjemahan kitab tu nak tau lebih terperinci lagi tentang sebab2 di atas persoalan kenapa & mengapa dikatakan begitu.

Tuesday, August 26, 2008

Boxset Nirvana CD Singles

Pagi Ahad lepas aku tak keluar mana2 ermm ye lah sebab malam kang nak keluar tengok show Buterfingers so belah siang aku ambil keputusan lepak2 kat umah jer. Kemas2 bilik aku yang bersepah sambil2 kemas cd2 aku yang bertaburan disana sini.

Kemas punya kemas jumpa balik boxset yang aku sendiri lupa yang aku ada memiliki boxset Nirvana Singles (cd version). Heheh aku pon pelik seketika cam bingung pun ada sebab memang aku tak ingat langsung pasal boxset ni. Ironikan sampai aku lupa pasal barang rare ni huhuhu.

Ini adalah koleksi lengkap official singles Nirvana yang masih menjadi rebutan peminat2 Nirvana sehingga ke hari ini. Dalam boxset ni ada 6 keping cd; 3 cd single dari album "Nevermind" yang released pada tahun 1991 & 3 cd single dari album "In Utero" yang released pada tahun 1993.

Boxset ni aku beli kat pasar karat. Memang tak sangka jumpa boxset ni disebalik timbunan & longgokan used cd yang dijual. Dah rezeki aku kot sebab dulu memang ada jual kat kedai tapi tak mampu nak beli. Just tengok jer la kat rak kaca kedai cd tu huhu meleleh jer nengok. Time tu memang very the very the limited la.


Yang ni made in Germany tapi tak sure pulak aku kalau US punya cam ner. Maybe ada lain sikit dari segi artwork. Ermm tak kisah la janji aku dah dapat salah satu collector items ni.

Ok senang nanti aku review seketul2 cd single ni.

Monday, August 25, 2008

K E M B A L I T-shirt

Semalam pergi showcase Butterfingers ada duit lebih aku grab la official merch sempena album KEMBALI. Memula tak mau beli tapi bila pikir2 t-shirt ni akan jadi vintage 10 tahun akan datang aku beli gak huhuhu.

Masih dalam plastik "seal" tak bukak lagi hehehe ingat tak mau bukak nak buat pekasam tapi tak boleh tahan la gatai tangan lorr.

Aku bukak gak hehe sempoi eh minimal cam cover album. Tshirt ni dikeluarkan oleh label independent WRNV Design.

Belah belakang pulak tulis bait2 lirik semua lagu dalam album kembali. Sikit2 dia letak situ ermm sempoi ah tapi kaler mengancam cik Kiah oi.Ni kira lengkap eh CD ada, showcase dah pegi & t-shirt pon ada hahaha.

Ok_padu.

Review K E M B A L I Showcase

Semalam telah selamat aku melayan showcase yang paling aku nanti2 kan setelah hampir 2 minggu menghitung hari memangkah kalender kuda kat bilik aku. Hahaha cam orang pompuan kira period day huhuhu. Eh apada aku melalut nie.

Ok ni review aku pasal showcase Butterfingers di Planet Hollywood semalam. Walau pon semalam hujan berpanjangan tapi crowd tetap ramai yang hadir. Penuh juga lah moshpit tapi tak le terlalu sesak, masih ada ruang untuk menyelit2. Memang rata2 yang hadir adalah kipas susah mati Butterfingers. PADU!!

Sebelum show start aku pergilah ronda2 kat booth jual t-shirt & cd kat bawah. Eh ada official t-shirt arr..bak kata Bentara tanpa membuang masa tapi membuang duit aku cekau gak t-shirt KEMBALI tu.

Ok show start pukul 10.30 pm tanpa membuang masa Butterfingers mula memanaskan suasana dengan lagu "Joget Global". Bagaikan sudah diprogramkan otak crowd malam tadi masuk jer distortion, moshpit mula menggila..berjoget2 , moshpit jadi tak keruan tapi masih terkawal. Tersenyum jer Butterfingers melihat crowd yang hyper.
Kemudian "Bebas" dipersembahkan dengan penuh bersahaja oleh mereka. Errmm kasi slowdown sikit hahaha sebab aku dengar ada crowd yang asyik meng"adoi"2 jer haha ada yang berlaga kepala kot tadi . Singalong je sume time lagu ni meremang bulu tengkuk aku huhuhu.

Intro yang bersambung dengan ending "Bebas" crowd mula menggila balik. Penangan lagu "Maharani" yang catchy vibenya disambut riang oleh crowd hehehe moshpit bergegar lagi kecoh arr crowd semalam. Kini giliran Emmet membelasah violinnya yang lama terbaring didepannya. Fuhh best tengok Emmet gesek violin dia hahaha. Singalong lagi .."maharaniiiiii".

Selepas membelasah violinnya tadi, kini giliran Emmet membelasah pulak Gibson Les Paulnya. Lagu "Terus Terang" dialunkan mereka. Aku suka versi live semalam sebab lebih kejam & raw dari versi album. Permainan efek2 pelik LoQue memang memukau. Pelik aku tengok gadjet2 dia tu (aku berdiri depan dia) hehehe.

Ketukan drum dari Loko menandakan "Air Liur Di Kuala Lumpur" mengambil giliran untuk dipersembahkan. Memang tak berenti Loko ni..ishh macam drum-machine la. Giler laju tapi ekspresi muka yang selambar aje. Time ni Kadax dengan menunjukkan skill permainan bass beliau. Memang meletup permainan beliau disamping bass Fender Jaguar baru beliau.

Tanpa membuang masa "Lengkap Semula" diperdendangkan. Agak mellow..kasi slowdown lagi hehehe tapi bila sampai part korus crowd pon mula menggila balik. Cukup2 ambient lagu nie. Terapung2 aku melayan solo & bunyian pelik gitar Loque.

"Mana Pak Kassim?" tanya crowd. "Pak Kassim busy la" jawab Loque dengan bersahaja disambut dengan gelak tawa crowd yang sporting. Sejurus Emmet menukar gitar kapok kepada "Ukelele" (betul ke aku eja ni, ala gitar kecik yang 4 tali jer tu) lagu keroncong "Merdeka" dialunkan. Perghh memang santai jer hahaha part solo Emmet membelasah lagi violin kesayangannya & Loque mempamerkan kemahiran beliau bermain keyboard.

Abis lagu break jap 15minit.

setlist yang aku cilok semalam

Selepas break mereka mengegar lagi, kini dengan lagu single pertama 1000 tahun (mahu hidup). memang panjang intro dia & lagu ni meleret hingga 15 minit huhu memang padu. Selepas tu "Gelombang Cinta" menyusul melayang jer crowd time lagu nie heheh khusyuk sangat.

Set kedua lagu2 dari album "Selamat Tinggal Dunia" diperdengarkan. Sebelum "Kabus ribut" dimainkan gitar Loque menghadapi masalah & untuk mengisi kekosongan Emmet dengan bersahaja mendendangkan "Girl Friday" (lagu dari album ke-2 Butter Worth Pushful) sambil disambut dengan teriakan crowd hahaha.

"Kabus Ribut, Tentang-tentang & Merpati Sejoli" dimainkan dengan tanpa membuang masa. Dan yang paling sarkastiknya lagu "Merpati Sejoli" ditujukan khas buat rancangan TV3 "Melodi" sebab pada siangnya "Melodi" menghentam mereka dalam satu segmen rancangan tersebut. Paling best part lirik "wartawan hiburan, pondan homoseksual" dinyanyikan sekuatnya oleh crowd yang hadir.

"Mendaki Menara Condong" dipersembahkan dengan penuh stylo sekali sebelum encore. "Cuai & Mati Hidup Kembali" dimainkan sebelum persembahan berakhir. Ternyata crowd masih mahukan lagi. "We want more!" ntah berapa ratus kali dilaungkan, akhirnya Butterfingers akur dengan permintaan crowd & mereka mempersembahkan 2 lagi lagu bonus sebagai penutup (encore ke-2 siot). "Selamat Tinggal Dunia & Ngilu" mengakhiri persembahan showcase Butterfingers semalam.

Apa yang dapat aku rumuskan persembahan yang energetik, all outwalaupon sound system agak chaos skikit disamping crowd yang benar2 supportive & sporting menjadikan showcase terbaik aku hadiri tahun ini. PADU!!.

Friday, August 22, 2008

Koleksi : T-shirt Band Jul-Aug

Ok tak nak citer banyak hehehe layan gambor aje eh. Kat bawah ni koleksi terbaru t-shirt band yang aku dapat semasa menghabiskan masa merayau2 di bundle2 sekitar Klang, Shah Alam , Petaling Jaya, & Nilai. Haha sambil2 balik keje tu sambil2 survey2 tshirt eh.

Ni t-shirt Suicidal Tendencies (S.T / Suicidal) band heavy metal / hardcore punk US. Tak kenal?? old-timer dorang ni. Kalau tak silap t-shirt ni masa era 1991 masa tu dorang buat tour ngan Metallica. Band lama Robert Trujillo (1989-1996), dulu dia guna nama Stymee. Album paling top album "Light..Camera..Revolution!" 1990.

Ni pulak NOFX band punk rock dari LA, California. T-shirt atas tu logo masa dorang memperjuangkan berfahaman "Anarko" (Anarchy), tengok kat huruf "O" tu. NOFX pernah datang Malaysia Feb 2008 lepas tapi aku tak pergi lah pulak..Ermm melepas huhuhu. Lagu2 dorang pon best2 album paling top "Punk in Dublin" 1994. Aku kenal ngan muzik dorang masa beli album kompilasi "Punk-O-Rama vol.1"

Silverchair pulak 3 piece band Alternatif Rock dari Ostolia, sama macam ACDC. T-shirst ni official merch tour Australia 1995 sempena kelahiran 1st debut album "Frogstomp" yang proses menyiapkan album ni hanya memakan masa selama 9 hari. Pastu "boom" meletup album ni. Pada masa tu dorang baru berumur 15 tahun.Kecik2 dah top around the world eh.

Sape tak kenal Dream Theater kan, band progressive metal yang terkenal di dunia. T-shirt ni dikeluarkan sempena European Tour 1995 album "Awake". Berbaloi dapat t-shirt tour cam ni eh, aku suka sebab ianya takkan ada re-print balik. Kira vintage & rare la gitu.

T-shirt The Offspring ni official merch sempena kelahiran album "Smash" yang meletup pada tahun 1994 dibawah label Sony music selepas berhijrah dari label indiependent, Epitaph. T-shirt ni long sleeve eh & jarang aku jumpa kat bundle2 t-shirt long sleeve cam ni.

Jane's Addiction merupakan band yang berorientasikan punk, heavy metal, goth rock & pyschedelic rock yang ditubuhkan pada 1985. Unik gak muzik dorang ni pada aku. Tshirt ni memang jarang aku nampak orang miliki. Mungkin tak sepopular band2 lain tapi pada aku dorang tetap tersendiri. Flea Red Hot Chili Peppers pon pernah joined dorang. Cuba2 lah cari album dorang.

Detroit Rock City sape tak kenal lagu tu eh. Antara lagu KISS yang evergreen & paling best. T-shirt sempena world tour 1996-97 dikeluarkan dibawah label KISS ARMY. Belakang dia ada tulis motto KISS - I wanted the best, I got the Best. Aku dapat macam baru lagi baju ni. Saiz XL tapi aku dah kecikkan.
Tu jelah buat masa ni, tak seberapa rare pon t-hirt2 tu hehehe tapi dah minat nak wat cam ner hahaha. Ok see ya

Thursday, August 21, 2008

Review CD : Dewangga Sakti-Mabok Kepayang

Selain muzik berorientasikan rock aku juga minat muzik2 etnik khususnya muzik tradisional melayu. Pada aku muzik tradisional melayu sememangnya dekat dengan jiwa aku. Sebabnya ianya mempunyai "sesuatu" macam semangat, jatidiri, nilai bangsa & asal akar budaya yang sememangnya unik & tersendiri.

"Hahaha apa "class" dengar lagu tradisional..layu la weii!" tu lah sindirin yang aku terima dikalangan mereka2 yang bermegah sangat dengan muzik2 barat tu. Tapi tak pe itu pendapat dorang. Aku tak kisah pon lantaklah, minat masing2kan.

Opss melalut lak aku ni hahaha. Ok cd ni agak lama aku miliki cuma sekarang jer aku nak buat review sikit. Aku mengetahui album ni melalui blog krenmaut yang pernah membuat review & temuramah dengan Dewangga Sakti. Dari review di krenmaut.blogspot.com itu telah menarik minat aku untuk mencari & merasai sendiri kemanisan intipati album Dewangga Sakti-Mabok Kepayang.

cover depan yang sungguh menarik perhatian

Dewangga Sakti dianggotai oleh Mohsen Amdan (penyanyi), Zulkifli Ramli (gambus-oud), Norman Soo (violin), Azman (gitar akustik), Syamsulfaiz (gitar bass) & Abdul Raof (rebana/darbuka). Pada asasnya muzik meraka lebih menekankan cabang2 muzik tradisonal melayu & yang uniknya penekanan terhadap instrumen alat muzik gambus.


Mabok kepayang mengandungi 5 lagu yang dicipta oleh mereka sendiri.

01) Prelude - Inro petikan gambus pada trek ini disambung pula dengan alunan violin yang gemersik iramanya sungguh syahdu & memikat kalbu hahaha serious beb. Gabungan petikan gambus sebagai asas lagu & gesekan violin bagaikan tukang cerita seolah2 mengalu2kan aku untuk merasai "kemanisan" & keunikan muzik bawaan mereka. Oh indah betul.

02) Selembar Kaseh - Sedari leka melayan trek pertama tadi terus mengheret aku ke trek ke-2 yang kuat pengaruh muzik Inangnya. Ermm teringat lagu "Inang Pulau Kencana" nyanyian M.Nasir dari album "Saudagar Mimpi". Sungguh damai mendengarnya.. melayang2 aku dibuatnya hahaha. Vokal yang serasi dengan genre muzik & lenggok melodi yang dialunkan dengan penuh bersahaja tapi memikat. Lirik yang puitis bertemakan kasih ibu yang tiada bandingannya. Paluan gendang mendamaikan lagi lagu ni..ermm best.

03) Belayar Ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia) - Dimulakan dengan efek bunyian desiran ombak laut, petikan bass yang menjadi asas/tulang lagu, solo gambus & gendang yang mewarnakan lagu serta gesekan violin sebagai vokal utama memang padu. Jika merujuk melodi pada lagu ini teringat aku ngan seniman filem melayu Nordin Ahmad dalam filem "Jalak Lenteng" hahaha.

Yang bestnya pada pertengahan lagu violin & instrumen lain seolah2 berperang..lawan2 solo gitu agak dramatik siot..dengan efek petir, ribut ombak yang mengganas..pergghh klimaks betul lagu ni..ditambah pula gabungan vokal harmoni memang mengasyikkan.Thumbs up.

04) Kembali Menchari - Ni lagu Abiet G. Ade ker hehehe..jangan marah eh sebab suara vokalis nya persis Abiet G. Ade. Lagu yang kuat pengaruh salah satu muzik nusantara iaitu keroncong. Bassline dia memang memikat..ermm keroncong sememangnya begitu (pada pengetahuan aku la) menghenjut2 bassline dia.Petikan gitar akustik yang menonjolkan lagi sound keroncong. Solo violin memang secukup rasa. Tapi macam ada ruang2 kosong sikit la. Kalau dimasukkan sekali bunyi angklung lagi padat & cukup rasa lagu ni.

05) Tertinggal Kapal Angkasa - Lagu yang paling heavy dalam EP ni hahaha betul groovy ar.. sapa kata lagu tradisional layu..korang silap,cuba dengar trek terakhir ni. Bassline yang groove, meletup2. Perkusi pon tak ketinggalan lunak betul bunyi perkusi. Beralun2 lagu ni,ditambah bunyian akordian mewarnakan & mencantikkan lagi lagu ni. Part last tu yang tak boleh tahan hahaha. 2 thumbs up.

Fuhh memang best EP ni. Tak sangka sekumpulan anak muda mampu membawakan lagu tradional melayu dengan baik sekali. Dari segi penulisan lagu, penyusunan melodi, nukilan lirik yang menyenangkan & penggunaan alat2 muzik yang asas menjadikan Dewangga Sakti merupakan sebuah kumpulan yang perlu diambil perhatian.

Harap2 mereka akan mengeluarkan full album. Kalau berkolaborasi ngan M.Nasir & Ramli Sarip aku rasa pon best gak hehehe. Ermm oklah jumpa lain kali.

Tuesday, August 19, 2008

Review CD : Butterfingers-Kembali

Ini merupakan rilisan terbaru dari Butterfingers yang merupakan album studio ke-6 mereka, "Kembali" selepas rilisan album studio terakhir "Selamat Tinggal Dunia" (STD) pada tahun 2005 lalu. Ternyata rilisan terbaru ini memberi impak yang besar kepada peminat2 Butterfingers ( aku sebut Butter aje eh..) mahupon peminat muzik tanah air amnya & khususnya pada scene Independent. Album yang sering diperkatakan sejak sekian lama ini telah menempelak golongan2 yang memperlekehkan bakat seni anak2 tempatan yang kononya kita ketandusan karya2 yang bermutu, berkualiti & berdaya saing. Argghh tu statement penggiat seni arus mainstream yang buta mata & pekak telinga.. pedulilah.

cover depan; minimal abis heh

Ok "Kembali" merupakan album Butterfingers yang paling mudah & paling susah untuk pendengar2 mereka. Cam ner tu??.. Berbeza dengan STD yang lebih "dark, pedas, sinis & kotor" sifatnya ternyata Butter telah berevolusi terhadap muzik bawaan mereka yang selama ini memang kuat aroma rock barat dari segi muzikal mahupon lirik2nya.

Sebab apa aku kata album mereka paling mudah kerana mereka kini lebih matang, lebih terus & lebih nasional sifat muzikalnya dengan hanya menggunakan lirik2 yang senang & mudah difahami tanpa berselindung atau bersifat metafora berbanding album2 terdahulu. Dan album yang paling susah untuk ditelan pada penerimaan peminat tegar sedari zaman2 awal mereka dahulu yang lebih pekat "grunge"nya.

Dianggotai oleh Emmet (penyanyi, violin), LoQue (gitaris,penulis lagu/lirik, piano, sampler), Kadax (bassist, backup vocal) & Loko (drummer, backup vocal). Berikut adalah ulasan aku tentang lagu2 yang terkandung dalam album ini.

01) Joget Global - Dimulai dengan syair & diiringi nyayian acapella oleh ahli band yang lain seolah kata2 aluan dari mereka untuk mengajak kita mendengar & merasa karya terbaru mereka. Errmm masuk jer distortion terus meletup2 berjoget lambak siot hahaha menari2 gitu. Wow memang menarik lagu ni garapan muzik & sound yang mengingatkan pada zaman2 50-an. Ada pesanan / kritikan yanag berlapik pada liriknya, mungkin ditujukan pada mereka2 yang mengagungkan "garuda"? hehe itulah Butter.

02) Bebas - Intro yang santai disamping lirik yang nostalgik "Enjit2 semut sapa sakit naik atas.." salah sebuah gurindam lama yang tak lapuk dek zaman. Memang chill out la ini lagu susunan muzik yang simple & mudah dimainkan dengan hanya menggunakan gitar akustik. "Kita semua perlu Bebas" ada mesej tu hehehe.

03) Maharani - lagu yang menjadi single ke-2 dalam album ni. Dengan tambahan gesekan violin oleh Emmet menjadikan lagu ni lebih berwarna & ceria. Tak perlu ambil masa yang lama untuk menyukai lagu ni. Mood yang ceria. Sesuai ditujukan pada maharani korang hahaha. Silap2 boleh jadi lagu tema huhuhu. Paling best diakhiri bunyi2an efek yang menarik.

dapat sticker free

04) Terus-terang - Merupakan lagu dari kekasih untuk kekasih? hahaha agak2nya LoQue sedang dilamun cinta kot hahaha. Gesekan violin oleh Emmet pada permulaan lagu memang mengasyikkan sekali. Ermm lirik yang memang berterus-terang pon.. teringat gaya penulisan R.Azmi, direct jer liriknya. Sambil2 diselitkan bait2 pantun2 lama "1,2,3 4 sapa cepat dia dapat.." memang seperti menjengah ke era 50-an la. Paling best part solo tu memang ambient betul melayang2 dibuatnya.

05) Air Liur Di Kuala Lumpur - Stylo lagu ni. Catchy siot..part solo yang mengenang kembali era2 awal mereka ( era Butterwoth Pushful ). Dengan penggunaan efek pada suara Emmet menjadikan ia lebih menarik disamping gubahan muzik ala2 swing pada korus yang mengembalikan kenangan pada zaman P.Ramlee.

06) Lengkap Semula - Intro akustik yang agak kuat unsur folknya seperti era "Malayneum". Bila masuk 2nd verse jer terus cam ada aura yang menangkap membawa hanyut melayang2 sepanjang lagu. Vocal LoQue pada korus (biasanya LoQue akan menyanyi pada korus) penuh perasaan heheh aku boleh rasa. Dah sah dia sedang dilamun cinta la masa rakam album nie. Ada juga diselitkan bunyi2an efek yang mencantikkan lagi lagu ini. Ternyata LoQue bereksperimentasi dengan bunyi2an pelik hehehe.

07) Merdeka - Oh aku macam tak percaya bila dengar intro lagu ni. Ini merupakan sebuah lagu keroncong!! Haha tak percaya Butter main lagu keroncong?? Aku terkagum seketika & tersenyum kemudianya. Memang bergeliga kepala otak mereka ni. Walaupon ini bukan lagu keroncong asli tapi aku rasa cubaan merka yang cukup baik & berani. Dengan menampilkan Pak Kassim Masdor diposisi grand piano mencantikkan & melengkapkan lagi lagu ni. Gabungan orang lama & orang baru inilah hasilnya. Tak sangka giler. Bassline Kadax meletup main lagu keroncong hahaha.

08) 1000 Tahun (mahu hidup) - Single pertama yang telah dirilis pada April lalu mendapat sambutan hangat & hanya dikeluarkan 1000 copy sahaja. Tapi versi album ni agak berbeza sedikit dari versi single dimana mixing telah dipertingkatkan menjadikan lagu yang betul2 bermutu. Melodi yang catchy serta efek gitar yang berbunyi seakan2 "Sape" (alat muzik traditional Sarawak) menjadikan lagu yang unik.

09) Gelombang Cinta - Intro Arkodian memang menarik tapi tak sure pulak sape yang main. Syahdu jer dengar. Lagu ni agak mellow mood dia tapi tak lah leleh. Bassline kadax memang terbaik tapi pada lagu ni lagi terbaik aku rasa. Loko? memang mencabar permainan dia kali ni. Banyak patern stroke yang menarik & tak disangka itu adalah Loko.

10) Mendaki Menara Condong - Sangat2 stylo lagu ni hahaha memang pelik sikit. Kredit to Loko sebab inilah patern drum stroke paling dahsyat & teknikal dari beliau. Agak berbeza flow lagu ni pelik memang pelik tapi sedap. Eksperimantasi yang menarik & keluar dari muzik biasa yang biasa.

11) Mati Hidup Kembali - Ni Butter ker Beattles?? haha hanya menggunakan piano lagu yang paling romantik aku rasa hahaha teringat lagu Let It Be-The Beattles. Hahaha anyway tak terjangka dorang kan buat lagu cam ni. Berlian sungguh idea meraka. Part Korus ada pengaruh P.Ramlee. Bestt.

Secara keseluruhanya sebuah karya yang benar2 tak terjangkau inilah muzik terbaru Butter. Dengan pengaruh kuat muzik era50-an digaulkan dengan muzik rock/grunge yang menjadi asas mereka menjadikan 1 muzik yang benar2 fresh, berkualiti & jauh kedepan. Apa yang aku perasan mereka kini lebih menyanjungi karya2 melayu klasik.

Jelas jika lihat dari segi penggunaan senikata lirik, suku kata, penghasilan melodi, sebutan & mood lagu yang persis era R.Azmi & P.Ramlee. Memang kuat pengaruh 2 ikon muzik melayu tersebut. Disamping itu eksperimantasi dengan bunyi2an pelik / efek menjadikan salah satu trademark Butter yang terkini.

Sebuah album yang briliant.

Monday, August 18, 2008

Shopping Hujung Minggu

Semalam pepagi lagi aku dah keluar, tak sempat nak nengok kartun. Hehehe rugi pulak tak layan kartun pepagi Ahad ni. Rasa macam tak lengkap pulak hidup ni. Takpe next week ada lagi, semalam aku turun bandaraya KL abiskan masa berjalan2 mencari sedikit barang keperluan & sambil2 mencuci mata huhuhu.

Memula aku gi flea market jap. On the way ke KL naik train singgah jap kat flea market Amcorp Mall. Pusing2 jap tengok2 taktau pulak apa nak beli..takde yang menarik perhatian aku pulak semalam. Gi kedai cd apek tu jumpa pulak album nie :

Album solo Julian Mokhtar. Julian Mokhtar?? sape dekni..ala mamat ni gitaris the legendary blues band la..Bules Gang. Ermm tak sangka jumpa pulak album dia ni..grab aje la buat koleksi sebab aku pernah dengar lagu joget kat dalam album ni dulu...mengancam lagu joget tu.

Lepas tu aku gi pulak kedai cd uncle sorang lagi. Ingat nak grab cd ELP (Emerson, Lake & Palmer) tapi tak de pulak dia tak bawak. Alamak time aku nak beli pulak takde ciss. Belek punya belek jumpa pulak cd single ni :

Ni ialah cd single Santana-Smooth yang famous giler dulu tu yang dipetik dari album Supernatural. Hehe layan giler ar lagu ni..pada aku the most greatest song ever ler. Memang meletup lagu ni haha.

Lagi satu cd single RHCP-Otherside single ke-3 (kot) dari album Californication. Tahun 2000 kalau tak silap album Californication tu released. Best gak album tu.

Lepas tu aku teruskan perjalanan ker bandaraya KL. Sebenarnya tujuan aku nak gi Planet Hollywood nak grab tiket showcase Butterfingers 24 Ogos ni. Sebab aku malsa nak bersesak2 besok hehe takterkejar2 kalau terlambat.

Selesai tiket showcase aku terus menuju ker Campbel Complex. Pusing2 situ tengok bundle jap pastu gi kedai cd Auntie. Haha macam biasa aku masuk jer auntie tu dengan ramahnya mempromosikan aku cd2 terbaru hahaha. Memang best auntie nie kira sume muzik dia tau..aku pon kalah kalau bukak citer pasal Metal ngan dia.Haha salute sama lu auntie.
Kat sini aku grab album Butterfingers_Kembali. Hehe tiket dah beli sekarang beli album pulak. Kena layan dulu lagu2 album ni baru syok mau turun tengok showcase besok tak la aku melopong bila dorang main lagu baru haha.
Selain tu aku terjumpa pulak cd ni..heheh the legendary R.Azmi.

Yearghh R.Azmi gembira betul aku jumpa cd ni. Walaupon ianya hanya kompilasi tapi aku tetap gembira sebab LP2 nya susah nak dapat. Kalau dapat pun LP tu aku cuma tengok cover jer hahaha. Best giler ah lagu2 R.Azmi ni hahaha. Pure betul lirik dia, tengah layan ni.
Ok lah nanti senang aku review suma cd2 yang aku borong semalam ok. Jumpa_lagi.

Thursday, August 14, 2008

K E M B A L I Showcase

(pix : butterfingerstheband.blogspot.com)

Bersempena kemunculan album terbaru Butterfingers (aku sebut Butter eh..) K E M B A L I, Planet Hollywood telah menjemput Butter untuk membuat persembahan secara eksklusif pada 24 Ogos 2008 ni. Ianya untuk mengisi slot "Sunday Nite Live" yang mana akan berlangsungnya showcase & pelancaran album terbaru mereka.

Ermm lama tak tengok show solo Butter. Sebelum ni tengok kat gig2 aje tu pon 3,4 lagu jer lineup pon ada rongak2..hehe tak complete la sebab LoQue ( guitarist ) futher study kat US. So show ini akan dibarisi oleh full line up Butter.

Khabarnya akan ada banyak kejutan show ni. Apa dia?? ermm aku mesti pergi gak show ni, bukan selalu dapat tengok show eksklusif Butter cenggini. Tiket berharga RM35 sudah mula dijual di kaunter Planet Hollywood. Alamak kena beli cepat la macam ni sebab biasanya show Butter sold out...:-(

Ok jumpa di sana!

Wednesday, August 13, 2008

Sifu beraksi lagi..

(pix:www.istanabudaya.gov.my)
Sebelum ni ada aku terbaca kat sokkabar yang mana Sifu M.Nasir nak buat konsert solo kat Istana Budaya (IB) tapi cam tak confirm jer. Boring2 aku selak2 la website IB ermm memang benarlah M.Nasir nak buat konsert solo pada Oktober akan datang ni.
3 malam berturut2 start dari 24 Okt-26 Okt. Nama konsert tu "Konsert Alam Muzik M.Nasir". Oho best2 ni aku rasa nak tengok la konsert solo sifu ni. Memang sebelum ni aku tak pernah pon tengok konsert dia secara live. Memang lama benar sifu tak buat konsert solo eh selepas Konsert Akar tahun 90-an dulu, pastu yang last Konsert Andalusia tahun 2000 kot.
So bolehlah kumpul duit belanja skit2 hehe lepas raya lak tu. harap2 tak cancel sebab takut gak kene macam Man Keedal, last minit konsert solo dia kat IB cancel. Ermm haru beb.

Tuesday, August 12, 2008

Aku Makin Bulat?

Sejak akhir2 ni aku telah mendapat banyak reaksi dari geng2 & kengkawan tentang diri aku. Ermm entahlah fakta yang selalu aku dapat, aku semakin bulat (tembam). Huhuhu aku makin tembam eh..agaknya la kot aku pon tak perasan kah kah kah.

Mak, Abah, kakak, abang, anak2 sedara sume cakap aku dah makin berisi. "Comel la pakcik sekarang" kata anak sedara aku. Yang aku perasan mungkin sebab aku dah potong rambut pendek kot. Pendek mengikut garis panduan buku disiplin sekolah menengah aku dulu.

Yelah sebelum ni rambut aku panjang, so tak nampak sangat la "kebulatan" tu. Tapi bila je potong rambut pendek, smart ( jadi mat smart pulak la ekeke ) ni muka pon lain la kan. Kadang aku tengok cermin pon cam tak caya tu muka aku sendiri huhuhu haru siot.

Ntah nape aku tergerak hati pulak nak potong rambut pendek. Bukan ada niat / hajat apa2 ataupon sebab wanita itu hehehe tapi dengan rela sebab dah boring kot, lagipon sejak akhir2 ni rasa berat je kepala aku ni hahaha.

Tapi ok gak eh rambut pendek ni. Kalau mandi rambut senang nak kering, kepala pon ringan jer hahaha kacak siot huhuhu (apebenda la aku ni... syok sendiri pulak...ntah apa la tujuan post ni hahaha).

Jumpa_Lagi di_lain kali.

Monday, August 11, 2008

Personal Effective Training

Semalam aku ngan office mate aku 4 orang telah diterbangkan ke Tanjung Bungah, Penang untuk menghadiri sesi seminar yang dikelolakan oleh kompeni tempat aku bekerja. Memula dapat announcement dulu, arggghh boringnya seminar cam nie..aku dapat bayangkan cam ner keadaannya..huh ngantuk2.

Tapi aku gagahkan juga sebab mungkin kali ni lain skit kot..boleh jadikan aku menjadi seorang yang lebih bermotivasi & dapat ilmu lebih. Arrghhh pergi je lah lagipon FOC la, tiket flight, makan minum & tambang teksi semua kompeni support.

Aku depart dari LCCT Klia pukul 0655 hrs & sampai Penang Airport pukul 0745 hrs. Sampai2 jer rushing nak cari teksi sebab program start pukul 0900 hrs. Fuh nasib jalan clear.. yer la Ahad pulak tu. Sepanjang perjalanan ke Tanjung Bungah ( Paradise Sand Resort ) tempat program diadakan mata aku terkebil2 melihat keunikan seni bina bangunan2 di sekitar jalan raya. Terasa macam aku hidup di zaman pemerintahan British sebab hampir keseluruhan kesan senibina British masih lagi kukuh berdiri. Cantik, terpesona aku.

Sampai tempat seminar terus daftar & program pon bermula. Aku pon terkebil2 lagi sebab perut tak isi lagi. Adoi lapor pulak mana nak cari makanan ni. First session aku blur sebab fikirkan perut aku yang semakin kuat mengalunkan irama metal. Jam 1030hrs break kejap heheh & akulah orang pertama yang menyerbu dewan makan. Alhamdulillah dapatlah cekik bee-hoon goreng penang stail ngan air nescafe. Perghh memang lazat.

2nd session aku dah mula konsentrasi, cara persembahan penyampai program amat menarik. Tak jemu & yang best tak mengantuk hahaha. Kira dia tak straight sangat la ada gak melayang2 ke bulan cerita dia tapi still dalam kontek subjek la. Lagi satu dia tak banyak bergantung ada teks. Lebih kepada pengalaman & realiti. Setiap lesson ada aktiviti berkumpulan. Time ni yang aku paling suka..tak ngantuk hahaha.

1330 hrs break untuk lunch hour. Time ni makan kat tepi pantai hahah best sangat dapat tengok laut, rasa tiupan angin laut, sambil makan cuci mulut & cuci mata hahahaha. Lepas selesai lunch gi solat. Pastu borak2 ngan peserta2 yang lain.

1430 hrs sambung lagi hahaha biasalah mana2 seminar pon kalau lepas lunch break mesti mata macam ada gam la eh. Comfirm punya banyak gak yang aku nengok kontrol macho/cun tahan mulut dari menguap. Macam2 cara ada aku tengok. Tapi tu tak lama aktiviti berkumpulan manyelamatkan aku dari hanyut di buai mimpi.

1545 hrs break kejap untuk tea time. Mata yang mengantuk tiba2 segar bugar ekeke. Petang simple jer mee goreng mamak ngan nugget ikan & air nescafe. 15 minit sambung lagi untuk last session. Kali ni banyak akitivi berkumpulan aje errrm teringat aku masa zaman sekolah dulu. Dan Last sekali ada test. Test ni best pasal dia memberi peluang kepada aku menilai diri sendiri. Ermm result dia mmg terkena batang hidung sendiri hahaha. Tapi aku terima tu semua.

1730 hrs program abis & cam biasa akitiviti penyampaian sijil & bergambar. Alamak Flight balik KL pukul 2245 hrs, tapi tak pe aku ngan kawan2 aku ambil kesempatan gi ronda2 sekitar Penang. Tapi tak pergi banyak tempat sebab budget teksi ciput daa.

Anyway aku memang enjoy pergi seminar ni, tak rugi & tak sia2 sebab banyak ilmu aku dapat selain menyedarkan & menjadikan aku seorang yang cergas, bermotivasi, berani, berkeyakinan & aktif. Yearggh aku harap semangat ini berterusan sampai bila2.

Ok jumpa_Lagi.

Saturday, August 9, 2008

K E M B A L I



Akhirnya setelah sekian lama terbitlah album terbaru Butterfingers_K E M B A L I pada 010808 yang lepas. Aku pon dah teruja sangat dah nak dengar karya terbaru Butterfingers.

Setelah mendengar beberapa single di corong radio serta komen2 yang memberangsangkan di Forum Royalbutterfingers jiwaku memberontak untuk memilikinya segera. Ada sesuatu yang mengejutkan tentang album ni iaitu sebuah lagu keroncong yang didendangkan oleh mereka.

Hah keroncong?? bagaimana bentuknya aku kena dapatkan nya juga. Ok kembali ke petak pertama, jumpa_Lagi.

Friday, August 8, 2008

Estet..



Estet? estet mana ni getah, kelapa sawit? eh bukan sebenornya aku nak citer pasal filem "Estet Cintamanis Pte Ltd" satu lagi karya yang aku tunggu2 dari seorang pembikin filem yang aku admire karya2 beliau, Mamat Khalid.


Filem ni baru siap shooting Julai lepas kat Perak. Aku ikut perkembangan filem ni dari blog beliau http://tempurungpecah.blogspot.com/ . Tak sabar nak tengok hasil karya terbaru abg Mamat ni heheh yang pasti mesti giler gelak ah. Biasanya filem abg Mamat ni genre komedi selamba. Memang best.

Sapa2 yang nak kenal filem2 abg Mamat Khalid ni cuba rujuk filem " Man Laksa "," Rock ", " Zombie Kampung Pisang " & " Kala Malam Bulan Mengambang ". Klu drama cuba rujuk " Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel " & " Ahmad Khusairy & The Velvet Boys ". Hehe mesti giler gelak ar.

Ok nanti aku citer lagi lajut pasal abg Mamat Khalid & filem2 nya.

Thursday, August 7, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa : Aku 8 tahun


gambar aku paling vintage hahaha cute gak aku eh

Semalam aku balik keje awal. Dah tu siap mandi, solat maghrib aku pon lepak la kat dalam bilik sambil dengar radio Klasik Nasional - ni stesen radio yang hanya putarkan lagu 2 melayu klasik aje tau.

Tengah sedap2 layan lagu klasik 50-an aku pon gi la almari tempat aku simpan buku2 lama. Selongkar2 jumpa pulak gambor aku masa kecik2 dulu. Hahaha terselit kat dalam buku rupanya. Jumpa jugak gambor ni seronok betul aku semalam, tersenyum sendirian cam kerang busuk haw haw haw.

Mana taknya cuma gambor nilah yang aku ada masa kecik dulu sebab aku memang tak banyak gambor masa kecik dulu. Ni kira gambar aku paling vintage ni ekekeke. Sambil2 mengingat kembali kisah sejarah gambar ni diambil kena pulak lagu R.Azmi-Terkenang Semasa Dulu jadi background muzik...perghh best betul.

Gambor ni diambil masa aku umur 8 tahun dekat umah abang ipar aku. Dorang baru kahwin masa tu. 3 hari lepas selesai majlis perkahwinan kakak aku dengan abang ipar aku. Hehe memang bangga la dapat naik moto besar hehehe jakun aku dulu siot.

Tapi sebenarnya time ni aku dipaksa possing maut oleh sape ntah..adik abang ipar aku kot ( tgk la muka tanpa rela tu ). Hehe dah macam citer Azura la pulak ekekeke. Aku pakai baju Transformers-Optimus Prime & seluar jeans yang banyak poket. Siap ada zip lagi kat tepi hahaha. Aku still ingat lagi gambar Optimus Prime tu..memang lawa. Klu ada lagi mesti koleksi aku paling vintage. Tolak kat e-bay boleh kot.

Tapi minah rempit kat belakang aku tu aku tak ingat sape pulak. Mungkin sedara2 belah abang ipar aku kot..sape ek.Ermm mesti sekarang dah besor, cantik molek dah budak pompuan tuh.. hehehe ntah2 dah kahwin & jadi mak budak kot huhuhu.

Ishh kenangan betul la. Ok nanti senang jumpa lagi.