selamat menyambut hari merdeka
Friday, August 28, 2009
Thursday, August 27, 2009
Review : Nirvana - Bleach
Nirvana telah mencetus fenomena muzik dunia dengan kelahiran album Nevermind pada tahun 1991. Album yang mengandungi hits seperti "Smells Like Teen Spirits" menjadi anthem seluruh dunia pada ketika itu. Dengan penganugerahan mutli-multi-multi platinum melalui album tersebut, Nirvana membuka lembaran baru muzik dunia dengan memperkenalkan subgenre muzik alternatif rock iaitu Grunge.
Dengan populariti Nevermind, ramai menyangka album tersebut adalah album pertama Nirvana tetapi sebenarnya tidak, album pertama mereka adalah Bleach yang telah diterbitkan dibawah label independent, Sub Pop pada tahun 1989.
Album yang hanya menelan belanja sebanyak $606.17 telah ditampung oleh Jason Everman, 2nd gitaris Nirvana. Album ini telah diterbitkan oleh Jack Endino, seorang pernerbit yang sinonim dengan Seattle scene. Kebanyakan lagu2 didalam album ini dirakam pada lewat December 1988 hingga Jan 1989 yang memakan masa selama 30 jam credit sahaja.
Album ini mengandungi 13 tracks ; 1)Blew, 2)Flyod The Barber, 3)About A Girl, 4)School, 5)Love Buzz, 6)Paper Cuts, 7)Negative Creep, 8)Scoff, 9)Swap Meet, 10)Mr. Moustahe, 11)Sifting, 12)Big Cheese & 13)Drowner* (*lagu ini hanya terkandung didalam versi cd sahaja).
Pada awalnya semasa sesi rakaman bermula Nirvana tidak mempunyai drummer tetap lalu Kurdt Kobain (ejaan ketika itu) telah menjemput rakan beliau, Dale Crover (The Melvins) untuk merakam 3 lagu iaitu Flyod The Barber, Paper Cuts & Drowner dan selepas itu barulah mereka bertemu dengan Chad Channing. Jason Everman walaupun beliau tidak terlibat langsung dengan rakaman album ini namun nama beliau tetap dikreditkan didalam album sebagai 2nd gitaris & terlibat untuk tour Bleach.
Jika dibandingkan dengan album2 Nirvana yang lain album ini lebih berat, gelap & kotor serta jujur. Dengan kos rakaman sebanyak $606.17 tiada apa yang diharapkan tentang kualiti album ini. Namun dengan kekurangan itulah menjadikan album ini sebagai rujukan bagi mengkaji pengaruh sebenar muzik Nirvana.
Kita dapat dengar pengaruh muzik Nirvana merangkumi dari 70's metal ke heavy dirge-rock hinggalah ker 80's punk/hardcore. Pengaruh Black Sabbath dapat didengari melalui lagu Paper Cuts, Swap Meet, Scoff & Sifting. Riff2 berat yang kasar amat jelas kedengaran pabila mendengarkan lagu2 tersebut. Lagu ballads yang agak popish About a Girl amat kuat pengaruh The Beattles. Intro yang sludgy boleh didengari melalui lagu Blew. Jangan lupa lagu Negative Creep, Mr Moustache, Drowner agak terselah pengaruh hardcore didalam susunan muziknya.
Kebanyakan lirik2 dalam album ini penuh dengan kemarahan, anti establish & pengalaman Kurtd Kobain terhadap scene Seattle & kehidupan seharian beliau. Cuba dengarkan School, Floyd The Barber & Big Cheese lirik2nya menjurus kearah isu2 tadi.
Keseluruhanya walaupun album ini agak kurang kualiti bunyinya & tidak banyak lagu "sing-along" namun inilah muzik sebenar Nirvana. Muzik yang kotor, bising penuh dengan ketidaksempurnaan menjadikan album ini benar2 "raw" yang menjadi trademark muzik Grunge. Bagi sesiapa yang ingin mengenali Nirvana patut dimulakan dengan mendengarkan album ini kerana grunge bukanlah sekadar muzik "sampah" tapi ia berada diantara genre Punk & Metal.
**ayat gua cam skema je buat review huhuhu

kacang jer
Setelah beberapa hari berpuasa, gua dapati ada kesan sampingan. Gua tidak perlu lagi menarik nafas yang dalam menahan perut untuk mengancingkan butang seluar Levi's 501 saiz 28 gua. Hehehe perut sudah kempis...
Wednesday, August 26, 2009
Review : Screaming Trees - Change Has Come EP
Screaming Trees merupakan sebuah band berasal dari Washington, US. Ia ditubuhkan pada 1985 oleh dua adik beradik Gary Lee Conner ( gitaris) & Van Conner (bassis) bersama2 dengan rakan baik mereka Mark Lanegan (vokalis/gitaris) & Mark Pickerel (drummer).
Pada mereka yang sebati dengan Seattle scene / grunge movement pasti mengenali lagenda ini & untuk mereka yang tidak tahu Screaming Trees merupakan pelopor awal Seattle scene sebaris dengan Green River, The Melvins, Soundgarden & Skin Yard.
Change Has Come merupakan EP pertama mereka bersama independent label, Sub Pop & merupakan album terakhir sebelum mereka berhijrah ke mainstream label, Epics Record. Sebelum ini mereka bernaung dibawah satu lagi independent label, SST Records bersama2 Soundgarden. Bersama SST mereka sempat merakamkan 3 buah album yang mana rilisan terakhir adalah pada 1989.
EP yang mengandungi 5 buah lagu ini telah diriliskan pada 1990. 2 buah lagu "Change Has Come" & "Days" telah diterbitkan bersama Jack Endino, seorang penerbit lagenda yang banyak menerbitkan album/EP untuk band2 grunge Seattle. Manakala 3 buah lagu lagi "Flashes", "Time Speak Her Golden Tounge" & "I've Seen You Before" telah diterbitkan oleh Steve Fisk ketika bersama SST Records.
Lagu2 didalam EP lebih menekankan kepada punk, new wave & garage rock. Kesemua genre itu dicampurkan menjadi trademark untuk sound Sreaming Trees. Cuba layan kan tracks "Change Has Come","Days" & "Flashes" anda pasti kan bergoyang menghanyunkan kepala mahupun ber"moshing" mengikut rentak yang menggegarkan.
"Time Speak Her Golden Tounge" & "I've Seen You Before" ada tarikan tersendiri. Ada sedikit unsur psychedelic rock dalam permainan gitar. Walaupon agak lagu ini agak mid-tempo tetapi tetap layan. Keseluruhanya EP yang menarik dengan sound tipikal grunge yang "kotor" dengan high level distortion & vokal yang kuat pengaruh Jim Morisson. Walaupon Screaming Trees tidaklah popular seperti band grunge yang lain namun mereka adalah pelopor grunge movement yang dihormati di Seattle. Mereka diibaratkan penulis sebagai lagenda senyap Seattle.
Ok layan lagu pulak. Flashes & Time Speak Her Golden Tounge

gigi ku bebas kelumumur
Pagi tadi gua bagun nak sahur..gua masuk bilik air gosok gigi..dalam gelap gua raba2 "ubat gigi"..letak kat berus terus gua gosok..tp gua rasa lain macam..argghh sindrom pose cam tu kot rasa ubat gigi..tp makin lama makin pahit..gua termuntah..gua cium...aik apsal bau wangi ubat gigi gua..tak bau pudina..gua bukak lampu..alamak..ubat gigi Head & Shoulder anti kelumumur..buweeekkkkk.
Tuesday, August 25, 2009
Flipper
Sapa2 leh tolong aku dapatkan album ni? hehe aku takde kad kredit nak beli online.
Love’ is the fourth studio album by San Francisco-based punk rock band, Flipper. The album was released over 16 years after their last studio album, “American Grafishy“, which was released in 1993. This is also the only Flipper album to feature former member, Krist Novoselic (also former bassist of Nirvana), and recording sessions took place at Murky Slough Studios, Novoselic’s property in Washington.
The album is also an “evil twin” to the live album, “Fight“, Fight was recorded in 2007 at Dante’s in Portland and The Funhouse in Seattle. Both were recorded and mixed by Seattle’s legendary Jack Endino. This album includes classic Flipper songs as well as songs from Flipper’s new studio album, entitled Love. Fight, along with Love, are bookends that encapsulate time spent recording in the studio and playing live shows with former Nirvana bassist, Krist Novoselic. Fight is the live companion to Love and serves as a perfect balance to the studio album experience. Love and Fight should exist side by side in your album collection.Encominum : a tribute to led zeppelin
Encomium : a tribute to led zeppelin merupakan sebuah album kompilasi yang membariskan lagu2 cover dari band/artist pelbagai genre sebagai tribute kepada lagenda rock n roll; Led Zeppelin. Album yang telah diriliskan pada 1995 di bawah label Atlantic record diterbitkan oleh Jolene Cherry, Bill Curbishley & Kevin Williamson.
Jika dilihat pada tracklist kebanyakan lagu2 tersebut amat jarang sekali dilihat pada album2 kompilasi tribute lain mahupon album kompilasi Led Zeppelin sendiri. Jadi tracklist yang agak "rare" ini merupakan tarikan album ini. Kesemua lagu diterbitkan oleh penerbit yang berlainan dan dirakam ditempat yang berasingan.
Album ini sekali pandang mungkin seperti album2 tribute yang lain tetapi pada pandangan penulis album ini mempunyai kekuatan, keunikan & tarikan yang tersendiri. Jika dilihat dari senarai artist yang terlibat dapat album ini terserlah kepelbagaian genre/subgenre mzik seperti rock, blues, folk, country hinggalah ke pop semua terkandung dalam album ini. Jika diukur reputasi Led Zeppelin sebagai lagenda rock & roll pastinya agak pelik jika lagu masterpiece yang kuat pengaruh rock n roll digubah menjadi sebuah lagu pop.
Cuba dengarkan lagu "Thank You -Duran Duran". Bila mendengarkan track tersebut seolah2 ianya adalah lagu Duran Duran sendiri. Amat pekat mood syth pop pada lagu yang digubah olah mereka. Selain itu track "Hey Hey What Can i Do - Hootie & The Blowfish" amat kuat folk pop acuan mereka. Amat segar bila mendengar lagu alaunan dengan gaya vokal yang tebal & jantan berbanding lagu asal yang agak nipis gaya vokalnya.
"Custard Pie- Helmet and David Yow" antara lagu terbaik didalam album ini. Dengan mengekalkan melodi asal mereka telah membawakan lagu ini dengan baik sekali mengikut arragement muzik yang menarik sekali. Untuk kelainan lagu2 Led Zeppelin dinyanyikan oleh vokalis wanita. Cuba dengarkan "Misty Mountain Hop- 4 Non Blondes", "D'yer Mak'er- Sheryl Crow" pasti anda akan terpesona dengan alunan vokal yang seksi & husky. Cukup rasa tone bluesnya. Selain itu cuba dengarkan "Going To California- Never The Bridge" walaupon hanya menggunakan grand piano namun dapat diterjemahkan bahawa lagu2 Led Zeppelin boleh digubah kedalam genre2 lain & ianya releven.
Secara keseluruhannya, Encomium : a tribute to led zeppelin merupakan album yang menepati istilah "tribute" itu sendiri dimana setiap lagu yang dibawa seolah2 menjadi milik artist/band yang membawakan lagu tersebut. Tidak kedengaran klon Led Zeppelin dalam album ini. Dengan track list yang "rare" album ini wajar berada kedalam rak cd anda.
Ok kita layan 1 lagu dari album ini; Thank You dari Duran Duran (khas buat berteromber & semua blogger). Enjoy & happy watching. Review oleh Zan klik [link]
Sebanyak 12 track dimuatkan dalam album ini. Lagu2 tersebut adalah :
Misty Mountain Hop - 4 Non Blonde
Hey Hey What Can I do - Hootie & The Blowfish
D'yer Mak'er - Sheryl Crow
Dancing Days - Stone Temple Pilots
Tangerine - Big Head Todd And The Monsters
Thank You - Duran Duran
Out On The Tiles - Blind Melon
Good Times Bad Times - Cracker
Custard Pie - Helmet and David Yow
Four Sticks - Rollins Band
Going To California - Never The Bridge
Down By The Seaside - Robert Plant and Tori Amos

Monday, August 24, 2009
Black
Tengah kemaruk grunge balik huhuhu.
Layan dulu la lagu ni; Pearl Jam-Black
Lepas ni akan menyusul grungee yang lain

Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan untuk semua blogger.
Semoga Ramadhan kali ini memberi penuh makna & keinsafan.
Selamat berpuasa.

Thursday, August 20, 2009
Asam Pedas Ikan Parang
Hari ni gua rasa cam mengidam nak makan masak asam pedas ikan parang untuk makan tengahari. Lama rasanya gua tak makan masak asam pedas ikan parang yang mengiurkan tu. Last sekali gua merasa masak asam pedas ikan parang setau ingatan gua ialah kat Bandar Melaka. Tu pon dah 2 tahun lepas rasanya. Jalan apa ntah gua dah lupa. Yang gua ingat kedai tu dekat dengan ngan pasaraya Ocean, dekat ngan parking RM2 sekali masuk, belah kiri ada kedai bundle yang tokeynya ramah yang teramat ala2 dj Isma Halil Hamzah. Belah belakang pasaraya Ocean tu pulak ermmm oh ye tempat river cruise tu. Jalan ape tu yer korang tau tak.
Gua tak ingat sebab time tu gua baru first time gi Melaka. Main redah aje nak cari kasut Aliph (kononnya). Nama tokey kedai tu Pakcik Mat. Nama penuh gua tak tanya pulak. Malas. Asam pedas ikan parang kat kedai pakcik Mat tu memang best walaupon gua makan sambil ditemani dengan sebungkus tisu murah untuk dijadikan lap supaya peluh gua tidak jatuh kedalam nasi bagi mengelakkan rasa masin yang berlebihan. Memang power la asam pedas pakcik Mat tu.
Muka gua merah. Bibir rasa tebal cam bibir Ning Baizura menahan pedas. Tapi dek kerana anak pakcik Mat yang cun tu selalu lalu lalang mengambil order para pelanggan, sambil2 dia jeling2 sebab gua ensem atau pelik tengok muka gua. Tapi gua gagah kan diri mengontrol macho walaupon lidah gua dah hampir2 terjelir menahan pedas yang membakar. Ini baru lah "real" asam pedas ikan parang.
Kat KLIA ni mana mau carik??? Asam pedas mamak ada ler kat LCCT tu. Tak best langsung.

Tuesday, August 18, 2009
Bleach 20th Anniversary Deluxe Edition
Elemerk..Pearl Jam "Ten re-issue" pon tak dapat lagi, ni pulak dah muncul berita Bleach 20th Anniversary Deluxe Edition. Ermmm [link]
Monday, August 17, 2009
Sakit perut
Hari ni aku sakit perut, memulas2 uiihhhhh sakit nya nak buat koje pon tak selera. Kejap2 gi toilet..sampai entry ni di tulis dah masuk tujuh kali kau tau Jebat..ni ada rasa nak terkucil ku tahan Jebat hehehe tp dah ok skit dah.
Oh yer Alfi anak best friend aku, Fairuz pon masuk wad mlm tadi demam panas. Alhamdulillah dah ok dah. Petang tadi dah check out.

Saturday, August 15, 2009
Radiohead Ok Computer
Radiohead merupakan band English Alternatif Rock dari United Kingdom. Album ke -3 mereka; Ok Computer merupakan album yang mengangkat Radiohead sebagai sebuah band terpenting dalam sejarah muzik dunia amnya & UK khususnya.
Rentetan dari kejayaan luar biasa album ke-2 mereka, The Bends mereka nekad melakukan pembaharuan supaya muzik mereka tidak statik. Melalui album ini mereka banyak bereksperimen dengan bunyi2 baru berbanding 2 album terawal mereka. Mereka banyak menerapkan elemen seperti jazz, electronic effect, ambient, string, sampler dan apa saja yang terjangkau mengikut kehendak mereka sendiri.
Album ini sungguh beremosi (pada pandangan penulis). Anda boleh rasa & dengar melalui lirik-lirik, mood lagu & lontaran vokal Thom Yorke yang bersahaja tapi menusuk kalbu. Lirik2 didalam album ini berkisar tentang politik, sosial yang rapuh dan kehidupan masyarakat moden.
Mengandungi 12 track yang mampu memberikan anda pengalaman muzik yang unik seperti menyusuri sebuah pengembaraan ke bulan.

- Airbag
- Paranoid Andriod
- Subterranean Homesick Alien
- Exit Music (For a Film)
- Let Down
- Karma Police
- Fitter Happier
- Electioneering
- Climbing Up the Walls
- No Surprises
- Lucky
- The Tourist
Kekuatan album ini adalah susunan muzik yang menarik dengan bunyian2 pelik (electronic effect, ambient vibe) yang disulam cantik bersama2 melodi line yang agak melankolik serta vokal yang bersahaja tapi penuh emosi.
Anda boleh cuba dengarkan track seperti Airbag, Paranoid Andriod, Exit Music (For a Film), Karma Police & No Surprises pasti anda akan dapat merasai persona muzik Radiohead yang unik.

Rumusannya album ini merupakan antara album terbaik pernah dihasilkan & menjadi rujukan kepada pemuzik generasi baru. Dan album ini merupakan album yang sering diputar oleh penulis tanpa rasa jemu. Kepada sesiapa yang mahu mencuba kelainan, OK Computer amatlah berbaloi untuk didengar & dirasai.
Ok kita layan video klip 2 track kegemaran penulis; Exit Music (For a Film) & No Surprises.

Thursday, August 13, 2009
Sentuhan Listrikmu
...sentuhanmu bukan datang dari dunia materi,
terasa ini pernah mengusikku bagai de javu...

-m.nasir-
~sentuhan listrikmu~
canggung mendonan 1993
~sentuhan listrikmu~
canggung mendonan 1993
Wednesday, August 12, 2009
aiyaaaa
*speechless*
..........................
tak tau nak komen ape
huhuhu korang memang dahsyat ler
especially GENG 69 ;)
..........................
tak tau nak komen ape
huhuhu korang memang dahsyat ler
especially GENG 69 ;)
haih
fuhhh...nampak gayanya kena bertahan ni
serangan makin hebat..ermmm tak pe tunggu jer
aku menyerang dalam senyap
weh..gi wat kerja laa weii

amboi amboi amboi
bro n sis blogger aku dah melancarkan "serangan" nampak
huh...nantikan pembalasannya..hiaarrrggggghhhhh
hehehe (gaya seperti selepas action kamen melakukan action bimmm)

Tuesday, August 11, 2009
jalan aje la
ala kecoh betullah..yang eksiden tu kat lane sebelah tapi yang jammed giler babos kat lane aku pulak..isshh sungguh prihatin rakyat negara ku ini..ape cerita?? cuma cium bontot jer bukan apa sangat pon..alahai.
Monday, August 10, 2009
panggilan misteri
"nak tanya ni kilang kerepek tu kat mana yer, makcik dah sampai balai polis Banting ni." "Oh makcik jalan depan lagi sampai jumpa Hospital Banting belah kanan lepas tu jalan depan sikit ada traffic light belok kiri, pastu nanti nampak signboard kilang kerepek tu."."Ok , terima kasih."
tahniah makcik kerana berjaya menjumpai kilang kerepek itu.

Thursday, August 6, 2009
action kamen boy
Happy 6th birthday to action kamen boy; Muhammad Alif Nazmi
Semoga menjadi anak yang soleh & pelajar yang cemerlang
~jangan minum air milo dalam botol susu lagi tau, tak rock la~
Tuesday, August 4, 2009
Tabah
Setiap manusia akan diuji oleh Khaliqnya. Aku ada 2 berita yang membuatkan aku turut merasai apa yang mereka itu alami :
1) Brader blogger aku muor76; baru sahaja kehilangan anaknya yang tersayang minggu lepas & aku hanya mengetahui nya melalui blong beliau (klik sini) hari ini. Walaupon aku tak pernah bercakap dengan beliau jauh lagi bersua muka namun aku turut tersentak dengan berita sedih itu. Al-fatihah untuk arwah anak kecilnya itu, semoga rahmat mencucuri roh insan kecil itu. Amin.
2) Rakan baik aku sejak dari kecil lagi, Fairuz; ibunya telah dimasukkan kehospital akibat serangan stroke (minor). Walaupon keadaan ibunya stabil namun kegusaran hati seorang anak tunggal itu turut menyentuh jiwa aku kerana aku sudah menganggap ibunya seperti ibuku sendiri yang telah aku kenali sejak kecil lagi.
Aku harap brader gua muor76 & Fairuz tabahkan hati, kuatkan semangat lu orang. Sesungguhnya ada hikmat disebalik perkara yang berlaku.

Matakucing
Tak de idea nak update..huhu sibuk skit. Tak pe layan lagu ni dulu. Pencetus kewujudan nick "matakucing". Lama dah aku pakai nick ni. Sejak album ni keluar.
Subscribe to:
Posts (Atom)