Monday, May 18, 2009

Kupu-kupu malam

Sabtu aritu aku berkesempatan menyaksikan konsert Search di Awan Biru di Jengka, Pahang. Ngeh2 dengan tiada apa2 planing aku terjebak untuk ke Jengka buat pertama kalinya. Namun ianya adalah kebetulan kerana atas permintaan last minit seorang rakan untuk menghantarnya ke Jengka atas urusan perkahwinan adiknya. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air", aku dengan senang hatinya berkata "OK" tanpa banyak cerita walaupon kawan aku itu perpinga2 sambil menghembus nafas lega setelah pening kepala mencari 1 lagi tunggangan untuk mencukupkan korum ke Jengka.

Ni setlist konsert Search di Awan Biru di Stadium Mini Jengka, Pahang.

Overtune
1. Paranoid
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Hillary Solo
11. Fenomena
12. Bencana
3. Yazid Solo
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
18. Pawana

Setlist tak berbeza ngan JB nya show. So takde apa nak review sangat cuma nak highlight jer beberapa perkara :
  • Amy banyak kantoi malam tu, lupa lirik masa start lagu Paranoid & lagu potong stim-Laila Namamu Teratas (tak dengar monitor??) & beberapa lagu lagi.
  • Bunyi gitar akustik Din Mayat lebih menonjol berbanding di JB.
  • Gitar Din Mayat putus lagi (ketika solo Langit & Bumi).
  • Diari Habil & Qabil lebih baik dari JB nya show.
  • Kawasan stadium & stage dikerumuni oleh beribu2 rama2 yang terpesona dengan lampu2 di stage.
  • Joe Wings & team datang memberi sokongan & Amy announce selepas berakhirnya tour Di Awan Biru, Wings pula akan start tour seluruh Malaysia.
  • Lighting & Sound tetap best merebak keseluruh pelusuk sudut. Aku berdiri di kiri,kanan, depan & belakang.
  • Tapak konsert bukan seperti yang aku jangkakan. Ianya adalah kawasan padang bola sepak yang dipagari dengan kanvas berselahan tapak pasar malam pekan Jengka. Sambil pergi pasar malam sambil tengok konsert sekali.
  • Tiada ENCORE!!! lepas Pawana yang gilang gemilang, crowds terus bertebaran pulang. Ermmm apadaaaa.
  • Gadis2 Celcom X-pax & Celcom Blue yang ranum hehehe ooppppsss.
Tu aje lah lelain takde apa. Sekian terima kasih. Nak tengok gambar2 klik sini .

11 comments:

Portdy said...

Bro cateye,

mak aih , sampai ke Jengka pun jadik eh? hehe kalau dah jodoh....

amacam crowd jengka leh lawan jb tak hehe...wings pulak mau tour eh , ni lepas raya lah ni ..celcom taja kot?

lagu potoong stim tu kasik potong terus ah...wa vote seribu kali untuk "kau pergi" atau "bisa" atau "jiwa jiwa luka" hahahahahhahah!

matakucing said...

portdy,
hehehe suratan atau kebetulan.. ermm dah sekali jalan jer tu..umah pengantin kat jengka 18..ON aje la. crowd takleh lawan JB..dalam 3/4 ribu aje..wings nya tour tak tau sapa taja tunggu & lihat jer la..yup lagu potong stim tu kene tukar "bersalah atau tidak" pon ok per (kalau nak main lagu dari album GDTJ la).

Takilala said...

huhuhu..search fever...
laila pun laila la..janji rok..huhuhu

Portdy said...

eehh "bersalah atau tidak" eh hahaha camne leh lupa ni lagu...gerek memang gerek...tapi cam mustahil lah..

kalau lah Search betul main ni lagu pehhh tak tau ah nak cakap apa...

er... berbaloi baloi ......

matakucing said...

takilala,
haha layan jgn tak layan..buat pekak jer bila dgr lagu tu hehe

portdy,
aku cuma pernah tgk dorang main lagu "bersalah atau tidak" masa HMI dulu..tu pon miming jer

berteromber said...

memang betul2 takder encore atau pun Search nak buat tapi crowd dah balik ni...huhu.

untung la ko dapat nengok banyak venue...pas ni tunggu Wings pulak arr..

muor76 said...

kat jengka dah tak ramai budak rock kapak kot... ramai generasi baru yg lebih seuke dengor lagi dangdut kot.. kekekek

amy lupe lirik? takper... janji rock..
tapi yg aku gelak bile konsert unplug dia dulu.. nak sebut 'cahaya' dia sebut cayaha.... tapi org tak pasan..

matakucing said...

berteromber,
memang tak de encore sebab takde permintaan dari crowds..lepas abis lagu jer semua blah.

muor,
dangdut rock..mbah dukun ker..haha cayaha tu gabungan cahaya + harapan..keh keh..memang perasan silapnya tu.

deaf-angel said...

berita baik ler kalo lepas ni Wings nye giliran.
Harap rock melayu naik balik cam late 80s early 90s.

mata-kucing Jengka start lambat nak 10 malam eh?

matakucing said...

deaf,
ermm start lambat sebab nak tunggu crowds masuk.

deaf-angel said...

jb pun sama kan?
tunggu crowd
tapi kalo pasal start lambat gini then takde encore, kira wasted ler