Hehe aku baru terhegeh2 nak review konsert Search Di Awan Biru kat JB Sabtu lepas. Apapon aku review secara ringkas jer la eh sebab deaf & berteromber dah review in dtls aku cuma kasi nasik tambah jer. Orait kita mulakan review ni.
Overtune
1. Paranoid
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
Konsert start pukul 9.20pm dengan intro helikopter seolah2 nak mendarat. Real beb bunyi dia cam atas kepala aku jer lalu helikopter tu. Skrin kat belakang tayangkan album2 Search dari 1st Cinta Buatan Malaysia sampailah yang terbaru kompilasi 25th. Kira cam time line la siap bunyi jam tik tok tik tok. Masuk intro jer dah tau Paranoid jadi opening untuk set kat JB. Crowd pon menggila sebab memang jarang lagu ni dipersembahkan live. Memang happening crowd pon singalong ajer.
Masuk pulak Balada Pemuzik Jalanan. Adrenalin crowd bertambah ruang moshpit menjadi huru hara. Din Mayat yang beraksi dengan Jacksonnya tanpa segan silu melibaskan rambutnya, John pon sama melibaskan rambut rebondingnya. Kemudian aksi bertukar2 solo terjadi antara Din Mayat & John. Fuhhh gempak! Abis lagu bunyi guruh menandakan hari nak hujan. Tapi jangan risau indoor stadium kalau hujan pon takde hal.
Setelah Hujan menjadi hidangan untuk crowd. Singalong lagi beramai2 tanpa segan silu termasuklah mamat kat sebelah aku yang menyanyi dengan penuh perasaan. Fuhh cayalah brader tapi gua terpaksa ketepi sikit sebab mulut dia bau petai :p
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
Kemudian lagu "potong stim" pulak dipersembahkan Laila Namamu Teratas. Aku tak suka lagu ni sebab mellow sangat la. Menjunam graf adrenalin aku yang telah hyper tadi. Aku tunggu jer bila lagu ni nak abis. Ni jam Din Mayat tukar gitar akustik.
Abis jer Langit dan Bumi mengambil tempat & secara tiba graf adrenalin aku mencanak naik. Din Mayat kembali mengganas. Time ni dia pakai Fernandes merah kot. Nasir tetap cool ngan Gibson Explorernya semua ketiga2 gitaris berkumpul di satu sudut pentas memang cun lah. Lepas tu sambung pulak Pelesit Kota. Terlompat2 brader sebelah aku. Suka hati betul aku tengok brader tu. Lagu favourite dia barangkali.
Medley 3G (Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu) dialunkan khas untuk crowd. Nilah first time aku dengar Gadis Misteri live, setlist yang rare pada aku. Dah berapa lama lagu ni tak bawak live eh. Ermm crowd tak de masalah nak singalong bersama2 juga lagu Gadisku. Namun bila lagu Gadis Ayu berkumandang singalong jadi slow skit. Aikk ramai yang tak tau ker lagu ni. Siap ada cakap lagu baru Search. Tapi Gadis Ayu memang best keyboard dia dah macam lagu Jump Van Halen.
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Hillary Solo
11. Fenomena
12. Bencana
Diari Habil & Qabil first time tengok versi John. Takde kelainan sangat cuma masa lagu ni agak kelam kabut sikit sebab Amy salah masuk key masa memula nyanyi & Amy asyik lupa lirik. Kalau lagu ni memang apa aku perhatikan Amy cuma ulang2 verse memula aje. Solo John agak kasar & tersendiri. Kemudian sambung pulak Gothik Malam Edan versi panjang sama cam versi Planet Hollywood.
Kemudian tiba giliran John beraksi solo. Dengan reputasi sebagai antara gitaris terbaik Malaysia, beliau mempamerkan skill solo yang sungguh mengasyikkan sebelum lagu Fenomena berkumandang. Suara crowd mula bergema semula diruang stadium. Diikuti Bencana yang membangkitkan keterujaan untuk rockin bersama2 lagenda rock, Search.
13. Yazid Solo
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
18. Pawana
Kini tiba giliran Abang mempamerkan kehandalannya. Memang best tengok Abang beraksi. Tapi kalau Abang bawak sekali wisel pasti best cam konsert Kesyukuran 89 dulu. Memang padu beb. Terus sambung drum beat Isi Atau Kulit memang lagu wajib ni kalau tak ada tak sah.
Ni Jam Din Mayat solo tapi masa solo kat tengah2 lagu gitar Jackson putus tali pulak so tukar pakai V & Din Mayat membelasah V dengan solo yang bergulung tapi bila pakai V sound dia tak keluar sangat la. Aura Isabella tak pernah padam highlight mestilah solo John. Ermm gaya tersendiri walaupon tak selembut Kid. Takpe takde hal ada kelainan barulah best.
Fantasia Bulan Madu didendangkan dengan arrangement muzik yang segar. Ni Jam John memang pukul abis la, solo dia fuhh feeling beb cam nak menangis aku rasa. Seret lagu ni weii hahah Melastik ke Bintang & Pawana dihidangkan sebagai penutup. Crowd still hyper walaupon diam tak diam dah dekat 2 jam. Crowd memang sporting senantiasa singalong bersama2 Amy sampai suara Amy tenggelam.
Encore
19. Medley - Mat Rock & Pasti
Setelah crowd menjerit mahukan lagi, encore dipersembahkan dengan medley Mat Rock & Pasti. Sebelum tu sementara menunggu Din Mayat tukar gitar John memainkan riff2 blues & keroncong. Yearghhh Mat Rock play at JB. Finally aku dapat jugak tengok Mat Rock live walaupon tak complete sebab sambungan Pasti. Tapi yang pasti encore yang betul memorable siot.
Kesimpulannya show yang betul2 grand & terbaik dari pelbagai aspek sound, lighting, gimik etc. Very loud beb crowd yang sporting & menggila sebab tu aku turun JB nya show sebab memang lain macam sambutan dia. Hahaha kira cam family day. Walaupon show ni gempak tapi aku tak berapa excited sebab :
-Aku sampai JB pukul 2.00am terus gi tengok booth kat stadium (booth DuniaSearch-DNS). Masuk dalam stadium jap tengok stage & ternampak setlist kat tempat sound engineer. So dah tau apa setlist untuk malam tu (dah tak surprised dah :( ).Kol 4.00am balik tido kat umah penginapan.
-08.30 am dah gerak gi stadium nak setup booth DNS sampai 12.00pm. Siap setup still kat stadium lagi sampailah ke malam. Start konsert aku dah "flat" giler hahaha sampai lagu "potong stim" tu aku dah tak larat & hanya part encore jer aku cargas sikit.
Apapon aku target nak turun Kota Bharu & Kangar selain KL. Sekian saja la review ringkas aku.
**gambar tak de hehe
Paul McCartney at the O2 – reviewed
14 hours ago
14 comments:
bro..hari tu dlm pkl 11 lebih aku ada jenguk2 booth DNS masa aku ambik tiket aku...
tapi disebabkan aku pemalu dan nak cepat...tak dapat la kita nak bermesra2an...hahaha..
tanpa gambar pun dah cukup detail cerita ni.. tq for sharing.. :)
hahaa laila lagu potong stim hehehe
baru perasan setlist tour ni tak dek lagu mentari merah ek?
amyway good review - kalu ada gambar mesti lagi best. tapi ni pun dah cukup kenyang dah sendawa.
kalo laila tu diganti ngan Melayar Bahtera lagi best
family day? haha..memang, ramai jugak datang anak beranak semua. berderet2.
Macam mana impian peminat Iron Maiden, nak bawak semua love ones mereka kongsi sama apa tu konsert Maiden, begitu jugak peminat Search nak kongsi sama ngan love ones apa tu maknanya jadi peminat Search.
salam.
kangar ada dalam list ka?
tengok dalam dns tarak pun.
tapi dalam blog amy ada sebut kangar.
tq for sharing..
bro, jumpak di kangar dan KL!!!!! hehehe. Phone number, ada dalam blog saya ler...
amacam sound, gempak tak? ada bunyi tak balance tak macam diwar-warkan?
berteromber,
ermmm haha pemalu yer..kalau ko prasan aku pakai ts band YES. Tu jam aku ada kat booth tu rasanya.
lara,
ko suka yer..kasi turun la part KL ;)
portdy
memang potong giler ah..apsal la dorang suka bawak lagu tu.Mentari Merah mungkin lain venue kot.
deaf,
dorang ada praktis lagu Sutera & Rayon..tp takde pulak main kat JB tuari.
caspera,
kangar tengah dok push ni sebab nak ganti Alor Setar yang cancell tu. Din Mayat pon ada cakap masa jumpa dorang kat Restoran Jejantas Ayer Keroh time balik tuari.
speedrider,
Insyallah..sound Ok lagi berdentum beb..cuma time din pakai V sound gitar dia tenggelam skit.
Cateye, sutera ryon eh diorang prektis ! aduhai! best tak depa jam?
tapi lagu tu rare lah takut ramai yang tercengang ...
tapi wa suka, main banyak2 dari karisma pun takpa.
salam bro,
peh dgr bro buat review nie jerk..
dh dpt bygkan gegaran jantung yg amat mengila waktu kejadian..hehe
apa2 pun hope bro happy selalu :)
budak2 free lance journalist bilang diorang tak kasi camera masuk ke apa?? siap ambik bateri fon semua... ada sesetengah tu tak jumpa balik bateri dia lepas abis show...
tu lagi potong stim tu.
portdy,
aah dorang paktise..tu jam kawan aku gi tgk kat studio tpt dorang praktise.
eiza,
baguslah kalau awak pon terasa kehangatannya..gua ok2 aje sis.
eddie,
mmg kamera tak leh bwk masuk..bateri kene ambik..tp byk gak aku tgk kamera sana sini haha
laporan tanpa gambar membuatkan keadaan lebih teruja. kena guna imaginasi untuk membayangkan hillary solo sebelum fenomena. harhar!
sama seperti cerita orang nampak ufo atau big foot. imaginasi kena kuat beb!
'...kaulah mentari, aku rambulan
sedang dalam dalam percintaan
senyum mu itu adalah rindu
rindu ku ini adalah milikmu'
pasti
hehehe mencabar minda untuk membayangkan situasinya..gua sendiri terbayang2 bila baca balik
Post a Comment