Wednesday, March 4, 2009

Review : Konsert Alam Muzik M.Nasir

Apalagi mahu diperkatakan tentang kehebatan konsert Alam Muzik M.Nasir di Istana Budaya tempohari. Sepanjang 3 hari berturut2 dengan jualan tiket yang sold out. Aku masih lagi teringat2 & merasai bahangnya walaupon sudah 3 hari konsert itu berlalu. Aku cuma dapat beli tiket untuk show terakhir jer 01-03-09.

Tiket berharga RM150 Grand Circle (G02) sebaris dengan VVIP hehehe merupakan tiket konsert paling mahal pernah aku beli. Walaupon terpaksa ikat perut namun untuk tidak melepaskan peluang konsert yang sudah aku intai sejak pertama kali diwar2kan pada Oktober tahun lalu amat lah berbaloi.
Aku pergi Istana Budaya (IB) naik jentera pemusnah aku paling setia, seketul motorsikal yer bukan motorbot mahupon motokar.

Tapi sebelum pergi tu hati tak sedap pulak sebab tengok awan dah mendung. Gelap giler kang mau2 dekat tengah jalan hujan turun pulak isshhh nak naik train komuter balik kompom kene naik teksi lintah darat cekik darah. Namun aku gagahkan jugak memecut jentera pemusnah aku & meredah hujan gerimis & sekali-sekala berteduh bawah j
ambatan untuk mengelak hujan yang kadang2 lebat.

Aku sampai IB dalam pukul 8.00 malam. Dari jauh dah dengar keriuhan peminat2 berkumpul di pintu utama IB. Ada yang terjumpa kawan lama, pakwe tak jadi, bekas makwe yang dah beranak pinak, ada yang sedang memberi tunjuk arah pada kawan yang tersesat isshhh macam2 la riuh sungguh hehehe. Aku masuk ke lobi IB dengan gaya kontrol macho sebab aku telah basah ditimpa hujan. Tapi aku buat tak tau aje.

Tiba2 jer mata aku terpaku ngan lukisan cat minyak yang diletakkan di sudut gerai Luncai Emas. Oh lukis
an original poster konsert Alam M.Nasir. Aku pon pegang2 tanda jakun..ye lah original ni hehehehe. Jam besar kat lobi IB ala2 jam dinding kat dewan sekolah aku dulu dah tunjuk pukul 8.30 malam tapi pintu dewan tak dibuka2 lagi.

Ermm pukul berape nak start ni aku gelisah cam orang hilang anak. 5 minit lepas tu pintu dewan dibuka aku terus mencari tempat duduk hehehe masuk jer aku kejakunan bertambah cam tak caya jer aku dah berda ka dalam Panggung Sari. Tepat jam 9.10 malam bermulalah konsert Alam...(ceh! berapa punya panjang da intro).


Se
t 1 : Magis Mistikal

Konsert dimulakan dengan pukulan gamelan dan lagu "Di Balik Cermin Mimpi" pun berkumandang. Masa ni pentas kosong cuma layar memaparkan visual seorang lelaki yang kurus sedang mendengkok sambil terkumat kamit mengikut bait2 lirik lagu ni. Dengan effect asap menyelubungi lantai pentas menambahkan lagi suasana mistik. Lepas saja habis lagu tadi "Gong Impian" pula diperdendangkan. Aku terpegun dengan persembahan lagu ni sebab ada 5 orang penari keluar dari lantai pentas. Aku duduk atas memang nampak jelas seolah2 mereka keluar dari lubang di atas tanah. M.Nasir keluar dari belakang pentas melawati barisan pemuzik yang timbul dari bawah pentas.



Tamat Gong Impian intro "Ekspress Rakyat" dipersembahkan namun cuma sikit jer..pastu terus masuk "Hati Emas" ermm sedikit hampa gak aku sebab Ekspress Rakyat tak bawak full. Tapi apa pon sifu semakin ligat mendendangkan lagu tersebut. Time solo Nan (gitaris/pengarah seni) pon naik "syeikh" terus kedepan bersama2 sifu menyolo lagu Hati Emas.

Tanpa berlengah giliran lagu favourite aku "Rajawali Terbang Tinggi" menggegarkan Panggung Sari. Nampaknya sifu se
makin bersemangat termasuklah aku ni. Memang aku dah "naik hantu" tengok sifu nyanyi lagu ni sambil melabuhkan gerak tarinya yang tersendiri. Selepas habis lagu sifu memberi kata2 aluan dan suara beliau dah serak. Alamak risau gak aku huhu yelah dah 2 malam bantai nyanyi.

"Berapa banyak lagu cinta dalam dunia??.. brape..16 juta?? 22 juta isshh tambah lagi" seloroh sifu kepada penonton. Semua bantai gelak. "Dalam banyak2 lagu cinta, lagu ni lain macam sikit". Kemudian "Falsafah Cinta" dialunkan untuk santapan peminat. Dengan visual layar yang menarik sememangnya ianya menyentuh tentang keamanan & kasih sayang. Semua singalong tapi masih ada yang malu2 lagi termasuk la aku hehehe.

"Ni lagu funky..kita tukar selera pulak". Lagu "Dah Lagu Tu" pula mengambil giliran untuk dipresembahkan. Dengan unsur muzik tradisional jawa lagu ini dipersembahka
n dengan penuh konsentrasi sambil menari seolah macam bersilat jer aku tengok. Ada kejutan pada lagu ni dengan tiba2 datang 3 orang penari yang montel2 menari bersama2 sifu lengkap dengan persalinan jawa. Kejutan yang mencuit & menghiburkan penonton."Beri tepukan kepada Rihanna, Beyonce & Britney" seloroh sifu selepas tamat lagu tersebut diiringi gelak tawa penonton.



"
Ok ini baru betul2 funky..tadi tu funky jawa"..Dengan intro thumbing & slapping dari speaker bass Jay Jay "Bukalah hatimu" mencuri perhatian & semakin menggamatkan suasana. Penonton dah tak senang duduk dengar lagu yang meletup2 bass line nya. Tapi belum ada seorang pon yang berdiri untuk menari. Malu???...tapi mahu hahaha. Seret sampai 15 minit jugak lagu ni..best!!!.

Kemudian pentas bertukar suasana apabila tirai dilabuhkan. Tiba2 muncul "patung" berbentuk hidupan laut seperti si
put, cengkerang, kuda laut tergantung di atas pentas. Dengan iringan piano, sifu mengalunkan "Balada Seorang Teman" denga feel yang tersendiri. Sungguh menyentap jiwa bila tengok penghayatan sifu. Serious beb.



Set
2 : Santai Gitar Kapok

Set ke-2 ni lebih santai dah bersahaja. Dengan hanya berbekal sebuah gitar kapok/tong Sifu mengalunkan lagu nostalgia "Suatu Masa". Walaupon hanya menggunakan gitar kapok tanpa bantuan pemuzik lain persembahan tetap memukau. Kemudian "Getaran Jiwa" karya asal P.Ramlee dia bawa dengan penuh bersahaja.

Penonton dah mula bersuara menyanyai lagu tersebut."Lepas ni lagu apa pulak yer..Oh yer lagu Ramli Sarip pulak..mana Ramli kat atas yer" sambil disambut pekikan penonton.
"Perjalanan" didendangkan dengan gaya yang betul2 sempoi. "Aku yang masih.. diperjalanan.. hidup ini... ermm lepas ni apa lirik dia eh?" penonton bantai gelak sebab sifu tak ingat lirik dia.

Memang best time ni hahaha"..nanana dunia..apa2 ajelah janji masuk" seloroh sifu lagi. "Langam Pak Dogo" pulak dialunkan. Lagu yang penuh loghat Kelantannya singalong bersama2 penonton dan bersambung terus dengan lagu "Keroncong Nostradamus". Agak berat penghayatan sifu bila mendendangkan lagu ni. Fuhh best!




Set 3 : Menari Berdansa


Intro pemain serunai/nafiri yang lengkap berbaju melayu serta bertengkolok menandakan lagu semangat "Mentera Semerah Padi" diperdengarkan. Masa ni sifu mengajak penonton semua menari bersama2. Ermm apalagi hampir semua bangun menari bersama2 sifu termasuklah aku yang dah tak tertahan lagi perasaan untuk bersama2 mangambil bahagian walaupun ruang yang terbatas.

Kemuadian satu demi satu lagu2 dari album Pheonix Bangkit dipersembahkan. "Raikan Cinta", "Pheonix Bangkit D
ari Abu" menggamatkan lagi suasana dewan. Memang happening la tua muda semua berdansa bersama2. Ribut siot. "Lagu ni dulu biasa kita dengar bila nak maghrib..orang kata lagu agama" cuit sifu bila Nan memetik gitar intro lagu "Sahabat Gua". Keadaan jadi semakin hangat siap ada penonton yang bergelek2 dengar lagu yang kuat irama timur tengah. Sifu semakin bersemangat & semakin ligat menari, mengalunkan lagu ini. Memang showmanship yang tiada tolok bandingnya.

"Nak lagu apa lagi.." tanya sifu kepada penonton"."Apokalips..." jerit seorang penonton. "Ye permintaan anda dikabulkan".
Semakin bergegar IB apabila Apokalips dihidangkan untuk penonton yang hadir. "Siapa tahu lepas ni lagu apa...siapa tak tau boleh balik yer" cuit sifu sebelum lagu paling happening "Ada" dipersembahkan.

Fuhh seret lagu ni sampai 20 minit tak silap aku (mungkin lebih). Penonton semakin "menggila", menyanyi, menari & berjoget dengan penuh kegirangan. Semua memang enjoy. Selepas lagu ini tamatlah persembahan konsert Alam. Para pemuzik meninggalkan belakang pentas untuk bersama2 sifu didepan dengan tepukan yang amat gemuruh. Aisey tak puas siot rasa kejap jer tengok jam dah pukul 11.00 malam. Mahu lagi!


Set 4 : Encore


We want more! we want more! jerit penonton yang ntah berapa ratus kali pekik istilah tu. Dan atas desakan itu sifu & geng kembali kepentas untuk mendendangkan lagi 4 lagu. Encore dimulakan dengan lagu yang penuh syahdu "Hijab Kekasih". Masa ni memang meremang dengar vokal sif
u yang betul2 syahdu. Betul2 meragut perasaan bile dengar lagu ni "live". Penuh perasaan siap ada yang menitiskan airmata lagi.

"Lagu seterusnya merupakan lagu paling seksi bagi saya..lagu pasal sentuhan" dan "Sentuhan Listrikmu" kembali menghangatkan suasana IB yang sememangnya telah hangat dari awal persembahan. "Juwira...Citra Terindah" pula mengisi persembahan seterusnya. Memang best penonton kembali hyper menari2 & menyanyi setiap bait2 lirik yang sungguh poppish.



Dan unt
uk menutup persembahan konsert Alam ni "KepadaMu Kekasih" diperdengarkan dengan penuh penghayatan yang mendalam. Dengan diiringi keyboard & seruling tiupan Mohar yang sungguh asyik serta pencahayaan yang menambahkan lagi mood lagu sememangnya encore yang paling meninggalkan kesan pada aku & penonton amnya. Tersangatlah menyentap jiwa raga ini.

Dan persembahan pun berakhir dengan tepukan yang paling gemuruh dari penonton. Tak dapat aku gambarkan seorang anak melayu yang begitu kental semangatnya memperjuangkan muzik melayu hingga ke tahap tertinggi.
Tahniah buat M.Nasir. Konsert yang pada aku tidak dapat digambarkan nilainya dengan kata2.Priceless!!

Keseluruhannya dari segi sound memang world class. Dengan acoustic value Panggung Sari yang memang terbaik disamping lighting yang menarik berjaya menambahkan lagi mood lagu dan persembahan menjadi lebih menarik, lebih "mistik". Cuma kerusi di dewan membataskan pergerakan penonton untuk menari & berdansa.



Antara khazanah yang sempat aku beli masa kat konsert tuari. Mug & mousepad & buku potret M.Nasir yang telah diauthograph oleh sifu sendiri semasa sesi authorgraph selepas tamat konsert. Paling best Sifu terkejut apabila aku hulurkan LP album kedua beliau "Dia Ibuku" duet bersama Yunizar Hussein. "Amboi album ni pon ada lagi yer...terasa malu pulak bila tengok gambar ni..muda sangat hahaha" sifu senyum jer.

Trivia :

-sebelum masuk ke dewan aku sempat berbual2 ngan Ramli Sarip & katanya ada sesuatu dari Sweet Charity untuk peminat tahun ini.
-pertama kalinya aku bertentang mana dengan Siti Nurhaliza hehehehe ada respon :P
-nampak jugak kelibat Hattan, Halil Chik, Aziz Bakar & Dato Rahman Hassan.

Sekian, terima kasih.

23 comments:

Saudagar Mimpi said...

Wow! syok baca review hang. Ni baru betul2 fan. Angkut LP untuk autograph...heheheehe.

amer zaman said...

wow...
saya juga sama..
tapi upper circle...
meriah..takder vip..
tak segan berjoget...

-salam kenal

berteromber said...

konsert kat IB ni kena duduk eh?..kurang feel la tgk konsert duduk..

tapi respek ahh M.Nasir ni..dah tua2 masih power...

deaf-angel said...

aku curious la..
apa yang 'ada respon'? mak e.t ke?


aku dah baca review ko, aku dah baca review lagakepala.blogspot si zan tu, lepas ni nak baca si saudagar mimpi lak haha

matakucing said...

SM,
haha kalau nak ikutkan nak bawak skali LP kembara..tp tak jumpa..salah letak.

amer zaman,
selamat datang.

berteromber,
nak wat cam ner..tp layan oooo

deaf,
mak e.t? hahaha

zan said...

Ada terbaca pasal SC mau bikin tour tahun ni. Bulan 5 kalau tak silap. Search pun mau bikin farewell tour...huhu

Apsal masa malam aku pergi takde orang jerit encore? Damn! Kalau jerit mesti ada lagu Hijab Kekasih & Sentuhan Listrikmu kan? Dah la aku 2 kali kena suluh dengan laser pasal keluar phone padahal aku nak taip setlist jer..takut lupa..huhuu

Review ko memang best. Aku ingat Aziz Bakar datang tiap2 malam la pasal aku pun ada terserempak ngan dia kat surau masa malam 1st..

matakucing said...

zan,
cam tu lah nampaknya masa borak2 ngan Ramli Sarip memang dia mengesahkan mungkin dalam bulan 6. Search farewell tour ributttt!

tp malam last memang berbaloi..M.nasir & musician semua all out..start set 3 semua crowd dah hyper..memang ributt.

Aku said...

terima kasih bro, ni suatu reviu yang mengujakan wa bro ... serius ... rasa macam wa plak ada dalam panggung IB tuh ...

Anonymous said...

..dah baca reviu kau..
Best..

starting dia macam yang aku pegi ari Khamis tu..

tapi setlist ade tukar2 sikit lah..
aku paling geram bila dorang main starting Di blaik Cermin tu..

Nan punya gitar...fuh !!!
dengan kluar dari bawah stage..feh !!!!

eh..souvenir ade eh eh ?
rugi ah tak bawak Kembara LP ..arghhhhhhhhhhhh

matakucing said...

ozzy
yelah starting cermin mimpi tu paling kvlt..& ending kepadaMu kekasih..fuhhh

tulah lu rugi tak dtg..kalau tak dapat sign LP tu..gua punya LP byk org amik gambar masa sign tu har har har.

eh tshirt gua dah pre-order nnt apa2 luncai emas tepon

Pyanhabib said...

waw, panjangnya reviu. bagus.

matakucing said...

brader pyan,
kadang2 bila dah start menulis susah nak brenti. Jon turun coliseum 28/3 ni.

Anonymous said...

Closing - Kepadamu Kekasih ??????
D.A.M.N !!!!!

Aku tengok closing - Apokalips..
alih2..
stage sume turun bawah siyoll slow2 ..

Feh !!!!!!

Aha..tu LP kalau bawak pey sign memang ributtttttt....

M.Nasir pun tak simpan tu..
haha

matakucing said...

geng metal,
masih tersa hingga kini

matakucing said...

ozzy
memang 1st nite tak de encore, 2nd nite encore last juwita..

percaturan aku tepat ambik tiket mlm last sebab M.nasir & gang ALL OUT!!!!
lepas geram abis..crowd pon hyper siot.

Anonymous said...

haha !!!!!!!!
slalu malam last memang BEST !!!!!!!!!!

p/s nanti t-shirt M.Nasir dah siap kasi ROGER !!!!!!

Anonymous said...

mlm ke 3 ada kpdmu kekasih, best gilerr!

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

best review konsert Sifoo ni..
tak jumpa pulak kita ya last day tu..
ya la cmne nk jumpa..tak kenal..haha
takpe next le kenal kenal..
kami semua reunion hari tu balik dari KSMN

konsert memang superb!
cuma lagu impian kalbu,gemala hati ku RINDU tidak ada..
huhuhuhuhuhuh

matakucing said...

anonymous,
semesti nya giler best.

norhaidatul,
oh buat reunion KSMN..ermm mesti best
sy tak join lagi KSMN ;P
konsert bukan superb..tp giler superb!!

eddie dewanaga said...

lu sempat main mata dgn siti..?

adoi... jeles tak keruan jiwa gua!!!

hehehe...

matakucing said...

eddie,
masih terbayang2 senyumannya..hahahaha apa aje la gua ni

yaqin said...

bro xde dengar diaorg nak release DVD ke

matakucing said...

yaqin,
tak pasti la..tu kene tanyer ali bakar & sifu la cam ner