Tuesday, March 17, 2009

Rebat tunai??.. Alhamdulillah

Semalam pergi pejabat pos kat KLIA nak bayar duit roadtax kereta. Yelah dah mati dah roadtax tu seminggu hahaha ye lah mana taknya tak perasan sebab dah seminggu tak jalan kereta tu. Kan dulu aku ada cerita kereta tu problem. Time tengah bayar tu tiba2 akak POS tu tanya:"nak claim duit rebat sekali ker??" dalam hati aku duit rebat pebenda tu.

Aku pon cam blur jer hahaha terpinga2 kejap. Pastu aku terpandang poster pasal rebat tu. Ohh rebat untuk kenderaan dari April 2008 sampai bulan 3 2009 rupanya. Aku pon ngan excited screamer nye berkata "NAK..NAK..NAK!!". Akak POS tu pulak tercengang tengok aku hehehe. Awek kat belakang aku pon terkejut.

"Kalau nak claim sekali isi borang ni..bak IC" kata akak POS tu. Aku dengan pantasnya mengisi borang rebat tu. Alhamdulillah tak sampai 5 minit dapat la rebat cash. So dapatlah aku guna duit tu repair kereta yang dah lama tersadai. . Lepas ni nak claim rebat untuk roadtax motor pulak. Alhamdulillah doaku dimakbulkan & Allah dah tunjukkan jalan.

Sesungguhnya Allah itu maha menyayangi hamba2-Nya.

6 comments:

deaf_angel said...

rezeki Allah tu kadang2 muncul dari tempat yang kita tak sangka.
hapi for you.

berteromber said...

renew kat pejabat pos dapat on the spot...dulu aku renew kat jpj..kena tunggu seminggu..semangat aku beratur panjang ingat nak dapat duit...sekali hampeh...siap kena sound lagi ngan kerani pejabat pos tu..abang tak baca surat kat notice board tu ker...adeh..

muor76 said...

Allah akan membantu manusia yang setiase bersabor dan tak lupe pade Nya

eddie dewanaga said...

hehehe... kita orang kawan2 tumpang gembira bro... setiap prob mesti ada jln... yg penting kita minta dari Yg Maha Kaya...

eiza in the house.. said...

ha..baru nak habaq ngan bro pasal rebat nie..bro dah buat n3 lak..aisey lmbt la za nak ckp..tp dah dpt syukur alhamdulilah leh buat betulkan kete..kan?

matakucing said...

eiza,
thanks..alhamdulillah kereta dh sihat :)