Tuesday, March 31, 2009

Bila Kucing Bertemu Tikus

Sabtu lepas 28/03/09 gua telah pergi menonton tayangan filem "Kembara Seniman Jalanan" (KSJ) di Panggung Coliseum, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL. Gua keluar rumah pukul 9.30am. Sampai stesen komuter Klang gua amik train dari sana. Masa gua tengah beratur beli tiket gua dah terlepas 1 train so kene lah tunggu train lagi satu.

Tunggu punya tunggu next train pulak delay sebab ada masalah teknikal. Ermmm dekat 30 minit gak tunggu. Masa dalam perjalanan pon ada problem gak, adoiii. Gua turun kat stesen KL dah pukul 12.00pm. Sepantas kucing gua berjalan laju menuju ker Coliseum. Adalah dalam 15 minit jalan kaki laju. Masuk2 jer dah sampai part Bujang lepak kat rumah Osman Tikus.

Memang rasa lain sekali apabila menonton wayang kat panggung wayang oldskool ni. Very the nostalgia la teringat masa kecik2 dulu gi tengok wayang dengan mak & abah gua. Siap beli kacang putih baru mau masuk pawagam. Bila tengok KSJ ni seolah2 gua berada pada tahun 1980-an la. Dengan mengadap skrin besar, "vibe" panggung wayang oldskool tu tak berubah.

Gua tak pasti samada tayangan filem KSJ ni gunakan format reel filem asal atau format DVD. Cuma yang gua perasan ada berbeza daripada daripada versi DVD yang gua ada kat umah. Ada beberapa scene yang gua rasa tak de kat DVD kat umah dengan tayangan kat panggung tuari. Tiada scene yang dipotong semasa tayangan tuari. Lepas tayangan selesai sesi bertemu pelakon & tandatangan diadakan di luar pawagam.

Korang layan jer lah gambar2 kat bawah ni :



**gambar kredit to encik Nazari a.k.a Aliph

Sesi bergambar geng2 LRO bersama2
(dari kiri ) Nasir Jani, Imuda, Pyan Habib & Khatijah Ibrahim. Geng LRO (dari kiri ) Khys, MK & Ozzy. Selain tu geng2 lain (tiada dalam gambar) Aliph, Zan & Madi.




**gambar kredit kepada Ozzy

Pengarah KSJ, Nasir Jani ditemu ramah oleh seorang blogger tentang filem KSJ. Ermm dah lain sangat nasir Jani eh tapi jiwa tetap cam dulu gak.






**gambar kredit kepada Ozzy

Semasa sesi tandatangan poster, Dato Khaty tetap maintain eh, "Osman Tikus" makin berisi, Imuda tetap best & Nasir Jani yang lebih "tenang" pada hari tu.



Inilah poster yang ditandatangai oleh ke empat2 bintang KSJ. Cuma M.nasir jer tak muncul mungkin tak diberitahu atau mungkin lambat diberitahu tentang tayangan KSJ. Tapi poster tu sempoi sangat lah andai di print cam poster asal pasti lagi gempak rasanya.



**gambar kredit kepada Ozzy

Akhiryan "si kucing" dapat bertemu bersalam, bergambar bersama "si tikus". Namun "si kucing" menjadi malu2 kucing pabila bertemu dengan "si tikus" yang memang tak ubah gelagatnya seperti dulu. Tak lekang dengan senyuman. Namun memandangkan "si tikus" ramai peminat, si kucing hanya melihat "si tikus" dari jauh saja. Itu pon sudah cukup menggembirakan hati "si kucing" kerana akhirnya dapat bertemu jua dengan seseorang amat istimewa, Pyan Habib.

13 comments:

deaf-angel said...

mata kucing, great report.
wahhh enjoy korang eh.

teruk jugak eh ko naik public transport nak sampai coliseum.
ni yang kat sogo/pertama complex depan apa lagi satu complex tu tempat rock2 tu?

berteromber said...

bertuah la lu dapat jumpa dorang...

kenangan wa pasal KSJ ni dulu nengok semata2 pasal Search dan Balada Pemuzik Jalanannya..hehe

hf said...

memang best dapat tengok balik KSJ ni dalam versi wayang..

yang menariknya..

KSJ ni banyak story kat area KL..macam Dataran,Bank Negara..etc..

& tempat2 tu semua berdekatan ngan tempat menonton ni..

jadi,
memang extra touching bila dapat tengok movie ni dekat ngan tempat pembikinannya.
RARE !!!!!!

Osman Tikus memang RARE !!!!!
Lepak n Rileksss...

"kita mesti terus HIDOP"

Saudagar Mimpi said...

Fuh! Jeles gua. Kalau la dekat mau jugak joint.
Setuju! Andai poster tu diprint spt yg asal aku pun nak satu.

eddie dewanaga said...

untuk matakucing..
bro, baju 'blackout' yg garing..!!

untuk ozzy,
t-shirt search langit dan bumi...???
nice job bro...!!!
nostalgia!!

hf said...

bro dewanaga,

saje pakai ts Langit & Bumi..
pasal KSJ rilis pun tahun 86 !!!!!!

Feel tu ade wooo..haha

matakucing said...

deaf,
best ooooo...tp tu la gua ingat nak sampai cepat boleh ronda2 dayabumi, tp train pulak spoil...lg 1 tempat tu campbell comlex.

berteromber,
Best eh time panggung anniversarry tu..
Search ttp best.

hf,
tuari gua ronda2 campbell aje la..tak sempat nak lepak dayabumi, terowong dpn dataran tu.

matakucing said...

SM,
poster tu pon sebat jer la..bikin kenangan..tp cuma poster kecik tu ada lagi la..lu nak ker?

eddie,
blackout album pon garing beb.

ozzy,
ambik semangat 86 hahaha

gengmetal said...

aik cerita ni ada balik? ishh tak tau ponnn ... hehhee

Pyanhabib said...

dari klang datang tengok KSJ? jauh tu. terima kasih. m nasir tak dapat join, ada kerja katanya. salam buat kawan-kawan.

Azyze said...

Salam,
saja jenguk ke sini untuk lihat rebiu blogger lain :)

sayang kan crowd yang datang tak sampai separuh panggung. Saya rasa lebih canggung kerana penonton wanita alahai, sekerat (itupun banyak makcik2). Apa rare kah perempuan semacam & seusia saya yang layan cerita sebegini?

anyway, good review. terus hidup, bro :)

matakucing said...

geng metal,
ishhh rugi tak tau hahah

brader pyan,
tak jauh mana Klang tu, ada member yang pakai tshirt sweet charity tu lagi jauh dari kedah semata nak tengok KSJ & lu.. salam utk jebat.

Azyze,
yea sikit benar yg datang,,mungkin tak tau atau tak ambik tau. terima kasih sudi singgah sini.

Anonymous said...

eii..jeles! dpt jumpa pak pyan