Friday, May 29, 2009

Alexander bukan Zulkarnain

Adakah Alexander The Great itu Iskandar Zulkarnain? sama? tidak?. TIDAK, Alexander The Great bukan Iskandar Zulkarnain!!. Tapi masih ramai yang keliru. Betul tak?? sejak akhir2 ni aku berminat dengan dua nama ini & kisah Ya'juj & Ma'juj/Gog & Mogog. Nanti aku cerita yer (belum abis baca lagi).

Thursday, May 28, 2009

Stayback lagiiiii

Minggu ni kena stay back pulak...adoiiii haiiii rosak program untuk menurunkan berat badan gua yang semakin montel ini disamping perut yang memboroi itu.

Monday, May 25, 2009

Lefthanded & kawan-kawan



Tahun ni musim konsert so sapa2 yang berduit lebih tu bolehlah tengok konsert Lefthanded & kawan2. Konsert dibahagikan kepada 2 sesi, petang & malam dimana petang terdiri daripada band2 independent terhangat & malam pula giliran Lefthanded & otai2 rock lain termasuk Shima!!!. Klik flyers untuk keterangan lanjut.

Saturday, May 23, 2009

Cinta Pandang Pertama?

Korang percaya tak denga teori "cinta pandang pertama" ??? korang pernah rasa?? sharing2 ler..ermm ntah la knapa lak ngan aku sejak akhir2 ni hahaha

Ternyata - Estrella

Ku lihat dia pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman, Liriknya

Ku ingin dia, saat pertama
Berjumpa, dengannya
Membuat ku gelisah

c/o
Waktu berlalu hari demi hari
Hati ku dambakannya
Untuk bercinta lagi


Thursday, May 21, 2009

aku perlukan ruang

aku perlukan ruang untuk menyatakan apa yang aku rasa..aku perlukan ruang untuk meluahkan apa yang terpendam..aku perlukan ruang untuk menantikan saat yang sesuai..aku perlukan ruang untuk bernafas dengan tenang..aku perlukan ruang untuk berlari menuju ke puncak.. jadi janganlah terburu2 kerana aku tahu apa yang aku lakukan.

Wednesday, May 20, 2009

mata lebih lentik?



Tengah tak de kerja google2 jumpa plak ni hehehe
Mata kucing dah ada maskara tau

**apa punya entry la ni

Monday, May 18, 2009

Kupu-kupu malam

Sabtu aritu aku berkesempatan menyaksikan konsert Search di Awan Biru di Jengka, Pahang. Ngeh2 dengan tiada apa2 planing aku terjebak untuk ke Jengka buat pertama kalinya. Namun ianya adalah kebetulan kerana atas permintaan last minit seorang rakan untuk menghantarnya ke Jengka atas urusan perkahwinan adiknya. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air", aku dengan senang hatinya berkata "OK" tanpa banyak cerita walaupon kawan aku itu perpinga2 sambil menghembus nafas lega setelah pening kepala mencari 1 lagi tunggangan untuk mencukupkan korum ke Jengka.

Ni setlist konsert Search di Awan Biru di Stadium Mini Jengka, Pahang.

Overtune
1. Paranoid
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Hillary Solo
11. Fenomena
12. Bencana
3. Yazid Solo
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
18. Pawana

Setlist tak berbeza ngan JB nya show. So takde apa nak review sangat cuma nak highlight jer beberapa perkara :
  • Amy banyak kantoi malam tu, lupa lirik masa start lagu Paranoid & lagu potong stim-Laila Namamu Teratas (tak dengar monitor??) & beberapa lagu lagi.
  • Bunyi gitar akustik Din Mayat lebih menonjol berbanding di JB.
  • Gitar Din Mayat putus lagi (ketika solo Langit & Bumi).
  • Diari Habil & Qabil lebih baik dari JB nya show.
  • Kawasan stadium & stage dikerumuni oleh beribu2 rama2 yang terpesona dengan lampu2 di stage.
  • Joe Wings & team datang memberi sokongan & Amy announce selepas berakhirnya tour Di Awan Biru, Wings pula akan start tour seluruh Malaysia.
  • Lighting & Sound tetap best merebak keseluruh pelusuk sudut. Aku berdiri di kiri,kanan, depan & belakang.
  • Tapak konsert bukan seperti yang aku jangkakan. Ianya adalah kawasan padang bola sepak yang dipagari dengan kanvas berselahan tapak pasar malam pekan Jengka. Sambil pergi pasar malam sambil tengok konsert sekali.
  • Tiada ENCORE!!! lepas Pawana yang gilang gemilang, crowds terus bertebaran pulang. Ermmm apadaaaa.
  • Gadis2 Celcom X-pax & Celcom Blue yang ranum hehehe ooppppsss.
Tu aje lah lelain takde apa. Sekian terima kasih. Nak tengok gambar2 klik sini .

Saturday, May 16, 2009

yahoooo

Sukanya & betapa riang gembiranya aku hari ini .....*text missing*

Friday, May 15, 2009

Hey You

2,3 hari ni mood aku mellow skit. Ntah kenapa ntah hehehe & 2,3 hari ni jugak aku layan Pink Floyd especially lagu Hey You ni. Lagu ni dipetik dari album The Wall 1979 antara lagu rock klasik all the time. Album ni juga telah di filemkan dengan menggunakan tajuk yang sama juga, The Wall. So layan la yer. Pada sapa2 yang baru nak kenal Pink Flyod boleh layan lagu pengenalan ni dulu ok. Untuk lebih detail klik sini

Hey You
Hey you, out there in the cold
Getting lonely, getting old
Can you feel me?
Hey you, standing in the aisles
With itchy feet and fading smiles
Can you feel me?
Hey you, dont help them to bury the light
Dont give in without a fight.

Hey you, out there on your own
Sitting naked by the phone
Would you touch me?
Hey you, with you ear against the wall
Waiting for someone to call out
Would you touch me?
Hey you, would you help me to carry the stone?
Open your heart, Im coming home.

But it was only fantasy.
The wall was too high,
As you can see.
No matter how he tried,
He could not break free.
And the worm ate into his brain.

Hey you, standing in the road
Always doing what youre told,
Can you help me?
Hey you, out there beyond the wall,
Breaking bottles in the hall,
Can you help me?
Hey you, dont tell me theres no hope at all
Together we stand, divided we fall.

[click of tv being turned on]
Well, only got an hour of daylight left. better get started
Isnt it unsafe to travel at night?
Itll be a lot less safe to stay here. youre fathers gunna pick up our trail before long
Can loca ride?
Yeah, I can ride... magaret, time to go! maigret, thank you for everything
Goodbye chenga
Goodbye miss ...
Ill be back



ni versi original footage



yang versi live "
Is There Anybody Out There? The Wall Live 1980-81 tour"
aku suka masa minit start 4:02, rupanya dorang perfomed belakang dinding

Tuesday, May 12, 2009

Sireh Pulang Ke Ganggang

Hehe aku baru terhegeh2 nak review konsert Search Di Awan Biru kat JB Sabtu lepas. Apapon aku review secara ringkas jer la eh sebab deaf & berteromber dah review in dtls aku cuma kasi nasik tambah jer. Orait kita mulakan review ni.

Overtune
1. Paranoid

2. Balada Pemuzik Jalanan

3. Setelah Hujan

Konsert start pukul 9.20pm dengan intro helikopter seolah2 nak mendarat. Real beb bunyi dia cam atas kepala aku jer lalu helikopter tu. Skrin kat belakang tayangkan album2 Search dari 1st Cinta Buatan Malaysia sampailah yang terbaru kompilasi 25th. Kira cam time line la siap bunyi jam tik tok tik tok. Masuk intro jer dah tau Paranoid jadi opening untuk set kat JB. Crowd pon menggila sebab memang jarang lagu ni dipersembahkan live. Memang happening crowd pon singalong ajer.

Masuk pulak Balada Pemuzik Jalanan. Adrenalin crowd bertambah ruang moshpit menjadi huru hara. Din Mayat yang beraksi dengan Jacksonnya tanpa segan silu melibaskan rambutnya, John pon sama melibaskan rambut rebondingnya. Kemudian aksi bertukar2 solo terjadi antara Din Mayat & John. Fuhhh gempak! Abis lagu bunyi guruh menandakan hari nak hujan. Tapi jangan risau indoor stadium kalau hujan pon takde hal.

Setelah Hujan menjadi hidangan untuk crowd. Singalong lagi beramai2 tanpa segan silu termasuklah mamat kat sebelah aku yang menyanyi dengan penuh perasaan. Fuhh cayalah brader tapi gua terpaksa ketepi sikit sebab mulut dia bau petai :p


4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi

6. Pelesit Kota

7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu


Kemudian lagu "potong stim" pulak dipersembahkan Laila Namamu Teratas. Aku tak suka lagu ni sebab mellow sangat la. Menjunam graf adrenalin aku yang telah hyper tadi. Aku tunggu jer bila lagu ni nak abis. Ni jam Din Mayat tukar gitar akustik.

Abis jer Langit dan Bumi mengambil tempat & secara tiba graf adrenalin aku mencanak naik. Din Mayat kembali mengganas. Time ni dia pakai Fernandes merah kot. Nasir tetap cool ngan Gibson Explorernya semua ketiga2 gitaris berkumpul di satu sudut pentas memang cun lah. Lepas tu sambung pulak Pelesit Kota. Terlompat2 brader sebelah aku. Suka hati betul aku tengok brader tu. Lagu favourite dia barangkali.

Medley 3G (Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu) dialunkan khas untuk crowd. Nilah first time aku dengar Gadis Misteri live, setlist yang rare pada aku. Dah berapa lama lagu ni tak bawak live eh. Ermm crowd tak de masalah nak singalong bersama2 juga lagu Gadisku. Namun bila lagu Gadis Ayu berkumandang singalong jadi slow skit. Aikk ramai yang tak tau ker lagu ni. Siap ada cakap lagu baru Search. Tapi Gadis Ayu memang best keyboard dia dah macam lagu Jump Van Halen.


8. Diari Habil & Qabil

9. Gothik Malam Edan

10. Hillary Solo

11. Fenomena

12. Bencana


Diari Habil & Qabil first time tengok versi John. Takde kelainan sangat cuma masa lagu ni agak kelam kabut sikit sebab Amy salah masuk key masa memula nyanyi & Amy asyik lupa lirik. Kalau lagu ni memang apa aku perhatikan Amy cuma ulang2 verse memula aje. Solo John agak kasar & tersendiri. Kemudian sambung pulak Gothik Malam Edan versi panjang sama cam versi Planet Hollywood.

Kemudian tiba giliran John beraksi solo. Dengan reputasi sebagai antara gitaris terbaik Malaysia, beliau mempamerkan skill solo yang sungguh mengasyikkan sebelum lagu Fenomena berkumandang. Suara crowd mula bergema semula diruang stadium. Diikuti Bencana yang membangkitkan keterujaan untuk rockin bersama2 lagenda rock, Search.


13. Yazid Solo

14. Isi Atau Kulit

15. Isabella

16. Fantasia Bulan Madu

17. Melastik Ke Bintang
18. Pawana


Kini tiba giliran Abang mempamerkan kehandalannya. Memang best tengok Abang beraksi. Tapi kalau Abang bawak sekali wisel pasti best cam konsert Kesyukuran 89 dulu. Memang padu beb. Terus sambung drum beat Isi Atau Kulit memang lagu wajib ni kalau tak ada tak sah.

Ni Jam Din Mayat solo tapi masa solo kat tengah2 lagu gitar Jackson putus tali pulak so tukar pakai V & Din Mayat membelasah V dengan solo yang bergulung tapi bila pakai V sound dia tak keluar sangat la. Aura Isabella tak pernah padam highlight mestilah solo John. Ermm gaya tersendiri walaupon tak selembut Kid. Takpe takde hal ada kelainan barulah best.

Fantasia Bulan Madu didendangkan dengan arrangement muzik yang segar. Ni Jam John memang pukul abis la, solo dia fuhh feeling beb cam nak menangis aku rasa. Seret lagu ni weii hahah Melastik ke Bintang & Pawana dihidangkan sebagai penutup. Crowd still hyper walaupon diam tak diam dah dekat 2 jam. Crowd memang sporting senantiasa singalong bersama2 Amy sampai suara Amy tenggelam.


Encore

19. Medley - Mat Rock & Pasti


Setelah crowd menjerit mahukan lagi, encore dipersembahkan dengan medley Mat Rock & Pasti. Sebelum tu sementara menunggu Din Mayat tukar gitar John memainkan riff2 blues & keroncong. Yearghhh Mat Rock play at JB. Finally aku dapat jugak tengok Mat Rock live walaupon tak complete sebab sambungan Pasti. Tapi yang pasti encore yang betul memorable siot.


Kesimpulannya show yang betul2 grand & terbaik dari pelbagai aspek sound, lighting, gimik etc. Very loud beb crowd yang sporting & menggila sebab tu aku turun JB nya show sebab memang lain macam sambutan dia. Hahaha kira cam family day. Walaupon show ni gempak tapi aku tak berapa excited sebab :


-Aku sampai JB pukul 2.00am terus gi tengok booth kat stadium (booth DuniaSearch-DNS). Masuk dalam stadium jap tengok stage & ternampak setlist kat tempat sound engineer. So dah tau apa setlist untuk malam tu (dah tak surprised dah :( ).Kol 4.00am balik tido kat umah penginapan.

-08.30 am dah gerak gi stadium nak setup booth DNS sampai 12.00pm. Siap setup still kat stadium lagi sampailah ke malam. Start konsert aku dah "flat" giler hahaha sampai lagu "potong stim" tu aku dah tak larat & hanya part encore jer aku cargas sikit.


Apapon aku target nak turun Kota Bharu & Kangar selain KL. Sekian saja la review ringkas aku.

**gambar tak de hehe

Thursday, May 7, 2009

Laju buaiku lajuuuuu

Ok aku dah ok skit..demam dah reda. Alhamdulillah anyway sepanjang aku demam ni aku gi keje naik keta. Nak naik motor tak larat oi. So dalam seminggu aku naik keta ni aku terpikir sejenak memerhati keadaan persekitaran & ragam manusia.

Apa yang aku perhatikan kenapa orang semua rushing? terkejar2? ermmm apa yang dikejarkan? Aku bawak kereta rileks jer 60 km/h je paling laju.. hehehe. Mungkin ada sebab musababnya? Nak kejar punch card? aku pon masuk kerja 08.30 am gak boleh jer aku punch card sebelum pukul 8.30am dgn kelajuan 60 km/h.

Ermm aku terpikir sepanjang perjalanan. Adakah kerana kereta2 mereka itu power? oh mungkin sudah pasti nak test power? kalau kereta mereka power apasal kat trafik light seterusnya aku boleh bersama2 mereka berhenti di lampu merah. Ishh kereta mereka tak power la cam tu. Kalau power aku tak jumpa mereka di trafik light yang sama.

Begitu juga keadaannya semasa pulang kerja. Mereka semua berlumba2 untuk ke destinasi masing2 pon dalam keadaan terkejar2. Kadang2 aku tengok hingga membahayakan nyawa sendiri & pengguna jalan raya yang lain. Harapan aku mereka tiba ke destinasi dengan selamat.

Tapi persoalannya apakah yang mereka kejar2kan?

Monday, May 4, 2009

Aku tak sihat

Assalamualaikum w.b.t

Sejak akhir2 ni aku tak sihat..rentetan dari sindrom mengatuk meleret ker demam & selesema. Tp tak le sampai kena selesema babi tu. Ok lagi. Mungkin sebab cuaca dunia yang tak menentu..kejap panas giler..kejap ujan lebat giler..lama2 aku naik giler..ermmm ntah la aku rasa badan aku ni dah lemau siot..senang jer kene penyakit. Tapi memang aku rasa sepanjang minggu lepas cuaca teramat panas. Oh berpinau2 mata aku bila buat clearence kargo. korang tak rasa ke cam aku rasa??

Sekian.