Tuesday, March 31, 2009

Bila Kucing Bertemu Tikus

Sabtu lepas 28/03/09 gua telah pergi menonton tayangan filem "Kembara Seniman Jalanan" (KSJ) di Panggung Coliseum, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL. Gua keluar rumah pukul 9.30am. Sampai stesen komuter Klang gua amik train dari sana. Masa gua tengah beratur beli tiket gua dah terlepas 1 train so kene lah tunggu train lagi satu.

Tunggu punya tunggu next train pulak delay sebab ada masalah teknikal. Ermmm dekat 30 minit gak tunggu. Masa dalam perjalanan pon ada problem gak, adoiii. Gua turun kat stesen KL dah pukul 12.00pm. Sepantas kucing gua berjalan laju menuju ker Coliseum. Adalah dalam 15 minit jalan kaki laju. Masuk2 jer dah sampai part Bujang lepak kat rumah Osman Tikus.

Memang rasa lain sekali apabila menonton wayang kat panggung wayang oldskool ni. Very the nostalgia la teringat masa kecik2 dulu gi tengok wayang dengan mak & abah gua. Siap beli kacang putih baru mau masuk pawagam. Bila tengok KSJ ni seolah2 gua berada pada tahun 1980-an la. Dengan mengadap skrin besar, "vibe" panggung wayang oldskool tu tak berubah.

Gua tak pasti samada tayangan filem KSJ ni gunakan format reel filem asal atau format DVD. Cuma yang gua perasan ada berbeza daripada daripada versi DVD yang gua ada kat umah. Ada beberapa scene yang gua rasa tak de kat DVD kat umah dengan tayangan kat panggung tuari. Tiada scene yang dipotong semasa tayangan tuari. Lepas tayangan selesai sesi bertemu pelakon & tandatangan diadakan di luar pawagam.

Korang layan jer lah gambar2 kat bawah ni :



**gambar kredit to encik Nazari a.k.a Aliph

Sesi bergambar geng2 LRO bersama2
(dari kiri ) Nasir Jani, Imuda, Pyan Habib & Khatijah Ibrahim. Geng LRO (dari kiri ) Khys, MK & Ozzy. Selain tu geng2 lain (tiada dalam gambar) Aliph, Zan & Madi.




**gambar kredit kepada Ozzy

Pengarah KSJ, Nasir Jani ditemu ramah oleh seorang blogger tentang filem KSJ. Ermm dah lain sangat nasir Jani eh tapi jiwa tetap cam dulu gak.






**gambar kredit kepada Ozzy

Semasa sesi tandatangan poster, Dato Khaty tetap maintain eh, "Osman Tikus" makin berisi, Imuda tetap best & Nasir Jani yang lebih "tenang" pada hari tu.



Inilah poster yang ditandatangai oleh ke empat2 bintang KSJ. Cuma M.nasir jer tak muncul mungkin tak diberitahu atau mungkin lambat diberitahu tentang tayangan KSJ. Tapi poster tu sempoi sangat lah andai di print cam poster asal pasti lagi gempak rasanya.



**gambar kredit kepada Ozzy

Akhiryan "si kucing" dapat bertemu bersalam, bergambar bersama "si tikus". Namun "si kucing" menjadi malu2 kucing pabila bertemu dengan "si tikus" yang memang tak ubah gelagatnya seperti dulu. Tak lekang dengan senyuman. Namun memandangkan "si tikus" ramai peminat, si kucing hanya melihat "si tikus" dari jauh saja. Itu pon sudah cukup menggembirakan hati "si kucing" kerana akhirnya dapat bertemu jua dengan seseorang amat istimewa, Pyan Habib.

Tuesday, March 24, 2009

Nyamuk..jangan gigit saya



Jom tengok wayang filem lama ni, Kembara Seniman Jalanan(KSJ) kat panggung wayang. Mesti nostalgik kan bila tengok filem melayu paling rebel & kult kat layar besar. So sebelum tengok filem ni kat layar besar apakata kita layan lagu2 dari OST KSJ ni dulu. Klik sini

**kalau nak dengar lu orang kene install RealPlayer.
**tajuk entri ni diambil dari grafiti kat kelambu Osman Tikus.
**flyers di cilok dari blog Pyan Habib
** masuk adalah PERCUMA

Monday, March 23, 2009

Sindrom M&G

Sejak akhir2 ni aku rasa cam letih2 jer..ntah la mungkin penat di pejabat or else. Walaupon penat tapi selera makan aku bertambah2. Kenapa yer. Bila tengok cermin badan aku semakin memboyak siot. Kene pulak bahagian segi bulat emas yang ada lubang pusat bumi (perut la tuuu) semakin membesar kehkehkeh. Kalau dulu pakai seluar tutup pusat bumi tapi sekarang kene bawah pusat bumi pulak :(

Tuari borak2 ngan kawan aku yang sekarang tengah study bidang kejururawatan rupa2nya ianya ialah kesan dari BERHENTI MEROKOK. Cam ner pulak jadi cam tu?? kawan aku tu pon terangkanlah dengan penuh kelembutan suara & gaya yang memikat ;P sebab terjadinya sindrom M&G ialah apabila seseorang itu berhenti merokok oksigen akan lebih banyak masuk kedalam badan sekali gus merangsang otak dengan mengeluarkan sejenis hormon (aku lupa namanya) yang apabila hormon itu bertindak balas ngan oksigen yang banyak ianya akan menyebabkan rasa LAPAR.

Dan apabila lapar secara automatik perut akan terangsang untuk diisi bagi mengeluarkan oksigen yang berlebihan didalam perut. Bila perut lapar mestilah kene MAKAN. Tu yang kena sindrom M&G (makan & gendut) asyik lapar jer. :))

Friday, March 20, 2009

Pelik ker?..

Minggu ni aku dah start jogging. Hehe dah lama tak jogging pancit siot. Kejap jer dah mengah. Tu tolak dah kurang isap rokok. Aku start jogging lepas Maghrib kat Taman Rakyat, Andalas Klang. Lama tak jogging situ. Tempat dah banyak berubah dah makin banyak kemudahan.

Dulu aku rajin jogging kat Taman Tasik S.alam yang sekitar masjid Alam Shah tu. Dulu jogging petang balik kerja (dulu kerja kat S.alam) je terus singgah sana. Best kat sana peaceful jer. Sambil jogging sambil cuci mata keh keh keh.

Ok masa aku jogging tu apsal orang heran tgk aku jogging time malam? siap ada yang perli "giler ker mamat tu jogging tengah malam" "kalau aku malu la jogging memalam cam dah tak de waktu lain" ek eleh pelik sangat ker jogging memalam. Aku sound balik ngan nada sinis "abis tu yang orang yang main bola sepak, terkejar2 bola malam2 kadang2 dalam hujan tu tak lak korang pelik"

"apa nak malu bukan buat maksiat pon..abis yang couple2 dating kat tasik tu..sorok2 selit2 kat tempat sunyi tu tak tau pulak malu..aparaaa". Aku berlalu dengan bersahaja, terkebil2 orang tu. Cittt apa nak pelik! aku punya suka la nak jogging bila dah memang malam jer aku ada masa.

Tuesday, March 17, 2009

Rebat tunai??.. Alhamdulillah

Semalam pergi pejabat pos kat KLIA nak bayar duit roadtax kereta. Yelah dah mati dah roadtax tu seminggu hahaha ye lah mana taknya tak perasan sebab dah seminggu tak jalan kereta tu. Kan dulu aku ada cerita kereta tu problem. Time tengah bayar tu tiba2 akak POS tu tanya:"nak claim duit rebat sekali ker??" dalam hati aku duit rebat pebenda tu.

Aku pon cam blur jer hahaha terpinga2 kejap. Pastu aku terpandang poster pasal rebat tu. Ohh rebat untuk kenderaan dari April 2008 sampai bulan 3 2009 rupanya. Aku pon ngan excited screamer nye berkata "NAK..NAK..NAK!!". Akak POS tu pulak tercengang tengok aku hehehe. Awek kat belakang aku pon terkejut.

"Kalau nak claim sekali isi borang ni..bak IC" kata akak POS tu. Aku dengan pantasnya mengisi borang rebat tu. Alhamdulillah tak sampai 5 minit dapat la rebat cash. So dapatlah aku guna duit tu repair kereta yang dah lama tersadai. . Lepas ni nak claim rebat untuk roadtax motor pulak. Alhamdulillah doaku dimakbulkan & Allah dah tunjukkan jalan.

Sesungguhnya Allah itu maha menyayangi hamba2-Nya.

Monday, March 16, 2009

Kerja oh kerja

Sekarang memang zaman kemelesetan kan..so kalau kita tengok banyak lah yang telah kehilangan perkerjaan. Cam aku yang kerja kat bahagian kargo ni dah nampak tanda2nya sejak Jun tahun lepas lagi. Dan sejak awal tahun ni keadaan jadi semakin parah. Banyak syarikat terpaksa mengecilkan operasi atau paling teruk menutup operasi. Bila dah cam tu offcourse pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan.

Dan ura2 syarikat tempat aku berkerja sekarang ni pon terkena jugak. Maybe dalam bulan 5 ni pihak syarikat terpaksa mengecilkan operasi & bahagian yang terkena tempiasnya department aku la. Ermm aku hanya buat tak tau jer sebab nak sedapkan hati. Andai aku kene "out" itulah dugaanNya. So sekarang kene lancarkan plan yang memang aku dah rancang sejak awal tahun.

Kene cari rumput yang lebih hijau la nampaknya ni.

Ikan Patin Bakar & Tempoyak

Semalam abang aku balik umah bawak la ikan patin sekor. Aku pon ok la sebab dia kata nak bakar jer ikan tu. Masa nak mulakan operasi membakar ikan tu aku gi umah kakak aku kat depan. Ermmm bestnya makan ikan patin bakar la hari ni. Ikan tu mak bakar dalam oven bungkus ngan aluminium foil tup2 bila makan time jer sekali bukak......

"Mak aiii rupanya2 ikan patin bakar bersama2 sos tempoyakkkkkkk...adoii arggghhhh" terus gua nak termuntah. Nampaknya aku kempunan la nak makan ikan patin tuuuu.

Tuesday, March 10, 2009

Iron Maiden at Ntv7

Semalam balik keje sempat jugak tengok berita pukul 8.00 pm. 7 edition di Ntv7 berita bahasa Inggeris for the first time ada citer pasal Iron Maiden kat free tv channel kat Malaysia. Tu pon dah dekat2 nak habis siaran.



Cerita pasal kecoh konsert kat Bogota, Columbia. Nak tengok berita tu klik sini .Start cerita kat part 3 (minit 4:05)

Monday, March 9, 2009

Duit..duit dimana kau duit

Situasi 1 :
Minggu lepas gi piknik ngan family kat Bagan Lalang, Sepang. Balik hujan lebat tapi keadaan cermin kereta kelabu, berkabus. Argghhh compressor aircond kereta sang Kancil aku rosak pulak dah. Adoi

Situasi 2 :
Dalam tengah driver kereta yang berkelabu & berkabur tu rasa roda mengilau2. Asal langgar lopak air sikit jer mula la tak stabil kereta. Check2 tayar belah kiri dah botak nampak benang & tayar belah kanan dah nampak dawai. Adoii.

Situasi 3 :
Bila nak membelok ke kanan jer ada bunyi "ktak..ktak..ktak". Aiseyy apahal lak ni. Check2 rupa2nya steering rod problem.Adoiii.

Situasi 4 :
Tengah basuh keta terpandang cermin depan. Road tax keta dah nak expired bulan ni. Adoiiii.

Duit road tax tu tak le masalah sebab memang dah saving tiap2 bulan. Cuma nak duit nak repair tu jer ler tak de pulak. Ishhh kene ikat perut la cam ni. "Makan loti looo".

Saturday, March 7, 2009

Kain Lap

Lama tak citer pasal t-shirt band eh..hehehe riak tshirtwi. Sejak akhir2 ni aku selalu jumpa tshirt2 band metal. Ni antara koleksi terbaru tshirt band yang aku dapat sepanjang meronda2 di kedai2 bundle & car boot sale.



Destruction - Mad Butcher

From Wikipedia, the free encyclopedia :
"Destruction are a German thrash metal band from Lörrach, in southern Germany. They are considered one of the "three kings" of the Teutonic thrash metal scene; the others being Kreator and Sodom. The band were originally named "Knight of Demon", changing their name in 1984."

Mad Butcher merupakan EP mereka yang direleaskan pada 1987.



Beneath The Massacre - Reign Of Terror

From Wikipedia, the free encyclopedia :
"Beneath the Massacre is a hardcore-influenced[1] brutal/technical death metal band from Montreal, Quebec, Canada. Their debut album, Evidence of Inequity, was released in 2005, under Galy Records."



Master

From Wikipedia, the free encyclopedia :
"Master is a death metal band formed in Chicago, USA in 1983 as the band Warcry fell apart. Shortly after however, the band was put on hold due to internal problems. Paul SpeckmannPossessed, Necrophagia, Death and Morbid Angel, however they are quite often overlooked. Paul Speckmann then formed the band Death Strike, which in 1985 he renamed to Master. Master is one of the earliest death metal bands along with bands such as such as Possessed, Necrophagia, Death and Morbid Angel, however they are quite often overlooked."



Hypocrisy - Penetralia

From Wikipedia, the free encyclopedia :
"Hypocrisy
is a death metal[4] band from Sweden. It was formed in 1990 in Ludvika, Sweden by Peter Tägtgren.Musically, the band's style has drifted from a traditional death metal sound on their early albums, to a more melodic death metal sound.[5][6] The lyrics in their early stages - written by original vocalist Masse Broberg - were anti-Christian and Satanic. However the band later chose to focus on lyrical themes such as the paranormal and extraterrestrial, which prompted Broberg out of the band (and to transfer his interests to black metal band Dark Funeral as Emperor Magus Caligula).
"

Penetralia merupakan album pertama mereka yang released pada 1992 di bawah label Nuclear Blast.

Tu jer..riaknyer keh keh keh

Wednesday, March 4, 2009

Review : Konsert Alam Muzik M.Nasir

Apalagi mahu diperkatakan tentang kehebatan konsert Alam Muzik M.Nasir di Istana Budaya tempohari. Sepanjang 3 hari berturut2 dengan jualan tiket yang sold out. Aku masih lagi teringat2 & merasai bahangnya walaupon sudah 3 hari konsert itu berlalu. Aku cuma dapat beli tiket untuk show terakhir jer 01-03-09.

Tiket berharga RM150 Grand Circle (G02) sebaris dengan VVIP hehehe merupakan tiket konsert paling mahal pernah aku beli. Walaupon terpaksa ikat perut namun untuk tidak melepaskan peluang konsert yang sudah aku intai sejak pertama kali diwar2kan pada Oktober tahun lalu amat lah berbaloi.
Aku pergi Istana Budaya (IB) naik jentera pemusnah aku paling setia, seketul motorsikal yer bukan motorbot mahupon motokar.

Tapi sebelum pergi tu hati tak sedap pulak sebab tengok awan dah mendung. Gelap giler kang mau2 dekat tengah jalan hujan turun pulak isshhh nak naik train komuter balik kompom kene naik teksi lintah darat cekik darah. Namun aku gagahkan jugak memecut jentera pemusnah aku & meredah hujan gerimis & sekali-sekala berteduh bawah j
ambatan untuk mengelak hujan yang kadang2 lebat.

Aku sampai IB dalam pukul 8.00 malam. Dari jauh dah dengar keriuhan peminat2 berkumpul di pintu utama IB. Ada yang terjumpa kawan lama, pakwe tak jadi, bekas makwe yang dah beranak pinak, ada yang sedang memberi tunjuk arah pada kawan yang tersesat isshhh macam2 la riuh sungguh hehehe. Aku masuk ke lobi IB dengan gaya kontrol macho sebab aku telah basah ditimpa hujan. Tapi aku buat tak tau aje.

Tiba2 jer mata aku terpaku ngan lukisan cat minyak yang diletakkan di sudut gerai Luncai Emas. Oh lukis
an original poster konsert Alam M.Nasir. Aku pon pegang2 tanda jakun..ye lah original ni hehehehe. Jam besar kat lobi IB ala2 jam dinding kat dewan sekolah aku dulu dah tunjuk pukul 8.30 malam tapi pintu dewan tak dibuka2 lagi.

Ermm pukul berape nak start ni aku gelisah cam orang hilang anak. 5 minit lepas tu pintu dewan dibuka aku terus mencari tempat duduk hehehe masuk jer aku kejakunan bertambah cam tak caya jer aku dah berda ka dalam Panggung Sari. Tepat jam 9.10 malam bermulalah konsert Alam...(ceh! berapa punya panjang da intro).


Se
t 1 : Magis Mistikal

Konsert dimulakan dengan pukulan gamelan dan lagu "Di Balik Cermin Mimpi" pun berkumandang. Masa ni pentas kosong cuma layar memaparkan visual seorang lelaki yang kurus sedang mendengkok sambil terkumat kamit mengikut bait2 lirik lagu ni. Dengan effect asap menyelubungi lantai pentas menambahkan lagi suasana mistik. Lepas saja habis lagu tadi "Gong Impian" pula diperdendangkan. Aku terpegun dengan persembahan lagu ni sebab ada 5 orang penari keluar dari lantai pentas. Aku duduk atas memang nampak jelas seolah2 mereka keluar dari lubang di atas tanah. M.Nasir keluar dari belakang pentas melawati barisan pemuzik yang timbul dari bawah pentas.



Tamat Gong Impian intro "Ekspress Rakyat" dipersembahkan namun cuma sikit jer..pastu terus masuk "Hati Emas" ermm sedikit hampa gak aku sebab Ekspress Rakyat tak bawak full. Tapi apa pon sifu semakin ligat mendendangkan lagu tersebut. Time solo Nan (gitaris/pengarah seni) pon naik "syeikh" terus kedepan bersama2 sifu menyolo lagu Hati Emas.

Tanpa berlengah giliran lagu favourite aku "Rajawali Terbang Tinggi" menggegarkan Panggung Sari. Nampaknya sifu se
makin bersemangat termasuklah aku ni. Memang aku dah "naik hantu" tengok sifu nyanyi lagu ni sambil melabuhkan gerak tarinya yang tersendiri. Selepas habis lagu sifu memberi kata2 aluan dan suara beliau dah serak. Alamak risau gak aku huhu yelah dah 2 malam bantai nyanyi.

"Berapa banyak lagu cinta dalam dunia??.. brape..16 juta?? 22 juta isshh tambah lagi" seloroh sifu kepada penonton. Semua bantai gelak. "Dalam banyak2 lagu cinta, lagu ni lain macam sikit". Kemudian "Falsafah Cinta" dialunkan untuk santapan peminat. Dengan visual layar yang menarik sememangnya ianya menyentuh tentang keamanan & kasih sayang. Semua singalong tapi masih ada yang malu2 lagi termasuk la aku hehehe.

"Ni lagu funky..kita tukar selera pulak". Lagu "Dah Lagu Tu" pula mengambil giliran untuk dipresembahkan. Dengan unsur muzik tradisional jawa lagu ini dipersembahka
n dengan penuh konsentrasi sambil menari seolah macam bersilat jer aku tengok. Ada kejutan pada lagu ni dengan tiba2 datang 3 orang penari yang montel2 menari bersama2 sifu lengkap dengan persalinan jawa. Kejutan yang mencuit & menghiburkan penonton."Beri tepukan kepada Rihanna, Beyonce & Britney" seloroh sifu selepas tamat lagu tersebut diiringi gelak tawa penonton.



"
Ok ini baru betul2 funky..tadi tu funky jawa"..Dengan intro thumbing & slapping dari speaker bass Jay Jay "Bukalah hatimu" mencuri perhatian & semakin menggamatkan suasana. Penonton dah tak senang duduk dengar lagu yang meletup2 bass line nya. Tapi belum ada seorang pon yang berdiri untuk menari. Malu???...tapi mahu hahaha. Seret sampai 15 minit jugak lagu ni..best!!!.

Kemudian pentas bertukar suasana apabila tirai dilabuhkan. Tiba2 muncul "patung" berbentuk hidupan laut seperti si
put, cengkerang, kuda laut tergantung di atas pentas. Dengan iringan piano, sifu mengalunkan "Balada Seorang Teman" denga feel yang tersendiri. Sungguh menyentap jiwa bila tengok penghayatan sifu. Serious beb.



Set
2 : Santai Gitar Kapok

Set ke-2 ni lebih santai dah bersahaja. Dengan hanya berbekal sebuah gitar kapok/tong Sifu mengalunkan lagu nostalgia "Suatu Masa". Walaupon hanya menggunakan gitar kapok tanpa bantuan pemuzik lain persembahan tetap memukau. Kemudian "Getaran Jiwa" karya asal P.Ramlee dia bawa dengan penuh bersahaja.

Penonton dah mula bersuara menyanyai lagu tersebut."Lepas ni lagu apa pulak yer..Oh yer lagu Ramli Sarip pulak..mana Ramli kat atas yer" sambil disambut pekikan penonton.
"Perjalanan" didendangkan dengan gaya yang betul2 sempoi. "Aku yang masih.. diperjalanan.. hidup ini... ermm lepas ni apa lirik dia eh?" penonton bantai gelak sebab sifu tak ingat lirik dia.

Memang best time ni hahaha"..nanana dunia..apa2 ajelah janji masuk" seloroh sifu lagi. "Langam Pak Dogo" pulak dialunkan. Lagu yang penuh loghat Kelantannya singalong bersama2 penonton dan bersambung terus dengan lagu "Keroncong Nostradamus". Agak berat penghayatan sifu bila mendendangkan lagu ni. Fuhh best!




Set 3 : Menari Berdansa


Intro pemain serunai/nafiri yang lengkap berbaju melayu serta bertengkolok menandakan lagu semangat "Mentera Semerah Padi" diperdengarkan. Masa ni sifu mengajak penonton semua menari bersama2. Ermm apalagi hampir semua bangun menari bersama2 sifu termasuklah aku yang dah tak tertahan lagi perasaan untuk bersama2 mangambil bahagian walaupun ruang yang terbatas.

Kemuadian satu demi satu lagu2 dari album Pheonix Bangkit dipersembahkan. "Raikan Cinta", "Pheonix Bangkit D
ari Abu" menggamatkan lagi suasana dewan. Memang happening la tua muda semua berdansa bersama2. Ribut siot. "Lagu ni dulu biasa kita dengar bila nak maghrib..orang kata lagu agama" cuit sifu bila Nan memetik gitar intro lagu "Sahabat Gua". Keadaan jadi semakin hangat siap ada penonton yang bergelek2 dengar lagu yang kuat irama timur tengah. Sifu semakin bersemangat & semakin ligat menari, mengalunkan lagu ini. Memang showmanship yang tiada tolok bandingnya.

"Nak lagu apa lagi.." tanya sifu kepada penonton"."Apokalips..." jerit seorang penonton. "Ye permintaan anda dikabulkan".
Semakin bergegar IB apabila Apokalips dihidangkan untuk penonton yang hadir. "Siapa tahu lepas ni lagu apa...siapa tak tau boleh balik yer" cuit sifu sebelum lagu paling happening "Ada" dipersembahkan.

Fuhh seret lagu ni sampai 20 minit tak silap aku (mungkin lebih). Penonton semakin "menggila", menyanyi, menari & berjoget dengan penuh kegirangan. Semua memang enjoy. Selepas lagu ini tamatlah persembahan konsert Alam. Para pemuzik meninggalkan belakang pentas untuk bersama2 sifu didepan dengan tepukan yang amat gemuruh. Aisey tak puas siot rasa kejap jer tengok jam dah pukul 11.00 malam. Mahu lagi!


Set 4 : Encore


We want more! we want more! jerit penonton yang ntah berapa ratus kali pekik istilah tu. Dan atas desakan itu sifu & geng kembali kepentas untuk mendendangkan lagi 4 lagu. Encore dimulakan dengan lagu yang penuh syahdu "Hijab Kekasih". Masa ni memang meremang dengar vokal sif
u yang betul2 syahdu. Betul2 meragut perasaan bile dengar lagu ni "live". Penuh perasaan siap ada yang menitiskan airmata lagi.

"Lagu seterusnya merupakan lagu paling seksi bagi saya..lagu pasal sentuhan" dan "Sentuhan Listrikmu" kembali menghangatkan suasana IB yang sememangnya telah hangat dari awal persembahan. "Juwira...Citra Terindah" pula mengisi persembahan seterusnya. Memang best penonton kembali hyper menari2 & menyanyi setiap bait2 lirik yang sungguh poppish.



Dan unt
uk menutup persembahan konsert Alam ni "KepadaMu Kekasih" diperdengarkan dengan penuh penghayatan yang mendalam. Dengan diiringi keyboard & seruling tiupan Mohar yang sungguh asyik serta pencahayaan yang menambahkan lagi mood lagu sememangnya encore yang paling meninggalkan kesan pada aku & penonton amnya. Tersangatlah menyentap jiwa raga ini.

Dan persembahan pun berakhir dengan tepukan yang paling gemuruh dari penonton. Tak dapat aku gambarkan seorang anak melayu yang begitu kental semangatnya memperjuangkan muzik melayu hingga ke tahap tertinggi.
Tahniah buat M.Nasir. Konsert yang pada aku tidak dapat digambarkan nilainya dengan kata2.Priceless!!

Keseluruhannya dari segi sound memang world class. Dengan acoustic value Panggung Sari yang memang terbaik disamping lighting yang menarik berjaya menambahkan lagi mood lagu dan persembahan menjadi lebih menarik, lebih "mistik". Cuma kerusi di dewan membataskan pergerakan penonton untuk menari & berdansa.



Antara khazanah yang sempat aku beli masa kat konsert tuari. Mug & mousepad & buku potret M.Nasir yang telah diauthograph oleh sifu sendiri semasa sesi authorgraph selepas tamat konsert. Paling best Sifu terkejut apabila aku hulurkan LP album kedua beliau "Dia Ibuku" duet bersama Yunizar Hussein. "Amboi album ni pon ada lagi yer...terasa malu pulak bila tengok gambar ni..muda sangat hahaha" sifu senyum jer.

Trivia :

-sebelum masuk ke dewan aku sempat berbual2 ngan Ramli Sarip & katanya ada sesuatu dari Sweet Charity untuk peminat tahun ini.
-pertama kalinya aku bertentang mana dengan Siti Nurhaliza hehehehe ada respon :P
-nampak jugak kelibat Hattan, Halil Chik, Aziz Bakar & Dato Rahman Hassan.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 3, 2009

Happy Birthday...The Punisher

01 Mac tuari hari lahir big brother aku..ermm dah tua eh lu brother har har har. Tuari pikir gak nak bagi hadiah ape..tup2 teringat pulak dia tu suka karektor komik2 Marvel & kebetulan tengah top citer The Punisher. So aku hadiahkan tshirt cam kat bawah ni..suka tak??? saiz xl harap2 lu suka eh bro.\m/



** bila gua nak dapat akak ipar bro?? mak dah bising jer tuh har har har

Kejora

Sejak akhir2 ni banyak rockers2 tengah heboh pasal Konsert Farewell Search, kat forum2, sms2 email2 etc. Search nak bersara terus??...ermm tak tau lah banyak spekulasi tentang berita ni. Apapon aku tunggu jer Press Conference (PC) 19 Mac 2009 ni kat Hard Rock cafe, Jalan Sultan Ismail tau bukan Hard Rock Cafe Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Apapon korang layanlah dulu performance Search masa kat Hard Rock Cafe TTDI. Tu jam dorang baru released 1st album Cinta Buatan Malaysia 1985.