muka2 crook muahaha askar rejimen 502 (AW)
Gambar ni masa memula gua joined army secara tak sengaja & sukarela..ikut2 orang ajer muahaha. Ni masa gua study halfway kat Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR)-dulu la nama dia. Time ni kat Shah Alam seksyen 11 dekat dengan Masjid Shah Alam.
First jadi rekrut somewhere around 1999 hehehe memang best. Serious gua cakap. Walaupun wataniah aje tapi latihan dia sama ngan regular army tau. Ermm paling tak lupa memula potong rambut skin head muahaha..ganas siot muka gua.
Start2 training jer lari keliling padang bola sepak 20 kali..perghh korang bayangkan gua ni jenis malas nak bersenam sekali kene paksa lari, berpinar2 mata. Rasa mau mati. Belum hilang penat, dah kene pulak guling2, alamak..cam kuih gulung gua dengan padang becak penuh air hujan bercampur ngan tempat mandian katak.. rasa macam lembu berkubang ooo.
tu la gua baris tengah no.3 dari kiri
Ada member sorang tu sampai muntah hijau siot..pekat giler yaarrrkkkk muahaha. Tapi gua still kontrol macho lagi kuat lagi tak tumbang cuma pening2 tahap gaban aje. Paling tak ingat bila kawat. Ohh memang seksa siot mana nak gosok baju. Gosok bukan cam biasa tau tapi nak kene tajam side dia tu..memang kelam kabut siot iron cuma ada 1 jer tu pon kokak punya lagi haru nak kongsi lagi ngan 40 orang.
Tu belum nak gosok kasut hehehe ni la paling menyirap..penat tangan tenyeh polish Kiwi sampai habis setin tapi tak kilat2 lagi...muahaha. Start ni banyak la petua2 yang ntahapaapa difikirkan. Ada yang cakap panaskan dengan lilin la, gosok bawah mentol lah muahahaha macam2 ragam kelakar siot. Sampai ada yang tertido sambil gosok kasut.
setlist rekrut kursus asas AW
Biasanya rutin pagi 0700 dah start senam, 0830 sarapan, pastu 0930 kawat sampai tengahari, 1230-1430 makan/solat, 1430-1530 kelas teori perang, 1530-1630 kelas senjata. 1630-1700 minum petang/solat, 1730-1900 senam lagi pastu 1900-2000 makan malam/solat. 2030 rawcall pastu aktiviti bebas.
Ermm sebulan gak ooo paling best minggu last sebab latihan dalam hutan. Kira klimaks tamat latihan..dah macam Rambo muahaha paling best aktiviti mapping selain menembak kat lapang sasar..dia pecahkan dalam 5 orang 1 group..pastu bagi map & kompas aje. Masuk hutan mana ntah.. silap tengok map & kompas kompom sesat lah. Hehehe tapi kat dalam hutan ni badan tak pernahnya kering..basah manjang meranduk sungai/paya selambe ajer tido pon asal letak kepala jer tido je la.
kontrol macho beb..kembangkan idung mu
Yang ni pulak masa aku kursus lanjutan rekrut, kursus pegawai pangkat rendah. Kira naik pangkat dari prebet lapuk ke Lans Koperal muahaha. Ni kat kat Kem askar rejimen 502 (AW) jalan Ampang, KL. Kira kursus ni lebih teknikal & penigkatan kemahiran kendiri..ahaks gila skema ayat gua ni.
Peserta2 kursus bakal PTT campur dari batalion lain, ada dari kor risik, kor infantri, kor katering, kor kebudayaan pon ada sekali joined. Paling best prebet2 dari kor kebudayaan la sebab semua awek2 muahaha jambu2 pulak tu. Betul gua tak tipu beb.
Kat sini banyak padang kawat tar..so guling2 atas padang kawat tu dah lali dah..paling seksa bila cuaca panas..perghh bahang dia tak ingat beb..kene pulak pumping..adoi sakit tangan oi melecet2. Kali ni lebih praktikal sebab masa rekrut ajar basic ajer kat sini segala macam ilmu senjata, taktik perang, kawat semua didedahkan kat sini..termasuk lah ilmu tipu muslihat hehehe.
Banyak gak jenis senjata gua tau kat sini m-16, Styer, LMG, granet & macam2 lagilah susah aku nak sebutnya. Senapang gajah pon ada oooo muahaha. Last latihan kat hutan mana ntah..memang pure hutan oo asli lagi..sampai terserempak pak belang tu beb. Nasib tak kene baham. Semua time tu dah pucat lesi.
Berdentam dentum bunyi letupan memang best lagi2 tima latihan "Ambush" memang power tapi letih oo bayangkan korang kat lereng bukit curam, pastu baring meniarap kelapa kat bawah kaki kat atas dari pukul 9pm sampai 6am baru musuh masuk kawasan ambush dengan hujan lagi, sejuk giler.. agas nya jangan cakap la banyak giler (nyamuk kat utan tak de la).
Time latihan hutan ni kitorang akan diberi pangkat sementara jadi sarjan, leftenand, koperal, lans koperal etc. Ada kira markah ooo benda2 tu suma. Siap lah sapa paling corot kene remdam dalam paya siot..siap pacat bukit lagi..besor2 tu.
ni setlist kurus bakat PTT tu
Pengalaman paling best la dalam hidup gua...ermm kurang2 gua ada cerita esok kat anak2 gua hehehe. Tapi lepas kursus bakat PTT ni gua patut mahu joined Para Trooper (payung terjun) kat Sg. Udang, Melaka tapi disebabkan gua kemalangan dulu (klik sini) bapak gua tak restu pulak gua joined Para Trooper tu..risau kaki gua patah lagi or jatuh payung terjun tak kembang. So terpaksa lah simpan jer hajat tu, mana la tau anak gua boleh sambung cita2 gua satu hari nanti.
Ni antara kenangan yang masih gua simpan rapi lagi, stuff2 army gua..original Chop Keris. Hak Kerajaan Malaysia. Hehehe ok nanti sambung cite rlain pulak ok.
5 comments:
aku dah penah rasa 1 week kat PULADA. gi training.. dpt la merasa guna M16. hehehhe... mmg nak termuntah gak trainig, tp sronok. yg paling aku suka masa sesi BI (battle innoculation). boleh dengar peluru lalu atas kepala.. ffuuhhh... best oooo...
hehe yebetul..silap angkat kepala bersepai muahaha
pas2 bila bom meletup... mandilah lumpur... syookk... rasa dlm perang ooo... hehehhee...
darah satria jugaks en mata kucing ni eh? eheh..bravo2..syabbas inspektor sahhabb
matakucing, cerita kau mengingatkan kau pada skot2 kisdar kau. mmmg havoc kem sek16 dgn perangai bebudak kisdar ni. aku dah byk lupa nama2 korang. ingat pun satu dua je mcm kembar 2 org tu, komeng, ranau etc.
kalau rekrut '99 mesti teringat dgn Mejar Dollah, PW Hanapi, PW2 Salim Joyo, Sjn Rosmawa (ibu angkat korang), Sjn Norizan, Kpl Mat Amin, Kpl Rasul etc.
Post a Comment