Wednesday, October 22, 2008

Review : KAMI the concert

Ok review sikit pasal gig KAMI the concert tu ari 18 Oct 08 dekat car park std Bukit Jalil. Ermm ramai orang hehehe especially awek2 muahahaha. Actually memang ramai yang hadir almost 10000 ada kot (agaknya la) & majoriti crowd suma bawah 21 tahun lol. Ekekeke parti budak2 sindir beberapa kawan2 aku.. ehehe lantak la aku datang pon sebab :
  • nak enjoy the music
  • nak jumpa sorang blogger hakimi @ abd rahman
  • temankan nak sedara aku yang excited nak tengok pakcik Aru.
Aku gerak lewat dari rumah lepas Asar sampai dekat2 pukul 6 pm (sebelum ni dah banyak band performed). Aisey sampai2 jer pakcik Aru & Koffin Kanser sedang nak abiskan set mereka. Ermmm sempat layan last kopek lagu cover Sweet Charity "Perjalanan". "Ala paksu dah nak abis la.." sungut anak sedara aku. Tapi persembahan Koffin Kanser memang superb ah dah macam Soulfly siap ada gendang2 lagik.




Lepas Koffin Kanser tiba giliran
Kugiran Malaya. Ermm tak pernah dengar aku nama band ni. Biasa2 aje hehehe. Aku ambil kesempatan jalan2 sekitar booth yang ada di sana. Tak banyak sangat stuff2 yang dijual. Adalah EP2 band2 yang terlibat gig ni selain merch2 lain cam t shirt indie label clothing. Lepas Kugiran Malaya tiba pulak Seven Color T Shirt (SCTS), ermm ni pon aku tunggu gak persembahan dorang. Lama tak tengok dorang beraksi. Mendendangkan lagu2 seperti "Drowned, December (lagu baru) & Faith". Makin besar padel board Ham (gitarist SCTS) tight permainan dorang walaupon bersahaja. Tapi tak puas ah.

Selepas itu Pure Vibration & Jah army pulak menyerang stage. Warna2 Rasta mewarnani crowd arena. Colorful beb. Lagu dorang pon best. Tapi aku tak familiar sangat pulak. Baru released maretial.

Dragon Red muncul dengan persembahan bertenaga. Walaupon lagu2 dorang aku tak familiar tp ok la still boleh layan. Tapi ada kejadian yang aku rasa agak melucukan dimana 2nd voc. Dragon Red tersungkur jatuh depan stage masa memula starting. Errgghhh malu siot but the show must go on, kontrol macho aje.

Pastu break untuk settlekan Maghrib dulu eh.




Lepas Maghrib gig bersambung lagi dengan persembahan dari kump gendang apa ntah aku lupa nama dia sebagai selingan sementara menunggu band seterusnya beraksi. Tiba pula Sarah (The Official) sebagai MC pada petang itu tanpa membuang masa memperkenalkan pakcik Kombat & the Pilgrims sedia mengambil tempat untuk menggempur.


"Suwa-suwey" menjadi pembuka persembahan, apalagi aktiviti moshing kembali berleluasa. Hahaha crowd memang happening giler. Aku just tengok aje la sebab ganas sangat dak2 ni moshing. Kemudian lagu cover "Seiring & Sejalan" ( Sharifah Aini & Broery Marantika) menjadi santapan. Heheh kecoh siot versi the Pilgrims ni tapi sayang sound sistem jadi chaos pulak, gitar Kombat sekejap bunyi kejap tak. Aiseyy potong stimm betul. Masuk lagu ke-3 hancur terus sound gitar dia & dengan muka bengang nya Kombat blah jer hehehe tinggal Hashim & drummer jer (dorang 3 piece).




Pastu giliran
Pop Shuvit pulak band yang menempa nama & popular di Jepun tapi tidak di Malaysia. Ehem mana silapnya eh. Aku pon tak berapa gemar sebenarnya tapi bila lagu "Oldskool Rocka" berkumandang sound system jadi best pulak. Ermm layan gak dorang ni eh bila nengok live hehehe best. Anak sedara aku pon bermoshing sambil menarik2 aku untuk joined hahaha aku kasi intro skit je la huhuhu. Selain itu lagu "Jump & Mara Bahaya" pon turun dipersembahkan. Lepas abis aku gi belakang cari air. Sambil tu aku mencari blogger Hakimi yang dari tadi bersms hehehe. Jumpa Hakimi bersama seorang rakan beliau (nama lupa la).




Semasa giliran
One Buck Short band punk rock, aku still kat belakang lagi tengah borak2 dengan Hakimi. Banyak gak kitorang borak. Time ni crowd dah makin ramai ke mosh arena. Memang hyper persembahan dorang lebih2 lagi bassist dorang. Tak leh duduk diam lompat sana lompat sini hahaha disamping lagu2 yang sungguh bertenaga. Antara persembahan terbaik malam itu.




Aku tak tau nak cakap macamana bila Bittersweet muncul dipentas macam ada magnet, crowd makin ramai berhimpit kedepan. Kira cam histeria jugak la crowd lagi2 adik2 remaja. Tampil dengan gaya rockstar siap seragam hitam, kacamata gaya retro hehehe Brit Pop abis. Aku rasa set dorang lah yang paling lama seret sampai 6/7 lagu siap lagu raya cover "Selamat Hari Raya" (Ahmad Jais) gaya brit pop. Menampilkan lagu2 terbaik & 2 buah lagu baru. Dorang pukul habis malam tu. Time ni aku dah kat tengah mosh area.




"Are you ready to moshhhhh.."
pekik Sarah. Crowd bertukar pulak yang tadinya nya lebih lembut & sopan kini tiba giliran crowd yang ganas. Hehehe aku terjebak dalam arena ini. Love Me Butch band Hardcore/screamo yang baru balik dari tour jelajah Asia memang aku nantikan. Bermula garang dengan lagu "Reconcile". habis suma moshing2 & aktiviti body surfing berleluasa. Memang ganas la crowd hehe sakit rusuk aku kene siku.

"Barricade, 1 lagu baru & Hollywood Holliday"
dipersembahkan.
Giler penat siot. Peluh jangan cakap la mencurah2 cam paip air pecah. Tapi tengah seronok2 mosh tiba2 rakan blogger aku Hakimi mengalami kekejangan otot kaki. Nasib crowd sporting siap buat wall untuk halang crowd lain dari pijak si Hakimi ni. Tq guys.




Giliran pakcik Aru lagi tapi bersama band reggae beliau, Republic of Brickfields (ROB). Bagus gak ROB performed kasi lega sikit setelah penat bermosh tadi. Memang rileks muzik reggae bawaan ROB. Anak sedara aku ntah ilang kat mana ntah sejak lepas Maghrib tadi. Suka la dia tengok pakcik Aru hahaha tapi dalam versi reggae.


"Ganjaran, Orang Planet, Emansipasi", cover Slank "Ku tak Bisa". Memang santai mamat depan aku sorang nie cam dah naik "syeikh" pon ada hahaha menari tak henti2 ikut lagu. "Lagu ni kami tak pernah main, sebab susah nak main lagu ni" kata Aru sebelum No Woman No Cry cover Bob Marley didendangkan. Tapi intro dia aje hahaha crowd tertipu.




Meet Uncle Husaain (MUH)
meneruskan persembahan dengan bertenaga sekali walaupon terasa seolah2 dah ilang mood, sebab slot band2 selepas Bittersweet dah kene ragut sebab set Bittersweet panjang sangat. Namun persembahan MUH tetap bertenaga. Cam lepas geram pon ada hahaha. Apapun Lan (vocalist MUH) tetap hyper. asyik hempas2 mic stand aje. Kesian crew on stage asyik nak kena tegakkan mic stand.




Jam hampir 11.20 pm giliran Butterfingers pula. Tapi kali ni tempat LoQue diganti oleh Greg Anderson sebab dah kembali ke US. Namun tanpa membuang masa "Royal Jelly, The Garden City Of Light & The Chemistry (between us)" dipersembahkan mereka. Tapi crowd dah tak menggila sebab dah penat sangat termasuk aku. Aku cuma layan mosh masa lagu The Chemistry aje hahaha lepas geram.

Aksi berdarah Emmet pada malam itu kerana menghempas gitar ker lantai. Ini barulah Emmet yang dulu hahaha.
Tapi lepas habis saja set Butterfingers, MC bagitau persembahan ditamatkan sebab dah lebih pukul 12 malam. Adoiiii crowd hampa sebab OAG je tak beraksi lagi. Aku pon beransur2 ke belakang beli air & cari burger buat alas perut hehe.




Tengah bedal2 burger organiser bagitau OAG diberi peluang beraksi tapi 1 lagu aje. "60's TV" berkumandang & berakhirlah gig malam itu. Kesian OAG.
Tapi aku rasa gig yang berjaya gak la walaupon aku terasa seperti aku ni terlalu tua pulak.

Hehehe mana taknya rata2 crowd berumur 21 tahun ke bawah. Adik2 je suma. Cuma yang aku nak suggest la lain kali sound system kasi ok lagi la terutama bila band heavy beraksi. Kesian tengok dorang main bersungguh2 tapi sound cam tak keluar abis. Time management tu paling penting kesian band2 yang main dekat2 hujung.
So tu aje la review aku .

Oh sebelum terlupa semua gambar2 dalam blog ni credit to owner ; Mangga Online, Sai Chang Choon's photostream & One Buck Short's myspace.

Kat bawah ni full list band2 yang performed pada haritu :

KAMI THE CONCERT
BAND PERFORMANCES SCHEDULE

NOON JAM

1 Harmacy 1:30pm
2 Jeopardice 1:50pm
3 Estrella 2:10pm
4 Plague Of Happiness 2:30pm
5 Couple 2:50pm
6 Blind Tribe 3:10pm
7 Laila’s Lounge 3:20pm
8 They Will Kill Us All 3:40pm

EVENING DOWN TIME

1 The Agrobeats 4:20pm
2 Koffin Kanser 4:40pm
3 Kugiran Malaya 5:00pm
4 7 Collar T-Shirt 5:20pm
5 Pop Shuvit 5:40pm
6 Dragon Red 6:00pm
7 The Pilgrims 6:21pm
8 Pure Vibracion 6:40pm

FULL MOON

1 One Buck Short 7:30pm
2 Bittersweet 8:00pm
3 The Times 8:30pm
4 Republic Of Brickfields 9:00pm
5 Love Me Butch 9:30pm
6 Meet Uncle Hussain 10:00pm
7 Butterfingers 10:30pm
8 OAG 11:00pm

12 comments:

deaf_angel said...

seiring dan sejalan?
fu yo

apa pun best. kena banyak lagi review2 benda2 gini pasal 10,20 years dari sekarang, orang akan google nak carik info2 cam gini..
then baru realise, siak ah, takde info. Melayu masih ketinggalan benda2 gini, malas tulis kot.

khys said...

orait. review 1st gig ni yg aku baca. nak tunggu majalah, sebulan lagi la haha..

Abang Ben said...

Ni ganti ROCK THE WORLD ke? Best ah main kat RTW6 dulu... depan ribu2 orang wooo

matakucing said...

deaf,
yup seiring & sejalan versi punkrock hehehe ribut.

khys,
bln dpn try tengok mesti ada punya kat mag. thx for visit.

abg ben,
ermm kata2nya begitu, last year RTW x de, tp aritu jason lo ada announce thn ni ada RTW tu. tunggu je la.

muor76 said...

bile ler nak ade gigs untuk orang-orang tua yerk?

Geng Metal said...

gua sambung lu kat blog gua le, zaman gua n zaman lu dah berbeza bro, tp gua nak baca gak citer kat blog lu supaya wa tau sket perkembangan muzik skang nie ... thehehe zaman gua dah berlalu, tinggal kenangan .. chewahhhh hehehe lu jgn lupa link plak blog tu bro cing ... miauuuuuu

matakucing said...

muor,
gig org tua?? hehehe gua still rasa muda lg cuma aritu jer muahaha.

geng metal,
exchange2 sama2 share info geng metal, blog lu pon gua dah link.

Abdul Rahman said...

umur x jadi masalah bro, janji enjoy. rasa muda balik, lol. aku tgk show wings dulu, ade uncle pakai wheelchair pun masih ble banging lagi. rock oo

eddie dewanaga said...

kombat guna ESP Explorer ke tu bro..?

gila gempak... tapi sound berderai eh, kalau gua pun boleh hangin satu badan..

matakucing said...

eddie,
ye kot dia pakai ESp Exsplorer ..time ni aku kat blakang skit.

KamP SuRKezZ said...

huhu, aku pegi jugak layan.. Nak tengok Aru... Butter pun o.k gak, sebab main lagu2 old skoll dia. Bundle lipat pun ada banyak, tapi mahal gila!! Pastu banyak pulak geng2 print T-Shirt sendiri. Trend baru ke tu?.

matakucing said...

bundle lipat tu bape dia bukak? aku tak singgah booth tu. print ts sendri tu dah trendy dah skrg