Friday, September 5, 2008

Review CD : Nirvana-Smells Like Teen Spirit "single"

Sementara menunggu masuk waktu berbuka ni, aku ambik masa sikit review siri cd single Nirvana eh. Ok kita start ngan single pertama "Smells Like Teen Spirit".

aku suka artwork kat cd ni

Dalam single ni ada 3 trek semuanya :
.
01) Smells Like Teen Spirit (edit) - Lagu ni sape tak kenal eh suma orang tau baik yang tua mau pon yang muda. Versi ni pendek sikit daripada versi album. Pendek kat intro & solo dia. Ermm memang best lagu ni. Diilhamkan dari tulisan garfiti oleh awek lama Kurt dulu "Kurt smells like teen spirit". Teen Spirit tu haruman sejenis pewangi ketiak.
.
02) Even In His Youth - b-side dari single ni macam lagu sambungan Smells Like Teen Spirit pulak aku rasa. Tak la lagu ni lagi awal dari Smells Like Teen Spirit. Kira lagu2 terawal Kurt cipta.
.
03) Anuerysm - Lagu ni telah dimuatkan ke dalam album kompilasi "Incesticide" iaitu koleksi b-side & BBC session pada tahun 1992. Lagu wajib yang sering dipersembahkan si setiap persembahan Nirvana. Heavy & dark lagu nie.

Yang ni pressing US punya. Artwork dia lain sikit dari versi boxset yang kat atas tu. Aku lagi suka yang US pressing ni. Ok nanti sambung lagi. Selamat berbuka.

2 comments:

deaf-angel said...

aku ni dengar nirvana lambat.. bila dorang dah jadi famous stars baru aku tahu apa tu lagu smells like teen spirit.
tapi aku suka jugak...mosquito albino muahaha.

good info aku tak tahu pun ada lain2 cover untuk single ni

matakucing said...

mmg ada lain2 deaf, ngk country mana pey released. tp yg biasa nampak ni.