Saturday, September 6, 2008

Review CD : Nirvana-Come As You Are

Ok sambungan siri boxset cd singles Nirvana. Ini merupakan single ke-2 Nirvana dari album Nevermind (1991), Come As You Are. Video clips lagu ni dihasilkan oleh sekumpulan pelajar praktikal kolej di Seattle.

Cd single ni ada 4 trek semuanya :
.
01) Come As You Are (LP version)-Versi LP ni tak de beza ngan versi cd. Merupakan salah satu lagu berhantu Nirvana. Kontroversi sikit sebab liriknya menceritakan tentang Kurt Cobain mahu membunuh diri dengan membeli sepucuk pistol tapi Kurt Cobain menafikan berdasarkan lirik ni ".. And I swear that I don't have a gun".
.
02) Endless Nameless-Lagu ni diletakkan sebagai secret song/hidden track album Nevermind. Lagu ni memang heavy, chaos klu dengar live. Korang gi la check kat DVD Nirvana "Live, To nite, Sold Out". Parak peranda stage dibuatnye..ganas.
.
03) School (live) - Live track semasa konsert dorang. Asalnye dari album pertama "Bleach". Sapa kata Nirvana tak de solo maut. Cekidot ini lagu kod yang simple giler & lirik yang hanya 2 baris aje hahaha.
.
04) Drain You (live) - Live track juga tapi tak sebut kat mana pulak. Lagu wajib dalam setlist persembahan Nirvana. Lagu favourite Kurt Cobain.Versi Original juga terdapat dalam album Nevermind.

Yang ni UK pressing dalam bentuk digipak. Yang beza cuma inlay jer lain skit dari cd siri boxset. Art director adalah Robert Fisher & gambar2 adalah dari Kurt Cobain sendiri.

5 comments:

eddie dewanaga said...

walaupun gua sangsi dgn berita kurt bunuh diri masa tu,(gua selalu ingin percaya that he was murdered)
ada juga karya2 dia yg menggambarkan tentang hidup dia yg membosankan, unexpected fame, courtney yg jahat,
lu penah dgr album beavis & butthead experience?
huh, ada lagu nirvana 'i hate myself & wanna die'

Abdul Rahman said...

susah nak faham org cm kurt neh. bini dia pun agaknya x fhm dia jugak kot. weh anak dia dh besau dah. tahun nih PMR kot. hehe

aku suka solo sappy. penuh ngn emosi. feel giler beb

matakucing said...

dewanaga,
pasal kurt bunuh diri/dibunuh still jadi misteri haha memang byk karya dia menggambarkan apa yg ko ckp. "I hate myself & I want to die" patut jadi tajuk album studio ke-3 tapi tukar "in utero". Lagu tu aku ada..dulu keluar kat kompilasi "Nirvana Unreleased+ Hits" tahun 1997 keluaran label KTS (kiss the stone)tapi tape tu dah ilang.

Abdul Rahman,
Sappy ada byk versi tapi sume tetap best.

matakucing said...

dewanaga,
patut lagu "I hate myself & I want to die" jadi hidden track kat album "in utero" tapi di ganti dengan lagu "Gallons Of Rubing Alcohol Flow...".

deaf_angel said...

hah, aku suka lagu come as you are ni...
kira , aku boleh menerimanye la haha