Thursday, February 19, 2009

Review : Sesi Istana Budaya Butterfingers



Dah genap sebulan show Butterfinger di Istana Budaya (IB). Show selama 2 hari berturut2 dengan 4 sesi persembahan keseluruhannya. Sememangnya show yang paling akan aku kenang sampai bila2. Hehehe baru aku terhegeh2 nak review. Aku pon lupa2 ingat gak, tak pe akan aku review sebaik mungkin.

Aku hanya dapat menyaksikan 2 sesi sahaja iaitu sesi 1: 1996-2001 Unplugged (17-01-09 1430 pm) & sesi 3 : Transcendence 10 years Anniversary Rock Out (18-01-09 1430pm). Akibat ada perkara2 yang terpaksa aku utamakan aku tidak dapat menyaksikan 2 sesi lagi iaitu sesi 2 : Mari Hidup Kembali-sesi gitar kapok (17-01-09 2030pm) & sesi 4 : Mari Hidup Kembali-sesi gitar karan (18-01-09 2030 pm) siakkkk...:-(


encik Emmet-penyanyi utama/gitar

17-01-09 : 1996-2001 Unplugged

Aku sampai agak lewat jugak. Terima kasih kepada saudara Hakimi kerana menjemput aku di stesen Monorail Titiwangsa. Kalau tak menapak ler pegi IB huhuhu. Inilah pertama kali aku sampai Istana Budaya (IB) walau pon dah bertahun2 selalu lalu depan IB & banyak show2 best aku terlepas. Kerana Butterfingers la aku sampai ke IB hahaha.

Sampai dewan Lambang Sari jer kerusi semua dah full. Nasib baik ada kosong lagi tapi tak dapat la duduk mengadap depan stage tapi kat belah tepi membelakangi Emmet & Kadax. Ok lah kan. Aku terkagum & terjakun dengan rekaan stage dia. Sungguh cantik, simple & menawan aku terasa cam dalam show MTV Unplugged Alice in Chain/Nirvana/Pearl Jam jer.


encik LoQue : gitar utama/suara latar

Persembahan dimulakan dengan band undangan, Bunkface; band yang sedap hot2 heat2. Tampil dengan 4 buah lagu yang diambil dari EP Lesson Of The Season, Bunk Anthem, Fine, Situasi & Silly Lilly kalau tak silap aku ler. Sungguh baik persembahan Bunkface walaupon just punkrock versi akustik tapi arrangement lagu yang disesuaikan ngan konsep unplugged memang menarik. Paan gitar utamanya siap main violin lagi untuk lagu Silly Lilly. Bagus5

Tamat persembahan tibalah giliran Butterfingers. Crowd semua dah tak sabar hehe tapi sebelum tu crowd kene ceramah pulak ngan MC pasal prosedur2 berada di dalam Istana. No smoking, no food, no CAMERA & no VIDEO plssss! Kalau tak kene keluar..isshhhh5.



Butterfingers naik kepentas dengan tepukan gemuruh dari crowd. Loco yang simple bertshirt putih, Kadax berkemeja merah & ber"kot", LoQue dengan imej bertocang & Emmet dengan "kot" nya. Royal Jelly dipersembahkan sebagai lagu pertama (eh yeke..aku pon dah lupa daa) diiringi kumpulan "Gelombang Cuaca Buruk" mini orkestra UiTM. Memang meremang dengar lagu ni wooo.

Seterusnya seleksi lagu2 terbaik dari tahun 1996-2001 diperdendangkan. Malayneum, Pacific & Mating Season merupakan setlist yang paling aku tunggu2. Yeargggh akhirnya aku dapat jugak dengar lagu2 tersebut dalm versi live. Aku rasa cam nak nangis siot memang menusuk di sanubari sampai meremang bulu tengkuk aku.

Meltdown, Floating in The Vacum & beberapa lagi lagu terbaik dihidangkan untuk halwa telinga. Sungguh lazat & lemak berkrim. Dengan sound akustik dewan Lambang Sari yang superb aku boleh dengar sound yang sungguh padat & padu. Memang dengar sound gitar & lain2 instrument tu sebijik2 disamping lighting yang sungguh menarik sehingga membangkitkan mood lagu & perasaan crowd.


encik Loco : Drums

Persembahan sesi Unplugged di akhiri dengan encore yang sungguh menerujakan. Lagu The Chemistry (between us) sememangnya di tunggu2 oleh sekalian crowd. Mana boleh tak main lagu ni eh lagi2 siap ada mini orkestra. Wajib! crowd dah memberontak nak bermoshing tapi demi menjaga adab just singalong aje la hehehe. Abis lagu crowd semua berdiri memberi tepukan yang gemuruh. Adala 10 minit tepuk tangan jer sampai pedih tangan aku har har har.

Secara keseluruhannya persembahan yang mantap, sound system & lighting yang terbaik walaupon ada sedikit masalah "humming" tapi tak menjejaskan keseluruhan persembahan. crowd yang sporting & memberontak untuk ber"moshing" & MC yang cun hehehe.


encik Kadax : bassist

18-01-09 : Transcendence 10 years Anniversary Rock Out



Sesi ke-3 aku datang awal sikit tapi crowd dah beratur panjang kat depan pintu Dewan Lambang Sari. Kali ni stage yang sama cuma kerusi dah dikeluarkan. Yelah semalam versi sopan arini versi kasar sikit. Crowd lebih ramai lebih kurang 500 berbanding semalam versi sopan yang hanya boleh muat 300 orang saja.

Sekali lagi sebelum persembahan MC berceramah lagi tentang prosedur di Istana Budaya. No smoking, no food, no CAMERA & no VIDEO, no BODY SURFING & MOSHING activity. Cuma hangguk2 & goyang2kan badan sedikit saja...ermmmmm boring.



Persembahan sempena ulangtahun ke-10 album benchmark mereka "Transcendence" dimulakan dengan lagu Epitome, sebuah lagu yang diinspirasikan dari karya P.Ramlee "Ketipang Payung" sungguh memukau diiringi oleh permainan grand piano ahli "Gelombang Cuaca Buruk".

Crowd dah tak tertahan nak bermoshing bila dengar lagu Epitome tapi apakan daya abang2 bouncer tajam memerhatikan gerak geri crowd. Kemudian satu demi satu lagu dari album "Transcendence" dipersembahkan. Butterfingers semakin bersemangat & mengganas, LoQue segak bersama gitar G&L nya terus membelasah gitarnya tanpa belas kasihan disamping efek2 pelik beliau.



Walaupon meraikan "Transcendence" namun tak banyak lagu2 dari album tersebut dipersembahkan. Aku pon tak tau kenape. Ada sedikit hampa la jugak sebab patutnya lagi banyak lagu2 dari album tu dipersembahkan. Kalau tengok setlist pon tak banyak berubah cam Unplugged punya sesi cuma tukar beberapa lagu & susunan je.

Namun ada sedikit masalah pada hari persembahan dimana bateri untuk wireless system gitar Emmet flat pulak. Emmet terus cam hangin sikit. Persembahan tergendala selama 15 minit. Adoi rugi nya..lama tu boleh main 3 lagu lagi. Kelam kabut crew Butterfingers cari bateri untuk menyelamatkan keadaan. Untuk selingan drum solo Loco di hidangkan untuk menutup kecacatan persembahan. Fuhh padu giler haha ada crow request main lagu "Kau terpaksa aku terpaksa" nyanyian band lamanya Scan.




sesi sound check

Secara keseluruhannya persembahan yang berjaya walaupon ada kesulitan dan aku rasa agak kelam kabut hari tu namun persembahan tetap diteruskan. Dan aku rasa persembahan solo terbaik dari Butterfingers untuk peminat2 mereka. Dan mereka telah membuktikan bahawa muzik aliran bebas mampu untuk dipersembahkan di tempat berprestij seperti Istana Budaya.

Demikianlah review aku yang lupa2 ingat. Sekian terima kasih.

**semua gambar kredit kepada : guamuzik.com.my, butterfingers face book & owner.

4 comments:

deaf-angel said...

review seorang peminat, ngan review reporter kena pegi sana pasal jalankan tugas memang berbeza ler hahaha.

butterfinger mesti hapi dapat fan cam ko

matakucing said...

deaf,
hanya jauhari mengenal manikam.

Anonymous said...

aku ingat lagi time buttefinger ni nak rekod first album diorang kat studio abang sedara aku..vibrato pun diorang tak tau..tapi skang ni aku respect gak laaa diorang dah berjaya

matakucing said...

anonymous,
abg sedara ko ada simpan master tape tu?? ;) .. yup dorang satu2 nya band yang serious dalam bermuzik.