Friday, February 20, 2009

Gambar Dalam Bingkai



Baru grab dvd ni tuari sekali ngan tiket M.Nasir. Dah lama dvd ni released tahun 2007 cuma tak bernafsu pulak nak grab masa memula dulu. Yelah dulu tak minat sangat Pearl Jam (PJ) just dengar gitu2 ajer. Dulu ada gak paksa telinga dengar PJ ni tapi apakan daya jiwa tak leh terima pulak. Tapi sejak terdengar lagu "Immortallity" & "Yellow Ledbetter" akhir tahun lepas aku tetiba pulak ter"minat" kat PJ ni :P



"Immagine in Corrine" dalam bahasa Inggeris bermaksud "Picture in Frame" adalah sebuah live film concert. Ianya merupakan himpunan siri concert tour PJ semasa di Itali pada 2006 di 5 bandar utama iaitu Bologna, Milan, Pistoia, Torino & Verona. Ianya merupakan show pertama mereka jelajah eropah sejak yang terakhir pada tahun 2000.



Apa yang menarik tentang dvd ni ialah semua show PJ di Itali ni dihimpunkan menjadi sebuah filem dokumentari yang sangat menarik dimana persembahan konsert dicampurkan dengan behind the scene footage. Dvd ini telah dirakam dengan menggunakan pelbagai jenis format video daripada Super 8 film hinggalah ke High definition. Sungguh menarik.



ni masa kat Bologna kot, hujan lebat masa konsert tp tetap onn

Dvd ini mengandungi 13 track terbaik dari semua venue. Korang check setlist dvd ni :
  1. Severed Hand-Milan
  2. World Wide Suicide-Bologna, Verona, Milan, Torino & Pistoia
  3. Life Wasted-Torino
  4. Corduroy-Verona
  5. State of Love & Trust-Milan
  6. Porch-Verona
  7. Even Flow-Torino
  8. Betterman-Verona
  9. Alive-Milan
  10. Blood-Verona
  11. Comatose-Pistoia
  12. Comeback-Pistoia
  13. Rockin' in The Free World-Pistoia


Terdapat juga 3 tracks bonus disertakan sebagai nasik tambah :
  1. A Quick One, While He's Away fat My Morning Jacket -Torino
  2. Throw Your Arms in Around Me-Pistoia
  3. Yellow Ledbetter-Milan
Editing dvd ni memang best sebab director bijak menyelitkan footage videos ngan show masa konsert. Selain tu transisi antara satu track ke track lain anda akan dihidangkan footage cam soundcheck, fans, aktiviti masa lapang ahli2 PJ, tour dalam bas, jamming gitar kapok, temubual dan lain2 lagi.



ni pulak masa fans jamming lagu "Even Flow" kalau tak silap

Packaging dia pun cantik. Inlay dia seolah2 cam album gambar pulak. Semuanya berkisar tentang Italy (ler memang ler dah show kat Italy..apa aku ni). lawo5 siot gambar dia cam poskad. Oh ye director dvd ni, Danny Clinch juga merupakan seorang fotographer terkenal & merupakan kawan rapat PJ.



gambar atas (kanan) ni bukan dorang gi jalan2 tapi kat backstage kat Pistoia.

Memang tak jemu la tengok dvd ni aku dah tengok berkali2 sebab macam aku cakap korang tak rasa cam tengok straight dvd concert biasa (yang mana behind the scene footage video diasingkan) tapi cam tengok filem. Ermm editing yang bagus sekali & eksperimen dengan pelbagai format filem. Worth buying la.



Ok sapa2 yang cari idea nak buat video clip or filem dokumentari cubalah tengok2 dvd ni. Mungkin dapat bagi idea kat korang. Dan sapa2 yang nak belajar fotografi or minat tengok foto2 pon boleh layan dvd ni. Aku memang rekomen la. Ok jumpa lagi.

5 comments:

deaf_angel said...

pearl jam ni aku tak dengar, tapi aku kagum dorang in the 90s tahu peminat2 kumpul bootlegs dorang jadi dorang pasarkan bootlegs rasmi dorang bagi show2 dorang.

zaman skarang ni, aku rasa Metallica yang paling best buat gini kat website dorang, jual official audio tiap2 show,

matakucing said...

yup dorang byk keluarkan official bootleg. Memang banyak.

Si Jambi Darat said...

perghh...baik tu DVD dia.nanti aku nak cari gak la..

berteromber said...

bro..cara2 nak letak video..lu baca ni http://www.asktheblogger.com/how-do-i-put-videos-in-my-blog-entries/

ok..cuba try :D

matakucing said...

tq berteromber