Tuesday, February 10, 2009

Alamak..durian



Sekarang kalau gi keje pemandangan yang aku nampak ialah DURIAN. Kanan durian, kiri durian. Pendek kata durian durian durian durian durian durian. Bau dia pun "semerbak" jer menusuk lobang hidung.

Macam2 bentuk & rupa. Ada yang besar, ada yang kecik, ada yang lonjong, ada yang bulat, ada durian tembaga, durian siam, durian bukit, durian kampung, durian belanda, durian d24, d7 & d8 har har har.



Biasa kalau musim durian ni korang memang suka ler kan tapi tak pada aku. Aku tak suka durian. Aku elergik durian ni. Ntah kenapa aku memang tak suka durian sejak kecik memang aku tak berkenan ngan buah ni. Dalam keluarga aku semua hantu durian kecuali aku. Dorang kalau makan tak ingat dunia sampai ke kulit2 semua dijilat har har har rakus giler.



Aku asal nama durian jer memang tak sentuh. Baik makan mentah, tempoyak masak gulai, aiskrim, jenang (dodol), lempuk, karipap eh durianpap sampai la ker jajan Bon Bon aku tak makan sebab aku mabuk durian walaupon cuma bau jer nanti kepala aku pening2 nak muntah tergolek5.



Kat umah tu memang la semua dah maklum dah kalau nak makan durian kena makan kat luar umah tak nak bau durian tu berlegar2 kat dalam umah. Ada sekali tu kakak aku makan durian dalam umah sanggup aku tido kat luar kat beranda umah sebab tak sanggup nak hidu aroma durian yang "memabukkan" aku.

Tapi aku suka pasal durian pulak tengok orang makan durian. Slurrppppp2 jer tapi dari jauh jer ler tengok har har har selain tu aku suka dengar lagu Mr.Os " Eh kome derian udah lughoh, moh kite cepat pergi suloh" :D

4 comments:

eiza in the house.. said...

kasihannya kamu..serupa dgn adik angkat..bila bau dorian jerk dia yg pening pale + mual2 mcm org mengandung..hehehe..eiza dah besar nie jer kureng skit makan durian..
pening klu makan..:)

deaf_angel said...

ramai orang hantu durian ni, tapi aku makan berapa ulas dah puas, tapi nengok orang lain non-stop eating machine

eddie dewanaga said...

gua tak mkn durian mentah, tapi kalau mak gua masak bikin kuah durian, cicah dgn roti tu....

adoi bro, stairways to heaven...!!!

matakucing said...

eiza,
nak wat cam ner..:(

deaf,
haha aku suka nengok orang pulun derian tu.

eddie,
nightmare ler utk aku har har har