Friday, February 27, 2009

Fuhh dahsyat...

Jalan2 kat Youtube jumpa pulak VC ni..Korn cover lagu Nidji band Indonesia kat satu konsert dorang. Ermm dahsyat gak siot..band international cam Korn cover lagu band asia. Band Malaysia bila lagi eh???

Friday, February 20, 2009

Gambar Dalam Bingkai



Baru grab dvd ni tuari sekali ngan tiket M.Nasir. Dah lama dvd ni released tahun 2007 cuma tak bernafsu pulak nak grab masa memula dulu. Yelah dulu tak minat sangat Pearl Jam (PJ) just dengar gitu2 ajer. Dulu ada gak paksa telinga dengar PJ ni tapi apakan daya jiwa tak leh terima pulak. Tapi sejak terdengar lagu "Immortallity" & "Yellow Ledbetter" akhir tahun lepas aku tetiba pulak ter"minat" kat PJ ni :P



"Immagine in Corrine" dalam bahasa Inggeris bermaksud "Picture in Frame" adalah sebuah live film concert. Ianya merupakan himpunan siri concert tour PJ semasa di Itali pada 2006 di 5 bandar utama iaitu Bologna, Milan, Pistoia, Torino & Verona. Ianya merupakan show pertama mereka jelajah eropah sejak yang terakhir pada tahun 2000.



Apa yang menarik tentang dvd ni ialah semua show PJ di Itali ni dihimpunkan menjadi sebuah filem dokumentari yang sangat menarik dimana persembahan konsert dicampurkan dengan behind the scene footage. Dvd ini telah dirakam dengan menggunakan pelbagai jenis format video daripada Super 8 film hinggalah ke High definition. Sungguh menarik.



ni masa kat Bologna kot, hujan lebat masa konsert tp tetap onn

Dvd ini mengandungi 13 track terbaik dari semua venue. Korang check setlist dvd ni :
  1. Severed Hand-Milan
  2. World Wide Suicide-Bologna, Verona, Milan, Torino & Pistoia
  3. Life Wasted-Torino
  4. Corduroy-Verona
  5. State of Love & Trust-Milan
  6. Porch-Verona
  7. Even Flow-Torino
  8. Betterman-Verona
  9. Alive-Milan
  10. Blood-Verona
  11. Comatose-Pistoia
  12. Comeback-Pistoia
  13. Rockin' in The Free World-Pistoia


Terdapat juga 3 tracks bonus disertakan sebagai nasik tambah :
  1. A Quick One, While He's Away fat My Morning Jacket -Torino
  2. Throw Your Arms in Around Me-Pistoia
  3. Yellow Ledbetter-Milan
Editing dvd ni memang best sebab director bijak menyelitkan footage videos ngan show masa konsert. Selain tu transisi antara satu track ke track lain anda akan dihidangkan footage cam soundcheck, fans, aktiviti masa lapang ahli2 PJ, tour dalam bas, jamming gitar kapok, temubual dan lain2 lagi.



ni pulak masa fans jamming lagu "Even Flow" kalau tak silap

Packaging dia pun cantik. Inlay dia seolah2 cam album gambar pulak. Semuanya berkisar tentang Italy (ler memang ler dah show kat Italy..apa aku ni). lawo5 siot gambar dia cam poskad. Oh ye director dvd ni, Danny Clinch juga merupakan seorang fotographer terkenal & merupakan kawan rapat PJ.



gambar atas (kanan) ni bukan dorang gi jalan2 tapi kat backstage kat Pistoia.

Memang tak jemu la tengok dvd ni aku dah tengok berkali2 sebab macam aku cakap korang tak rasa cam tengok straight dvd concert biasa (yang mana behind the scene footage video diasingkan) tapi cam tengok filem. Ermm editing yang bagus sekali & eksperimen dengan pelbagai format filem. Worth buying la.



Ok sapa2 yang cari idea nak buat video clip or filem dokumentari cubalah tengok2 dvd ni. Mungkin dapat bagi idea kat korang. Dan sapa2 yang nak belajar fotografi or minat tengok foto2 pon boleh layan dvd ni. Aku memang rekomen la. Ok jumpa lagi.

Thursday, February 19, 2009

Antara Mutiara & Rajawali



Aku dah makin jatuh cinta dengan Pearl Jam. Band yang satu ketika dulu aku tak ambik port sebab Eddie Vedder (vocalist Pearl Jam) anti Kurt Cobain & Nirvana. Huhuhu namun selepas mendengar "Immortallity" & "Yellow Ledbetter" sewaktu aku tengah "sewel "sekejap terus menimbulkan bibit cinta terhadap persona Eddie Vedder & Pearl Jam.



Dan selamat sudah tiket konsert Alam Muzik M.Nasir aku miliki. Ermm memang walau apa cara sekalipon aku mesti nak tengok gak konsert ni. Aku begitu teruja sekali mahu melihat "Sang Rajawali" terbang menyentap sangkar di Istana.

Review : Sesi Istana Budaya Butterfingers



Dah genap sebulan show Butterfinger di Istana Budaya (IB). Show selama 2 hari berturut2 dengan 4 sesi persembahan keseluruhannya. Sememangnya show yang paling akan aku kenang sampai bila2. Hehehe baru aku terhegeh2 nak review. Aku pon lupa2 ingat gak, tak pe akan aku review sebaik mungkin.

Aku hanya dapat menyaksikan 2 sesi sahaja iaitu sesi 1: 1996-2001 Unplugged (17-01-09 1430 pm) & sesi 3 : Transcendence 10 years Anniversary Rock Out (18-01-09 1430pm). Akibat ada perkara2 yang terpaksa aku utamakan aku tidak dapat menyaksikan 2 sesi lagi iaitu sesi 2 : Mari Hidup Kembali-sesi gitar kapok (17-01-09 2030pm) & sesi 4 : Mari Hidup Kembali-sesi gitar karan (18-01-09 2030 pm) siakkkk...:-(


encik Emmet-penyanyi utama/gitar

17-01-09 : 1996-2001 Unplugged

Aku sampai agak lewat jugak. Terima kasih kepada saudara Hakimi kerana menjemput aku di stesen Monorail Titiwangsa. Kalau tak menapak ler pegi IB huhuhu. Inilah pertama kali aku sampai Istana Budaya (IB) walau pon dah bertahun2 selalu lalu depan IB & banyak show2 best aku terlepas. Kerana Butterfingers la aku sampai ke IB hahaha.

Sampai dewan Lambang Sari jer kerusi semua dah full. Nasib baik ada kosong lagi tapi tak dapat la duduk mengadap depan stage tapi kat belah tepi membelakangi Emmet & Kadax. Ok lah kan. Aku terkagum & terjakun dengan rekaan stage dia. Sungguh cantik, simple & menawan aku terasa cam dalam show MTV Unplugged Alice in Chain/Nirvana/Pearl Jam jer.


encik LoQue : gitar utama/suara latar

Persembahan dimulakan dengan band undangan, Bunkface; band yang sedap hot2 heat2. Tampil dengan 4 buah lagu yang diambil dari EP Lesson Of The Season, Bunk Anthem, Fine, Situasi & Silly Lilly kalau tak silap aku ler. Sungguh baik persembahan Bunkface walaupon just punkrock versi akustik tapi arrangement lagu yang disesuaikan ngan konsep unplugged memang menarik. Paan gitar utamanya siap main violin lagi untuk lagu Silly Lilly. Bagus5

Tamat persembahan tibalah giliran Butterfingers. Crowd semua dah tak sabar hehe tapi sebelum tu crowd kene ceramah pulak ngan MC pasal prosedur2 berada di dalam Istana. No smoking, no food, no CAMERA & no VIDEO plssss! Kalau tak kene keluar..isshhhh5.



Butterfingers naik kepentas dengan tepukan gemuruh dari crowd. Loco yang simple bertshirt putih, Kadax berkemeja merah & ber"kot", LoQue dengan imej bertocang & Emmet dengan "kot" nya. Royal Jelly dipersembahkan sebagai lagu pertama (eh yeke..aku pon dah lupa daa) diiringi kumpulan "Gelombang Cuaca Buruk" mini orkestra UiTM. Memang meremang dengar lagu ni wooo.

Seterusnya seleksi lagu2 terbaik dari tahun 1996-2001 diperdendangkan. Malayneum, Pacific & Mating Season merupakan setlist yang paling aku tunggu2. Yeargggh akhirnya aku dapat jugak dengar lagu2 tersebut dalm versi live. Aku rasa cam nak nangis siot memang menusuk di sanubari sampai meremang bulu tengkuk aku.

Meltdown, Floating in The Vacum & beberapa lagi lagu terbaik dihidangkan untuk halwa telinga. Sungguh lazat & lemak berkrim. Dengan sound akustik dewan Lambang Sari yang superb aku boleh dengar sound yang sungguh padat & padu. Memang dengar sound gitar & lain2 instrument tu sebijik2 disamping lighting yang sungguh menarik sehingga membangkitkan mood lagu & perasaan crowd.


encik Loco : Drums

Persembahan sesi Unplugged di akhiri dengan encore yang sungguh menerujakan. Lagu The Chemistry (between us) sememangnya di tunggu2 oleh sekalian crowd. Mana boleh tak main lagu ni eh lagi2 siap ada mini orkestra. Wajib! crowd dah memberontak nak bermoshing tapi demi menjaga adab just singalong aje la hehehe. Abis lagu crowd semua berdiri memberi tepukan yang gemuruh. Adala 10 minit tepuk tangan jer sampai pedih tangan aku har har har.

Secara keseluruhannya persembahan yang mantap, sound system & lighting yang terbaik walaupon ada sedikit masalah "humming" tapi tak menjejaskan keseluruhan persembahan. crowd yang sporting & memberontak untuk ber"moshing" & MC yang cun hehehe.


encik Kadax : bassist

18-01-09 : Transcendence 10 years Anniversary Rock Out



Sesi ke-3 aku datang awal sikit tapi crowd dah beratur panjang kat depan pintu Dewan Lambang Sari. Kali ni stage yang sama cuma kerusi dah dikeluarkan. Yelah semalam versi sopan arini versi kasar sikit. Crowd lebih ramai lebih kurang 500 berbanding semalam versi sopan yang hanya boleh muat 300 orang saja.

Sekali lagi sebelum persembahan MC berceramah lagi tentang prosedur di Istana Budaya. No smoking, no food, no CAMERA & no VIDEO, no BODY SURFING & MOSHING activity. Cuma hangguk2 & goyang2kan badan sedikit saja...ermmmmm boring.



Persembahan sempena ulangtahun ke-10 album benchmark mereka "Transcendence" dimulakan dengan lagu Epitome, sebuah lagu yang diinspirasikan dari karya P.Ramlee "Ketipang Payung" sungguh memukau diiringi oleh permainan grand piano ahli "Gelombang Cuaca Buruk".

Crowd dah tak tertahan nak bermoshing bila dengar lagu Epitome tapi apakan daya abang2 bouncer tajam memerhatikan gerak geri crowd. Kemudian satu demi satu lagu dari album "Transcendence" dipersembahkan. Butterfingers semakin bersemangat & mengganas, LoQue segak bersama gitar G&L nya terus membelasah gitarnya tanpa belas kasihan disamping efek2 pelik beliau.



Walaupon meraikan "Transcendence" namun tak banyak lagu2 dari album tersebut dipersembahkan. Aku pon tak tau kenape. Ada sedikit hampa la jugak sebab patutnya lagi banyak lagu2 dari album tu dipersembahkan. Kalau tengok setlist pon tak banyak berubah cam Unplugged punya sesi cuma tukar beberapa lagu & susunan je.

Namun ada sedikit masalah pada hari persembahan dimana bateri untuk wireless system gitar Emmet flat pulak. Emmet terus cam hangin sikit. Persembahan tergendala selama 15 minit. Adoi rugi nya..lama tu boleh main 3 lagu lagi. Kelam kabut crew Butterfingers cari bateri untuk menyelamatkan keadaan. Untuk selingan drum solo Loco di hidangkan untuk menutup kecacatan persembahan. Fuhh padu giler haha ada crow request main lagu "Kau terpaksa aku terpaksa" nyanyian band lamanya Scan.




sesi sound check

Secara keseluruhannya persembahan yang berjaya walaupon ada kesulitan dan aku rasa agak kelam kabut hari tu namun persembahan tetap diteruskan. Dan aku rasa persembahan solo terbaik dari Butterfingers untuk peminat2 mereka. Dan mereka telah membuktikan bahawa muzik aliran bebas mampu untuk dipersembahkan di tempat berprestij seperti Istana Budaya.

Demikianlah review aku yang lupa2 ingat. Sekian terima kasih.

**semua gambar kredit kepada : guamuzik.com.my, butterfingers face book & owner.

Wednesday, February 11, 2009

Serangan Geng 12-02-09



"Betul betul betul.." mesti lu orang tau kan dialog ni kan. Dialog karektor animasi terhangat masa kini, Upin & Ipin. Sapa tu?? ala korang ni leceh la har har har ok3 sapa2 yang tak tau tu, korang pergi sini . Korang berkenalan lah puas ngan budak kecik & the geng dorang tu sampai tergolek.

Selain tengah hot hot heat tentang cerita politik perak, gaza, saman karpal singh tu Upin & Ipin pon tengah hot sebab besok filem animasi paling grand; Geng : Pengembaraan Bermula.. akan menyerang pawagam seluruh tanahair. Yer ianya menampilkan karektor Upin & Ipin & the geng.

Filem terbitan Les'Copaque ( apa tuu?? ) ala korang ni Les'Copaque tu tak tau? lu gi sini . Brader Gayour yang ensem sikit dari pak Mat tempe dah terangkan maksud Les'Copaque tu. Lu baca la karangan A+ brader Gayour tu puas2 har har har.

Filem ni citer pasal ape? Adoii lu orang klik sini la. Haha dah klik?? ok lu orang layan la web tu sampai pitam. Hehehe semua ada citer in details kat dalam web tu. Ala tak pon lu orang gi la tengok esok 12-02-09 kat panggung wayang kat memana pon janji dalam Malaysia. Kalau lu orang gi panggung wayang kat Venezuella mau kene lempang sampai sewel.

Tuesday, February 10, 2009

Alamak..durian



Sekarang kalau gi keje pemandangan yang aku nampak ialah DURIAN. Kanan durian, kiri durian. Pendek kata durian durian durian durian durian durian. Bau dia pun "semerbak" jer menusuk lobang hidung.

Macam2 bentuk & rupa. Ada yang besar, ada yang kecik, ada yang lonjong, ada yang bulat, ada durian tembaga, durian siam, durian bukit, durian kampung, durian belanda, durian d24, d7 & d8 har har har.



Biasa kalau musim durian ni korang memang suka ler kan tapi tak pada aku. Aku tak suka durian. Aku elergik durian ni. Ntah kenapa aku memang tak suka durian sejak kecik memang aku tak berkenan ngan buah ni. Dalam keluarga aku semua hantu durian kecuali aku. Dorang kalau makan tak ingat dunia sampai ke kulit2 semua dijilat har har har rakus giler.



Aku asal nama durian jer memang tak sentuh. Baik makan mentah, tempoyak masak gulai, aiskrim, jenang (dodol), lempuk, karipap eh durianpap sampai la ker jajan Bon Bon aku tak makan sebab aku mabuk durian walaupon cuma bau jer nanti kepala aku pening2 nak muntah tergolek5.



Kat umah tu memang la semua dah maklum dah kalau nak makan durian kena makan kat luar umah tak nak bau durian tu berlegar2 kat dalam umah. Ada sekali tu kakak aku makan durian dalam umah sanggup aku tido kat luar kat beranda umah sebab tak sanggup nak hidu aroma durian yang "memabukkan" aku.

Tapi aku suka pasal durian pulak tengok orang makan durian. Slurrppppp2 jer tapi dari jauh jer ler tengok har har har selain tu aku suka dengar lagu Mr.Os " Eh kome derian udah lughoh, moh kite cepat pergi suloh" :D

Monday, February 9, 2009

Cam ne nak jawab??


Situasi 1:
masa tengah lepak2 kat beranda umah.

"Ermmm kan seronok kalau ada menantu perempuan, boleh jugak mak buat teman borak, tak ler boring sangat kat rumah ni".

Situasi 2: masa makan tengahari.
"Mak rasa makan masakan sendiri dah jemu la, kan ker molek dapat rasa air tangan anak menantu perempuan".

Situasi 3: masa tenguk tv.
"Teringin pulak nak makan cekodok pisang, tapi malas pulak mak nak masuk dapur, menantu perempuan tak de tak best!"

Sitiasi 4: masa minum petang
"Ko ni bila nak kahwin, mak ngan abah dah tua kang tak sempat pulak nak merasa ada menantu perempuan".

Errkkk cam ner nak jawab eh??

Wednesday, February 4, 2009

Rajawali..terbang tinggi



Hujung bulan ni weiii..ticket RM45 & RM85 dah sold out.

Petikan kata-kata M.Nasir

…Persembahan adalah sebuah puisi panjang dan ia dimulakan dengan hanya vokal tanpa muzik iringan dan setelah beberapa minit, ia diikuti dengan satu alat muzik akan berkumandang, kemungkinan sebuah seruling atau gitar akustik. Penghujung persembahan adalah satu pesta simfoni yang gemilang...M. Nasir.

Alam Muzik M.Nasir mengisahkan tentang perjalanan seni M.Nasir menjangkau tiga puluh tahun bergelar anak seni.

Konsert eksklusif Ikon muzik Malaysia ini akan memperlihatkan M. Nasir mengalunkan lebih kurang 30 buah lagu untuk pertunjukan secara tiga malam berturut-turut secara solo. Konsert yang berdurasi selama dua jam tanpa henti ini akan menyaksikan kepelbagaian genre muzik dipersembahkan dari pop, keroncong, tradisional, balada, irama Malaysia dan lain-lainnya.

Himpunan 15 orang pemuzik profesional yang terkenal dan diakui sebagai terbaik di Malaysia seperti Mohar, Zulkifli Mahat, Ramli Rebana, Jay-Jay, Ujang (sekadar menyebut beberapa nama) akan mengiringi persembahan. Aznan Alias @ Nan yang telah lama bersekutu dengan M. Nasir, bertindak sebagai pemimpin muzik konsert.

Aspek penting dalam persembahan seperti arahan, skrip pentas, bunyi, penatacahayaan, layar perak, prop, kostum dan lain-lain lagi akan ditangani oleh tim produksi profesional dan berpengalaman. Sebuah pentas telah di reka khas oleh Usop Kopratasa untuk kegunaan konsert ini.

Konsert Alam Muzik M.Nasir ini akan diterbitkan olah saudara Ali Bakar yang berpengalaman selama 30 tahun dalam penerbitan konsert–konsert mega artis antarabangsa dan tempatan. Beliau juga banyak terlibat dalam penerbitan konsert M. Nasir sebelum ini, seperti Konsert Gong Impian, 1992 di Dewan MCA, Jln. Ampang, KL., Konsert Canggung, 1994 di Stadium Negara, Konsert Andalusia pada tahun 2000 di Stadium Merdeka dan beberapa konsert dan acara-acara lain lagi.

Untuk makluman juga, setiap RM1 dari pembelian tiket Konsert Alam Muzik M.Nasir ini akan disalurkan terus ke tabung NSTP Charity Fund yang banyak membantu golongan kanak-kanak dan kurang berkemampuan di Negara ini bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Selain dari itu pihak NSTP Group yang bertindak selaku Akhbar Rasmi Konsert Alam Muzik M.Nsir ini juga akan mengadakan jualan cenderahati konsert berupa mouse pad dan mug yang ditandatangani oleh M.Nasir. Hasil jualan cenderahati ini akan disalurkan ke tabung NSTP Charity Fund.

Sesungguhnya konsert ini akan menjanjikan satu pengalaman yang unik dan menghiburkan buat anda semua.

Jangan ketinggalan. Datanglah beramai-ramai Dapatkan tiket Anda Sekarang

Pasti, satu lagi temasya gemilang akan terlakar.

Aturcara Konsert

08:15 mlm Pintu dibuka.

08:30 mlm Konsert Alam Muzik M. Nasir bermula.

10:30 mlm Konsert di jangka tamat.

11:00 mlm Sesi bertemu peminat, fotografi & autograf di lobi Istana Budaya.

more info :

www.istanabudaya.gov.my

www.ticket2u.biz

map