Tuesday, November 4, 2008

Q Mag-Nirvana & The Story of Grunge pt.3

Uiih lama bebenor aku tak tengok blog aku huhuhu dah naik beku dah blog aku ni. Sejuk giler ermm bukan apa banyak kerjaaaaaaaa!!!!! nak menulis pon tak de mood hahaha. Ok tengah free sikit, folder2 pon dah makin surut so aku nak cairkan molekul2 dah dah lama sangat beku ni eh.

Ok takde apa sangat just sambungan citer pasal Nirvana. So layan gambar je la eh. Aku pon tak de idea nak ngomel panjang2.







Ni tahun 1994 time Kurt mati bunuh diri atau kene tembak?? ntah ler. Masa dia mati tu jam suma orang berkabung. Sampai stesen2 radio kat sana mainkan lagu Nirvana jer selama 24jam tanpa henti.







Ni pulak citer pasal Foo Fighters, band ex-drummer Nirvana Dave Grohl & 2nd gitar Pat Smear. Dan sekarang Foo Fighters dah jadi nama besar kat US & antara band yang dihormati.









"American Sweetheart" Courtney Love janda Kurt & citer pasal bandnya Hole. Sekarang dah R.I.P band ni. Courtney ni pon selain nyanyi, cipta lagu dia pon sorang pelakon gak. Ada banyak gak filem2 yang dia berlakon. Gambor kecik tu gambar Courtney ngan anak dia Frances Bean Cobain. Dah besar eh Frances Bean nie. Persis muka Kurt Cobain.













Koleksi foto Nirvana sewaktu dari sebelum popular hinggalah popular. Tengok muka Kurt tu time rambut panjang. Dia minat Led Zeppelin.











Antara 10 album terbaik yang pernah dihasilkan oleh band2 yang berasal dari Seattle. So sapa2 nak kenal muzik Seattle atau Seattle sound cuba la cari album2 tu. Aku pon tak complete lagi kumpul album2 tu.





Ok tu jer la nanti ada free aku citer lagi eh.

7 comments:

Geng Metal said...

First time masa wa matriks dulu - dlm tahun 1990, wa tgk junior wa pasang lagu2 depa ni ... tp takleh masuk, maklum le masa tu wa tgh keras dgn metal beb ... tapi lelama wa layan gak 1, 2 lagu depa ni ... tapi tak semua aaa boleh masukkk ... pehhh ... dah nama old skool kan? thehehe

matakucing said...

hahah tu biasa bro..kalu dah tegar metal memang susah nak masuk yang lain..tp aku sume sebat jer.

eddie dewanaga said...

all apologies yg cukup bisa...

dari segi guitar works dan juga lirik, nirvana ni bkn sahaja satu band pencetus satu cabang irama rock tetapi Seattle dah iktiraf diorang mcm satu budaya yg mengubah cara hidup, kelakuan remaja era itu.

Abdul Rahman said...

hahaha. dolu2 sume nak jadik cm kurtcobain. nak jeans rabak n lusuh, nak kasut converse, flannel shirt rambut panjang serabai. sampai tempat kt malaysia pun ada nak dipanggil seattle wangsa. lol.

p/s: sayang kasut converse aku emak aku pergi buang. katenya dah buruk. memang buruk pun. huhuhu

deaf_angel said...

lermekkk
aku terlupa nak picit kau la ahad lepas.
aku baru sampai sana terus nak pass harta karun kat yang lain pasal susah nak jumpa..
petang baru terperasan aku patut picit kau.

matakucing said...

eddie,
all apologies tu la jadi kontroversi cam mesej kurt nak mati. Dorang jadi trendsetter muzik era 90-an beb. Nirvana mengubah dunia dalam jangka masa 3 tahun & impkanya sampai sekarang.

matakucing said...

abdul rahman,
ishhh rare kasut lu kalu ade lagi

deaf,
haha aku pon terkejut hf bgtau ko turun..heheh amacam lepak Amcorp mall..takut sey ngk harga LP muahaha