Wednesday, March 19, 2008

Review Filem : Rozana Cinta...87

"Rozana... kau gadis idamanku, dua hati jadi satu, bila kita bertemu, oh Rozana.. , Rozana... kau gadis idamanku, bilakan sampainya waktu, pasti kita bertemu, dalam cinta.. Rozana"
hehehe korang mesti pernah dgr lagu ni kan. Mustahil klu korang tak pernah dgr lagu Rozana ni. Lagu ni dinyanyikan oleh kump. Search, memang meletup lagi ni eh. dah sampai tahap evergreen gitu. Ok aku bkn nak citer pasal lagu Rozana & kump. Search tu tapi aku nak citer pasal filem "Rozana Cinta...87".
Rozana Cinta...87. Arahan Nasir Jani 1987

Filem ni kuar masa tahun 1987 ( dah 21 thn ), tym tu aku baru umur 6 thn nak masuk skolah tadika. Tym ni pon masa tuh muzik rock tgh menggila, so lahirlah filem ni berinspirasi dari lagu Rozana ( Search ) yg betol2 jadi anthem pada masa tu.

Cerita Rozana Cinta...87 ni klu tgk cam cerita cinta remaja biasa aje. Kisah Rozana gadis remaja bercuti di KL & tinggal bersama kakaknya. Mereka adalah anak2 org berpengaruh ( kire org kaya la ) Rozana berkawan baik jumpa ngan Nomi masa kat kelas tarian. Pastu Rozana jumpa plak ngan Din peniaga t-shirt kecil2an kat Pasar Seni & jatuh cintan pdg pertama la gitu. Tapi kehadiran Nomi menimbulkan konflik hbgn dorang sbb Nomi ni syok plak ngan Rozana. Kire cam tu la.

Ni cover belakang. Filem terbitan Amir Communication ( 18 sx tau..ekeke )

Tapi klu korang tgk betul2, amati dgn teliti filem ni mengisahkan permasalahan sosial, kritikan sinis yang berlaku pada waktu tu ( 1987 ) & aku rasa masih relevan lagi sampai sekarang.
Masalah pengangguran, tatakerja / etika kakitangan gomen ( kerajaan ) & hubungan sejenis ( lesbian ).

Aku mmg respek ngan hasil kerja pengarah dia, Nasir Jani. Dia bagi aku sorang seniman yg berani mengetengahkan isu2 sensitif & sosial kedalam karya2 beliau. Rebel-rebel oo dekni salute..aku suke sebab dekni mmg betul2 membuka minda, berani, kreatif. Klu ngk filem2 arahan dia mmg dark jer. Mmg dia saja buat gitu kot.


Pelakon2 dia Helmi Hussaini sbg Din ( dekni hero dia ), Bibiana Layala sbg Rozana ( ni mesti la heroin dia ) & Erma Fatimah sbg Nomi ( dekni la yg lesbian tuh ). Lain2 pelakon ada Pyan Habib haha ala korang mesti kenal dekni penyajak paling best bagi aku..sempoi abis dekni, Lefthanded sbg kump undangan & Amy Search.

Tapi memang susah nak dapat vcd filem ni. Aku dapat pon kat flea market, kira nasib la sbb kat kedai mmg dah x de. Puas sgt dpt vcd ni sbb bagi aku filem2 Nasir Jani mmg REBEL!! idea dia mmg unik. Antara filem melayu terbaik bagi aku selain "Kembara Seniman Jalanan". Nanti senang aku review pulak KSJ.

20 comments:

eiza in the house.. said...

mmg best citer nie...masa nie umo kita baru 8thn :)

CIK CT FAIROSS said...

Tgh tayang kat tv la ni...hehehe....

Ice peddler said...

Kak erma masih slim lagi kat filem ni. Huhuhu

zakuan said...

Sy tgh tgk cite ni skng..belum lahir lagi sy msa ni

ina said...

alamak..sy pun tagh tengok skrg hehe

abangranikulup said...

abang pun tengah tengok kat tv3 balik smayang jumaat lolz

SpotRimLapanBelas said...

Skang tgh layan citer ni...Astro Citra (131)...0900-1100...Sabtu 01.10.16...

Steven said...

Aku pun sedang lyn ni.. Siapa tau tajuk lagu & nama penyanyi lagu yg liriknya 'katakan padaku, apakah tujuannmu' lebih krg mcm tu lah...

Sirah@Cyrah said...

TV3 tgh tayang citer ni jam 1.30-3.30pm sekarang. Jumaat 19 Mei 2017.

Sang Senyap said...

Haha.. Sbb tgh tanyang terjebak nk google jugak

Unknown said...

tgh lyn jugak ni

Anonymous said...

Eh kita pun tgh tgk ni di tv3... filem ni ms umur 8 thn...

Anonymous said...

Sama la kita..tengah tayang kat TV3..Mak Cun wow...

Anonymous said...

Hahahaha..lesbi.

Anonymous said...

Pergh..cik mat botak nmpk gengster la..

Anonymous said...

T.v3 now

Fabulous Kidz Zone said...

Cun gile mok cun mase ni

Unknown said...

Lagu pembukaan cerita ni tadi best lah. Sape tau tajuk lagu tu??? Serius nak download skng... Plisss

Rafi said...

Tu lagu kumpulan misteri tajuk dia cinta berbagai keanehan

Anonymous said...

Baru lepas tengok kt tv. Best.