Gig?? ape tu. "Gig" ialah persembahan secara langsung oleh pemuzik / kumpulan muzik. Klu ikut wikipedia pey "Gig is a term commonly used by bands with reference to their live shows. Mainly used by smaller bands, the term may become 'show' or 'concert' as the band's popularity increases." Aha lebih kurang la cam yg aku sebut td tu.
Korang biasa nengok gig? aku dulu masa blajar dulu slalu gak nengok gig kat sekitar Klang Valley nie. Biasa nyer gig ni band2 yg di istilahkan sebagai "underground"..Underground?? releven lagi ker guna istilah ni sekarang?? atau pon istilah "indiependant" lebih sesuai. Biasa gig merupakan tempat utk pemuzik2 meluahkan / berkongsi kreativiti , pendapat, perasaan melalui karya2 (lagu) cipataan mereka sendiri. Kat gig ni tempat mereka mengumpulkan fans @ followers mereka yang tersendiri.
Kalau dulu gig ni susah skit nak bergerak, klu nak buat pon kat tempat2 tertutup. Promosi hanye dilakukan melalui flyers & dari mulut ke mulut jer. Lagipon memang susah nak membuat satu event tu banyak benda nak kene buat, kene apply permit polis / dewan bandaraya, kene cari penaja, modal ( dah tentu lah ), band2 yg bakal beraksi dsb. Kadang2 tuh memang susah nak dapt permit. Kadang bila semua dah selesai, Gig biasa kene raid ngan polis. Tu yg buat spoiled tu.
Katanyer gig ni meyumbang kepada salah laku & gejala jenayah macam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, minuman keras dan vandalisme. Betul ker?? aku rase tak jugak sebab dari banyak2 gig yg aku pergi rasenyer takde benda2 tuh sume. Mereka sume datang hanya untuk berhibur / beriadah menghayati seni, bertukar2 pandangan & mengeratkan semangat setia kawan. Mungkin sape yg tak biasa layan gig ni akan melihat budaya gig ni satu budaya yg tidak sihat..mungkin ada betulnyer sebab mereka tak faham lagi cara & budaya gig tu sendiri.
Dulu kan kecoh pasal isu Black Metal!! korang ingat?? ermm pada aku tu sume tuduhan tak berasas..main hentam kromo ajer..sedap2 jer tulis nak lariskan majalah & sok kabar... Ajaran sesat yg dikaitkan dgn budaya gig seperti apa yg media canang2kan tu hanyer lah tipu aje. Tapi memang byk apa yg dilaporkan media tu byk tak tepat. Mungkin ada segelintir yg peminat muzik keras black metal yang terlalu taksub pada idolamereka hingga mengikut segala2 nyer tanpa berfikir baik buruk dan kesannyer. Bagi aku ni golongan2 POSER!!!!! . Cam kata pepatah " Kerana nila setitik, Rosak susu sebelanga ".
Tapi sekarang gig sudah mula menampak kan imej yg positif & sambutan keatas gig2 yg diadakan amat menggalakan sekali. Hampir setiap minggu ada gig... hehehe kopak siot nak ngk tiap2 minggu hahaha tapi memang berbaloi la pada sesapa yg nakkan hiburan yg berlainan dari hiburan arus perdana yg mungkin melemaskan pendengaran & jiwa..huhuhuhu.
Dan banyak band2 yg dulu nyer bergerak secara indiependant sekarang dah berjaya menerobos ruang2 muzik arus perdana & antarabangsa dgn bawaan idea muzik & karya yg segar & bermutu & tersendiri. Dan aku harap banyak lagi band2 indiependant akan terus muncul bersama2 idea2 yg lebih bernas. Buatan Malaysia!!
Support Our Local Act.
Rock On \m/
Time II
22 hours ago
No comments:
Post a Comment