Wednesday, March 26, 2008

Koleksi : Button Badge Scorpions & Merdeka

Korang suke tak kumpul button badge? Button badge, ape tu? ala benda yang macam lencana tu la, cam name tag gitu. Tapi dekni bulat cam butang..sbb tu nama dia button badge. Dia ada banyak saiz ada kecik cinonet, sederhana & besar gedabak.


Button badge pertama aku - 1990/91


Button badge biasa orang taruk kat jaket, bag, cap & strap gitar. Bukan 1 jer dorang letak, banyak2 ooo kadang sampai penuh. Saiz & design biasanya pelbagai. Cun ooo buat cenggitu, bagi aku kire cam art / fesyen la gak. Tapi aku nak cite pasal 2 button badge yang aku simpan jadi koleksi. Kire 2 button badge ni lah yang paling aku sayang & RARE!!.

Scorpions -Still Loving You

Button badge Scorpions ni kuar time album "Still Loving You" tahun 1990/1991 kot klu x silap. Masa tu aku baru darjah 4/5 ( aku pon dah lupe ar...ekeke ). Aku bli pon sbb minat kat font "Scorpions" tu. Unik sgt & aku rasa tu la font paling cool & paling rock ooo ( jakun siot dulu..hehe) lagi pon video clip "Still Loving You" slalu kuar kat tv. Besttt!!

aku bagi nama button badge ni " Merdeka "

Yang ni plak aku rasa gambar kat button badge nie paling simbolik . Aku pon tak paham2 sampai sekarang motifnye ( hehehe..ape erk ). Klu nengok dari pandangan aku la kire cam orang yang tinggi jati diri & semangat patriotik. Tulah ada bunga raya ( bunga kebangsaan Malaysia ) pastu tangan tu junjung bunga raya tu. Dah tu plak tangan dia terjerut dek kawat dawai duri. Simbolik siott.

Bagi korang pulak ape maksud gambar kat button badge "Merdeka" nie erk.???

**p/s : sorry eh, gambar kurang memuaskan.

1 comment:

azlan said...

eh button scorpions ni saya pun ada simpan jugak. sama mcm ni.