Monday, November 10, 2008

Top 5 Album Melayu

Sejak dua menjak ni aku tak de selera pulak nak bukak radio. Ntah apsal ntah aku rasa lagu2 yang sama jer diulang lebih 18 kali dalam sehari. Bukak radio ni lagu ni arggghh bukak radio tu pulak lagu ni lagi. Tutup bukak balik aik lagu ni gak..apa ni?? dah tak de lagu lain ke. Loya tekak aku. Ehh dengar lagu pakai telinga tapi tekak pulak yang loya, cam ner tuh?? hinshh hinshh.



Akibat sakit hati dengan channel2 radio yang aku on tadi aku pon ambik le cd2 aku untuk diputarkan di cd player aku. Ermm lagi puas hahaha tak perlu lagi dengar lagu2 yang aku tak suka. Ok kat sini top 5 cd yang aku dengar sejak 2,3 minggu yang lepas.



R.Azmi album Irama Hindustan Melayu. Erkk hindustan?? Kuch2 hotak hang (Kuch Kuch Hota Hai) hahahaha ni bukan sebarangan hindustan daaa, Ni lagu hindustan klasik yang mempunyai irama kemelayuan sikit. Bestttt siot sekali sekala layan2 lagu2 cenggini. Ni adalah rakaman dari LP aku beli kat flea market.

Mana nak dapat original rekoding LP cam ni eh. Klasik bunyi dia siap boleh dengar bunyi noise Lp tu lagi. Bunyi sound 50-an. Apa yang kagum ngan album2 R.Azmi ni ialah lirik dia yang tepat menuju sasaran tak de metafor2 atau bahasa kiasan. Memang pure .




"Ini dia si jali-jali, lagunya enak merdu sekali" pergghh meremang bulu tengkuk aku dengar lagu "Si Jali-Jali" tu. Ok Ni album dari penyanyi otai dalam scene keronchong ( scene keronchong??? hinshh hinsshh apa saja la) Ivo Nilakreshna dari Indonesia/Solo. Asyik benar aku bila dengar alunan lenggok suara merdu dia ditambah pula dengan muzik keronchong yang tenang. Paling best bila dengar dekat2 nak sunset.

Hehehe tapi awas jangan dengar pada waktu perdana (8.00-10.00 pm) kerana lagu2 nya sungguh membuai sehingga anda akan hanyut terbuai mimpi (tertido daaaaa). Bila dengar keroncong rileks jer kepala hotak tu. Kira cam terapi la ni pada aku. Juga sesuai dipasang bila tak boleh tido / menghadapi insomnia ;p





Aku nak memberontak tapi tak terkeluar pulak, tensen siot bila banyak keje. Ko nak kutuk2, marah2 kat member aku, bos aku tak sampai ati pulak. So aku dengar ajelah album Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia ni. Elemen dark/anger aku dapat diredakan seketika bila dengar lagu2 album ni.

Lirik dia memang penuh emosi/marah/pedas memang sesuai sekali. Hehehe tapi aku takde la sampai nak buat benda yang pelik hingga menyusahkan orang lain. Just sit back, pasang lagu ni kuat2 & layan guna headphone.





Bila aku dah bosan giler sampai dah tak boleh buat keje aku pasang pulak cd One Buck Short - Halal & Loving It. Sebuah band punkrock yang menghiburkan. Ahaha dengar lagu2 punkrock ni yang sonoknya secara automatik semua anggota badan akan aktif & otak jadi cergas. Nak buat keje pon sedap jer. Kira cam tindakan refleks la gitu.

Tak jemu2 pasang cd ni. Takde skip2 just play jer. Cubalah!!





Dan album yang termasuk dalam top 5 list aku ialah Amy-Magik. Album solo pertama Amy. Memang magik pon album nie. Kena pulak tengah serabut otak. Tu lagu "Aku Dah Bosan" dah jadi lagu trademark ler..hahahaha ringan sikit dari album Search, berbeza dari segi approach dia, style & sound dia. Lebih "raw" pada aku. Tapi still boleh layan.

Ok tu lah dia top 5 album melayu yang aku dengar sepanjang ke"tidakwarasan" aku sejak 2,3 minggu ni. Ntah la banyak kejeeeeeee. Nanti aku sanbung lagi pasal top 5 album enggeris yang menemani ke"tidakwarasan" aku .

4 comments:

deaf-angel said...

best ah ko takde la nak rock metal sepanjang masa..

Dr. Bentara said...

yea tak lama lagi aku pun akan dapat Amy-Magik ni!

eddie dewanaga said...

Amy - Magik memang magic...

dia punya Cinta Materialis dgn bass petikan Jay Jay cukup tangkap bunuh bakar tanam jiwa ini...

gua suka layan Rausyanfikir, kadang2 ghazal dan keroncong, atau kadang2 album 60an... lirik diorang sungguh honest..

matakucing said...

deaf,
aku sebat jer suma janji masuk kepala.

abg ben,
pastikan postage yang murah ;p

eddie,
yup lirik2 dorang betul honest..lagi klasik lagi best 40-an or 50-an