Wednesday, November 12, 2008

Top 5 Album Inggeris

Ok sambungan cerita last entry "Top 5 album melayu" sekarang aku nak citer pulak top 5 album Inggeris yang selalu aku putar kat cd player aku sempena melayan ke"tidakwarasan" aku sejak kebelakangan ni akibat tekanan kerja yang melampau hinssh hinssh hinssh.



teman setia yang melayan perasaan aku sejak akhir2 nie.





Ok kita start eh dengan album paling "berat" yang pernah aku dengar. King Crimson-Starless and Bible Black. Album diterbitkan pada 1974 sebelum dorang berpecah (1st batch 1969-1974) sebelum reform balik 1981. Korang tak kenal King Crimson?? ceh tipulah... tak rock la cam nie hehehehe. Sebuah band progressive rock Biritish. Ala dorang saing2 Camel, Emerson, Lake & Plamer, Pink Floyd (ni kenal????), Genesis & Yes.

Kalau korang nak mencabar pendengaran korang aku suggest sangat album nie sebab dorang "blend"kan genre muzik dari Jazz fussion, Classical, Experimental hinggalah ke Phsychedelic, New Wave, Hardrock & Folk (isshhh berapa banyak daaa). Memang susah nak"hadam" muzik dorang ni. Aku sendiri dulu pon kene banyak kali dengar sebab flow dia bebas,banyak sangat elemen muzik di campurkan. Tapi pada aku album ni tetap melayang, membuai perasaan & mendalam lagi2 kalau balik keje lepas mandi, duduk kat kerusi malas & pasang album ni. ishhhh giler ah tak tau nak gambarkan dengan kata2. Ada berani??





Tool-10000 Days album yang released 2006 rentetan kejayaan Lateralus (2001). Ni album metal tapi bukan metal biasa eh. So kalau sapa2 yang baru nak kenal Tool jangan berharap sound mereka seperti band2 metal/trash era 80-an yang menghidangkan riff2 yang laju selaju 320km/j hehehe ( awas kelajuan membunuh hinssh hinssh hinssh). Kalau nak dikelaskan muzik Tool ni lebih kepada Alternative Metal, Progressive Rock/Metal & Visual Art Rock.

Tak semua orang boleh "terima/hadam" muzik metal Tool ni sebab lambat klimaks, flow lagu dia turun naik. Kalau korang dengar dia, bila lagu tengah sedap2 lagu tu nak klimaks tup2 turun balik. Isshhh meragut jiwa betul lah. Kene banyak2 bersabar hehehe kira cam korang dengar progressive rock la cam tuh. Sebab Tool influence besar dorang pon King Crimson hehehe so sapa2 yang boleh "cerna" muzik King Crimson mesti takde masalah hadam muzik Tool ni.

Aku pon tak tau cam ner aku boleh sangkut ngan Tool ni. Ramai kawan aku bila aku syorkan dengar Tool mesti dorang cakap "iissshhh tak leh blah ar dorang ni, berat dah berat dah tapi susah betul nak capai klimaks!" Hahaha aku tak kisah. Antara band berat yang paling aku admire.





Ramai yang bila sebut muzik Punk je orang akan cakap nama "Sex Pistol", "The Clash"& "The Ramones" tapi ramai yang lupa sebut "Siouxsie & the Banshess" kan. Ermm belum khatam lagi tu pasal Punk kalau tak kenal dorang nie ( pasal susah nak sebut & eja namanya kot..aku sendiri pon tak pass sebut hinssh hinshh hinssh).

Siouxsie & the Banshess merupakan pelopor muzik Punk terawal terutama era Post-Punk. Sound dorang betul2 basic instrument.. bunyi roots Punk. The Scream ni album pertama yang memberi impak terhadap perkembangan muzik Punk seluruh dunia. Cubalah dengar sebab lagunya memang "raw".





Isshh punk lagi hahahah aku tak tau la nape sejak akhir2 ni aku suka sangat dengar muzik Punk. Layan pulak dengar alunan irama punk. Mungkin jiwa aku rebel ko hehehe "i want freedom". Ok Punk-O-Rama ni adalah album kompilasi band2 punk america & album ni siri pertama yang dikeluarkan oleh Epitaph Records pada tahun 1994.

Kalau nak diikutkan kompilasi ni lah yang paling "raw" & "fresh" sebab menampilkan band2 punk generasi terawal Amerika. Antaranya Bad Religion, NOFX, Pennywise, The Offspring, Rancid, Down By Law, SNFU, Wayne Kramer, Total Chaos, GasHuffer, Ten Foot Pole & Rich Kids On LSD.

Mana nak dapat band2 cam ni dalam 1 album. Walaupon ada 10 siri kompilasi Punk-O-Rama (1994-2005) namun para collector cam aku ni memang mencari album ini untuk disimpan. Kenapa?? sebab muzik dia betul2 menggambarkan muzik sebenar punk Amerika. Tak caya??





Ok album top 5 Inggeris sebuah album dari sorang pemuzik yang aku kagumi, Mike Oldfield-Tubular Bells II. Muzik dia pon pening gak cam King Crimson sebab dia "blend"kan banyak genre muzik antaranya Progressive Rock, Folk, World Music, Classical, Electronic, New Age & Dance.

Power oo dekni sebab sorang multi-instrumentalist musician maksudnya semua alat muzik dia yang mainkan. Perghhhh gila ah..kalau setakat gitar, bass & drum tu dah biasa, ni alat2 muzik tradisional & pelik2 suma dia mainkan. Kalau tengok kat inlay cd ni banyak giler instrument yang dia mainkan. Pelik2 pulak tu.

Tubular Bells I merupakan karya agung dia. Sejak diterbitkan pada 1973 album Tubular Bells I menjadi rujukan pemuzik & institusi muzik seluruh dunia. Merupakan album konsep instrumental yang memang memukau, mencengkam jiwa, macam2 perasaan ada. Kalau dengar seolah2 bawak aku mengembara sampai ke langit tujuh ( erkkk langit tujuh cam ner tuu).

Yang ni Siri ke-2 .Dia ada 3 siri (Tubular Bells I, II & III). Siri I je aku tak jumpa lagi. So kalau korang nak try cabar pendengaran telinga korang yang dah tepu ngan muzik kegemaran korang cubalah album nie. Kasi lain sikit halwa telinga & jiwa korang.

Ok tu jelah ngomelan aku. Jumpa lagi di entry yang akan datang.

2 comments:

Aku said...

hoohohoho ... wa tatau pun band2 ni ..theheheh ..adehhhh, cuma tau band Tool tu je bro ... aiyoooo .. nampaknya tahap garam metal lu lagi masin bro .. hehehe

matakucing said...

ala bro biasa2 jer gua ni..cuma gua ni suka dengar macam2 jenis muzik..tak nak statik sangat.