Thursday, July 31, 2008

31 July 1981

Ok posting kali ni aku citer sikit pasal sejarah. "Ermm sejarah? boring betul la ekekeke" . Tulah ucapan aku masa sekolah dulu. Bila time subjek sejarah jer mula la aku letak mata ngan batang mancis huhuhuhu.Tapi ni bukan citer sejarah dunia, sejarah kereta ker, Jepun serang Malaya etc. tapi sejarah sorang hamba Allah ni. Sejarah kelahirannya kemuka bumi tuhan yang menciptakannya.

Alah senang citer pasal aku da..hari ni genaplah aku hidup kat dunia selama 27 tahun. Alhamdulillah dengan izin-Nya aku amat bersyukur kepada-Nya kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya aku masih lagi bernafas, melihat & merasa indahnya dunia ini walaupon aku kadangkala melupakan-Nya. Ampun aku ya Allah ( emo skit ni )

Ok lah menurut cite mak aku yang tercinta, masa mengandungkan aku memang pening kepala termasuklah abah aku. Yelah dalam banyak anak yang dikandungkan, aku lah yang paling banyak ragam. Hehehehe ngidam yang bukan2 yang pelik2 kata mak aku. Yang jadi mangsa abah aku yang emsem la kayuh basikal sana sini nak cari benda2 yang mak aku ngidam tuh. Sorry ye abah hehehehe.

Pastu yang ironinya aku lahir masa pagi raya 1 Syawal hehehe. Memang menggelabah time tu yer la mana orang tengah sibuk2 buat persiapan nak sambut i'dul fitri tiba2 terkeluar lah aku melihat dunia huhu. Memang mak kalau citer mesti gila gelak ah..mana taknya orang lain datang nak beraya tapi bila datang umah aku dorang terkejut ada baby la pulak hik hik hik. So terpaksa la orang yang datang tu "muyi" ( muyi ni istilah orang jawa klu datang melawat kelahiran bayi)sekali.

Tapi dalam2 gembira tu mak sedih sangat sebab masa aku lahir tu tak dengar sore budak nangis. Mak pon susah hati la sebab takut aku ni bisu ke ape huhuhuhu. Tapi takla sebenarnya aku jenis sore slow punyer..bila time mlm jer baru terdengar sore aku nangis tapi tu pon sayup2 jer la ekekeke. Tu la tiap2 kali 1 Syawal jer mesti aku hiba siot terkenang mak bertarung nyawa untuk lahirkan aku kedunia.

Terima kasih kepada mak yang bersusah payah melahir, membesar, mengasuh & banyak bersabar dengan perangai anak yang sorang nie ( memang aku tau aku ni selalu sakitkan hati mak :-( ) & abah yang bersusah payah mengayuh beskal tua sepantas atlet olimpik mahupon Le Tour De Langkawi memecut menjemput bidan Wan Chik untuk membidankan mak ( walaupon mak dah selamat melahirkan aku sebelum beberapa minit Wan Chik tiba huhuhu ) & menemui sarjan Seman untuk mendaftarkan surat beranak aku. Thanx with a big hug abah..u Rock!! hahaha.

To all kengkawan aku yang lama atau yang baru aku kenali di alam maya & blog ni terima kasih kerana sudi jadi kawan aku hehehehe macam2 aku belajar dari korang. Terima kasih semua.

Sorry la klu aku ter"emo" skit..memang tak nafikan time aku tulis posting ni ambient sounscape aku membuak2 pulak huhuhuhu. Ok jumpa lagi..dilain kali.

2 comments:

deaf_angel said...

ooo ko 1st shawal eh. wah tiap2 tahun besday ko paling meriah ler.

happy belated besday huhu

matakucing said...

haha tq deaf