Saturday, July 12, 2008

Retro : Somewhere Back In Time ( pt.2 )

Ok sambungan.....

1995/96 - Time ni demam muzik Alternative dah masuk. Masa ni aku dah terpengaruh muzik Grunge ataupon orang panggil "Seattle sound". Nirvana merupakan band merupakan band yang paling mempengaruhi hidup aku & dari muzik bawaan Nirvanalah aku berjinak2 untuk bermain muzik dan menubuhkan sebuah band ( hahaha band party ). Setelah diperkenalkan album "In Utero" aku mula mendalami muzik "Grunge" dari segi attitude, falsafah etc.

Band2 seperti Pearl Jam, Green River, Mudhoney, Sonic Youth ( lebih kepada Indie ), Mother Love Bone, Stone Temple Pilot ( STP ), Meat Puppets, Temple of The Dog, Sound Garden, Smashing Pumpkins dll menjadi playlist aku tiap hari.

Demam Alternative ni memberi impak yang besar sampaikan Joe Kidd ( founder Carburetor Dung ) membuat rancangan muzik "Alternatif" yang memberi pendedahan tentang muzik Alternative ni. Disiarkan setiap Selasa jam 3.30 pm di TV3.

Time ni masa sekolah dulu ada kelas tambahan tapi kitorang satu kelas pakat2 ponteng kelas sebab nak tengok rancangan "Alternatif" tu. Ha ha ha cikgu pon tak leh nak kata apa sebab besok pagi satu kelas kene berdiri tengah panas sebab ponteng kelas tambahan tu.

Masa nilah juga aku kenal scene "Underground" muzik tempatan. Dari sini aku mula kenal band2 yang aku tak sangka ada gak band2 local yang menghasilkan muzik yang bertentangan ngan muzik arus perdana. Fuyoooh cam band oversea siot hahaha cool.

Band2 seperti Carburetor Dung, Butterfingers, Apple Green, The Bollocks, Roots & Boots, The Official, The Pilgrims, Projekt AK, Chronic Mass, Happy Nightmare ( sekadar menyebut beberapa nama ) . Memang variasi scene Underground masa tu. Memang best era ni.

Dan aku rasa zaman "Alternative" ni berulang lagi sekarang nie..hehehe Ok jumpa lagi part 3.

2 comments:

BENTARA said...

Aku tak pernah follow indie/punk/HC scene masa ni. Mungkin terlampau sibuk dengan band sendiri. Rasa rugi pulak sebab terlepas something.

matakucing said...

haha 1996 Riusgnal baru kuar EP "TEC". Tapi bagi aku time ni kira paling meriah la.