Monday, July 14, 2008

Retro : Somewhere Back In Time ( pt.3 )

.....sambungan lagi

1997/98 - Time ni merupakan tahun yang paling berat pada aku sebab pada masa ni aku mula mengenal muzik berat metal & cabang2 nya. Diperkenalkan oleh seorang rakan aku yang secara tidak sengaja telah membeli sebuah album kompilasi daripada Nebiula Production iaitu "Storm of Nebiula Vol.1".

Ia nya merupakan himpunan kumpulan metal tempatan yang bernaung di bawah label Nebiula Production seperti Riusgnal, Aradia, As-Sahar, Sil Khannaz, Vociferation Eternity. Aku rasa album ni lah antara kompilasi metal terbaik pada aku & menjadikan aku semakin minat dengan irama metal.

Walaupon aku lebih dahulu diperkenalkan dengan Sil Khannaz melalui EP "Pendita Gila" tapi selepas mendengar Riusgnal melalui lagu "My Oath For Thee" aku tersentak dengan irama yang mereka dendangkan. " Muzik metal apakah yang mereka mainkan, unik sungguh". Dengan melodi, riffing guitar, keyboard yang seram, drum beat yang padu serta growl yang menawan aku terus mencari material2 mereka.

Asal aje kompilasi album yang ada band bernama "Riusgnal" mesti aku beli. EP Riusgnal "The Eastern Cruelty" merupakan EP yang paling rare dalam scene metal ketika itu. Aku ada beli kaset EP tu dulu. Even klu ada gig melibatkan Riusgnal pasti mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kira Riusgnal = Rare.

Selain Ruisgnal Aku juga memintati As-Sahar band dari Singapura, Hyagriva, Dark Nirrajim, Vociferation Eternity, Sil Khannaz, Mandatory etc. Selepas 2001 aku jarang mengikuti scene metal & aku lebih suka mencabar pendengaran kepada muzik2 yang lain Fussion, Reggae, Progressive Rock, Ambient etc.

So itu lah tadi kisah2 aku mengenali muzik. Ermm macam posser eh..hahaha aku tak kisah orang nak kata kau posser ker ape yang penting aku tak mau statik dalam mengenali muzik. Sekarang pon muzik dah hybrid tak salah campurkan elemen2 lain janji root muzik yang diperjuangkan tu tetap dikekalkan.

Ok jumpa lagi .

3 comments:

BENTARA said...

huhuhu ko pun minat Riusgnal eh? Langsuyr/Langsuir la tu... hehehe... Riusgnal tu pasal takut kena banned.

matakucing said...

yup bentara ( dulu batara guru ) hehehe..EP Eastern Cruelty tu aku simpan ada dlm bentuk kaset ( original yg ada gambor pakai celak ) & cd 2005..Hailz Riusgnal a.k.a Langsuir

matakucing said...
This comment has been removed by the author.